Imbasan Akademi Fantasia 01-02 oleh sultanmuzaffar
Episod kali ini menampilkan Adnan Abu Hassan sebagai tetamu undangan. Beliau yang dikenali umum kerana telah berjaya menggilap bakat Liza Hanim, Siti Nurhaliza, Misha Omar sekadar menyebut beberapa nama. Apabila ditanya apakah cabaran paling utama apabila ditugaskan untuk menjadi Tenaga Pengajar di Akademi Fantasia, beliau mengatakan mengajar di hadapan kamera merupakan cabaran paling utama kepadanya. Wujud perasaan nervous dan agak suspen kerana ia dilakukan di hadapan kamera. Beliau ditugaskan untuk mengajar teknikal vokal dan mengajar cara-cara mendapatkan feel apabila menyanyi dan untuk memberikan persebahan yang terbaik.
Katanya, agak sukar untuk mengajar beberapa penyanyi pada satu masa memandangkan setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang perlu beliau lakukan adalah mengajar mereka cara-cara untuk mengatasi kekurangan yang ada serta teknik pernafasan yang betul.
Bukan mudah untuk menjadi seorang penghibur yang serba-boleh. Setiap seorang daripada mereka telah didedahkan dengan teknik nyanyian yang betul, cara berkomunikasi dan dengan bakat semulajadi.
Satu yang menarik dapat kita tonton dalam episod ini ialah perbezaan kategori yang ada pada Nana, Sahri dan Vince. Beliau banyak membuat teguran kepada teknik nyanyian Nana, memberi sedikit pujian kepada Sahri dan hanya diam apabila mengajar Vince. Itulah keunikan Akademi Fantasia. Tidak semua yang terpilih bagus dalam bidang masing-masing. Mereka boleh dibentuk. Nana mempunyai suara yang baik tetapi kekurangan teknik vokal yang baik. Berbeza dengan Sahri yang mempunyai kawalan suara yang bagus. Multitone technique Sahri juga baik dan jelas kedengaran apabila beliau menyanyi pada nada rendah atau pada nada paling tinggi. Beliau tahu membezakannya. Dalam kelas tersebut, kata Adnan, ada pelbagai standard of singing. Semuanya berbeza-beza. Beliau cuba untuk mengajar kepada Nana tentang multitone technique. Kelebihan kepada Vince ialah bakat. Beliau seorang yang genius di dalam kelasnya. Mudah diajar dan senang dapat.
Semangat tolong-menolong yang ada di dalam Akademi Fantasia merupakan semangat yang perlu dicontohi oleh semua. Mereka bantu-membantu antara satu sama lain walaupun sedar ia adalah pertandingan. Tanpa sedikit perasaan prasangka. Adnan Abu Hassan amat menggalakkan semangat tolong-menolong ini kerana secara tidak langsung si pengajar perlu memerah otak dan menggunakan segala pengalamannya untuk mengajar pelajar lain. Si pengajar perlu melengkapkan dirinya dahulu dan ini secara tidak langsung mempercepatkan proses pengajarannya.
Bercerita tentang pakej, katanya di Malaysia masih mementingkan pakej, paras rupa selain daripada bakat. Ini berbeza dengan di Amerika Syarikat. Mereka lebih memandang bakat. Kalau orang putih itu memandang bakat, kenapa Ruben Studdard yang bertubuh gempal tidak berjaya mengatasi populariti Clay Aiken.
Rujukan
Clay Aiken vs Ruben Studdard I
Clay Aiken vs Ruben Studdard II
Kita dipertontonkan sesi latihan Liza (Opps I Did It Again), Burn (Sephia), Sahri (Keabadian Cinta) dan Vince (Bunyi Gitar). Segmen ini bagus kerana dengan teknik suntingan yang baik, penonton dapat melihat perbezaan pada gaya persembahan dan imej sebelum dan sewaktu persembahan sebenar. Perbezaan imej dapat dilihat amat ketara pada Liza dan Sahri terutamanya selepas disolek.
Satu perkara yang menarik ialah tentang nervous dan stage fright yang ada dalam diri setiap pelajar. Apabila sesi latihan, semuanya sudah menjadi tetapi apabila persembahan sebenar hancur. Ia terjadi kerana perasaan gemuruh yang ada dalam diri masing-masing. Liza dikatakan memiliki high level nervous. Apabila heart beat agak laju, maka kawalan suara akan menjadi berterabur. Mereka boleh mencapai high note dengan baik tetapi apabila low note suara kedengaran menggeletar. Setiap pelajar perlu releks dan minum air banyak-banyak untuk mengurangkan perasaan gemuruh.
Namun demikian, pengalaman akan membolehkan perasaan gemuruh ini hilang secara beransur-ansur. Dan ini telah dibuktikan apabila kita menonton persembahan-persembahan mereka di Zoo Negara, Stadium UiTM, Konsert Reunion dan lain-lain apabila keyakinan mereka mula terserlah.
Komen Tenaga Pengajar
Rosma
Adnan Abu Hassan mengakui Rosma sememangnya berbakat dan berada di kelasnya yang tersendiri. Penghayatan suara beliau senang dibentuk. Walaupun beliau tidak memahami technical term dalam vokal tetapi beliau tahu menggunakannya. Beliau mampu untuk terus berjaya dengan kejayaan prestasi vokalnya.
Adifashla
Tidak semua lagu sesuai dengan vokal Adifashla. Vokal beliau lebih sesuai mendendangkan lagu-lagu folk. Persembahan Adifashla menjadi lebih menarik dengan petikan gitar serta dalam suasana yang lebih santai. Vokal beliau lebih sesuai untuk merehatkan pendengar. Merehatkan ? Aku Cinta Kau Dan Dia telah berjaya meruntun perasaan pendengar. Sayangnya penonton tidak dapat melihat perkembangan bakat beliau.
Nota: Orang kata, dua bintang yang disebut diatas poyo sifatnya. Betul atau tidak, saya sendiri tidak tahu. Saya tidak pernah mengenali Rosma secara dekat. Oleh yang demikian pandangan saya adalah berdasarkan cakap-cakap orang. Beliau perlu membentuk identiti sendiri terutamanya dalam cara nyanyian. Saya tidak mahu membincangkan soal attitude kerana bukan hak saya untuk menilai attitude mereka. Adifashla telah saya kenal sebagai kawan. Oleh itu buruk baik sifatnya, saya anggap asam garam yang perlu kita terima sebagai kawan.
0 komen