Imbasan Akademi Fantasia 01-01 oleh sultanmuzaffar
Imbasan Akademi Fantasia yang sudah sekian lama kita tunggu-tunggu akhirnya muncul juga pada malam ini. Rancangan tersebut bertujuan untuk mengimbas kembali kegemilangan sebuah rancangan yang membawa satu fenomena baru dalam industri penyiaran dan seni suara tanahair. Akademi Fantasia telah membuat satu breakthrough kepada industri seni tanahair. Dengan mengekalkan Aznil Hj Nawawi sebagai hos rancangan, episod pertama telah menemuramah Pengetua Akademi Fantasia iaitu Encik Freddie Fernandez.
Kata Freddie, di dalam Akademi Fantasia, pelajaran diberikan namun demikian ia berlaku dalam suasana realiti. Penonton dapat melihat suasana pembelajaran sekaligus terhibur dengan apa yang dipertontonkan. Selain daripada itu, kuasa diberikan sepenuhnya kepada penonton untuk menentukan siapakah yang harus kekal di dalam Akademi dengan undian yang dihantar. Secara tidak langsung, ia mewujudkan elemen suspens kepada rancangan tersebut dan penonton ternanti-nanti siapakah yang bakal terkeluar pada setiap minggu.
Kebanyakan footage telah diambil daripada rancangan Tirai Akademi yang pernah disiarkan di ASTRO satu ketika dahulu. Oleh yang demikian sewaktu segmen ujibakat dipertontonkan, kesemua footage adalah daripada Tirai Akademi. Beberapa sessi ujibakat telah diadakan di Butterworth, Melaka, Kuala Lumpur dan Kuantan.
Konsep rancangan Akademi Fantasia adalah sebuah rancangan yang diroyaltikan dari sebuah rancangan dari TV Azteca iaitu La Academia.
Turut dipertontonkan kepada umum ialah proses pengubahsuaian sebuah banglo di Mines. Banglo yang asalnya agak mewah dan perabut-perabutnya berkonsepkan selera mak Datin, ditukar kepada sebuah banglo yang lebih santai dan berjiwa muda-mudi. Banglo tersebut perlu diubahsuai untuk menempatkan krew serta hidden camera pada bahagian dindingnya. Menurut Pengetua, banglo tersebut amat sesuai untuk tempoh pengajian para pelajar memandangkan saiznya dan keluasannya. Sessi pengajian yang melibatkan tarian terutamanya memerlukan ruang yang agak besar dan banglo tersebut menepati ciri-ciri yang dikehendaki.
Satu perkara lagi yang agak menarik ialah para pelajar dipisahkan dari dunia luar seperti suratkhabar, keluarga, handphone, internet dan sebarang interaksi selain daripada keluarga Akademi Fantasia sahaja. Rasionalnya adalah utuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih komprehensif dan kondusif untuk para pelajar tanpa gangguan. Mereka tidak sepatutnya didedahkan dengan dunia glamour terutamanya apabila melihat gambar wajah (gajah) mereka terpampang di dada akhbar. Tanpa surat khabar masih boleh hidup, tetapi tanpa internet adalah satu yang agak sukar untuk difikirkan oleh saya.
Tiada sesiapa pun yang akan menyangka Akademi Fantasia akan menjadi sehebat sekarang. Namun demikian kesannya bukan sedikit kepada industri hiburan tanahair. Masyarakat sedikit sebanyak telah disedarkan akan terkuburnya industri muzik jika tanpa sokongan mereka. Masyarakat sedikit sebanyak sudah mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk di dalam industri muzik.
Pemilihan dua belas pelajar akhirnya dibuat dan nama-nama seperti Nija, Sahri, Nana, Khai, Azizi, Atie, Vince, Azza, Burn, Rosma, Adi dan Liza kemudiannya terus meniti dari bibir ke bibir setiap peminat Akademi Fantasia khususnya. Setiap pelajar mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pemilihan dibuat mengambil kira faktor rupa, skil nyanyian, bakat dan ketrampilan berkomunikasi.
Komen Pengetua
Nana
Kelebihan Nana ialah beliau seorang yang peramah, emosional, mudah menangis, mudah tersentuh, intelligent, friendly, mempunyai personaliti yang baik serta orang cepat suka kepada beliau. Kekurangannya pula ialah tidak semua lagu sesuai dengan vokal beliau dan ada beberapa lagu beliau boleh menyanyikannya dengan hebat.
Sahri
Pemilihan Sahri adalah untuk membuktikan stereotype masyarakat adalah salah. Akademi Fantasia perlu menukar mindset penonton bahawa untuk menjadi artis tidak semestinya memerlukan wajah yang menarik serta bentuk fizikal yang baik. Sahri telah membuktikan yang beliau boleh menyanyikan apa sahaja lagu dengan baik dan mendalami lagu tersebut dengan penuh perasaan. Beliau enjoy apabila membuat persembahan dan penonton juga terpesona dengan persembahannya.
Akademi Fantasia diharapkan akan terus diterbitkan dan memperoleh banyak kejayaan untuk menghasilkan lebih ramai bintang untuk industri seni tanahair.
Undi SMS ke 32999 ?
PPM - Pelajar Paling Menyerlah
PPCS - Pelajar Paling Cool dan Sporting
PPC - Pelajar Paling Ceria
PPE - Pelajar Paling Emosional
Nota: Saya sudah bertaubat !
0 komen