Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Menuju Puncak Nadi Akademi Fantasia 7

Entri oleh sultanmuzaffar 22 March 2009

PERATUS UNDIAN SMS sebelum konsert (%)
ISMA - 11
ARIL - 10
HAFIZ - 9
RUBISA - 8
YAZID - 7
SIDI - 7
ZIZI - 7
AISHAH - 7
CLAUDIA - 7
RINI - 7
AKIM - 6
OBRI - 6
QHAUD - 5
ADILA - 4

Ulasan saya minggu kedua ini masih melihat kepada aspek transformasi pelajar dari minggu pertama ke minggu kedua. Saya mahu melihat perubahan yang dibawakan dalam persembahan pelajar selain transformasi keseluruhan yang melibatkan konsep persembahan minggu ini iaitu membawakan lagu secara medley.

Menuju Puncak menjadi pembukaan persembahan konsert untuk minggu kedua ini. Sebuah pembukaan yang hebat dengan nyanyian yang harmoni serta gerak tari selari yang dipersembahkan oleh 14 pelajar musim ini. Saya tertarik dengan nyanyian secara harmoni antara pelajar perempuan dan lelaki yang dibuat dengan baik tetapi masih belum cemerlang. Jika mahu menggunakan mereka untuk ensemble, nyanyian dan tarian mereka masih banyak yang perlu dibaiki. Sebagai permulaan, ia sesuatu yang positif.

Hafiz dan Aishah merupakan antara pelajar cemerlang pada minggu kedua ini. Berkat ketekunan mereka di dalam kelas, mereka meneruskan kecemerlangan mereka. Saya agak skeptikal pada mulanya sebelum Hafiz membawakan lagu Toyol tetapi sewaktu dia membuat persembahan, saya sudah merasakan tenaga yang dikeluarkannya. Memang sungguh bertenaga ! Sementara itu, Aishah lebih menguasai penonton apabila membawakan lagu Coba, Faizal Tahir. Itulah kelainan yang ingin saya tengok dan Aishah berjaya menyampaikannya dengan baik.

Persembahan Claudia dan Rubisa berjaya kerana lagu-lagu yang diberikan kepada mereka iaitu lagu-lagu yang biasa kita dengar dan agak terkini. Separuh beban mereka sudah hilang dan mereka hanya perlu menyampaikannya dengan baik dan mereka berjaya. Sayang sekali apabila Yazid yang menerima lagu-lagu yang agak popular tetapi dia gagal menyampaikannya dengan baik.

Saya melihat persembahan Akim sebagai satu perjalanan transformasi. Dia berada di landasan yang betul dari aspek vokal tetapi masih banyak kurangnya dalam aspek pergerakan dalam persembahannya. Persembahan Akim membuktikan sememangnya sukar untuk membawakan lagu medley lebih-lebih lagi untuk menyampaikan emosi kedua-dua lagu tersebut yang nyata berbeza. Akim memulakan persembahannya dengan lagu Satu diikuti dengan lagu Buronan Cinta dan kembali semula kepada lagu Satu. Emosinya sepatutnya turun naik tetapi kurang berjaya disampaikan dengan baik dan tidak dibantu oleh pergerakannya di atas pentas. Tiada keserasian pada nyanyiannya dan pergerakannya menjadikan persembahannya agak jelik kerana kurangnya bantuan dari aspek kosmetik dalam satu persembahan. Saya lebih suka sekiranya Akim memegang mikrofon dalam lagu Satu agar pergerakan tangannya lebih terkawal. Saya mahu melihat Akim serius dalam kelas tarian dan lakonan untuk lebih memberikan persembahan yang lebih bermakna dari sudut visual. Begitu juga dengan Qhaud yang saya harus akui dia berjaya menguasai pentasnya dengan baik selain memperlihatkan kehebatan vokalnya. Saya suka dengan idea-idea kecilnya yang memberikan sedikit elemen hiburan dalam persembahannya. Melihatkan kecemerlangannya, tenaga pengajar sebulat suara menganugerahkannya Pelajar Cemerlang Minggu Kedua. Saya anggap kedua-dua pelajar ini sebagai satu transformasi yang positif untuk menjadi lebih baik.

Isma, Zizi dan Adila mendapat lagu yang agak tidak terkini atau pun kurang popular di telinga penonton. Beban untuk mereka sangat berat tetapi Isma berjaya menggalas beban itu dengan cemerlang. Berbeza dengan Zizi dan Adila yang memberikan persembahan yang bertaraf biasa. Itu cabaran yang ada di mana-mana dan mereka saya letakkan di pertengahan.

Berada di penghujung carta pilihan saya ialah Sidi, Aril, Obri, Rini dan Yazid. Paling tidak boleh dimaafkan ialah Yazid kerana peluang mendapat lagu popular tidak dipergunakan sepenuhnya. Aril tidak dapat memberikan persembahan terbaik kerana sememangnya tidak gemarkan lagu tersebut menjadikan persembahannya tidak bermakna. Sidi agak baik berbanding yang lain kerana menggunakan kelebihan dia membawakan lagu berentak balada dengan baik. Saya juga tidak begitu gemarkan persembahan Obri yang berpeluang membawakan lagu popular tetapi tidak berjaya membawakannya dengan baik. Mujur tidak menjadi bosan, sebosan persembahan Rini.

Kalau saya diberikan peluang untuk memilih Pelajar Cemerlang, saya akan pilih Aishah !

Persembahan Pelajar

AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)
RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)
QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)
OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)
ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)
SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)
ADILA – Merawat Luka Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)
ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)
RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)
YAZID – Lelaki ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)
CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)
HAFIZ – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)
ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)
Penyingkiran Adila
Saya agak terkilan apabila Adila disingkirkan terlalu awal kerana saya mahu melihat lagi apakah transformasi yang boleh dia lakukan pada dirinya. Kita semua sedia maklum Adila merupakan seorang penyanyi yang pernah merakamkan dua album tetapi tidak berjaya menembusi pasaran muzik Malaysia. Tentu ada silapnya tetapi di mana ? Sekiranya Adila berada lebih lama di dalam Akademi dia akan dapat mencari punca kepada masalah tersebut. Saya juga ingin melihat apakah usaha yang akan dilakukan oleh tenaga pengajar untuk membantunya dan menjalankan bedah siasat kepada permasalahan tersebut. Adila boleh dijadikan contoh artis yang tidak berjaya dan adakah itu yang dimahukan oleh 13 pelajar lain selepas mereka keluar dari Akademi Fantasia. Adila boleh dijadikan kes contoh untuk pelajar melihat kembali diri mereka dan berusaha merubah setiap kekurangan pada diri mereka.

Sayang sekali Adila tersingkir terlalu awal dan saya tidak dapat melihat Akademi Fantasia melakukan transformasi ke atas dirinya. Kes ini sama dengan apa yang berlaku kepada Amylea dalam One In A Million. Pastinya ada sebab kenapa Amylea lebih berjaya di dalam program tersebut berbanding Akademi Fantasia. Tepuk dada tanya selera.

Pilihan Transformasi sultanmuzaffar

HAFIZ – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)
CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)
AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)
RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)
ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)
AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)
QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)
ADILA – Merawat Luka Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)
SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)
ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)
OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)
RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)
YAZID – Lelaki ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)

Pilihan sultanmuzaffar di Stadium

HAFIZ – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)
AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)
RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)
CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)
ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)
AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)
ADILA – Merawat Luka Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)
ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)
QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)
ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)
OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)
RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)
YAZID – Lelaki ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)

PERATUS UNDIAN SMS selepas undian ditutup (%)
HAFIZ - 11
ISMA - 10
ARIL - 9
AISHAH - 8
AKIM - 7
ZIZI - 7
YAZID - 7
RUBISA - 7
CLAUDIA - 7
SIDI - 6
QHAUD - 6
RINI - 6
OBRI - 6
ADILA - 4 (Tersingkir)

Ulasan Lain :
Klubbkidd
MrManager

9 komen

  1. arifrusli Says:
  2. saya juga tetap rasa Adila tidak patut dikeluarkan.

     
  3. Miss Hajah Says:
  4. SM, teruskan mengulas, tak perlu pergi diving ok?

     
  5. Dosz Says:
  6. minta maaf sebab menggunakan imej anda tanpa kebenaran. jika anda xsuka just email saya dan saya akan remove dari post saya. thx! :)

     
  7. Gidong Says:
  8. gidong sudah publish ulasan gidong pula hehe Afundi Hafiz....

     
  9. AbgMosha Says:
  10. Salam buat SM..

    Teruskan memberi komen anda, memang anda mempunyai peminat yang tersendiri, tanpa komen anda tentang AF.. macam kopi tanpa gula.. pahit

    Take care., dr Abg Mosha

     
  11. terima kasih kerana terus membaca. minggu depan takder tau. aku pi diving. :D

     
  12. AbgMosha Says:
  13. OK SM.. selamat meneyalam.. hope dapat balik bawa batu karang...

    Kalau tak ada review secara langsung.. cuba bg review berdasarkan rakaman hehehe

    Enjoy diving...

     
  14. AF7 yang mewar-war transformasion tak menarik dan indah kabar dari rupa..pengkritik takde feel..macam syok sendiri je si edrie tu.. kalau kak oji/hattan dulu ada gak memuji/kritik barisan pengajar sekiranya nampak kesan yang baik/buruk pada persembahan peserta. pengacara masih tak best,trade mark budak2 af7 tak menarik...apa-apa pun aku tengok korang terhibur dan gembira melayan rancangan ni.aku layan 'OIAM' la plak tahun ni.. esther,aweera dgn nine agak baik..

     
  15. mama onet Says:
  16. saya paling tertarik dgn lagu toyol..walaupun kurang glamour tapi apabila diberi kepada penyanyi yang komited lagu itu menjadi sungguh sedap didengar..bayangkan lagu itu tidak diberi kepada hafiz sebaliknya yazid atau orang lain..mungkin terus hancur..(anak saya berusia 3 tahun pun dah boleh nyanyi lagu toyol tau..)