Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 27 February 2004

Eiffel...I'm In LoveUlasan Soundtrack Eiffel..I’m In Love

Kenapa saya beli album ini ? Tiada wajah Nicholas Saputra dan Dian Sastrowidoyo yang menyebabkan Malaysia dilanda fenomena Ada Apa Dengan Cinta satu ketika dahulu. Saya lebih appreciate muzik Indonesia yang boleh saya sifatkan agak segar dan lebih bertenaga. Benar, unsur-unsur Baratnya kuat, tetapi masih kekal pada batasan Indonesianya. Tidak jauh melangkaui pengaruh Barat. Anto Head dan Melly selaku Penerbit cepat mengingati susur galur bangsanya. Satu kelainan yang saya rasa ada pada kesemua lagu tentulah liriknya yang ringkas. Tiada unsur-unsur melankolik yang terlampau seperti lagu Rindu Serindu Rindunya. Apa yang pasti sentuhan keremajaan kepada album ini masih kukuh.

Track 1: Bercintalah Denganku
Sebuah lagu ciptaan Melly yang agak biasa. Tidak banyak perbezaan dengan lagu-lagu yang terdahulu. Lagu sebegini tidak sesuai diletakkan di Track 1 kerana boleh membuatkan pendengar bosan dan kecewa. Pengaruh rock dengan gitar akustik dan elektrik hampir menguasai lagu ini.

Track 2: Memang Enak
Sebuah lagu yang agak rancak dan dapat mencipta satu tenaga baru pada album ini. Tetapi masih tidak lari dari imej Melly yang sememangnya gemar lagu berentak rancak terlampau ini. Saya rasa vokal Melly sesuai untuk apa sahaja jenis lagu. Beliau bijak mencipta stail pada vokalnya.

Track 3: Paling Tidak
Sentuhan gitar akustik menjadi kekuatan lagu ini. Lirik lagu ini yang baik juga menjadi pelengkap kepada sebuah lagu yang indah. Untuk menyuntik persekitaran romantika, penggunaan strings menjadi irama pelengkap. Sekali lagi vokal Melly amat sesuai mendendangkan lagu sebegini.

Track 4: Dalam Hening Hati
Sebuah lagu rancak yang agak moderate dan mampu membuatkan kaki bergoyang.

Track 5: Pujaanku
Juga sebuah lagu biasa dari Melly. Cuma kelainan yang ditampilkan adalah duet beliau dengan Jimmo. Khabarnya lagu ini merupakan single pertama album ini. Lagu ini pengaruh Indonesianya agak kuat dan amat sesuai menjadi lagu tema percintaan filem ini.

Track 6: Dunia Milik Berdua
Up Beat dan rancak ! Rock cara Melly. Seperti yang selalu-selalu kita dengar. Vokal beliau amat sesuai dengan lagu sebegini.

Track 7: Tak Tahan Lagi
Kenapa saya suka lagu ini ? Liriknya mudah. Catchy ! Bukan kerana perkataan Tak Tahan Lagi ! Temponya segar dan bernada ceria. Paling tidak iramanya segar dan satu pembaharuan kepada muzik Indonesia. Jika di Malaysia, kita seakan-akan dilanda demam Hi Hi Bye Bye, Seksis, dan lagu ini sesuai untuk melengkapkan demam tersebut. Saya suka dengan ciptaan muzik serta susunan muziknya yang saya sifatkan satu keberanian dari Melly. Lagu-lagu sebegini mengingatkan saya zaman-zaman ecstasy di Movement Bar. Penggunaan drum & bass (DnB) yang menguasai keseluruhan lagu. Lagu ini bergerak dalam keluk graf exponential. Ada turun, ada naik.

Track 8: Eiffel..I’m In Love
Pengaruh muzik Perancis terlalu kuat dalam ciptaan ini sesuai dengan tajuk filem tersebut. Lagu ini amat sesuai menjadi latar utama filem ini. Gubahan serta susunan muziknya dibuat dengan amat baik. Penggunaan instrumen untuk lagu ini juga sememangnya yang relevan dengan genre muzik itu. Saya menyangkakan lagu ini merupakan ciptaan pemuzik Barat tetapi nyata meleset kerana lagu ini dicipta oleh Melly. Sememangnya beliau seorang yang amat berbakat. Cara beliau menvariasikan muzik Indonesia wajar dipuji.

Track 9: Bulan Kedua
Sama seperti lagu Tak Tahan Lagi, lagu ini juga mempunyai dinamik yang bagus. Ada ketika temponya moderate, ada ketika temponya perlahan. Lebih menarik lagu ini tamat dengan tidak disangka-sangka.

Track 10: Ternyata
Sama seperti lagu Paling Tidak, lagu ini sekali lagi memaksimakan satu instrumen muzik iaitu piano. Gabungan duet dua penyanyi ini amat kena. Vokal Melly dikawal dengan baik oleh beliau dan vokal Yann “Koolkinky” berbunyi macho menjadi pelengkap kepada vokal Melly. Penggunaan bahasa Perancis menjadi kena dengan sebuah lagu Melayu ini.

Track 11: Kamu
Saya teringat permulaan lagu Ku Milikmu di Juara Lagu 18 apabila mendengar lagu ini. Seakan-akan ada persamaan. Satu irama yang segar dan bernada ceria serta dinamiknya lagu ini dapat didengar hingga penghujung lagu. Beliau cuba menyelitkan unsur-unsur rap dalam lagu ini.

Bintang : 4/5 bintang

Nota: Bila agaknya filem Eiffel..I'm In Love ini akan ditayangkan di Malaysia. Saya tertunggu-tunggu, sama seperti saya menantikan filem Buli, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Gunung Ledang.