Imbasan Akademi Fantasia 01-03 oleh sultanmuzaffar
Enjin rancangan ini nampaknya sudah dihidupkan dengan menampilkan Puan Siti Hajar sebagai tetamu undangan. Beliau yang telah melatih vokal pelajar amat berpengalaman luas. Beliau sudah berkecimpung dalam industri sejak 15-20 tahun yang lalu. Aznil selaku hos rancangan juga telah berjaya menjadi pemangkin agar tetamu undangannya berani bersuara. Aznil sesekali dilihat cuba melakukan provokasi. Siti Hajar juga kelihatan seorang yang selamba dan jujur dalam pertuturannya. Kata beliau, sewaktu sessi pencarian bakat berlangsung ada di kalangan mereka yang baik dalam nyanyian tetapi bila bergerak agak kaku. Ini terjadi kerana kurangnya ilmu dalam diri mereka.
Dalam Akademi Fantasia yang dicari bukan sahaja nyanyian, tetapi juga bakat tarian, teknik berkomunikasi dengan baik dan ekspresi wajah. Beliau diamanahkan untuk memberi ajaran tentang teknik vokal. Sebagai seorang penyanyi, mereka tidak sepatutnya mudah berputus-asa. Apabila menyanyi bahagian tinggi, tetapi tidak boleh sampai. Bukan kerana tidak sampai tetapi kerana teknik yang tidak betul. Ada cara agar boleh sampai. Beliau sebagai guru dipertanggungjawabkan untuk mengajar.
Cubaan provokasi Aznil yang pertama adalah kenyataan “Jangan berangan nak jadi penyanyi !” “Siapa di antara pelajar itu yang berangan nak jadi penyanyi ?” Saya tabik ! Satu soalan yang berani. Cikgu Siti Hajar menjawab dengan selamba. Setiap daripada mereka tentunya berangan mahu menjadi penyanyi. Itu sebab masuk Akademi Fantasia. Mereka berangan di Akademi Fantasia dan kami sebagai tenaga pengajar perlu mengisi mereka dengan ilmu-ilmu industri hiburan. Berangan tanpa pengisian hanyalah fantasi ! Setiap seorang daripada mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Lagu juga punya banyak jenis. Sebagai seorang penyanyi yang baik, mereka mesti didedahkan dengan pelbagai jenis vokal dan mencuba pelbagai jenis teknik yang berbeza.
Cubaan provokasi Aznil yang kedua apabila beliau bertanyakan tentang pemerhatian Cikgu Siti Hajar akan industri muzik tempatan, berapa peratuskan penyanyi yang tidak tahu teknik vokal dan tidak menggunakannya. 95% ! Satu jawapan yang mengejutkan dari Cikgu Siti Hajar. Ini bermakna industri muzik tempatan telah dilonggokkan dengan 95% penyanyi yang tiada ilmu nyanyian atau mungkin ada ilmu nyanyian tetapi tidak menggunakannya. Rancangan ini sepatutnya ditonton oleh semua lapisan masyarakat termasuk artis-artis di Malaysia. Sekurang-kurangnya mereka tahu dimana kedudukan mereka dan mendapat sedikit pengisian untuk karier mereka.
Cubaan provokasi Aznil yang ketiga aoabila beliau bertanyakan tentang pelajar yang mempunyai vokal paling teruk. Cikgu Siti Hajar dengan jujur menjawab Khai, Azza, Atie dan Liza. Itu antara nama-nama yang disebut. Nama-nama mereka juga sering (saya kata sering, bukannya setiap kali) tidak mendapat pujian dari saya.
Seperti yang dijangkakan, adegan Halaman Cinta Nana dan Tingting Rosma dipertontonkan sekali lagi. Dalam episod tersebut, kita dapat melihat bagaimana Cikgu Siti Hajar benar-benar tidak dapat mengawal kemarahannya terhadap Nana dan juga Rosma.
Kelas Tinggi Suara Nana:
http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2003_07_06_sultanmuzaffar_archive.html
Apabila menonton kembali adegan tersebut, saya merasakan kehadiran Rosma yang beria-ria ingin membantu Nana di saat beliau sebak menahan air mata adalah satu yang tidak perlu dan sekadar penyibuk. Nyanyian Rosma yang cuba untuk membantu Nana sebenarnya telah menjatuhkan semangatnya. Dalam keadaan sukar untuk menyanyi, Rosma telah cuba menunjuk pandai dan Nana tentunya akan lebih mudah “down” melihatkan keadaan tersebut.
Tingting Rosma:
http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2003_06_29_sultanmuzaffar_archive.html
Mendengar jawapan Rosma “Kalau OK, OK lah cikgu !” kepada Cikgu Siti Hajar ada unsur-unsur berlagak gila ! Dengan raut wajah yang tidak mencerminkan sifat rendah diri beliau menjawab teguran Cikgu Siti Hajar.
Aznil telah membuat kesimpulan sendiri yang saya pasti dipersetujui ramai. Pelajar Akademi Fantasia MANJA dan MENGADA-ADA ! Cikgu Siti Hajar mengakuinya. Katanya, kita telah beri mereka peluang, tetapi mereka tidak mengambil peluang itu dengan baik. Di fikiran mereka hanya perkara-perkara yang negatif dan mereka sentiasa mengharapkan agar pihak pengurusan menukar lagu mereka dan menunjukkan rasa simpati kepada umum. Saya amat bersetuju dengan kenyataan Siti Hajar bahawa untuk membina kualiti, kasihan itu perlu ditiadakan.
Lupakan ketegasan beliau sewaktu beliau mengendalikan kelas teknik vokal. Di luar kelas, Cikgu Siti Hajar telah bertindak sebagai kawan, kakak malah ibu kepada kesemua pelajar Akademi Fantasia. Katanya itulah pendekatan yang sepatutnya digunakan di dalam sistem pendidikan. Seorang guru itu boleh menjadi seorang guru yang benar-benar serius, seorang kakak yang memahami, seorang kawan yang menjadi tempat meluahkan perasaan dan seorang ibu yang sentiasa mengikuti perkembangan anak-anaknya.
Aspek yang tersebut di atas menyebabkan kita tidak boleh lari dari mendapatkan jawapan yang masih belum terlerai tentang siapakah yang dimaksudkan oleh Rosma sewaktu Sidang Meja Makan dalam Diari Akademi Fantasia Hari Kedua Minggu Kelima episod 8 Julai 2003.
Sidang Meja Makan:
http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2003_07_06_sultanmuzaffar_archive.html
Aznil sekali lagi mendapatkan kepastian tentang insiden tersebut. Selepas Atie terkeluar, ada di antara pelajar lelaki yang gembira apabila Atie tersingkir. Cikgu Siti Hajar memberikan “clue” iaitu “Hello Sayang !” Kata beliau Sahri sangat jujur. Beliau akan mengatakan apa yang terlintas di fikirannya dengan jujur lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan peraturan.
Komen Tenaga Pengajar
Vince
Beliau mempunyai kualiti suara yang baik walaupun mempunyai kekurangan dari segi teknik suara. Tetapi beliau berani untuk mencuba pelbagai jenis lagu dan secara tidak langsung beliau telah memberikan sedikit kepelbagaian pada suara sendiri. Beliau merupakan seorang yang mudah dibentuk dan agak flexible. Bubbling yang paling tidak betul kerana kawalan pernafasan yang tidak releks.
Nija
Belasah ! Seorang penyanyi yang menyanyi ikut suka. Asal keluar suara tak kiralah dari mana pun. Dalam menyanyi, seseorang itu mesti mempunyai telinga yang peka. Beliau ada teknik, tetapi sumbang. Mereka mempunyai kemahiran yang berbeza-beza dan beliau akan mengajar mengikut kesesuaian dan bukannya asal boleh.
Nota: Episod kali ini merupakan episod terbaik dan dikawal dengan bijak oleh Aznil selaku hos rancangan. Nampaknya penonton akan disajikan dengan sesuatu yang lebih menarik pada minggu-minggu akan datang. Tentu ada banyak lagi insiden-insiden kontroversi yang ingin kita singkap untuk tatapan umum.
Rujukan
Clay Aiken vs Ruben Studdard I
Clay Aiken vs Ruben Studdard II
0 komen