Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 13 February 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 02-05 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Liza

Buat pertama kali kita dapat melihat Liza menukar baju. Baju warna hitam dan stail rambut yang lebih saya suka agak memikat. Semangat yang ditunjukkan oleh Liza diperolehi dari semangat tenaga pengajar dan pelajar-pelajar lain yang bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab mereka. Semangat itulah yang membuatkan mereka semakin berani.

Walaupun Akademi Fantasia merupakan satu pertandingan tetapi sifat saling kerjasama dan tolong-menolong dapat dilihat sewaktu sessi pengajian mereka. Aznil sedaya upaya cuba mengorek jawapan daripada Liza dengan soalan-soalan yang bersifat agak provokatif. Adakah ada di antara pelajar yang merasakan Akademi Fantasia merupakan satu pertandingan, oleh itu perjuangan mesti diteruskan secara berseorangan, wujud perasaan cemburu dan tidak mahu bekerjasama dengan pelajar lain. Jika dikatakan ada di antara pelajar yang semangat juangnya tinggi tetapi mengabaikan semangat pertandingan bila mana tidak mahu mengajar pelajar lain. Semangat setiakawanlah yang menyebabkan mereka terus bekerjasama tanpa wujud perasaan dengki-mendengki.

Menuju Puncak merupakan lagu wajib yang akan dinyanyikan pada setiap minggu. Mereka tidak muak mendendangkan lagu tersebut beserta koreografi tarian yang baru setiap minggu. Semangat Menuju Puncak hasil dari sebuah lirik yang benar-benar memberi semangat kepada para pelajar.

Berpisah dari keluarga ?
Liza agak rapat dengan adik-beradiknya. Namun demikian mereka dibenarkan untuk berhubungan dengan keluarga masing-masing seminggu sekali walaupun untuk beberapa minit sahaja. Handphone mesti ditinggalkan bersama keluarga.

Pengetua
Pengetua bukan merupakan seorang yang agak garang. Beliau mudah untuk kita berkongsi masalah terutamanya yang melibatkan persembahan. Kata-kata semangat dari Pengetua amat penting dan kata-kata itulah yang memberi perangsang kepadanya setiap minggu. Beliau akan bertemu dengan Pengetua sebelum Konsert dan selepas mendapat lagu baru setiap minggu.

Wujud perasaan ingin melihat rakan lain jatuh ?
Rancangan ini benar-benar berbeza kata Liza. Tetapi bukankah Sidang Meja Makan telah membuktikan wujudnya perasaan ingin melihat pelajar lain jatuh ?

Liza pada setiap minggu akan membuat segala persiapan yang rapi untuk persembahan. Begitu juga persiapan diri sekiranya beliau tersingkir. Yang pastinya beliau akan melakukan yang terbaik setiap kali persembahan. Apa yang terjadi terpulang kepada nasib. Itu rezeki masing-masing.

Diserap kembali
Setelah diserap kembali, saban minggu Liza menjadi antara pelajar yang bangun setiap minggu apabila mendapat undian terendah setiap minggu. Beliau akan cuba memperbaiki persembahannya dan melakukan yang terbaik terutamanya untuk meningkatkan mutu vokal. Tidak dapat tidak di dalam fikiran sering merasakan yang beliau akan tersingkir di minggu berikutnya.

Beliau amat menghargai persahabatan yang ada dengan pelajar-pelajar lain. Banyak kelemahan yang perlu diatasi dan diperbaiki. Rakan-rakan banyak menguatkan keyakinan beliau serta memberi sokongan padu kepadanya untuk memberikan yang terbaik. Tiada sifat untuk jatuh menjatuhkan. Setiap dari seorang mempunyai keistimewaan masing-masing. Mereka ada matlamat sebelum datang ke Akademi Fantasia dan berharap persahabatan diteruskan sampai bila-bila.

Saya agak terkejut apabila adegan-adegan cinta tak jadi beliau dengan Vince yang sering dipaparkan sewaktu Diari Akademi Fantasia tidak disiarkan untuk rancangan kali ini. Salah satu punca populariti Liza adalah kerana kisah sensasi ini. Peminat suka melihat beliau bersama Vince seperti mana peminat suka melihat Erra dan Yusry dalam Kuliah Cinta. Kisah cinta telenovela ini tidak diteruskan di dalam Imbasan mungkin kerana perbezaan agama, bangsa, status dan taraf sosio. Terlalu banyak halangan rupanya cinta layar mereka. Kini, Memorial LV hanya dibuka untuk lawatan. Bolehlah melawat, jika nak pergi letak bunga.

Kaulah Segalanya
Secara keseluruhan saya agak berpuas hati apabila mendengar Liza menyanyikan lagu tersebut. Not bad ! Liza perlu all-out untuk lagu tersebut. Lagu balada ini merupakan lagu cinta oleh itu pergunakan dan persembahkan segala perasaan Liza dengan penuh perasaan kepada penonton. Namun demikian, masalah nada flat dan beberapa masalah pitching terdapat pada beberapa bahagian lagu. Sewaktu Liza menyanyikan lagu tersebut adegan-adegan di Akademi Fantasia dipertontonkan. Saya tidak menggemari cara yang dilakukan oleh pihak penerbitan NTV7. Saya hanya mahu melihat ekspresi Liza ketika menyanyikan lagu tersebut. Klip-klip tersebut sepatutnya ditayangkan sewaktu sessi temuramah dijalankan. Saya tidak gemar berfantasi tentang kisah cinta terhalang itu. Jika dinilai secara keseluruhan pelajar perempuan, Liza mempunyai mutu vokal yang jauh lebih baik daripada Atie dan Azza.

Komen Keseluruhan
Liza mempunyai pakej yang baik. Cantik. Kecantikan beliau ialah kecantikan Melayu bukan cantik Pan-Asian. Jika kena pada gaya rambutnya akan menyerlahkan lagi kecantikannya. Bakat menari yang ada pada beliau memang tidak dinafikan. Beliau telah pusing satu dunia dengan bakat tarian tersebut. Kalau boleh tarian Melayu Asli, tarian Barat memang mudah hanya perlu bergerak dengan lebih pantas sahaja. Otak berlu cepat bertindak. Mutu vokal perlu ditingkatkan. Kata Ramli MS seorang player dalam industri muzik tempatan tanpa perlu menunjukkan sijil-sijil beliau, satu Malaysia tahu beliau player, Liza mempunyai vokal yang gemersik. Beliau hanya perlu mempelajari teknik-teknik nyanyian dan kemudian dipergunakan sebaik mungkin. Jika ada ilmu, ada sijil berfail-fail, duduk di luar negera bertahun-tahun tetapi ilmu yang diperolehi itu tidak dipergunakan pun tidak berfaedah juga. Oleh itu mereka yang ada ilmu dan pengalaman walaupun sedikit masih boleh dikongsi bersama untuk melengkapkan diri masing-masing. Sifat Liza yang agak pemalu dan adakalanya teragak-agak perlu membuatkan beliau lebih berhati-hati di masa akan datang. Sifat tersebut sering boleh dieksploitasi oleh pihak lain untuk kepentingan diri mereka. Banyakkan berbincang dan tanya pendapat rakan-rakan yang lain agar tidak tersalah langkah. Oleh yang demikian berhati-hatilah, dunia hiburan belum tentu sesuatu yang sentiasa indah. Liza sudah berada setapak di hadapan daripada rakan-rakannya yang lain dengan terpilih untuk menjadi Pembantu Roda Impian. Teruskan segala impian anda, peminat anda pasti menyokong anda. Cuma biarlah sokongan itu ke arah yang lebih positif dan bersifat jujur bukan hanya pemanis mulut di hadapan anda.

Nota: Jika anda ingin terus berhubungan dengan Liza dan mengetahui perkembangan terkini beliau bolehlah melayari Yahoogroups Liza.