Imbasan Akademi Fantasia 04-05 oleh sultanmuzaffar
Tetamu : Adifashla baju merah, seluar biru navy, kasut hitam ?
Pertama, saya perlu komen tentang kesesuaian pakaian beliau. Baju merah sudah kena dengan beliau, tetapi sayangnya beliau memakai seluar berwarna biru navy. Amat tidak kena ! Baju merah terang lebih sesuai dikenakan dengan seluar hitam, lebih-lebih lagi beliau telah memakai sepasang kasut berwarna hitam. Seluar hitam lebih sesuai kalau tidak macam Indon kerja kontrak.
Kehidupan mereka di Akademi Fantasia adalah tanpa handphone. Adi merasakan hidupnya tidak bermakna tanpa handphone. Aznil turut bertanya sama ada Adi ada teman wanita atau tidak. Dengan wajah sebegini masakan tiada teman wanita. Belum masanya, kata Adi. Keinginan untuk menghubungi keluarga itu ada tetapi tidak dibenarkan oleh pihak Akademi. Selaku anak sulung tentulah beliau ingin mengetahui perkembangan yang berlaku di kampungnya. Peluang untuk menghubungi keluarga selama dua minit dipergunakan sepenuhnya dengan syarat tidak bertanya apa-apa tentang Akademi Fantasia.
Pada Konsert I dan II, keluarga Adi tidak tidak datang menonton. Mereka hanya datang pada Konsert III seolah-olah menyambut Adi pulang. Pada Adi bukan keluarganya tidak mahu memberikan sokongan tetapi pada beliau seboleh-bolehnya mahu mengelak sebarang penglibatan keluarganya. Yang pasti mereka tetap menyokong apabila beliau bertanya kepada adiknya berapa banyak yang mereka hantar SMS. Hanya 3. Itu pun sudah kira banyak.
Membuat persembahan di hadapan keluarga tentunya memberikan satu pengalaman baru kepada beliau. Sebelum ini beliau tidak pernah membuat persembahan di hadapan ahli keluarganya. Walaupun tanpa banner, beliau tetap percaya ada rakan-rakan di bawah yang menyokong beliau.
Apabila menonton salah satu adegan di dalam Akademi, penonton dapat melihat kebolehan beliau melukis. Lukisan tersebut sememangnya cantik dan punya makna. Katanya bakat melukis itu memang ada sejak kecil. Dari kecil beliau minat melukis. Dulu-dulu beliau berminat untuk menjadi arkitek. Mengambil jurusan arkitek mengambil masa tujuh tahun menyebabkan beliau bertukar fikiran dengan mengambil jurusan kejuruteraan.
Aznil sekali lagi menyatakan jika beliau berbakat besar dalam lukisan mengapa tidak melupakan hasrat untuk terus menyanyi. Adi berkata beliau lebih minat menyanyi. Satu lagi kebolehan beliau adalah bermain gitar. Gitar tersebut ada tandatangan ahli Kumpulan Dewa dari Indonesia.
Aku Cinta Kau Dan Dia
Secara jujur, saya amat kecewa dengan persembahan beliau. Pertama kerana beliau miming, kedua kerana beliau masih boleh meneruskan persembahan miming itu tanpa gitar di tangan. Tidak perlu aksi-aksi memetik gitar jika sekadar miming dan bukan memetik gitar secara live. Itu sudah menipu penonton namanya. Agak sukar untuk saya menerima jika bintang Akademi Fantasia miming apabila membuat persembahan kerana saban minggu kita telah dihiburkan dengan persembahan secara langsung dari mereka. Persembahan secara miming adalah satu persembahan tanpa jiwa. Walau sehebat mana pun lagu tersebut, ekspresi dan luahan jiwa penyanyi tidak akan sampai kepada pendengar. Bermula dengan Kemuncak Konsert Akademi Fantasia kita sudah biasa mendengar beliau menyanyikan lagu ini secara langsung. Mengapa tidak untuk Imbasan Akademi Fantasia. Saya kira jika Cikgu Siti Hajar menonton persembahan ini pun beliau akan berasa kecewa. Miming adalah satu “dosa” yang tidak boleh dimaafkan. Pergerakan kamera yang kelam-kabut telah lebih mencacatkan persembahan beliau.
Sebelum Akademi Fantasia, tiada sesiapa yang tahu tentang lagu ini. Adi telah memperkenalkan lagu ini kepada khalayak pendengar muzik di Malaysia. Aku Cinta Kau dan Dia bercerita tentang cinta tiga segi. Adakah dengan lagu Aku Cinta Kau Dan Dia beliau akan terus kekal di Akademi. Beliau ada meminta lagu tersebut Cuma belum masanya beliau mendapat lagu tersebut.
Aznil turut bertanya tentang insiden sewaktu Konsert III, bila mana diumumkan nama Adi yang tersingkir pada konsert tersebut, Atie telah memeluk kaki Adi seakan-akan tidak dapat menerima keputusan tersebut. Suasana di atas pentas berlaku dengan pantas dan spontan. Adi sendiri tidak perasan apa yang berlaku ketika itu kerana terlalu sedih. Katanya, sehingga sekarang apabila menonton adegan tersebut beliau akan sedih. Tengoklah berapa banyak kali pun Konsert I hingga Kemuncak Konsert pasti akan ada yang menitiskan air mata lagi. Atie sendiri telah menjawab bagi pihak beliau yang sewaktu itu, di bahagian atas sudah penuh, yang tinggal hanya kaki.
Nota: Minggu depan bersama Atie, masih ingat lagi tentang Atiesophrophobia !
0 komen