Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 11 February 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 02-03 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Liza
Alasan : Esok ada training di MMU !

Kelas grooming merupakan salah satu kelas yang telah diikuti oleh Liza. Grooming penting terutamanya apabila melibatkan penampilan seseorang pelajar. Lihat apa perubahan yang ada pada Liza sekarang. Imej beliau telah banyak berubah. Rambut hasil teknik rebonding kalau dulu saya sebut sebagai straightening sedikit sebanyak memberi imej baru kepada beliau.

Katanya beliau suka makeup yang simple. Di rumah tak perlu makeup. Memanglah dik. Kalau dah makeup kat rumah tuh dah kes berat dah. Penampilan diri mesti sentiasa dijaga agar kelihatan seperti seorang bintang.

Soalan-soalan dari Aznil adakalanya merimaskan pemikiran. Soalan seperti masa yang diambil untuk bersolek pun ditanya. Pada satu adegan beliau turut bertanya kepada Liza kenapa tidak panggil Cik Baha dengan gelaran ibu ? Harap-harap Cik Baha tidak saman Aznil.

Beliau banyak mempelajari pelajaran baru dalam kelas drama kendalian Cikgu Fatimah yang digelar ibu oleh mereka di kalangan pelajar. Dari seorang yang tidak tahu apa itu lakonan, kini beliau banyak tahu tentang lakonan. Liza mengakui lakonan merupakan satu yang susah baginya. Tetapi ia penting untuk nyanyian selain membina watak dalam nyanyian untuk mendapatkan perasaan dalam lagu.

Liza turut ditanya tentang penguasaan Bahasa Inggerisnya. Beliau faham tentang apa yang diajar oleh Cikgu Fatimah dan Cikgu Linda bila ia dilakukan dalam Bahasa Inggeris tetapi beliau tidak tahu untuk membalasnya. Beliau mengaku. Bila ada yang beliau tidak tahu, beliau akan tanya pada rakan-rakannya yang lain.

Penyanyi atau Pelakon ?
Berlakon adalah sesuatu yang sukar katanya. Pada pendapat saya, menyanyi lebih sukar dari berlakon. Lakonan boleh dibentuk dan diarah, tetapi kalau suara tak sedap menyanyilah macam mana pun tentu tak sedap juga hasilnya. Banyak penyanyi yang jadi pelakon kayu, tetapi tidak banyak pelakon yang jadi penyanyi. Oleh itu, saya buat andaian, jika Liza kata nyanyian mudah. Kalau mudah kenapa tak sedap ?

Siapa yang garang ? Cikgu Linda, Cikgu Adnan, Cikgu Siti Hajar ? Cikgu Fatimah ?
Antara yang paling tegas sewaktu pengajian ialah Cikgu Linda. Cikgu Adnan, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Fatimah agak lembut dalam kelas mereka. Walaupun kelihatan Cikgu Siti Hajar agak garang pada beberapa kelas namun sifat garang itu timbul apabila beliau ingin melihat yang terbaik dari anak muridnya.

Dalam kelas tarian, selain Liza, Azizi juga agak menonjol. Azizi mudah untuk menari. Kata Liza, Azizi suka menari dan tubuhnya mudah dibentuk untuk menari.

Kenapa Cikgu Siti Hajar mengamuk ?
Sewaktu Nana menyanyi lagu Halaman Cinta, beliau kelihatan tidak cukup keyakinan. Beliau dimarahi Cikgu bukan kerana Cikgu tidak suka sebaliknya kerana Cikgu merasakan beliau boleh menyanyikan lagu tersebut. Tetapi Nana terus dengan sikapnya yang seakan-akan berputus asa dengan lagu tersebut. Maka sikap tersebut telah menyebabkan Cikgu Siti Hajar angin. Lebih mengejutkan setelah insiden tersebut, Liza terpilih untuk latihan seterusnya. Beliau agak terkejut juga. Tetapi tetap cuba untuk memberikan yang terbaik dan cuba mendapatkan ekspresi gatal dengan sebaik-baiknya.

Ada komplot lelaki dan perempuan ?
Dalam kelas, pelajar mana yang tidak nakal. Nama pun pelajar. Pelajar lelaki suka datang lambat. Perangai-perangai sedemikian merupakan biasa di kalangan pelajar. Oleh itu kena tahan sahaja.

Untuk NTV7:
Memang nampak kecil, tetapi ia tetap cacat. Aznil telah merakamkan perkataan "empat" untuk menggantikan "enam" kategori yang disebutkan oleh beliau untuk merujuk kepada anugerah yang dipertandingkan tetapi jari-jari Aznil masih menunjukkan "enam".

Undi Free Anugerah Sebenar IAF Sekarang !!

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger