Kuala Lumpur dilanda kesesakan jalanraya yang teruk hari ini. Semuanya angkara oportunis politik yang menangguk di air keruh menggunakan isu tersebut sebagai pemangkin untuk membangkitkan kemarahan orang ramai.
Saya tidak nampak apa masalanya apabila mata pelajaran Sains (Ilmu Sain) dan Matematik (Ilmu Hisab) diajar dalam Bahasa Inggeris. Pelajar sekolah di Malaysia sepatutnya didedahkan dengan Bahasa Inggeris sejak zaman persekolahan rendah lagi. Ia akan lebih memudahkan pembelajaran apabila berada di sekolah menengah dan apabila mereka melangkah ke alam universiti mereka akan berterima kasih kepada pelaksana sistem tersebut.
Buku-buku rujukan di universiti terutamanya hampir kesemuanya dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan jika pelajar-pelajar ini tidak didedahkan dengan Bahasa Inggeris sejak awal. Akan lebih tertinggal mereka di belakang.
Sudahlah di rumah mereka didedahkan dengan Bahasa Melayu sejak mula melangkah. Ada di antara mereka ini yang memanggil bapa dan ibu mereka dengan panggilan Papa dan Mama. Tidak hilang Melayunya sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.
Ada di antara pelajar-pelajar itu akan melangkah ke universiti luar negara. Adakah mereka akan terus berbahasa Melayu dengan pelajar antarabangsa yang sama-sama menuntut ilmu bersama mereka ? Atau pun mereka terus terperangkap dalam kelompok Melayu sahaja di sana kelak ?
Saya kira tidak ada apa masalahnya jika subjek itu terus diajar dalam Bahasa Inggeris kerana apabila mereka melangkah ke universiti dan alam pekerjaan kelak mereka akan berterima kasih.
Ya. Saya bangga dengan Bahasa Melayu saya. Saya menulis blog ini pun dalam Bahasa Melayu dan jarang sekali menulis dalam Bahasa Inggeris di blog ini. Saya tidak akan menjadi Orang Putih kalau diajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Saya akan terus menjadi Melayu.
Jadi, apa masalahnya ?
Kredit Foto : MStar
I am a local undergraduate student and I agree with your opinion regarding the matters.
I was raised up by a Malay family. My family speaks english most of the time. So do my friends.
When I first attended my class in the university, I faced difficulty to interact with each others in class because everone is required to speak in english.
But alhamdulillah as time goes by, I managed to overcome my weakness. Now, I could speak english almost fluently. I could also argue with others in English.
My point here is that, the Government has taken a very brilliant step by deciding to teach Science and Math in English.
This is for the sake of the younger generation, especially the Malays.
Hopefully, by the time they enter into any higher learning institutions they would not face the same problem as I did.
Insha Allah, they would be able to interact in English eloquently.
I opine that by learning those subjects in English would not make a person less Malay.
Saya juga masih melayu. Masih lagi sayangkan bangsa ini. Begitu juga dengan bahasa ibunda saya.
Saya tidak pernah lupa asal usul. Saya juga ingin menjadi anak melayu yang boleh bersaing di persada dunia. Bukan hanya jaguhan kampung.
Bak kata orang melayu "Janganlah kita cepat melatah".
Lihat dulu apa relevannya belajar sains dan matematik di dalam bahasa inggeris. Untuk apa? Untuk kebaikkan generasi yang seterusnya.
However, I would like to urge the Government to ensure that the teachers are all ready to the subjects in English. Make sure that the execution is done in the best manner possible.
Terima kasih saya ucapkan kepada penulis kerana mengulas mengenai isu semasa seperti ini.
Yes. Teachers must be ready to take the challenge !
aku sokong kau sm terutamanya lepas baca posting abang pyanhabib hari tu..
sebagai bapa kepada anak sulung yang baru darjah 1, aku rasakan bahawa apa yang SUDAH dibuat sebegitu lama yang melibatkan anak-anak, kenapa sekarang baru hendak diberhentikan pula? kalau betul ia tidak betul, kenapa tidak semasa mula-mula ia hendak diperkenalkan dahulu (2003) tidak dihalang cepat-cepat?
aku terfikir juga, yang kecoh-kecoh tu semua ada anak-anak ke yang bersekolah? kalau ada, pernahkah mereka bertanya kepada anak-anak apa pendapat mereka? dan sudahkah dibuat soalselidik di kalangan pelajar, para guru dan ibubapa yang terlibat selama ini apa pendapat mereka? mana data-nya? berapa peratus satu Malaysia ni setuju/tidak?
"melentur buluh biarlah dari rebungnya"
aman! (peace!)
bagi saya, perlaksanaan pengajaran ilmu sains dan ilmu hisab dalam bahasa inggeris ini telah dilakukan secara terlalu mendadak (seperti program khidmat negara) sehingga ianya telah menimbulkan banyak kekeliruan dan juga telah meminggirkan pelajar-pelajar sekolah yang mungkin tidak mendapat pendedahan dan kemudahan pengajaran yang sewajarnya sepertimana pelajar-pelajar yang bersekolah di kawasan bandar.
bak kata pepatah melayu, kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. sepertimana yang telah saudara katakan, pelajar-pelajar perlu diberi asas yang kukuh dalam penggunaan bahasa tersebut (nahu/grammar, perbendaharaan kata/vocabulary, pembacaan/reading, kefahaman/comprehension, karangan/composition dan pertuturan/speaking) di peringkat sekolah rendah lagi. sukatan pelajaran bahasa inggeris yang sedia ada sekarang, pada pendapat saya, adalah tidak memadai untuk membina asas kukuh tersebut. dengan adanya asas yang kukuh, beri sajalah apa-apa hasil sastera dalam bahasa inggeris (termasuk ilmu sains, ilmu hisab, malah hasil kerja William Shakespear sekalipun!), sudah tentu pelajar-pelajar tersebut boleh memahami dan mendalami isi kandungan bahan tersebut. tidak keterlaluan juga jika saya katakan bahawa ianya membolehkan seseorang itu berdakwah dengan lebih berkesan terutamanya dalam menangkis segala tanggapan serong mengenai agama islam yang sering diperkatakan di negara-negara barat pada masa kini (jika mereka betul-betul ingin mempertahan dan membela agama Islam itu sendiri. lihat sajalah kebolehan Ahmad Deedat berbahas dengan mubaligh-mubaligh agama lain!)
saya amat setuju dengan pandangan saudara yang seseorang itu tidak hilang melayunya jika beliau berkebolehan dalam berhubung dalam bahasa inggeris atau mana-mana bahasa sekalipun. malah, ianya membuka peluang yang seluas-luasnya untuk mendalami and mengembangkan pelbagai ilmu serta menghadapi cabaran dunia yang semakin getir di masa akan datang.
wah djcybersonique boleh cakap melayu rupanya. hahaha.
heh. diam-diam ubi berisi. ;) perasan tak yang aku tak gunakan sepatah pun perkataan bahasa melayu yang dicedok daripada bahasa inggeris? alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke celah ketiak, aku kata! sebab itu perkasam tu masam! muahahahaa!
akibat terlalu mendadak, cikgu pun tidak sempat untuk dilatih. jadilah seperti cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
macam mana cikgu hendak dilatih sedangkan cikgu-cikgu itu pun belajar dalam bahasa melayu, secara tiba-tiba perubahan itu terpaksa dilakukan.
apa yang dilalui oleh cikgu sekarang, sama dengan apa yang dilalui oleh pelajar sekarang. :)
jadi saudara dJ, maknanya kita tidak perlu melatah untuk terus minta ia BERHENTIKAN.. tapi menambah dan membaik-pulih sistem itu untuk lebih baik dan berkesan.. alangkah moleknya kalau pakar-pakar bahasa duduk semeja dengan pembuat dasar itu untuk lebih memperbaikinya kan?
untuk siapa? untuk generasi kita akan datang juga.. perlu direnung semula, yang kita tentang ialah perihal yang dibikin untuk anak-anak kita.. bukan untuk diri kita..
siapakah yang melentur rebung itu?
I call for a win-win situation.
The government should restore some English medium schools where all subjects are taught in English.
In every municipality there should be at least two English medium schools.
Bahasa Malaysia-medium schools should remain and so should Mandarin-medium and Tamil-medium schools.
Malaysians must be forced to learn more English as it is the language of the world.
If you do not know English you are dead meat in this globalised world. English is king, get it!
At the same time, Malaysians must be made interested in Bahasa Malaysia and should stop thinking it is an irrelevant language that serves no purpose in the world.
Yes, even though it is our national language, we have scant interest in it. We learn it out of fear of not getting into local universities.
And our teachers do not make the subject of Bahasa Malaysia student-friendly. It is like a sword and club - you must pass it or you will not go to local universities.
As a result of learning Bahasa Malaysia out of fear, students of Malaysia do not like the language, do not respect the language and even hate the language.
And I'm damn sad to note that Bahasa Malaysia will die out as a language if the government does not make teachers teach it in an interesting and stimulating manner in schools.
We must save Bahasa Malaysia by making it interesting and unifying.
Non-Malay students must be encouraged to write Bahasa Malaysia literature and be rewarded handsomely for it.
Bahasa Malaysia should be seen as a Malaysian language and not merely a Malay language.
Having said that, teaching more English will NOT kill off Bahasa Malaysia.
Teaching more English will make Malaysians better in English and more global people.
But while the government makes Malaysians good in English, it should make Malaysians love, enjoy and respect Bahasa Malaysia by making it fun in schools.
Cheers, Dennis.
p/s: sm, aku nak teka siapa pengetua AF7 boleh? ahahaha!
motif nak teka kat entry PPSMI ?
sepatutnya diperbanyakkan guru guru yang berkualiti untuk pelajaran bahasa English ... bukan ajar Maths dan Sains dlm bahasa itu...
diperbanyakkan masa untuk pelajaran bahasa english ...
maka jadi lah tikus membaiki labu...
pada pandangan saya, kebanyakan orang yang menyokong PPSMI, seperti mana komen yang ada di stas terdiri daripada mereka yang berpelajaran tinggi. Dan sebagai mereka yang berpelajaran tinggi, kita tahu bagaimana susahnya untuk menyesuaikan diri bila melangkah ke alam universiti nanti.
sedangkan hakikatnya, kalau kita ke kawasan luar bandar (walaupun bukan semua), ramai yang masih menghadapi kesukaran membaca dalam bahasa melayu. Apatah lagi dalam bahasa Inggeris! PPSMI pada pandangan saya, menyukarkan mereka-mereka ini untuk memahami subjek sains dan matematik. Bukan memandang rendah kepada mereka, tetapi kadang kala kita harus akur yang rezeki mereka mungkin terarah ke bidang vokasional (Giat Mara, politeknik). PPSMI pada pandangan saya tidak adil kerana ia seolah memudahkan pihak yang sememangnya berkelebihan dalam bidang akademik dan menindas mereka yang kurang dalam bidang ini. Bayangkan seorang lepasan SPM yg cemerlang untuk survive di universiti, dengan anak kampung yang untuk survive di peringkat sekolah. Mana keadilannya??
saya amat tidak bersetuju kalau komen memansuhkan PPSMI semata-mata untuk mendaulatkan bahasa melayu, meningkatkan jatidiri dan yang seangkatan dengannya. tapi sebagai seorang yang dikelilingi oleh orang yang bergelar guru, sebab utama PPSMI wajar dikaji semula adalah kerana ketidakupayaan pelajar, terutamanya luar bandar untuk memahami subjek dengan lebih jelas lagi.
dan saya benar-benar setuju dengan komen lelasari. Menukar sains dan matematik kepada Bahasa Inggeris bukan jalan penyelesaian masalah ini. Tetapi memperkasakan proses pelajaran dan pembelajaran subjek bahasa inggeris itu yang paling penting!
Well....yg duk tunjuk perasaan tu anak-anak sekolah swasta kah semuanya??? Sekolah kerajaan jugak kan? Kalau tak suka...sila sekolahkan anak-anak anda semua di sekolah swasta yang mana menuntut bayaran kalau mampu. Hah...di situ bolehlah nak demamnd itu ini. Really SICK people...Kita ni duk ngajar anak2 ni semua tak kira penat lelah! pagi petang siang malam nak suruh anak2 korang semua pandai Bahasa Inggeris...yang tunjuk perasaan semua ni memang mengguris perasaan guru Bahasa Inggeris yang mengajar mereka bahasa Inggeris masa sekolah dulu dan puak2 ni sah2 datang dari ulu kampung mana ntah agaknya...memang tak reti nak berterima kasih lansung. Bertindak melulu tanpa fikir panjang. Ada banyak lagi isu yg lebih penting dan lebih berat untuk diperjuangkan...dan bukan ISU PPSMI ini...esok2 anak2 korang yang bodoh tak tau bahasa inggeris, siapa yang susah? Anak2 korang jugak!!!
FYI...I was many times working my ass up giving courses to these Science and Math teachers (I'm part of the program) so that somehow they can teach well Math and Science in English in classroom...*matila Bahasa Inggeris kan??? So, whats the problem? Orang yang di luar sana hanya tahu hu ha hu ha...walau di mana murid tu sekolah tak kira bandar ke, luar bandar ke...guru-guru Sains dan Matematik mereka telah diberikan kursus Bahasa Inggeris untuk menolong mereka dalam proses Pengjaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Sampai sekarang masih lagi berjalan kursus secara berterusan demi untuk menolong mereka. Jadi jangan kata murid2 di luar bandar sana bermasalah kerana saya juga mengajar di kawasan luar bandar. Setiap dasar yang dibuat itu adalah untuk kebaikan bukan untuk memberi KEBURUKAN kepada anak-anak semua.
ada lebih dan kurangnya setiap adanya sesuatu....mmg...ppsmi ini dapat membantu bakal2 pelajar yang ingin menjejakkan kaki ke menara gading, tapi..dimanakah letaknya bahasa melayu?
saya amat bersetuju dgn topik kali ni..mcm zaman saya di Universiti dulu pun camtu gak..masa tahun pertama diajar dlm bahasa melayu..padahal buku rujukan dlm bahasa inggeris..dan pada tahun kedua telah mula diajar dalam bahasa inggeris...mula2 mmg susah..tapi lama kelamaan kita akan biasa...biasala benda baru..tapi masalah pasal ajar sains dan matematik dlm english ni kene cepat ambil tindakan..kerana ini akan memberi kesan kpd pelajar2 yg bakal menduduki peperiksaan tahun ni..
Yang hilang melayunya adalah mereka yang berdemonstrasi tepi jalan. Mereka yang mendabik dada berkata mereka ada otak, ada maruah, bukan monyet dsb. Melayu tidak biadap begitu. Jika ada otak, tidak bertindak begitu. Jiwa bangsa melayu tidak liar begitu. Saya sangat melayu walaupun lidah ini boleh berbahasa lebih dari tiga, dan telah menuntut ilmu dengan bahasa-bahasa lain. Tidak sekali ia menjadikan saya kurang melayu. Hanya satu, saya ingin menjadi melayu yang boleh berbahasa Arab. Kerana ia bahasa Islam... Sedarlah wahai melayu!
masalahnya inilah sikap melayu kolot ..... tu jerrr...
ada otak tapi tak berakal
????
Belajar sains dalam bahasa arab seperti di Universiti Yaman...
Apa ada pada warna kulit samada sauda'atau baida'...
yang UTAMA adalah TAQWA...bukan warna kulit, bukan bangsa
Saya tak kisah nak ajar dlm English sebab saya dah ada English antara bangsa...fikirkan anak kampung yang mandi sungai...mak ayah petani...tak bijak English...
sedangkan Dr Sidik Baba hanya dapat gred 3 masa SPM ...cuba lihat dia dah dapat tokol maulidur rasul...
jika anak anda kurang mahir Englsh...jangan fikir ore semua sama dgn kita...
kawe buleh English Arab Melayu...
dulu masa Khir Johari jd menteri pelajaran dihapuskan tulisan jawi yang menyamai Arab...habis ramai yang tak reti nak membaca Al Qur'an...
Ayat al Quran:
Likulli ummatin ajalun
Fa Iza ja_A AJALUHUM
La Yasta'khiruna SAA_A'TAN
Wa La yastakhdimun
makna:
Setiap ummat/ bangsa ada masa ajalnya...
Maka apabila tiba masa ajal mereka
Tidak akan terlewat seSAAT danan Tidak tercepat.
Maka berjuang utk ISLAM adalah lebih UTAMA dan perjuangan bangsa...