Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 14 February 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Mini Konsert Akademi Fantasia 01-02 oleh sultanmuzaffar

Imbasan Akademi FantasiaKonsert Akademi Fantasia ini merupakan konsert yang pertama kali berlangsung di Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia. Pada Konsert Akademi Fantasia 01, Liza telah telah tersingkir apabila mendapat undian paling rendah. Namun demikian, dalam suasana yang menyedihkan dan agak mendebarkan Rosma mengumumkan bahawa Pihak Pengurusan merasakan bahawa penyingkiran pelajar hanya akan dibuat pada Konsert Akademi Fantasia 02. Dengan itu, Liza diserap kembali ke Akademi Fantasia untuk meneruskan pengajiannya dan terus kekal sehingga Kemuncak Konsert Akademi Fantasia.

Persembahan
Nija
Nija menyanyikan lagu Siti Nurhaliza bertajuk Kau Bagaikan Permata. Memandangkan ini merupakan minggu pertama di Akademi Fantasia, banyak yang belum dipelajari oleh beliau. Showmanship beliau agak kaku. Pergerakannya terbatas hanya pada satu-satu stail. Terdapat masalah apabila menyanyikan lagu pada nada rendah. Penguasaan pentasnya agak kurang. Interaksi beliau dengan kamera dan penonton masih boleh diperbaiki dengan meninggikan keyakinan diri di masa hadapan.

Khai
Lagu Perpisahan di tangan Khai masih mendatar kesan pergerakan stereotypenya pada keseluruhan lagu. Seperti Nija, Khai juga mempunyai masalah untuk mempelbagaikan gayanya mengikut kesesuaian lagu yang dinyanyikan. Pergerakan dan penguasaan pentasnya masih terbatas. Vokal beliau sesuai untuk lagu-lagu balada walaupun beliau lebih suka dengan lagu berentak rock. Di antara kesemua pelajar, beliau mempunyai kelebihan kerana mempunyai mutu vokal yang agak berbeza dengan pelajar-pelajar lain.

Azza
Lagu Memori dendangan asal Sheila Majid seperti tidak sampai dinyanyikan oleh beliau. Walaupun mempunyai pakej yang menarik dan lengkap, belum cukup untuk mengumpan undi penonton. Vokal perlu dimantapkan dengan mempelajari teknik-teknik nyanyian yang betul. Seorang yang mudah untuk diasuh. Keyakinan diri beliau perlu ditingkatkan dengan melengkapkan ilmu-ilmu mizik ke dalam diri beliau. Kata Halim Othman, beliau ada rupa, ada ketinggian yang perlu digilap hanyalah mutu vokal.

Sahri
Selingkar Kasih nyanyian Rem ada bunyi-bunyi menekan yang sememangnya menjadi identiti penyanyi asal lagu tersebut. Pertama kali Sahri membuka mulut dengan note pertama, saya sudah terpukau dengan suaranya. Suara beliau bercakap dengan suara beliau menyanyi jauh berbeza. Suara nyanyian beliau banyak angin. Beliau bijak melenggokkan vokalnya dengan kesesuaikan pada lagu yang dinyanyikan. Pergerakan beliau di pentas dirancangan dengan baik terutama pada gaya tangannya. Beliau perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki imej beliau. Vokal beliau amat baik terutamanya apabila note tinggi.

Nana
Kini Kau Tiada jika dilihat pada nyanyian penyanyi asalnya Sarimah jauh lebih attitude. Vokal serak-serak basah Nana agak baik jika boleh digilap di dalam kelas-kelas akan datang. Namun demikian beliau perlu memperbaiki teknik pernafasan beliau. Nyanyian pada nada rendah tidak kedengaran. Penyanyi latar yang dibantu oleh rakan-rakan beliau banyak menyelamatkan keadaan. Keyakinan beliau agak rendah sewaktu menyanyikan lagu ini. Showmanship beliau agak mekanikal iaitu tidak licin dan nampak keras di pentas.

Vince
Konfiden ! Beliau selesa dengan lagu ini walaupun tidak pernah mendengar lagu ini sebelum ini. Interaksi dengan kamera juga cukup baik. Penguasaan Bahasa Malaysia beliau juga amat baik. Beliau mempunyai mutu vokal yang setanding dengan Sahri. Lebih menarik, beliau bijak menggayakan vokal beliau dengan rentak lagu tersebut. Beliau menyanyi dengan bebas tanpa terikat dengan gaya penyanyi asal. Kekuatan utama beliau ialah falsetto dan menyelitkan unsur-unsur R&B pada lagu tersebut.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger