Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Panasnya Hujung Minggu Ini

Entri oleh sultanmuzaffar 30 March 2009

Saya baru pulang dari Pulau Tioman. Baru saja lulus Advanced Open Water certification. Banyak cerita hangat yang terjadi sepanjang saya berada di sana. Paling hangat pastinya berita mengambil-alihan artis-artis di bawah Maestro oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd. mulai 1 April ini. Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Zainir Aminullah, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd.
Komitmen Astro dalam hala tuju artis-artis naungan Maestro Sdn Bhd

Bagi merancakkan lagi prestasi syarikat, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) telah memperhalusi proses perniagaan dan membuat keputusan untuk meperkukuhkan lagi aktiviti pengurusan seni artis bersama Maestro Sdn Bhd berkuatkuasa pada 1 April 2009.

AESB akan mengambil alih tugas dalam menguruskan kerjaya seni artis-artis di bawah naungan Maestro seperti yang tertera dalam kontrak masing-masing. Segala perjanjian yang telah termaktub tidak akan terjejas berikutan kepada perubahan ini kerana akan terus diuruskan oleh AESB.

AESB juga terus komited dalam melahirkan bintang-bintang tempatan yang bakal mewarnai dunia seni hiburan tanahair dan akan terus memberikan sokongan kepada mereka dalam mengembangkan kerjaya seni mereka.

Kenyataan akhbar oleh Encik Zainir Aminullah
Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd.

Berita kedua paling hangat ialah apabila Rini telah memohon maaf daripada seorang penulis sebuah majalah yang tidak kurang hebatnya. Berita penyingkirannya menjadi tidak begitu hangat kerana tindakannya itu. Begitu juga berita penyingkiran Obri yang saya anggap tidak memberikan kesan kecuali kepada salah seorang peminatnya yang saya tidak dapat melihat reaksinya ketika penyingkiran dibuat.

Saya berpeluang menonton Konsert Akademi Fantasia Minggu Ketiga secara ulangan. Amat kagum dengan persembahan secara nyanyian harmoni oleh 13 orang pelajar yang dipimpin oleh Cikgu Syafi. Saya harus betulkan kenyataan MrManager yang menyatakan nyanyian sebegitu pertama kali dilakukan dalam sejarah Akademi Fantasia. Salah sebenarnya. Nyanyian sebegitu pertama kali diadakan sewaktu Minggu Keenam Konsert Akademi Fantasia Musim Pertama. Saya ingat lagi minggu itu Rosma menjadi peserta yang tersingkir dan mengejutkan seluruh Malaysia dan demam Akademi Fantasia pun bermula melanda seluruh Malaysia. Persembahan mereka memang saya sifatkan terbaik. Vokal pelajar perempuan dan lelaki bergabung memberikan intepretasi yang berlainan pada lagu tersebut. Suatu yang berlainan.

Ulasan persembahan lain sila baca blog orang lain. Saya rasa apa yang Adlin cakap semuanya tepat dan saya ikut cakap beliau. Itu komen saya.

YAZID - Pawana (Search)
Saya nampak ada peningkatan dalam persembahannya dan boleh dikatakan agak baik berbanding kesumbangannya minggu lalu. Tenaga yang dijanakan dalam persembahannya masih tipikal rock yang biasa. Minggu ini paling ketara adalah persembahan vokalnya yang menyerlahkan tenaga nyanyiannya. Yazid perlu memperbaiki geraknya di atas pentas untuk lari dari sesuatu yang bersifat tipikal.

ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
Secara jujurnya saya suka dengan persembahan Aril minggu ini yang nyata berbeza dari minggu-minggu lalu. Boleh dengar yang Aril boleh membawakan lagu sebegini yang perlu diberikan penghayatan dan tidak hanya terkinja-kinja di atas pentas. Aril kena berani menolak keupayaan vokalnya pada minggu hadapan. Tone Aril agak sedap didengar iaitu mempunyai lebih “weight” berbanding seorang pelajar musim lalu iaitu Nubhan.

Adlin beri komen tentang tiadanya perbezaan di antara first verse dengan second verse pada lagu tersebut. Saya harus melihat kesilapan ini pada susunan muzik yang diberikan. Oleh itu sewajarnya pada minggu depan pengarah muzik (Acis) harus berani mencuba sesuatu yang berbeza pada susunan muzik yang tidak hanya sesuatu yang mendatar.

CLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
Saya tiada nampak Dayang Nurfaizah pada persembahan Claudia minggu ini. Persembahan vokalnya juga agak baik. Persembahannya secara keseluruhan agak menghiburkan dan pergerakannya masuk dengan melodi lagu tersebut. Claudia antara pelajar yang agak selesa apabila berada di atas pentas.

RINI - Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)
Permulaan yang baik tetapi Rini tidak buat seperti apa yang dipelajari olehnya di dalam Akademi. Peningkatan yang agak ketara dari aspek persembahan vokalnya. Saya juga suka dengan koreografi yang direka untuk lagu ini yang disesuaikan dengan nyanyiannya. Saya masih hairan kenapa kebanyakan pergerakan mereka di atas seperti tidak begitu masuk dengan style nyanyian dan persembahan mereka di atas pentas.

QHAUD - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
Saya suka dengan susunan muzik lagu ini dan interaksi Qhaud dengan penyanyi latarnya. Persembahan vokalnya masih sesuatu yang biasa tetapi persembahannya agak bertenaga di pertengahan persembahannya.

AKIM - Anak Gembala (Sudirman)
Persembahan vokal Akim pada minggu tidak begitu baik. Pergerakannya di atas agak bertenaga dan saya suka interaksinya dengan penyanyi latar dan penonton. Ada pada beberapa bahagian nyanyiannya masih tidak begitu pasti dan menjadikan persembahannya pada rangkap kedua agak mendatar. Suaranya agak mendatar pada minggu ini. Kelebihannya pada minggu ini ialah tarikan pada pergerakan yang ditonjolkan di atas pentas.

RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)

Amat mendatar persembahan Rubisa ditambah dengan lagu yang tiada variasi pada susun melodinya. Ia menjadikan persembahan Rubisa agak hambar walaupun elemen dramatic cuba diserapkan di dalam persembahannya. Cuma Rubisa tampil yakin di atas pentas dan pengalamannya benar-benar membantu memberikan sedikit sentuhan hiburan.

Saya suka dengan komen Adlin yang melihat tidak jelas peningkatan pelajar. Rubisa dilihat pelajar yang bagus tetapi persembahan lagunya tidak begitu membantu peningkatan pelajar-pelajar tertentu.

ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)
Lagu ini benar-benar menguji Zizi untuk beraksi di atas pentas. Saya tertarik dengan gaya persembahannya secara keseluruhan. Bantuan nyanyian rap oleh teman rapat Zizi iaitu Isma dan Akim menghiburkan. Persembahannya bertenaga cuma Zizi perlu menjaga stamina untuk mempersembahkan lagu sebegini. Zizi beri harapan baru dari sudut transformasi musim ini.

SIDI - Hanya di Radio (Headwind)

Persembahan Sidi tidak memberikan apa-apa kesan kepada saya. Lagu yang sedap tetapi tidak diberikan keadilan yang sebaiknya untuk lagu tersebut. Persembahannya tiada kreativiti.

OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)
Geraknya di atas pentas agak menghiburkan tetapi persembahan vokalnya masih di takuk lama dan tidak begitu meresap ke dalam lagu tersebut.

Bila habis saja persembahan Obri saya tarik nafas lega kerana selepas ini ialah Aishah, Isma dan Hafiz. Tiga orang pelajar yang diberikan harapan untuk memberikan sinar pada transformasi Akademi Fantasia.

AISHAH - Mata ( Noorkumalasari)
Saya paling suka dengan bantuan tarian dari pelajar lelaki untuk Aishah. Nyanyian Aishah minggu ini kurang hebat berbanding minggu-minggu lalu. Persembahannya banyak dibantu oleh penyanyi latar menjadikan persembahan Aishah agak terhad. Aishah juga tidak begitu berani untuk menari dengan kasut barunya. Lagu rancak tetapi tidak dipergunakan sepenuhnya oleh Aishah. Jika itulah yang dipelajari oleh Aishah selama 3 hari, saya amat tidak berpuas hati.

ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
Isma beri saya satu sinar pada transformasi pelajar. Dari seorang ibu, Isma mengubah dirinya menjadi seorang penyanyi yang baik di atas pentas. Orang lupa Isma seorang ibu beranak lima. Nyanyian bagus selain pergerakannya di atas pentas yang agak berkeyakinan.

HAFIZ - Mat Disko (Sudirman)
Hafiz merupakan taruhan terbaik untuk Akademi Fantasia musim ini. Jika peningkatannya diteruskan untuk minggu-minggu akan datang, tidak mustahil beliau akan muncul sebagai Juara. Hafiz walaupun muda tetapi agak selamba di atas pentas dan itulah yang dipersembahkan. Tidak nampak kekok dia di atas pentas.

MrManager
Klubbkidd

Pilihan Transformasi sultanmuzaffar

13 Pelajar Akademi Fantasia 7 – Choral Menuju Puncak
HAFIZ - Mat Disko (Sudirman)
ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)
CLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
AKIM - Anak Gembala (Sudirman)
RINI - Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)
AISHAH - Mata ( Noorkumalasari)
YAZID - Pawana (Search)
OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)
QHAUD - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)
SIDI - Hanya di Radio (Headwind)



4 komen

  1. Qarl Says:
  2. yeahh

    my fav,

    ARIL
    AKIM
    ISMA

     
  3. afundi aishah......!!!!!!!

     
  4. kakJAHku Says:
  5. yup..setuju komen u pasal ARIL..music memg mendatar kan..sora ARIL memg unik n lebih bagus dr Nubhan..tu psl manager dia asik kritik ARIL..kot..ops

     
  6. ~bishou~ Says:
  7. afundi akim...yeay