Seminggu sudah berlalu, namun akhbar-akhbar masih memberikan liputan yang meluas terhadap kisah terlampau Akademi Fantasia yang baru sahaja menobatkan Vince sebagai pemenangnya minggu sudah. Berita Harian apabila diselak-selak muka pertama hampir keseluruhan berkisar tentang pelajar Akademi Fantasia. Sedikit sebanyak mengurangkan kerinduan terhadap mereka. Begitu juga Pancaindera yang menjual wajah Nana di muka hadapan. Juga di centrepage memuatkan kisah Kemuncak Konsert. Yang agak menyedihkan semuanya cerita yang baik-baik sahaja.
Apa dah jadi dengan Akademi Fantasia?
TIDAK dinafikan antara rancangan yang paling popular di stesen ASTRO RIA setakat minggu lalu... ialah Akademi Fantasia (AF).
Minggu sudah ASTRO mendakwa pertandingan akhir rancangan ini disaksikan lebih satu juta penonton. Khabarnya sampai lima juta penonton menghabiskan duit untuk memberikan sokongan mengundi dalam masa sembilan minggu rancangan itu dikeudarakan. Sesudah tempoh sembilan minggu rancangan itu dipopularkan ASTRO, peminat-peminat setia ASTRO tak sabar nak tengok siapa yang bergelar juara atau pelajar terbaik nombor satu di Akademi Fantasia itu!
Cuma yang menyedihkan, pelajar terbaik bukanlah dipilih oleh guru vokal (Siti Hajar) ataupun para guru di akademi tersebut mahupun golongan profesional yang dijemput... sebaliknya undian itu dilakukan di kalangan penonton (kebanyakannya didakwa peringkat belasan tahun) dengan menggunakan undi melalui (Sistem Pesanan Ringkas) SMS! Wah! beruntunglah ya pihak ASTRO buat rancangan yang mendapat duit semula!
Jadi kalaulah di minggu lalu... melalui nota kaki di ruangan ni, Huzz mengatakan rancangan AF tidak melahirkan penyanyi bersuara emas seperti kehebatan finalis Bintang RTM dan ia sama standard dengan Sinaran Pasport Kegemilangan... janganlah ada garu kepala tidak faham.
Rancangan popular di TV3 itu juga menggunakan khidmat juri awam walaupun tidak mengetepikan juri profesional. Rancangan itu juga sama dengan Akademi Fantasia... kerana berjaya melahirkan bintang yang digilai ramai walaupun bakat nyanyian masih tidak dapat mengatasi kualiti juara Bintang RTM. Contohnya ialah Kumpulan Senario... mereka boleh berlakon dan berlawak, tapi tidak boleh diangkat dalam golongan penyanyi terbaik. Apa pun tak dinafikan sajian lawak jenaka mereka memang kelas satu. Namun semua peserta di Sinaran Pasport Kegemilangan TV3 mahupun Bintang RTM boleh dianggap lebih baik daripada peserta Akademi Fantasia kerana mereka tidak disediakan guru tari, guru vokal tapi boleh menunjukkan bakat di atas pentas dengan gaya tersendiri. Kelebihan Bintang RTM kerana finalisnya menyanyi dengan baik melalui iringan orkestra (sesuatu yang bukan mudah dilakukan).
Juara-juara Bintang RTM mempunyai vokal kelas satu (antaranya (Allahyarham Sudirman, Rohana Jalil, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Rosemaria Abdul Hamid yang suara mereka masih mantap hari ini). Malahan Bintang HMI (anjuran RTM) juga hebat... melahirkan Siti Nurhaliza. Tidak kurang hebat juga dengan Bintang URTV memberikan saingan hebat pada Bintang HMI kerana melahirkan Siti Sarah.
Bagaimana dengan peserta di Akademi Fantasia? Di iklan awalnya ASTRO menjanjikan Akademi Fantasia akan melahirkan bintang setanding Siti Nurhaliza! Jawapannya AF belum menemui bintang setanding Siti Nurhaliza mahupun Siti Sarah. Walaupun diberikan guru vokal dan guru tari, sayangnya pada persembahan akhir... kesemua pelajar tidak dapat memberikan persembahan yang mantap. Mungkinkah masa yang diberi untuk pengajian vokal dan tarian mereka di Akademi Fantasia tidak cukup? Bagaimanapun apa yang Huzz tengok terdapat beberapa peserta di AF boleh dibentuk sebagai penyanyi atau penghibur. Itu pun kalau mereka mahu melipatgandakan usaha memilih untuk menjadi penyanyi atau penghibur.
Apa bezanya penghibur dan penyanyi? Ingin Huzz maklumkan... penyanyi itu ialah seseorang boleh menyanyi dengan baik sedangkan penghibur pula si penyanyi tidak sekadar boleh menyanyi dengan baik tetapi mampu menari dan berjenaka hingga menghiburkan penonton. Contoh terbaik seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Kepada para peserta AF yang dianggap boleh menjadi bintang... hendaklah memantapkan vokal mereka dengan guru vokal iaitu Siti Hajar dengan tempoh masa yang lebih lama lagi.
Turut menyedihkan di rancangan AF minggu sudah ialah acara peluk-memeluk masih terus berlaku. Malah adegan itu berlaku di hadapan kaum keluarga peserta selain penonton di Dewan Wawasan di Bangunan PGRM Kuala Lumpur (tempat diadakan siaran langsung AF). Sehingga ada penonton yang bertanya-tanya, tidak segankah bila lelaki dan perempuan berdakapan mesra dalam sebuah rancangan siaran langsung? Ditonjolkan juga adegan percintaan peserta semasa berada di dalam rumah yang disediakan oleh AF.
Huzz memohon maaf dengan apa yang disuarakan, tapi niat Huzz adalah ikhlas untuk memberi kritikan yang membina. Apa pun di musim kedua Huzz mengharapkan pihak ASTRO dan penerbit rancangan atau `guru besar' di Akademi Fantasia (Saudara Freddie) memastikan hal-hal yang tidak sesuai tidak akan berulang lagi serta berusaha melihatkan Akademi Fantasia tidak hanyalah fantasi semata-mata.
Tempat tinggal untuk peserta lelaki dan perempuan diharap dapat diasingkan. Jangan berulang lagi rakaman atau sedutan melihatkan peserta lelaki dan perempuan duduk serumah. Contoh adegan mengejutkan apabila ada peserta perempuan didukung oleh peserta lelaki (Vince mendukung Nija). Adegan itu disiarkan pada malam final. Mungkin niat Vince berjenaka, tapi bagaimana pandangan penonton? Tidak semuanya bersikap terbuka! Rasanya tidak ada mana-manapun asrama di mana-mana pengajian di Malaysia ini mengizinkan pelajar lelaki dan perempuan tinggal sekali.
Kalau boleh, di musim kedua nanti... tolonglah pastikan AF tak mengundang kontroversi lagi. Juga perlu diadakan latihan penyampaian hadiah agar bibir pengacara tidak luka lagi. Kesian Aznil Haji Nawawi sampai luka bibirnya kena alat pembesar suara gara-gara duduk dekat dengan yang terlalu gembira apabila diumumkan sebagai pemenang. Aznil bagaimanapun telah menyelamatkan Akademi Fantasia dengan cara beliau sepanjang mengendalikan rancangan itu. Aznil pandai mengawal suasana dan Aznil juga tidak over. Aznil layak dikekalkan. Tapi di musim kedua nanti, Aznil cuma diharap tidak meneruskan dialog mengundang air mata yang keterlaluan di kalangan peserta dan penonton.
Apa pun... kepada semua peserta AF anda semua janganlah patah semangat untuk menjadi seorang bintang. Perlulah menggilapkan bakat dengan menambahkan usaha. Terimalah segala kritikan dengan hati terbuka. Paling penting jangan melatah apabila sudah popular dengan mulai menunjukkan sikap sombong. Ada beberapa peserta didakwa kononnya sudah begitu. Iakah? Sebagai seorang bintang seseorang itu akan dihormati kalau dia pandai menghormati dirinya dan orang lain. Huzz setuju dengan tulisan rakan Huzz, wartawan Rosli Manah dalam artikelnya di akhbar Utusan Malaysia pada Rabu lalu iaitu peserta Akademi Fantasia jangan mendongak ke langit. Pada Huzz bukan saja peserta AF tapi semua artis pun eloklah mengamalkan sikap makin berjaya makin merendah diri, macam resmi padi makin tunduk makin berisi.
Kepada ASTRO tahniah kerana berusaha melahirkan bintang baru melalui Akademi Fantasia.
HUZZ: Ada seorang ahli perniagaan kaya dari Sungai Petani menyatakan rasa terkejut kerana melihat bil telefon bimbit anak-anak daranya. Katanya, "Sejak Akademi Fantasia diadakan oleh ASTRO saya bukan saja kena bayar sewa bulanan ASTRO tetapi saya kena membayar RM500 seminggu bagi penggunaan SMS anak-anak saya. Bayangkan perbelanjaan SMS kepada AF untuk sembilan minggu.''
Inilah kali pertama yang saya sedar bahawa mereka sebenarnya tidur sebumbung. Jika mereka tidur sebumbung, mana mungkin pelajar lelaki dua kali tertangkap apabila datang lewat ke kelas pengajian. Jadi isu mereka tidur sebumbung harus dibuang jauh-jauh. Jika sebumbung pun mungkin hanya kelas mereka. Sewajarnya kelas mereka patut dicampurkan kerana sekolah campur sudah wujud sejak sebelum merdeka lagi. Mustahil zaman millenium ini kerana artikel di atas pelajar Akademi Fantasia mahu dipisahkan. Berkenaan dengan adegan peluk dan cium yang terlampau agak sukar untuk saya membuat penilaian kerana asas penilaian saya tentunya berdasarkan asas kepercayaan agama saya. Jika boleh dikurangkan lebih baik dan mutu rancangan tersebut akan lebih dipandang masyarakat. Sebagai seorang rakyat Malaysia, yang panas dan yang hangat itulah yang disukai mereka. Akademi Fantasia perlu terus diadakan untuk mendidik masyarakat menilai seni dan membetuk penghibur masa depan untuk tanahair yang semakin tandus dengan penghibur berkualiti. Akademi Fantasia sudah ada ciri-ciri Sinaran Passport Kegemilangan, yang perlu digilap ialah ciri-ciri Bintang RTMnya. Apabila dua rancangan ini digabungkan, kita akan berupaya untuk menghasilkan seorang penghibur yang popular dan terbaik, kerana yang popular tidak semestinya terbaik dan begitulah sebaliknya.
Saya tertarik untuk menyelitkan Fakta Menakjubkan di bahagian tengah Pancaindera di sini untuk tatapan pembaca saya:-
Jumlah SMS keseluruhan 9 selama sembilan minggu) 5 juta
Jumlah SMS pada dua minggu pertama 100,000
jumlah SMS pada minggu ketiga hingga kelapan meningkat antara 30 hingga 40 peratus
Jumlah SMS pada hari konsert Akademi Fantasia ialah 900,000.
Yang pasti serangan virus W32.Blaster.Worm tidak sehebat TMTouch Attack yang berlaku tatkala Konsert 6 satu ketika dahulu.
welcome to the wow power leveling, cheap service site,WoW Gold buy cheap wow gold,wow gold,world of warcraft buy wow power leveling
ow gold