Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Cabaran Minggu Kedua, Cabaran Untuk Semua

Entri oleh sultanmuzaffar 18 March 2009

Cabaran minggu kedua lebih besar, bukan sahaja untuk pelajar tetapi juga untuk fakulti dan produksi. Ini merupakan kali pertama pelajar diberikan lagu medley pada minggu-minggu awal. Berbanding pada musim-musim terdahulu yang mana pelajar hanya diberikan lagu medley pada minggu-minggu terakhir. Itu pun dibawakan secara berkumpulan.

Dalam tempoh yang singkat, pelajar perlu menghafal dua buah lagu, melodi dan liriknya. Sementara itu tenaga pengajar juga pastinya menggalas tanggungjawab yang lebih berat kerana pada minggu kedua tidak semua pelajar dapat menangkap ilmu yang telah diajar sepanjang dua minggu tersebut selain keupayaan pelajar mengaplikasikan ilmu tersebut. Lebih memeritkan apabila bilangan pelajar masih belum berkurangan. Masih kekal seramai 14 orang menjadikan tenaga pengajar lebih pening kepala.

Jika dihitung ada sebanyak 28 buah lagu yang perlu diajar oleh tenaga pengajar. Tidak cukup dengan itu, pengarah muzik juga pastinya perlu menyusun kembali kedua-dua buah lagu tersebut. Bukannya mudah untuk mendapatkan rangkap yang terbaik untuk dibawakan pelajar. Lagu yang diberikan pula adalah sebuah lagu rancak dan sebuah lagu lagi berentak perlahan.

Saya juga tidak sabar untuk melihat hasil penggayaan yang akan dipersembahkan oleh penata gaya Akademi Fantasia musim ini. Shada perlu menggunakan segala ilmu dan juga rangkaiannya untuk mendapatkan penajaan yang terbaik untuk minggu ini. Seperti yang kita sedia maklum, persembahan Shada untuk minggu lalu agak ketinggalan zaman dan tidak terkini. Gaya yang ditampilkan untuk pelajar terlalu biasa. Saya mahu melihat bagaimana beliau menggabungkan ideanya untuk menyesuaikan gaya pelajar untuk kedua-dua buah lagu mereka. Untuk pelajar lelaki mungkin mudah tetapi bagaimana untuk pelajar perempuan.

Shada yang mungkin masih tersampuk kejutan budaya kerja Akademi Fantasia, pastinya mahu membuktikan kebolehannya. Tempoh semakin singkat. Bayangkan lagu pelajar hanya diperolehi pada hari Isnin dan penggayaan perlu disiapkan sebelum menjelangnya hari Jumaat. Bukan satu tetapi tiga jenis busana sebagai sokongan sekiranya pilihan pertamanya ditolak oleh produksi.

Cabaran untuk pelajar pula semakin didorong oleh perasaan tertekan pada minggu kedua. Ia menyebabkan sebahagian pelajar sering mencari mangsa sebagai escapism. Bertengkar dan berselisih faham sudah menjadi lumrah adik-beradik, apa tah lagi apabila tinggal bersama. Pertelingkahan antara pelajar pastinya berlaku apabila pelajar semakin tertekan.

Paling menarik itulah yang disukai penonton Akademi Fantasia. Seakan wujud kem penyokong yang gemar melihat ianya berlaku. Drama dan Akademi Fantasia belum boleh dipisahkan. Diari malam ini akan terjawab segala teki-teki apa yang berlaku dalam Diari semalam.

Berdasarkan maklumat yang saya terima, Diari malam ini selama satu jam akan tertumpu kepada isu tersebut. Penonton Akademi Fantasia suka sangat konflik dan nak sangat gaduh kan ? Tetapi perlukah pergaduhan di saat-saat getir di minggu kedua ?

3 komen

  1. mdmee Says:
  2. Diari best dari Konsert

     
  3. mdmee Says:
  4. Aku rasa sebab Sarimah jadi host dalam Diari ... AC nampaknya sekali lagi gagal dalam tugasnya sebagai host. Aku tengok 15 % aje konsert tu .. tengok Liverpool vs ManU lagi best :) :)

    Lagu pelajar tu medley atau pilih antara satu (kezutan??) yg hanya di ketahui malam tu ?

     
  5. anggun99 Says:
  6. tergolong dalam kem yang tak suka drama..huhuhu..prefer tgk latihan nyanyi jer..

    tapi kalau pikir2 kan balik..kalau tunjuk sikit2 jer drama tuh.. nanti org leh salah faham plak..i.e. penonton x tahu kisah yg sebenarnya..jadi mayb x adil to certain plajar yg terlibatla kan..