Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 07 February 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Mini Konsert Akademi Fantasia 01-01 oleh sultanmuzaffar

Konsert Akademi Fantasia ini merupakan konsert yang pertama kali berlangsung di Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia. Tanpa kehadiran penonton yang ramai, konsert ini tetap diteruskan dengan jayanya. Yang menarik terdapat sebilangan kakitangan ASTRO yang turut memenuhkan kerusi penonton. Di bahagian belakang tidak dipenuhi dengan penonton yang berdiri seperti Konsert 4 hingga ke Kemuncak Konsert. Pada waktu tersebut, tiada siapa yang mengenali Akademi Fantasia. Akademi Fantasia belum mencetuskan fenomena baru ketika itu. Hanya segelintir sahaja yang menonton bermula dari Tirai Akademi. Tapi hari ini, Akademi Fantasia menjadi kegilaan ramai. Walaupun ada yang masih tidak suka, (ya saya sedar) pilihan masih di tangan mereka. Saya menonton Akademi Fantasia bermula dari Tirai Akademi dan mula membuat ulasan pada Konsert Akademi Fantasia 2 kerana ingin mewujudkan alternatif kepada pelayar internet yang terdedah dengan komen-komen tidak berasas di Forum Komuniti.

Persembahan
Atie
Beliau menyanyikan lagu Hi Hi Bye Bye dendangan asal Ezlynn. Saya merasakan pergerakan pentas beliau agak terbatas. Walaupun ada showmanship daripada beliau tetapi pergerakan itu tidak membawa apa-apa makna kepada lagu tersebut. Vokal beliau seakan membaca. Penyanyi asalnya juga bila menyanyikan lagu ini secara langsung adakalanya tergelincir juga. Stamina beliau di bahagian kedua lagu tersebut memang hancur. Semakin berkurangan dan beliau perlu mempelajari teknik pernafasan yang betul. Perasaan gemuruh yang telah menyebabkan cara pernafasan beliau terganggu. Emosi wajah beliau untuk lagu itu ada keserasian.

Adi
Beliau menyanyikan lagu Kau Ilhamku. Lagu ini merupakan lagu kegemaran saya. Sebuah lagu evergreen dari Man Bai. Pada pendapat saya ada keunikan pada vokal beliau. Ada bunyi-bunyi Indonesia atau lebih mudah bunyi Jawa. Namun demikian kurang penghayatan menyebabkan lagu catchy ini tidak dapat menarik perhatian penonton. Ekspresi dan emosi lagu tersebut tidak dinyanyikan dengan penuh penghayatan. Kesilapan pitching pada beberapa bahagian turut memberi sedikit kekurangan pada lagu tersebut. Beliau perlu memberikan tumpuan untuk meningkatkan feel agar mesej lagu tersebut dapat dihayati oleh penonton.

Liza
Beliau merupakan seorang yang amat pemalu. Gemuruh juga sebenarnya yang merosakkan lagu Sampai Bertemu ini. Pada beberapa bahagian beliau terlupa lirik. Nyanyian beliau agak tersekat-sekat. Pergerakan beliau agak terbatas. Penghujung lagu ini diserikan dengan kehadiran bapa beliau di atas pentas menyebabkan tumpuannya terganggu dan tidak menyanyi dengan selesai.

Azizi
Beliau akan mendendangkan lagu Si Gadis Ayu. Sebuah lagu lama. Keunikan vokal beliau merupakan kekuatan utama lagu ini. Beliau bijak menguasai pentas. Beliau bijak berinteraksi dengan penari latar. Setiap pergerakan beliau ada makna. Beliau memiliki kemantapan vokal dan kawalan pernafasan yang baik. Sebuah persembahan yang bertenaga dari Azizi.

Rosma
Persembahan beliau dengan lagu Sekadar Di Pinggiran bermula dengan baik. Showmanship beliau agak cemerlang. Selain mempunyai vokal yang mantap beliau bijak berinteraksi dengan kamera. Saya menyifatkan persembahan beliau datang dari seorang yang profesional dan tidak akan menyangka beliau baru berumur 18 tahun. Vokal beliau lebih menyerlah pada bahagian tinggi. Satu yang perlu beliau ambil berat ialah mencipta imej tersendiri. Pada masa yang sama, saya sempat juga menonton persembahan beliau bersama Jay Jay di dalam Hiburan Minggu Ini. Duet beliau dengan Jay Jay seperti ada kekurangan. Beliau tidak berinteraksi dengan Jay Jay walaupun menyanyikan lagu secara duet.

Burn
Lagu Living La Vida Loca merupakan lagu killer kepada beliau. Beliau ternyata tidak selesa dengan lagu tersebut seawal hari pertama menerima lagu tersebut. Vokal beliau lebih sesuai dengan lagu R&B dan lagu Living La Vida Loca merupakan sebuah lagu yang agak rancak. Satu lagi kekurangan beliau adalah dalam bidan tarian. Beliau agak keras dalam tarian. Beliau perlu menghayati tempo beat lagu tersebut. Apabila beat lagu tersebut tidak dihayati, lirik lagu jadi berterabur dan tidak ikut beat.

Mini Konsert Akademi Fantasia 01-02 akan disiarkan minggu hadapan.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger