Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Soalan Terbuka Ajami Hashim

Entri oleh sultanmuzaffar 11 March 2009

Sepuluh soalan di bawah ditanya oleh seorang blogger bernama Ajami. Saya dengan rasa senang ingin menjawab soalan-soalan tersebut.

TIARA THE PRINCIPAL ~ 10 poin/soalan terbuka Ajami Hashim

1. adakah Tiara akan 'mengajar' dlm ertikata yg sebenar atau dia akan semakin mempopularkan dirinya sendiri?

Apa guna populariti kalau hasilnya tiada ! Populariti akan hadir apabila hasilnya cemerlang dan memuaskan hati semua orang. Harapan saya cuma satu iaitu Tiara mencurahkan pengalamannya selama berbelas tahun dalam bidang seni kepada 14 orang peserta Akademi Fantasia.

2. apakah akan timbul perebutan limelite di antara 2 org DIVA iaitu Tiara vs. Ida Nerina?

Kedua-duanya kawan saya. Saya melihat barisan tenaga pengajar harus mengejar matlamat yang satu seperti yang telah digariskan dalam Tujuh Syarat Transformasi AF7. Saya tidak nampak mengapa perlu wujudnya perebutan limelight di antara dua orang pelakon hebat negara iaitu Tiara dan Ida Nerina.

3. Tiara bukan komposer/pemuzik profesional.. tapi yes beliau seorg performer yg profesional, maka ke manakah hala tuju AF7?.. ke pentas dewan Istana Budaya?

Akademi Fantasia perlu meningkat satu tahap lagi iaitu mencipta artis serba-boleh. Berapa banyak bekas pelajar Akademi Fantasia yang berjaya sebagai penyanyi. Boleh dikira dengan jari ! Selebihnya berjaya sebagai penyampai radio, pelakon, hos rancangan dan sebagainya. Matlamat yang dirancang bukan sekadar untuk pentas berprestij seperti Istana Budaya, bahkan melangkau lebih daripada itu.

4. apakah jawapan Tiara kalau ada pelajar AF7 yg bertanya kpdnya: "Madam, adakah lagu ini sesuai dgn tone suara saya?"

Memberikan pendapatnya adalah jawapan terbaik tetapi pelajar yang bertanya perlu juga mendapatkan pandangan dari Pengarah Muzik dan guru-guru yang lain.

5. wardrobe/costume department sure akan 'masakkk' kalau Tiara mahukan semua pelajarnya kelihatan cantik/hensem setiap kali konsert! unless Tiara berkompromi!

Yang pasti idea menggayakan peserta Akademi Fantasia datang dari stylist yang telah dilantik dan bukannya wardrobe/costume department. Menjadi tugas stylist mendapatkan apa yang diinginkan oleh Tiara dan stylist tersebut perlu bekerja keras dan mampu untuk melakukan kerja lebih waktu untuk memastikan pakaian peserta adalah yang terbaik untuk produksi televisyen. Harus diingat, setiap minggu peserta akan mendapat lagu yang berbeza berbanding sebuah produksi teater yang mana busana tidak berubah untuk satu pementasan.

6. adakah Tiara akan byk kerenah keperluannya yg bukan2 di lokasi AF7 yg setahu saya memang hectic ya amat setiap saat on-camera?

Saya pernah bekerja dengan Tiara dan sedar dia seorang yang amat detail. Namun Tiara harus juga memahami keperluan sesebuah produksi yang juga memiliki kekangan. Kalau boleh janganlah minta yang bukan-bukan dan perlu ada perbincangan antara dua pihak agar tidak berlaku salah faham atau bercakap belakang.

7. mampukah Tiara menghadapi kritikan apa saja dr semua angle & sumber media: tv, akhbar, majalah, radio, internet, @15 etc..

Akademi Fantasia milik masyarakat berbeza dengan teater muzikal PGL yang hanya ditonton oleh sekelompok penonton. Setiap aspek Akademi Fantasia akan dinilai oleh penonton dan setiap kekurangan AF akan dikritik segala sudut. Kritikan akan datang dari penonton, akhbar, majalah, radio, internet, forum, blog, chat@15 dan segala macam jenis. Ia merupakan kekuatan utama yang perlu dihadapi untuk berhadapan dengan segala jenis kritikan. Jika selama ini Tiara hanya dengan yang manis-manis sahaja, kali ini dalam AF pastinya berbeza.

8. berapakah sebenarnya budget utk perkhidmatan dr Tiara sbg Pengetua AF7 oleh penerbit AF7?

Soalan ini kena tanya Penerbit AF7.

9. mampukah semua pelajar AF7 mencapai tahap skala persembahan yg dikehendaki oleh Tiara?

Masih terlalu awal untuk diperkatakan tentang skala persembahan peserta kerana saya masih belum menonton hasilnya. Sekiranya semua peserta faham akan matlamat yang telah digariskan, saya tidak nampak kenapa ia tidak boleh dilaksanakan.

10. adakah sultanmuzaffar iaitu salah seorg diehardfan Tiara akan mengkritiknya bila perlu dikritik? larrikkk!

Saya akan cuba untuk memberikan komen seadil mungkin dan jika ada peluang tidak menerusi tulisan tetapi melalui perbualan. Saya menantikan hasil sulungnya di Konsert Minggu 1 Akademi Fantasia 7 yang akan berlangsung Sabtu ini di Stadium Seri Putra, Bukit Jalil.

9 komen

  1. Ajami Hashim Says:
  2. terimakasih tuan rumah kerana menjawab dgn segera! ahahah!

    ..errr! ni 'wakil' Datin Sri Tiara ekkk?

    larrikkk!

     
  3. klubbkidd Says:
  4. gelak sampai nak terberak. ajami memang puaka kan soalan last tuh.

    SM... oooowwwww SM... kenapa pengsan tuh. X-D

     
  5. Vernon Kedit Says:
  6. Aikkk! Dah jadi notice board ke comment box nie, ada sutradara bagai?

    *larikkk*

     
  7. Pen_Merah Says:
  8. 11. Sejauh mana perlantikan TJ membantu pelajar pelajar AF7? Boleh nilai di setiap diari af7...
    (sori menyibuk... ekkekeke)

    *larik sambil berpegangan tangan dengan awek*

     
  9. hahaha. PR katanya! Walaupun. We should work together as 1 entity utk menjadikan af7 sukses. Tak salah kongsi idea. Motif yg dah menyembah buku cek astro nak bg komen yg x bernas? Huhuhu.

     
  10. Anonymous Says:
  11. IDA AND TIARA ADALAH BEKAS PELAJAR ST. MARY GIRLS SCHOOL.

    RAMAI PELAJAR DARI ST MARY TERLIBAT SECARA LANSUNG DAN TIDAK LANSUNG DIDALAM INDUSTRI.

    TO NAME A FEW, WAN NOR ZALEHA, AISHA, MARIA FARIDA, AZZAH (ELITE)

     
  12. Roselind Says:
  13. Jawapan yang diberikan amat optimistik. Kudos to you! Memang memerlukan masa untuk pada peserta dan pengajar menyesuaikan diri dengan format program dan sesama sendiri. Kita perlu lebih memahami dan memberikan sokongan. Bukan hanya tahu kondem je!

     
  14. Ajami Hashim Says:
  15. "Bukan hanya tahu kondem je!"

    sekali baca mcm 'kondom' ish ish ish!

    ahahahhh!

     
  16. kat sini pun ada ko ek ajami ish ish ish hehehe