Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 21 February 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Mini Konsert Akademi Fantasia 02 oleh sultanmuzaffar

Imbasan Akademi FantasiaAzza mengucapkan selamat tinggal kepada Akademi Fantasia apabila tersingkir pada minggu ini. Setelah memberikan persembahan yang tidak begitu cemerlang dengan lagu Siapalah Aku.

Burn 3.5/5 bintang
Burn menyanyikan lagu Kasih Berubah dengan gayanya yang tersendiri. Lagu asal Ferhad ini agak mudah dibawakan oleh beliau dan beliau selesa dengan lagu ini. Beliau telah memberikan persembahan yang terbaik. Burn telah menghasilkan persembahan yang lebih baik dari Konsert I. Lagu jenis R&B sesuai dengan vokal beliau.

Liza 2/5 bintang
Sha Na Na merupakan sebuah lagu yang memerlukan tarian yang menarik. Liza telah sedaya upaya melakukan yang terbaik. Beliau telah berjaya mengaburi mata penonton dengan langkah tariannya walaupun mutu vokal beliau agak hancur. Pergerakan beliau walaupun tidak berapa sempurna telah berjaya menutup kelemahan vokal beliau.

Sahri 4/5 bintang
Sebuah lagu Inggeris bertajuk When You Say Nothing At All. Sebutan beliau jelas dan penghayatan beliau untuk lagu ini amat baik sekali. Beliau mampu untuk menyanyikan lagu Inggeris dengan cemerlang.

Azza 2/5 bintang
Azza kurang bernasib baik kerana lagu tersebut tidak sesuai dengan vokal beliau. Walaupun menduduki tangga kelapan sebelum Konsert II bermula, tetapi oleh kerana empat peserta yang terakhir berjaya menghiburkan penonton maka mereka telah berjaya memintas kedudukan Azza.

Rosma 4/5 bintang
Rosma, Siti Akademi Fantasia perlu mencari imej lain untuk terus berjaya. Lagu Bukan Cinta Biasa merupakan lagu kesukaan beliau dan beliau amat selesa mendendangkan lagu Siti Nurhaliza.

Khai 3/5 bintang
Khai kurang bernasib baik kerana mendapat lagu yang tidak berapa sesuai dengan keupayaan vokalnya. Lagu Syair Si Pari-Pari ialah lagu slow rock. Khai lebih gemarkan lagu berentak rock. Namun begitu beliau telah memberikan persembahan yang terbaik. Persembahan Khai juga baik dan mutu vokal beliau lebih teruji dengan lagu tersebut.

Adi 3.5/5 bintang
Vokal Adi pada permulaan lagu agak tidak kedengaran dan lagu bernada rendah agak sukar dibawakan oleh beliau. Persembahan Adi mendapat khidmat Along Exist dan menyebabkan persembahan tersebut nampak menarik dan live. Muzik live dan muzik minus-one memang benar-benar akan mengubah visual persembahan seseorang peserta. Muzik live boleh dieksploitasi untuk mengikut gaya persembahan peserta dan ini berbeza dengan persembahan menggunakan muzik minus-one. Peserta terikat dengan muzik tersebut. Namun demikian, kerana kehadiran Along adalah mengejutkan dan tanpa melalui sessi latihan, oleh yang demikian cara Adi memberhentikan petikan gitar Along bukan dengan cara yang nampak elok. Nampak poyo sangat !

Nija 3/5 bintang
Nija juga kurang bernasib baik kerana mendapat lagu yang tidak berapa sesuai dengan peupayaan vokal beliau. Namun begitu Nija telah memberikan persembahan yang agak baik. Nija misalnya, telah menjadikan lagu Menaruh Harapan seperti lagu rock. Vokal yang serak sepatutnya dipergunakan olehnya untuk mencantikkan lagi lagu tersebut

Atie 1.5/5 bintang
Lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia memerlukan vokal yang power. Lagu yang mudah tetapi kawalan suara mesti hebat. Atie perlu melakukan sesuatu dengan mutu vokal beliau. Pitching nada rendah beliau agak kelam-kabut serta penjiwaan lirik lagu tidak berlaku seperti yang diajar oleh Guru Nada Suara dalam satu episod yang disiarkan. Air mata belum tentu dapat memenangi hati penonton.

Vince 4/5 bintang
Flying Without Wings sememangnya mudah bagi Vince. Kawalan vokal Vince berjaya dipergunakan sepenuhnya. Beliau bernasib baik kerana mendapat lagu yang sesuai dengan vokalnya. Kebolehan Vince akan teruji kelak apabila mendapat lagu yang beliau tidak suka pada minggu akan datang. Vince berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik sehingga mendapat A dari Khairil Johari Johar.

Azizi 4/5 bintang
Showmanship beliau dengan lagu Terasing amat cemerlang. Persembahan Azizi menghiburkan serta tahap konfidennya yang tinggi. Beliau tidak pressure dan tidak nervous. Itu kelebihan Azizi.

Nana 3/5 bintang
Lagu Camelia, Rindu Padamu dibawakan Nana dengan biasa sahaja. Saya sendiri tidak tahu apa yang ingin ditonjolkan oleh Nana dalam persembahannya. Agak mendatar persembahan Nana. Suaranya biasa sahaja. Apakah package yang dijual oleh Nana untuk mengaut banyak undi saya sendiri pun tidak dapat meneka. Yang pasti air mata Nana terlalu murah.