Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 12 February 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 02-04 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Liza

Rancangan ini masih mengekalkan Liza dan Aznil dengan pakaian yang serupa. Saya tidak salahkan Liza. Diulangi, saya tidak salahkan Liza. Walaupun rakaman dilakukan pada hari yang sama, imej artis perlu juga dijaga. Jangan nanti orang kata Liza tidak ada baju lain. Eksekutif penajaan NTV7 perlu mengambil berat perkara-perkara sedemikian. Liza merupakan pelajar yang kekal sehingga Kemuncak Konsert walaupun sepatutnya tersingkir pada Konsert 1. Perasaannya sedih apabila setiap seorang daripadanya tersingkir setiap minggu. Saat yang paling tidak dapat dilupakan oleh Liza sepanjang berada di Akademi Fantasia sewaktu beliau dipusing oleh Vince pada Konsert 5(Liza yang cakap, dia kata rasa-rasanya).

Lagu yang memberikan kenangan paling manis pada Liza tentulah Bunga Bunga Cinta. Lagu tersebut telah menguji vokal Liza dengan baik. Persembahan Liza dengan lagu Bunga Bunga Cinta juga mendapat pujian yang baik dari saya sendiri. Lagu ini juga terpilih untuk dimasukkan ke dalam folder The Best Of untuk CD MP3 Akademi Fantasia PFS seperti lagu Gerimis Mengundang, Aku Cinta Kau dan Dia, Kenangan Pahit, Tragedi Buah Epal dan Khayalan. Liza cemerlang membawakan lagu tersebut setelah mendapat semangat dari kawan-kawannya dan juga cikgu-cikgunya.

Kita turut melihat bagaimana baiknya Liza menyanyikan lagu Bagaikan Puteri sewaktu sessi latihan bersama Cikgu Adnan Abu Hassan. Lebih-lebih lagi berbaju pink keramat itu. Siapa kata saya hanya minat JLo. Baju pink Liza membuktikan Liza lebih hebat dari JLo. Bila di hadapan Cikgu Adnan semuanya baik. Tetapi apabila persembahan sebenar di Konsert, bila menari, habis lari semua suara. Aznil yang cakap. Saya tulis balik. Ulang sekali lagi. Aznil yang cakap. Liza menjawab sewaktu sesi latihan memang semuanya baik tetapi bila perasaan gemuruh (nervous) di atas pentas menguasai diri menyebabkan apa yang dipelajari tidak berlaku di atas pentas. Perasaan gemuruh itu adalah perkara normal pada setiap artis. Ada sesetengah artis, ambil dadah untuk mengurangkan perasaan gemuruh. Latihan yang cukup serta pengalaman yang luas akan sedikit sebanyak mengurangkan perasaan gemuruh. Ia ambil masa. Tapi lama-lama nanti akan OK. Nasihat saya hanya cukupkan latihan dan kuatkan keyakinan diri.

Aznil turut bertanya pendapat Liza tentang siapakah di antara pelajar Akademi Fantasia yang mempunyai ciri-ciri sebagai seorang ketua. Burn, Vince dan Azizi memiliki ciri-ciri tersebut kerana pengetahuan tentang muzik mereka agak baik.

Apabila tenaga pengajar tiada di dalam kelas, Vince mengambil inisiatif bertindak sebagai ketua untuk memberi ajaran kepada pelajar lain. Cikgu Adnan Abu Hassan amat menggalakkan sikap seperti ini. Vince menunjukkan ciri-ciri yang baik untuk menjadi ketua serta mempunyai inisiatif untuk kecemerlangan pelajar lain.

Masa lapang ?
Banyak masa digunakan untuk menghafal lagu. Oleh yang demikian tiada masa untuk bersaja-saja dan berbual-bual. Masa banyak tertumpu kepada lagu kerana hanya mempunyai lima hari sahaja untuk bersedia.

Selain aktiviti grooming terdapat juga sessi kreativiti untuk melihat kepakaran pelajar mendandan rambut. Rambut Liza didandan oleh Sahri yang diperlukan untuk membina imej elegant. Gaya yang digayakan oleh Sahri agak bersesuaian dengan imej Liza. Benar ia nampak elegant dan terserlah wajah ayunya. :) Imej sedemikian pada pendapat saya lebih sesuai dengan Liza daripada imej rebondingnya. Nampak agak fake.

Pelajar lupa tanggungjawab ?
Liza menekankan bahawa setiap pelajar tidak lupa akan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada setiap minggu. Perkara tersingkir adalah rezeki masing-masing. Setiap pelajar mempunyai rutin yang sama setiap minggu iaitu mengadap lagu tiap-tiap hari.

Selalunya pada hari Jumaat sebelum ke Dewan Percubaan UPM, akan ada briefing dan rehearsal di hadapan tenaga pengajar. Liza sendiri mengakui agak sukar untuk menyanyi, menari dan senyum pada masa yang sama. Banyak benda perlu dilakukan pada satu masa. Ditambah lagi apabila berada di hadapan penonton. Oleh yang demikian beliau akan cuba menggunakan segala pengalaman yang ada untuk mengawal keadaan dan memberikan yang terbaik.

Masih tiada soalan dari Aznil tentang cinta tak jadi Liza dengan Vince. Macam kata Atie, “Save The Best For Last”. Mungkin ada soalan berkenaan itu untuk episod yang kelima ini. Pada pendapat saya, daripada membincangkan kisah cinta tak jadi ini adalah lebih berfaedah sekiranya Aznil bertanya tentang perkembangan terkini karier Liza sebagai artis. Ke manakah hala tuju Liza di dalam bidang seni ? Cukupkah sekadar Pembantu Roda Impian atau ada impian-impian lain yang belum terlaksana ? Atau pun mereka boleh bercerita tentang pelan tindakan Liza untuk terus mengekalkan nama beliau dalam peta hiburan Malaysia. Perbincangan tentang itu lebih berfaedah dan positif.

Email Saya untuk Pembaca :
Salam,

Terima kasih di atas komen-komen anda baik yang hampas mahu pun yang bernas, baik dari yang jujur mahupun dari yang hipokrit, baik dari yang bacul mahupun dari yang dayus, baik dari yang berani mahupun dari yang pengecut. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK! Anda sumber inspirasi saya untuk terus menulis dan memberi komen-komen tentang pemerhatian saya di DAF, KAF dan IAF untuk bintang-bintang AF. Itu pemerhatian saya, tentu juga orang lain ada mata untuk melihat, ada telinga untuk mendengar, ada mulut untuk bercakap, ada tangan untuk menulis dan ada hati untuk terasa. Oleh yang demikian, marilah kita berkongsi apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita tulis dan apa yang kita rasa untuk kemajuan bintang AF yang kita sayangi.

Bertanggungjawab dengan apa yang kita rasa kerana kita telah diberi akal. Jangan takut untuk bertanggungjawab. Tanggungjawab saya menjadi lebih berat kerana 12 bintang yang telah kita hasilkan kini telah menjadi sahabat-sahabat saya sendiri. Adakah satu tugas mudah untuk anda mengkritik sahabat anda sendiri ? Tentu sukar bukan ? Tetapi saya perlu lakukan juga. Saya bukan jenis yang bermulut manis di hadapan dan akhirnya membawa kesan kepada perkembangan karier mereka. Saya berani mengambil tanggungjawab itu kerana mahu melihat perkembangan diri mereka ke arah yang lebih positif. Sifat boikot, ban, tulis dengan nama anonymous lebih berciri negatif.
Bertanggungjawablah !

Terima Kasih.

Nota: Minggu hadapan adalah minggu Azza. Saya dapat rasa tanggungjawab yang harus saya pikul lebih berat daripada minggu ini.