Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 23 February 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 04-01 oleh sultanmuzaffar

Tetamu: Adifashla

Imbasan Akademi FantasiaMinggu ini kita akan melihat bagaimana Adifashla mengambil tempat di kerusi bintang sebagai tetamu kepada Aznil Nawawi untuk rancangan Imbasan Akademi Fantasia. Perkembangan terbaru dari Adi tentunya beliau sedang berusaha untuk mengembangkan kariernya dalam bidang nyanyian, menerima tawaran berlakon dan jika ada sebagai pengacara.

Sebelum menyertai Akademi Fantasia, beliau tergerak untuk menyertai ujibakat terutama selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia. Beliau melayari website ASTRO dan ternampak iklan di situ tentang Akademi Fantasia. Beliau pergi ke ujibakat di ASTRO hanya memakai selipar dan pada waktu tersebut tidak berapa sihat dan tidak membawa apa-apa.

Beliau singgah di rumah kawannya di Subang(macam kenal aje) dan melihatkan keadaannya yang tidak begitu bersedia telah menawarkan kasut ibunya kepada Adi serta gitar. Sewaktu ujibakat, beliau menyanyikan lagu ciptaan sendiri dengan petikan gitar tersebut.

Lagu pertama yang beliau terima sewaktu di Akademi Fantasia ialah lagu Kau Ilhamku. Beliau agak suka apabila mendapat lagu tersebut. Lagu ini agak mudah kerana asasnya adalah gitar. Namun demikian sewaktu persembahan masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Dari situ beliau mengenali apa itu flat, energy, pitching dan sumbang Sebelum Akademi Fantasia, beliau menyanyi tanpa ilmu dan selepas Akademi Fantasia beliau menyanyi dengan sedikit ilmu yang diperolehi dari Akademi Fantasia. Beliau turut "bersumpah" tidak tahu apa itu pitching, sumbang dan flat sebelum menyertai Akademi Fantasia. Beliau menyanyi ikut suka sahaja. Sejak akhir-akhir ini ramai pula orang bersumpah ya !

Sewaktu Konsert II, Azza tersingkir beliau turut terasa yang beliau akan tersingkir pada minggu tersebut memandangkan pada malam itu beliau mempersembahkan lagu Dan dengan agak buruk. Kejutan tersebut tiba-tiba datang oleh yang demikian, segala perancangan untuk persembahan pada malam itu terpaksa berubah. Key lagu tersebut agak rendah. Beliau tidak menafikan beliau agak lega kerana tidak tersingkir. Satu pengakuan yang agak berani. Adi juga turut mengeluarkan kenyataan bahawa tidak semestinya yang terkeluar itu tidak bagus. Adi maksudkan Azza tetapi Aznil pantas menjalankan jarumnya. Nampak jelas Adi agak tersipu-sipu.

Azza dan Adi juga agak rapat sewaktu di Akademi Fantasia. Azza memanggil Adi dengan gelaran “Otong”. Pada Konsert III, beliau menerima lagu Biru. Beliau tidak suka dengan lagu tersebut dan tidak pernah mendengar lagu tersebut. Ekspresi wajah beliau tatkala menerima lagu Biru jugak agak terkejut dan tidak berapa suka. Menurut Adi, kebanyakan pelajar tidak berapa suka dengan lagu yang diterima pada minggu tersebut. Sewaktu pulang ke Asrama untuk sembahyang Zuhur, semua orang menjerit kerana tidak suka dengan lagu tersebut.

Minat beliau dalam lakonan rasanya dicungkil sewaktu Rumah Terbuka Akademi Fantasia. Berlakon memang menyeronokan, namun demikian beliau tidak berapa suka menghafal skrip. Apabila ditanya oleh Aznil apakah beliau seorang yang suka hafal skrip, suka tambah skrip, suka lupa skrip, beliau jawab kesemua di atas.

Dalam Kelas Seni Lakon juga menyaksikan Adi, Khai dan Rosma melakonkan satu adegan temuramah. Adegan tersebut datangnya adalah dari idea beliau sendiri. Apakah yang menyebabkan Adi melakonkan watak sebagai Ferhad. Adi menjawab mungkin kerana suaranya ada sikit-sikit macam Ferhad dan itulah menyebabkan beliau membawakan watak Ferhad. Aznil kemudian meminta Adi untuk meniru suara dan gaya Ferhad. Memang menjadi !

Dalam ramai-ramai pelajar, selepas Burn, anda ialah pelajar yang tidak pandai menari ? Setuju kata Adi. Burn menari memang cantik. Itu kebolehan beliau dengan bentuk badan dan postur tubuh beliau. Itulah hasilnya. Dalam kelas tarian, beliau turut mengangkat pelajar wanita yang lain.

Kemunculan Adi di layar agak serius. Memang sewaktu mengikuti sessi pengajian Adi perlu serius dan bukannya control macho. Saya merasakan beliau agak reserved. Tetapi sebenarnya beliau seorang yang suka kacau orang. Kerana agak reserved beliau agak kurang mendapat perhatian dan mendapat undian yang agak rendah.

Episod kali ini menampilkan satu yang agak menarik. Antara Adi dan Aznil seakan-akan tiada jarak perhubungan. Hubungan yang mesra inilah yang menceriakan rancangan ini. Dalam mesra beliau masih berkeyakinan untuk menjawab setiap persoalan dengan pantas tetapi berhati-hati. Seharusnya, Liza dan Azza dapat mempelajari sesuatu dari episod ini.

Jika saya ingin hantar SMS, saya lebih tersentuh untuk menghantar SMS ke 36600 dari 32999.
Tabung Harapan Ihsan Pelajar ANSARA
SMS TABUNGHIP ke 36600
Phone 600861077
TABUNGHIP
ANSARA
PO Box 10761
50724 Kuala Lumpur

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger