Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 06 February 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 01-05 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Baha Azman Nor

Sebelum tersiarnya Akademi Fantasia, nama Baha Azman Nor merupakan satu nama asing dalam dunia hiburan tempatan. Tetapi apabila disebut nama Cik Baha sekarang, semua orang sudah mempu mengaitkan beliau dengan fenomena Akademi Fantasia. Cik Baha merupakan orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi mentor, warden, tukang masak, bibik, driver kepada pelajar Akademi Fantasia.

Untuk menjadi seorang bintang, soal disiplin perlu diambil-berat. Ia merupakan perkara asas bukan sahaja kepada bintang Akademi Fantasia tetapi juga kita sebagai manusia amnya. Sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal-ehwal disiplin pelajar Akademi Fantasia.

Cik Baha di layar televisyen kelihatan agak garang. Namun demikian ada garis pemisah agar para pelajar tidak merasa asing dengan beliau. Beliau juga menjadi tempat para pelajar untuk mengadu masalah. Beliau perlu mendapat kepercayaan para pelajar. Walaupun kelihatan sebagai seorang yang agak tegas, para pelajar tetap menghormati beliau dan mudah untuk berkongsi apa sahaja dengan beliau.

Adakalanya beliau bertindak sebagai pemotivasi kepada para pelajar. Beliau secara tidak langsung menjadi orang perantara antara pihak penerbitan dan para pelajar. Beliau menjadi pembuka minda untuk Burn agar mencari strategi untuk mengumpan perhatian penonton. Azizi pula agak inferior dengan diri beliau. Walaupun paling tua di antara para pelajar beliau agak isolated dengan para pelajar lain. Beliau sedar dengan kekurangan pada dirinya. Apabila dilihat tiada perubahan, beliau perlu melakukan sesuatu.

Masa paling mencabar bagi beliau ialah emosi pelajar sehari selepas konsert. Apabila adanya pelajar yang tersingkir, emosi dan semangat pelajar yang tinggal sedikit sebanyak terganggu. Mereka terganggu kerana kehilangan kawan dan sering memikirkan siapakah yang akan terkeluar selepas ini pula.

Apakah Burn dan Nana benar-benar bercinta ? Burn merupakan seorang yang tidak tahu mengatur strategi. Beliau tidak fikir, kisah percintaan itu adalah untuk mengeksploitasi diri antara satu sama lain untuk populariti diri sendiri. Burn dan Nana ada keserasian dan mudah mesra oleh sebab itu mereka mudah rapat.

Selain daripada itu beliau juga perlu menjaga kebajikan para pelajar terutamanya dalam soal sakit pening. Aznil dengan selamba menyoal sama ada Rosma menggunakan sakit migraine beliau untuk menarik perhatian penonton. Cik Baha menafikan perkara tersebut walaupun sakit boleh dibuat-buat, beliau tidak rasa Rosma sengaja mengada-adakan sakit tersebut untuk mengumpan perhatian penonton.

Ada satu ketika, Khai, Vince dan beberapa pelajar perempuan diserang cirit-birit. Beliau agak panik kerana ia berlaku pada hari Rabu ketika konsert sudah semakin hampir. Pihak penerbitan juga panik jika ada perkara-perkara yang akan menyebabkan mereka tidak boleh membuat persembahan di konsert.

Komen Cik Baha
Azza

Azza jika diberi didikan dan peluang beliau boleh menyanyi dengan baik. Beliau sudah mempunyai pakej sebagai seorang penyanyi. Laluan beliau tidak semudah Vince dan beliau harus tahu kekuatan diri sendiri. Beliau juga perlu membaiki cara berkomunikasi. Walaupun lembut dan pendiam beliau merupakan seorang yang positif.

Khai
Khai merupakan seorang yang mudah untuk diuruskan. Beliau tidak banyak bercakap dan oleh itu mudah menerima segala pandangan orang lain. Jika kita tidak tanya, beliau tidak akan cakap. Namun demikian beliau sangat komited dan bersemangat besar untuk menjadi penyanyi.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger