Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 24 February 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 04-02 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Adifashla baju oren

Imbasan Akademi FantasiaBudak AF ini berasal dari Tanjung Karang. Anak Jawa. Sedikit pun tidak malu untuk mengaku Jawa. Bagi beliau kenapa mesti malu dan tiada halangan sekiranya beliau Jawa. Katanya semua sama. Adi bukannya artis pertama dari Tanjung Karang. Herman Tino juga berasal dari Tanjung Karang yang terkenal di zaman 80an dengan lagu dangdut dan lagu berdialek Jawa. Kenapa tidak diteruskan cita-cita Herman Tino. Setiap manusia punya keinginan masing-masing. Beliau ada citarasa tersendiri. Dangdut bukan irama murahan. Namun demikian, beliau lebih gemar muzik yang ada pengaruh Indonesia seperti Dewa, Gigi dan Padi.

Beliau seorang yang happy-go-lucky. Adakalanya beliau akan membantah sekiranya perlu. Pada waktu tersebut, penonton dapat melihat bagaimana beliau seakan-akan membantah Cikgu Adnan. Insiden inilah yang menyebabkan kebanyakan penonton melihat Adi seakan-akan berlagak. Beliau semacam mempertikaikan Cikgu Adnan. Kata Adi beliau tidak bermaksud sedemikian. Beliau hanya sekadar bertanya soalan. Beliau cuba memberi cadangan untuk memperbaiki sesuatu.

Lagu Dan oleh Sheila On 7. Beliau sebenarnya tidak berapa suka dengan lagu itu walaupun lagu itu punya pengaruh Indonesia yang kuat. Lagu tersebut bernada agak rendah.

Kedudukan undian yang diperoleh Vince dan Nana agak tinggi. Mungkinkah kaum kerabat mereka yang mengundi ? Kalau keluarga mereka yang mengundi apa salahnya ? Sewaktu Akademi Fantasia disiarkan, rumah Adi tidak memasang ASTRO. Rumah tersebut dipasang ASTRO setelah Akademi Fantasia.

Bercerita tentang latihan yang diterima memang bagus terutamanya kelas tarian yang dikendalikan oleh Cikgu Linda dan kelas lakonan yang dikendalikan oleh Cikgu Fatimah. Cikgu Linda telah mengajar dengan baik dan ada prestasi yang ditunjukkan oleh beliau dalam kelas lakonan.

Kebanyakan dari mereka berlatih adalah atas inisiatif diri sendiri. Semangat untuk berlatih itu terdorong apabila mendengar suara pelajar lain yang lebih hebat. Adi turut merasa terancam dengan bakat dan suara pelajar lain yang ada. Semangat pertandingan itu tetap ada tetapi bersaing dengan cara yang positif. Mempunyai rasa terancam juga bagus sekurang-kurangnya dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri. Cemburu pun biarlah cemburu yang membina.

Adi merasakan semua pelajar merupakan saingannya yang paling rapat. Satu jawapan yang saya rasakan tidak begitu jujur. Sewaktu di dalam kelas vokal, adakah merasa rendah diri apabila melihat kehebatan Vince dan pelajar-pelajar lain yang bagus ? Adi sendiri agak kagum apabila mendengar mutu vokal Vince dan Burn terutama apabila menyanyi duet. Suara mereka cukup harmoni dan indah.

Adi di dalam kelas kelihatan agak serius. Beliau begitu tekun belajar. Atie dan Nija pernah berkata, Adi memang seorang yang amat tekun di dalam kelas tetapi tersingkir awal. Beliau juga seboleh-bolehnya tidak mahu kelihatan seperti bermegah dengan dirinya. Pelajar yang mempunyai pengalaman yang lebih seperti Vince dan Burn akan membantu rakan-rakannya yang lain.

Sewaktu menyediakan hadiah untuk Hari Bapa, beliau berkebolehan untuk melukis karikatur. Beliau menyiapkan lukisan tersebut sebelum tidur. Di akhir rancangan beliau melukis karikatur Aznil.