Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 18 February 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 03-03 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Azza

Imbasan kali ini juga menyaksikan Azza menukar pakaiannya. Apabila di tanya adakah Azza seorang yang suka shopping, Azza menjawab ya. Beliau tidak kisah tentang apa yang perlu dipakai, asalkan simple dan nampak cantik. Tidak semestinya mahal. Secara tidak langsung ini membuktikan bahawa pakaian bintang Akademi Fantasia ditentukan atas inisiatif sendiri dan bukannya pihak penerbit rancangan. Mungkin juga kerana pernah menjadi model menjadikan Azza sentiasa peka akan penampilan dirinya di khalayak ramai atau pun di televisyen.

Aznil turut bertanya tentang pilihan Azza: suka yang berwang atau pun yang tidak berwang. Azza kata biarlah orang itu baik dan tak semestinya perlu berwang yang banyak. Cukuplah sekadar memadai.

Bercerita tentang ayah, apakah ciri-ciri ayah yang ada pada Azza. Ibu bapanya iaitu neneknya merupakan seorang berketurunan Cina. Oleh sebab itu, iras-iras wajah Cina itu ada pada Azza dan seluruh ahli keluarganya. :)

Turut dipaparkan klip sempena Hari Bapa. Saya agak tersentuh apabila adegan Atie mengucapkan Selamat Hari Bapa memandangkan beliau baru sahaja kehilangan bapanya beberapa minggu lepas.

Dalam keluarga Akademi Fantasia, Vince digelar sebagai Daddy. Vince bukan sahaja mempunyai tokoh untuk menjadi Daddy malah Sugardaddy, kata Aznil.

Azza juga merupakan seorang yang sukakan kucing. Ya, rumah Azza banyak kucing. Nemo mendapat namanya setelah mereka menonton wayang Finding Nemo di Mines. Kalau comel, nama Nemo, kalau buruk, nama Aznil. Jenaka spontan ini juga berjaya mencuit Aznil. Aznil begitu sporting dengan jenaka sedemikian.

Di mana Nemo ?
Cerita penderaan ke atas Nemo memang telah kita ketahui. Semua itu angkara Vince. Semua pelajar telah didenda kerana Nemo. Hari-hari begini tentu kita teringat tentang kucing comel yang terkenal satu Malaysia iaitu Nemo. Tetapi di mana Nemo sekarang ? Adakah Nemo bersama Khai ? Atau bersama Penjaganya ? Semakin membesarkah Nemo ? Semakin lebatkah bulu Nemo ? Adakah Nemo sekarang takutkan orang atau sebaliknya ? Kali terakhir saya melihat Nemo sewaktu menghadiri Gathering Hari Raya Grup Adi, Sahri, Atie dan Nija tahun lepas.

Kerana kerinduan terhadap Nemo, Azza menghantar barang permainan untuk Nemo.

Aznil juga semakin mula mendapat rentaknya. Beliau bertanya sejauh mana Azza boleh menari. Soalan wajib untuk penari adakah pernah pergi clubbing. Azza menjawab beliau tidak pernah pergi clubbing. Beliau dijaga dengan baik oleh ibunya. Baik anak ini. Jenis tarian yang paling disukai oleh Azza, apakah zapin, inang atau asli ? Soalan ini sepatutnya ditanyakan kepada Liza memandangkan beliau telah keliling dunia sewaktu menyertai Badan Kebudayaan Negeri Kedah dahulu.

Terpinggir bukan disebabkan tidak mahu menonjolkan diri. Ketinggiannya menyebabkan banyak kali beliau terpaksa berdiri di bahagian belakang. Berdasarkan ketinggian, Azza yang paling tinggi.

Bergegas ke Stor Teater Dewan Bahasa Pustaka untuk satu persembahan Student Showcase.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger