Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 28 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Mini Konsert Akademi Fantasia 03 oleh sultanmuzaffar

Artikel ini telah ditulis pada 29 Jun 2003. Oleh yang demikian segala kejutan sudah dianggap basi dan ekspresi penulis hanya relevan pada masa artikel tersebut ditulis. Pendirian kini mungkin telah berubah. Harap maklum.

Konsert III Akademi Fantasia : Keputusan mengejutkan !

Konsert III telah pun selesai semalam. Keputusan pengundi ternyata mengejutkan saya. Jika dinilai dari segi persembahan ternyata pengundi masih bebal dan keliru apakah kualiti yang diperlukan untuk memilih seorang penghibur yang berkualiti tinggi. Undian SMS ternyata tidak releven sebagai memilih seorang penghibur yang bakal mewarnai industri hiburan tempatan. Undian SMS hanya releven untuk ASTRO Ria meningkatkan rating serta mengaut keuntungan dari SMS yang dihantar. Budaya SMS telah pun menjadi satu yang dominan di Malaysia dan ini telah dipergunakan oleh ASTRO untuk mengaut keuntungan. Secara tidak langsung, ASTRO berjaya memanipulasi siatuasi ini. Undian SMS boleh menjadi adil sekiranya hanya 30%-50% sahaja yang dikira di dalam jumlah keseluruhan. 70%-50% lagi datangnya dari juri profesional. Untuk lebih menjadikan undian SMS adil adalah dengan mengehadkan undian hanya boleh diterima satu kali sahaja sehari dari nombor telefon yang sama. Cadangan ini sedikit sebanyak memberi impak yang cerah terhadap industri hiburan tetapi belum tentu memberikan impak yang positif untuk penyedia iaitu ASTRO. Mereka memerlukan undian SMS secara besar-besaran untuk mengaut keuntungan dari penonton sekaligus secara tidak langsung telah melahirkan seorang penghibur yang tidak berkualiti.

Entri oleh sultanmuzaffar 27 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 04-05 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Adifashla baju merah, seluar biru navy, kasut hitam ?

Pertemuan pertama SM bersama Adi di UPMPertama, saya perlu komen tentang kesesuaian pakaian beliau. Baju merah sudah kena dengan beliau, tetapi sayangnya beliau memakai seluar berwarna biru navy. Amat tidak kena ! Baju merah terang lebih sesuai dikenakan dengan seluar hitam, lebih-lebih lagi beliau telah memakai sepasang kasut berwarna hitam. Seluar hitam lebih sesuai kalau tidak macam Indon kerja kontrak.

Kehidupan mereka di Akademi Fantasia adalah tanpa handphone. Adi merasakan hidupnya tidak bermakna tanpa handphone. Aznil turut bertanya sama ada Adi ada teman wanita atau tidak. Dengan wajah sebegini masakan tiada teman wanita. Belum masanya, kata Adi. Keinginan untuk menghubungi keluarga itu ada tetapi tidak dibenarkan oleh pihak Akademi. Selaku anak sulung tentulah beliau ingin mengetahui perkembangan yang berlaku di kampungnya. Peluang untuk menghubungi keluarga selama dua minit dipergunakan sepenuhnya dengan syarat tidak bertanya apa-apa tentang Akademi Fantasia.

Pada Konsert I dan II, keluarga Adi tidak tidak datang menonton. Mereka hanya datang pada Konsert III seolah-olah menyambut Adi pulang. Pada Adi bukan keluarganya tidak mahu memberikan sokongan tetapi pada beliau seboleh-bolehnya mahu mengelak sebarang penglibatan keluarganya. Yang pasti mereka tetap menyokong apabila beliau bertanya kepada adiknya berapa banyak yang mereka hantar SMS. Hanya 3. Itu pun sudah kira banyak.

Membuat persembahan di hadapan keluarga tentunya memberikan satu pengalaman baru kepada beliau. Sebelum ini beliau tidak pernah membuat persembahan di hadapan ahli keluarganya. Walaupun tanpa banner, beliau tetap percaya ada rakan-rakan di bawah yang menyokong beliau.

Apabila menonton salah satu adegan di dalam Akademi, penonton dapat melihat kebolehan beliau melukis. Lukisan tersebut sememangnya cantik dan punya makna. Katanya bakat melukis itu memang ada sejak kecil. Dari kecil beliau minat melukis. Dulu-dulu beliau berminat untuk menjadi arkitek. Mengambil jurusan arkitek mengambil masa tujuh tahun menyebabkan beliau bertukar fikiran dengan mengambil jurusan kejuruteraan.

Aznil sekali lagi menyatakan jika beliau berbakat besar dalam lukisan mengapa tidak melupakan hasrat untuk terus menyanyi. Adi berkata beliau lebih minat menyanyi. Satu lagi kebolehan beliau adalah bermain gitar. Gitar tersebut ada tandatangan ahli Kumpulan Dewa dari Indonesia.

Adifashla di Gathering Chatters di Ziggy'sAku Cinta Kau Dan Dia
Secara jujur, saya amat kecewa dengan persembahan beliau. Pertama kerana beliau miming, kedua kerana beliau masih boleh meneruskan persembahan miming itu tanpa gitar di tangan. Tidak perlu aksi-aksi memetik gitar jika sekadar miming dan bukan memetik gitar secara live. Itu sudah menipu penonton namanya. Agak sukar untuk saya menerima jika bintang Akademi Fantasia miming apabila membuat persembahan kerana saban minggu kita telah dihiburkan dengan persembahan secara langsung dari mereka. Persembahan secara miming adalah satu persembahan tanpa jiwa. Walau sehebat mana pun lagu tersebut, ekspresi dan luahan jiwa penyanyi tidak akan sampai kepada pendengar. Bermula dengan Kemuncak Konsert Akademi Fantasia kita sudah biasa mendengar beliau menyanyikan lagu ini secara langsung. Mengapa tidak untuk Imbasan Akademi Fantasia. Saya kira jika Cikgu Siti Hajar menonton persembahan ini pun beliau akan berasa kecewa. Miming adalah satu “dosa” yang tidak boleh dimaafkan. Pergerakan kamera yang kelam-kabut telah lebih mencacatkan persembahan beliau.

Sebelum Akademi Fantasia, tiada sesiapa yang tahu tentang lagu ini. Adi telah memperkenalkan lagu ini kepada khalayak pendengar muzik di Malaysia. Aku Cinta Kau dan Dia bercerita tentang cinta tiga segi. Adakah dengan lagu Aku Cinta Kau Dan Dia beliau akan terus kekal di Akademi. Beliau ada meminta lagu tersebut Cuma belum masanya beliau mendapat lagu tersebut.

Aznil turut bertanya tentang insiden sewaktu Konsert III, bila mana diumumkan nama Adi yang tersingkir pada konsert tersebut, Atie telah memeluk kaki Adi seakan-akan tidak dapat menerima keputusan tersebut. Suasana di atas pentas berlaku dengan pantas dan spontan. Adi sendiri tidak perasan apa yang berlaku ketika itu kerana terlalu sedih. Katanya, sehingga sekarang apabila menonton adegan tersebut beliau akan sedih. Tengoklah berapa banyak kali pun Konsert I hingga Kemuncak Konsert pasti akan ada yang menitiskan air mata lagi. Atie sendiri telah menjawab bagi pihak beliau yang sewaktu itu, di bahagian atas sudah penuh, yang tinggal hanya kaki.

Nota: Minggu depan bersama Atie, masih ingat lagi tentang Atiesophrophobia !

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Eiffel...I'm In LoveUlasan Soundtrack Eiffel..I’m In Love

Kenapa saya beli album ini ? Tiada wajah Nicholas Saputra dan Dian Sastrowidoyo yang menyebabkan Malaysia dilanda fenomena Ada Apa Dengan Cinta satu ketika dahulu. Saya lebih appreciate muzik Indonesia yang boleh saya sifatkan agak segar dan lebih bertenaga. Benar, unsur-unsur Baratnya kuat, tetapi masih kekal pada batasan Indonesianya. Tidak jauh melangkaui pengaruh Barat. Anto Head dan Melly selaku Penerbit cepat mengingati susur galur bangsanya. Satu kelainan yang saya rasa ada pada kesemua lagu tentulah liriknya yang ringkas. Tiada unsur-unsur melankolik yang terlampau seperti lagu Rindu Serindu Rindunya. Apa yang pasti sentuhan keremajaan kepada album ini masih kukuh.

Track 1: Bercintalah Denganku
Sebuah lagu ciptaan Melly yang agak biasa. Tidak banyak perbezaan dengan lagu-lagu yang terdahulu. Lagu sebegini tidak sesuai diletakkan di Track 1 kerana boleh membuatkan pendengar bosan dan kecewa. Pengaruh rock dengan gitar akustik dan elektrik hampir menguasai lagu ini.

Track 2: Memang Enak
Sebuah lagu yang agak rancak dan dapat mencipta satu tenaga baru pada album ini. Tetapi masih tidak lari dari imej Melly yang sememangnya gemar lagu berentak rancak terlampau ini. Saya rasa vokal Melly sesuai untuk apa sahaja jenis lagu. Beliau bijak mencipta stail pada vokalnya.

Track 3: Paling Tidak
Sentuhan gitar akustik menjadi kekuatan lagu ini. Lirik lagu ini yang baik juga menjadi pelengkap kepada sebuah lagu yang indah. Untuk menyuntik persekitaran romantika, penggunaan strings menjadi irama pelengkap. Sekali lagi vokal Melly amat sesuai mendendangkan lagu sebegini.

Track 4: Dalam Hening Hati
Sebuah lagu rancak yang agak moderate dan mampu membuatkan kaki bergoyang.

Track 5: Pujaanku
Juga sebuah lagu biasa dari Melly. Cuma kelainan yang ditampilkan adalah duet beliau dengan Jimmo. Khabarnya lagu ini merupakan single pertama album ini. Lagu ini pengaruh Indonesianya agak kuat dan amat sesuai menjadi lagu tema percintaan filem ini.

Track 6: Dunia Milik Berdua
Up Beat dan rancak ! Rock cara Melly. Seperti yang selalu-selalu kita dengar. Vokal beliau amat sesuai dengan lagu sebegini.

Track 7: Tak Tahan Lagi
Kenapa saya suka lagu ini ? Liriknya mudah. Catchy ! Bukan kerana perkataan Tak Tahan Lagi ! Temponya segar dan bernada ceria. Paling tidak iramanya segar dan satu pembaharuan kepada muzik Indonesia. Jika di Malaysia, kita seakan-akan dilanda demam Hi Hi Bye Bye, Seksis, dan lagu ini sesuai untuk melengkapkan demam tersebut. Saya suka dengan ciptaan muzik serta susunan muziknya yang saya sifatkan satu keberanian dari Melly. Lagu-lagu sebegini mengingatkan saya zaman-zaman ecstasy di Movement Bar. Penggunaan drum & bass (DnB) yang menguasai keseluruhan lagu. Lagu ini bergerak dalam keluk graf exponential. Ada turun, ada naik.

Track 8: Eiffel..I’m In Love
Pengaruh muzik Perancis terlalu kuat dalam ciptaan ini sesuai dengan tajuk filem tersebut. Lagu ini amat sesuai menjadi latar utama filem ini. Gubahan serta susunan muziknya dibuat dengan amat baik. Penggunaan instrumen untuk lagu ini juga sememangnya yang relevan dengan genre muzik itu. Saya menyangkakan lagu ini merupakan ciptaan pemuzik Barat tetapi nyata meleset kerana lagu ini dicipta oleh Melly. Sememangnya beliau seorang yang amat berbakat. Cara beliau menvariasikan muzik Indonesia wajar dipuji.

Track 9: Bulan Kedua
Sama seperti lagu Tak Tahan Lagi, lagu ini juga mempunyai dinamik yang bagus. Ada ketika temponya moderate, ada ketika temponya perlahan. Lebih menarik lagu ini tamat dengan tidak disangka-sangka.

Track 10: Ternyata
Sama seperti lagu Paling Tidak, lagu ini sekali lagi memaksimakan satu instrumen muzik iaitu piano. Gabungan duet dua penyanyi ini amat kena. Vokal Melly dikawal dengan baik oleh beliau dan vokal Yann “Koolkinky” berbunyi macho menjadi pelengkap kepada vokal Melly. Penggunaan bahasa Perancis menjadi kena dengan sebuah lagu Melayu ini.

Track 11: Kamu
Saya teringat permulaan lagu Ku Milikmu di Juara Lagu 18 apabila mendengar lagu ini. Seakan-akan ada persamaan. Satu irama yang segar dan bernada ceria serta dinamiknya lagu ini dapat didengar hingga penghujung lagu. Beliau cuba menyelitkan unsur-unsur rap dalam lagu ini.

Bintang : 4/5 bintang

Nota: Bila agaknya filem Eiffel..I'm In Love ini akan ditayangkan di Malaysia. Saya tertunggu-tunggu, sama seperti saya menantikan filem Buli, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Gunung Ledang.

Entri oleh sultanmuzaffar 26 February 2004 0 komen

Rindu Pada Nemo ?

Imbasan Akademi Fantasia

Imbasan Akademi Fantasia

Imbasan Akademi Fantasia

Imbasan Akademi Fantasia

Imbasan Akademi Fantasia

Imbasan Akademi Fantasia

Imbasan Akademi Fantasia

Imbasan Akademi Fantasia

Imbasan Akademi Fantasia 04-04 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Adifashla jacket hitam !

Makin boring pula, atau mungkin kerana demam AF sudah semakin kebah. Dulu masa Diari Akademi, pandang jam pukul 8.30 malam, lagi sekali pandang sudah pukul 9.00 malam. Terasa begitu cepat. Tetapi menonton Imbasan Akademi Fantasia, mata mengharapkan jam mencecah angka 8 dengan cepat. Lebih-lebih lagi perlu bergegas ke Hospital Haiwan untuk mendapatkan foto terkini Nemo.

Walaupun tersingkir pada Konsert III, cita-cita beliau tidak terhenti di situ sahaja. Akan ada rezeki lain buat beliau. Ramai yang menyangkakan pada minggu Adi tersingkir Atie yang sepatutnya tersingkir kerana prestasi buruknya dengan lagu Save The Best For Last. Namun demikian, Adi mengakui bahawa usaha yang dilakukan oleh Atie untuk membuat persembahan yang baik amat terpuji.

Walaupun sessi latihan diadakan di hadapan pelajar lain dan mereka menerima komen dari Tenaga Pengajar di hadapan rakan-rakan, ia patut digunakan sebagai input untuk diri sendiri dan kebaikan kita juga.

yahoogroup NemoAFCat

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Konsert Putera Puteri
Istana Budaya
21 Februari 2004

Konsert Putera Puteri Istana BudayaKonsert Putera Puteri atau "A Tribute to Past Composers" merupakan satu usaha Istana Budaya bagi mengimbas kembali jasa komposer-komposer gemilang dalam dunia seni muzik yang telah pun meninggal dunia. Penghargaan dan penghormatan kepada tokoh-tokoh tersohor ini adalah antara program Istana Budaya 2004 yang akan dilaksanakan pada 20-22 Februari 2004.

Nostalgia kenangan lagu-lagu lama yang akan didendangkan kelak akan mengenengahkan komposer-komposer silam seperti Jimmy Boyle, Tan Sri P.Ramlee, Pak Lomak, Yusof B., Ahmad Jaafar, Osman Ahmad, Zubir Said, Saiful Bahri, Achmad C.B dan Abu Kassim.

Demi menobatkan hasil klasik mereka di persada seni tanah air, beberapa orang penggubah semasa seperti Ruslan Mohd Imam, Danny Francisco, Leonard Yeap Lin Soon, Raymond Kong, Ayub Ibrahim, Ahmad Muriz Che Rose dan Tan Chong Yew (piano skor) telah dipilih oleh Istana Budaya bagi menyusun kembali lagu-lagu terpilih untuk didendangkan oleh para penyanyi pilihan.

Gubahan ini akan dinyanyikan oleh artis jemputan seperti Dayang Nurfaizah, Adibah Noor, Roy, Najib Hanif, dan turut menyertai persembahan ini juga terdiri daripada artis-artis Istana Budaya iaitu Jack Zul, Norehan Saif, Halim Mat Husin (solo violin) dan pemuzik undangan dari Unit Persembahan Kebudayaan Petronas iaitu Ahmad Muriz (soprano saxaphone). Sepanjang persembahan ini, akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi.

Konsert Putera Puteri yang akan diadakan kelak bukan sahaja bakal mengundang peminat lagu-lagu lama, malahan ia juga turut mengundang peminat lagu-lagu terkini hadir ke konsert tersebut.

Peluang untuk menonton Konsert Putera Puteri memang tidak akan saya lepaskan. Saya cuba untuk mendekati lagu-lagu sebegini. Benar, lagu-lagu ini agak asing pada saya. Pada zaman tersebut, nama Tan Sri P. Ramlee sahaja yang saya kenal. Walaupun nama-nama besar inilah yang telah mencipta lagu Tanah Pusaka, Warisan, Keselamatan Jalan Raya, sekadar menyebut beberapa lagu. Saya agak berpuas-hati dapat menonton Konsert ini saya sifatkan kena pada masanya.

Aspek teknikal terutamanya tatacahaya memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan satu-satu persembahan. Tatacahaya bukan hanya sekadar untuk memberi terang kepada sesuatu yang gelap. Tatacahaya yang dihidupkan perlu memberi makna. Komposisi cahaya di pentas hanya sekadar memberi terang pada sesuatu yang gelap, tetapi tanpa makna.

Namun demikian, saya agak kagum dengan rekaan pentasnya kali ini. Nota muzik menjadi asas hiasan di atas pentas. Dengan latarbelakang warna putih umpama sehelai kertas mampu menyerlahkan pemain di atas pentas. Seni tampak dan seni ukiran menjadi asas seni yang menarik dan telah dipersembahkan dengan cemerlang oleh pereka set.

REPERTOIRE

Putera-Puteri - Ahmad Muriz (Solo Soprano)
Ciptaan : Jimmy Boyle
Gubahan : Ruslan Mohd Imam
Tiupan solo saxophone menjadi elemen utama pada lagu ini. Walaupun lagu ini bermula dengan baik tetapi kesannya belum cukup untuk penonton menanti sehingga penghujung Konsert. Lagu ini dimainkan secara instrumental dan saya agak kecewa kerana tidak dinyanyikan oleh mana-mana penyanyi pada malam tersebut.

Kweek Mambo - Najib Haniff
Ciptaan : Tan Sri P.Ramlee
Gubahan : Ruslan Mohd Imam
Lagu rancak ini didendangkan dengan biasa oleh Najib Haniff. Setelah dua lagu didendangkan, konsert ini masih belum mendapat rentaknya.

Jauh-Jauh - Adibah Noor
Ciptaan : Jimmy Boyle
Gubahan : Ruslan Mohd Imam
Sebuah lagu yang digubah dengan baik oleh Ruslan Mohd Imam. Lagu ini didendangkan dengan penuh perasaan oleh Adibah Noor. Bercerita tentang kerinduan, lagu ini agak mendayu-dayu dan perlahan. Perasaan saya turut terbuai ketika beliau mendendangkan lagu ini dengan baik sekali.

Seri Mersing – Roy
Ciptaan : Pak Lomak
Gubahan : Ruslan Mohd Imam
Seringkali kita mendengar Roy mendendangkan lagu-lagu patriotik tanahair. Nama Roy dan lagu patriotik sekaan tidak boleh dipisahkan. Lagu Bersatu Selamanya dan Sejahtera Malaysia merupakan dendangan beliau. Namun beliau tetap hebat mendendangkan lagu Seri Mersing yang dipopularkan dari filem dengan tajuk yang sama.

Pahlawanku - Dayang Nurfaizah
Ciptaan : Yusof B
Gubahan : Ruslan Mohd Imam
Lagu untuk perajurit tanahair ini dinyanyikan dengan baik oleh Dayang Nurfaizah.

Ibu - Jack Dzul
Ciptaan : Ahmad Jaafar
Gubahan : Danny Francisco
Baru hari ini saya tahu yang lagu ini bukan dicipta oleh Tan Sri P.Ramlee. Mati-mati saya ingat lagu ini lagu beliau. Setidak-tidaknya dengan adanya apresiasi ini generasi baru mendapat maklumat baru tentang senario muzik zaman tersebut. Generasi baru perlu didedahkan dengan ilmu-ilmu ini kerana di tangan merekalah lagu-lagu ini akan terus subur di masa akan datang.

Konsert Putera Puteri Istana BudayaMalamku Bermimpi - Najib Hanif & Dayang Nurfaizah
Ciptaan : Osman Ahmad
Gubahan : Raymond Kong
Saya terpukau dengan solo violin yang bunyinya seakan-akan lagu tema dari filem Schindler’s List. Kombinasi vokal Dayang Nurfaizah dan Najib Hanif sesuai dengan lagu ini.

Sungai Pahang - Instrumental
Ciptaan : Jimmy Boyle
Gubahan : Leonard Yeap Lin Soon
Saya agak redah, pertama kerana lagu ini saya tidak pernah dengar. Kedua agak sukar saya menghubungkaitkan lagu ini dengan diri saya sendiri. Saya bukan orang Pahang. Oleh yang demikian saya tidak dapat membayangkan Sungai Pahang itu sendiri. Kata orang, sungainya lebar. Lagu instrumental ini tentunya cuba membawa pendengar mengimbau keindahan dan ketenangan Sungai Pahang. Kenapa tiada lagu Sungai Klang ? Saya cuba membayangkan lagu Sungai Klang digubah kepada beberapa movement dan pelbagai versi.

Perigi Biru - Norehan Saif
Ciptaan : Zubir Said
Gubahan : Leonard Yeap Lin Soon
Lagu ini dipetik dari filem Bawang Puteh Bawang Merah. Bercerita tentang anak malang yang ibunya menjadi ikan kaloi. Dari lirik tersebut baru saya terperasan dan mengakui lagu tersebut dari filem itu. Tetapi sayangnya lagu ini didendangkan oleh penyanyi lelaki. Saya merasakan lebih sesuai sekiranya lagu ini dinyanyikan oleh seorang penyanyi wanita.

Seri Dewi Malam - Dayang Nurfaizah
Ciptaan : Osman Ahmad
Gubahan : Danny Francisco
Lagu ini merupakan nyanyian asal Normadiah. Dari satu generasi ke satu generasi, lagu ini bertukar tangan dan pelbagai variasi ia digubah. Gubahan malam itu agak menarik. Saya kagum dengan vokal beliau dan cara beliau menarik perhatian penonton.

Konsert Putera Puteri Istana BudayaUda & Dara - Roy & Adibah Noor
Ciptaan : Tan Sri P.Ramlee
Gubahan : Ayub Ibrahim
Sebuah lagi lagu mendayu-dayu yang menjadi pilihan malam tersebut. Dua Raja dan Ratu Vokal ini mendendangkan lagu ini dengan cemerlang. Beberapa kali saya tonton Teater Muzikal Uda dan Dara, dan beberapa kali itulah saya sering terpukau dengan bagaimana lagu ini melalui proses transformasi pada setiap zaman. Berani saya katakan lagu ini akan terus menjadi evergreen tentang kisah cinta sepasang kekasih yang terhalang kerana darjat.

Senjakala - Adibah Noor
Ciptaan : Saiful Bahari
Gubahan : Ayub Ibrahim
Lagu ini juga terlalu asing pada saya dan jarang sekali kita dengar. Tetapi keindahan lagu ini apabila diklasikalkan tentunya membuktikan yang lagu ini sememangnya relevan pada bila-bila zaman.

REHAT

Lagu-lagu pada Segmen Kedua merupakan lagu-lagu yang agak asing pada telinga saya. Saya tidak dilahirkan pada zaman tersebut dan percubaan untuk menghargai lagu-lagu asing ini menjadi begitu sukar tetapi tidak mustahil. Seperti kata Mustaffa Fuzer Nawi, konduktor malam tersebut, jika karya-karya agung Chopin, Bach dan Beethoven boleh terus kekal dalam ingatan pendengar muzik klasikal sehingga kini, mengapa tidak muzik klasikal Melayu. Jika bukan bangsa Melayu yang memartabatkan muzik Melayu, siapa lagi ? Impian beliau terlalu besar dan ingin melihat lagu-lagu ini dimainkan oleh London Symphony Orchestra.

Senyum Tak Berbalas - Dayang Nurfaizah
Ciptaan : Yusof B
Gubahan : Danny Francisco
Sebuah lagu yang agak rancak dan telah berjaya didendangkan oleh Dayang dengan baik. Berdasarkan keseluruhan persembahan, saya masih merasakan yang vokal Dayang lebih menyerlah di antara semua penyanyi yang ada.
Chendering – Roy
Ciptaan : Jimmy Boyle
Gubahan : Ahmad Muriz

Cincin Belah Rotan - Halim Mat Hussin (Solo Violin)
Ciptaan : Achmad CB
Gubahan : Ruslan Mohd Imam
Lagu ini merupakan nyanyian asal Ahmad CD sendiri. Menurut Zetty, lagu ini menjadi kegemaran ramai di RIMA 93.9FM. Kebanyakan penonton terpukau dengan persembahan solo violin oleh Halim Mat Hussin. Gaya beliau umpama pemuzik jalanan di kota Paris dan beliau menggesek biola beliau dengan penuh bertenaga dan memukau tumpuan penonton.

Lenggang Mak Limah - Najib Haniff
Ciptaan : Abu Kassim
Gubahan : Ayub Ibrahim
Kali terakhir saya mendengar lagu ini adalah sewaktu Konsert Simfoni Ghazal Datuk Sharifah Aini. Najib Haniff membawakan lagu ini dengan baik.

Konsert Putera Puteri Istana BudayaWanita & Teruna - Roy & Dayang Nurfaizah
Ciptaan : Yusof B
Gubahan : Ayub Ibrahim

Aduh Sayang - Fadzril Nidzam
Ciptaan : Tan Sri P.Ramlee
Gubahan : Leonard Yeap Lin Soon
Khabarnya Fadzril Nidzam merupakan penuntut di UiTM Shah Alam. Keunikan persembahan beliau tentunya vokal beliau yang mirip-mirip Tan Sri P.Ramlee. Lagu ini juga pernah didendangkan oleh Sheila Majid. Mungkin kerana terlalu terpengaruh dengan unsur jazz, saya lebih suka mendengar lagu ini dalam genre tersebut.

Joget Memikat - Najib Haniff & Adibah Noor
Ciptaan : Achmad CB
Gubahan : Leonard Yeap Lin Soon
Adibah Noor dan Najib Haniff bijak menguasai pentas dengan lagu joget ini. Adibah Noor nampak cute apabila menyanyikan lagu ini lebih-lebih lagi dengan gerak tarinya itu.

Bunyi Gitar – Roy
Ciptaan : Tan Sri P.Ramlee
Gubahan : Danny Francisco
Bunyi Gitar ! Terlalu banyak versi. Versi Sheila Majid, versi Vince ! Memandangkan pengaruh twist dan gitar rancak amat kuat dalam lagu ini, ia tidak sesuai menjadi satu masterpiece orchestra yang baik. Lagu Bunyi Gitar lebih sesuai dijazzkan. Persembahan Roy juga agak hambar sewaktu mendendangkan lagu ini.

Kasihnya Ibu - Najib Haniff
Ciptaan : Tan Sri P.Ramlee
Gubahan : Ahmad Muriz
Semakin ke penghujung Konsert, lagu-lagu melankolik menjadi pilihan penutup Konsert ini. Kasihnya Ibu dinyanyikan dengan penuh perasaan oleh Najib Haniff.

Dimanakan Ku Cari Ganti - Adibah Noor
Ciptaan : Tan Sri P.Ramlee
Gubahan : Ruslan Mohd Imam
Kalau ditanya kepada saya, lagu apakah yang sesuai menjadi penutup Konsert ini hanya ada dua lagu sahaja. Pertama Dimanakan Ku Cari Ganti dan kedua Getaran Jiwa. Saya kira Adibah Noor telah berjaya membawakan lagu ini dengan cemerlang. Lagu berhantu ini akan terus kekal menjadi evergreen dan trademark industri muzik Malaysia.

Konsert Putera Puteri Istana Budaya
Persembahan ini masih belum mencerminkan ia satu produk Istana Budaya yang melaungkan seni pentas bertaraf dunia. Saya masih mengharapkan sesuatu yang lebih membanggakan dari Konsert ini. Setakat bulan Februari, berdasarkan Kalendar 2004 Istana Budaya masih belum membuktikan telah menghasilkan satu persembahan bertaraf dunia. Cuma saya agak gusar sekiranya persembahan bertaraf dunia itu diperolehi melalui pementasan Saturday Night Fever yang sememangnya telah dicop persembahan bertaraf dunia. Jika boleh, biarlah bersembahan itu hasil dari anak tempatan.

Untuk Foto sila ke Fotopages sultanmuzaffar

Entri oleh sultanmuzaffar 25 February 2004 0 komen

Nemo

Imbasan Akademi FantasiaUntuk pengetahuan semua, Nemo telah mengalami satu kemalangan pada hari Selasa. Nemo telah dimasukkan ke sebuah Hospital Haiwan di Kuala Lumpur. X-Ray telah dijalankan dan perkembangan terkini Nemo sedang diawasi oleh pihak hospital. Keadaan Nemo kini beransur pulih dan dijadualkan keluar dari Hospital tersebut pada hari Jumaat. Saya berkesempatan untuk melawat Nemo pada jam 8 malam tadi bersama beberapa orang rakan serta ditemani oleh Guardian Nemo. Nemo, semoga cepat sembuh !

Imbasan Akademi Fantasia 04-03 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Adifashla pakai baju bunga !

Episod kali ini agak membosankan. Bercerita tentang nyanyian lagu sewaktu Konsert. Cara nyanyian mereka bebas mengikut kehendak mereka tetapi asalkan tidak lari dari panduan yang telah diberikan oleh Tenaga Pengajar.

Sahri dan Nana antara pelajar yang suka menangis di dalam Akademi, kata Adi. Bukan untuk meraih simpati dan ada situasi di dalam Akademi yang mereka benar-benar down dan benar-benar terharu. Sifat suka menangis bukan penentu turun naik peratus undian.

Pada satu ketika PS2 ada di Akademi, namun demikian ditarik kembali kerana Tenaga Pengajar merasakan PS2 telah melalaikan mereka. Tentunya ketiadaan Azza amat dirasai apabila di dalam aspek kemas-mengemas. Seperti makcik-makcik, Aznil cuba mendapatkan penjelasan Adi tentang hubungan rapat Burn dan Nana serta Khai dan Rosma. Mengambil langkah berjaga-jaga, Adi menjawab tidak tahu. Seperti minggu-minggu terdahulu, Liza dan Azza apabila ditanya tentang pelajar lain banyak cuba mengelak dari disoal soalan sedemikian. Sama juga dengan Adi.

Entri oleh sultanmuzaffar 24 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 04-02 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Adifashla baju oren

Imbasan Akademi FantasiaBudak AF ini berasal dari Tanjung Karang. Anak Jawa. Sedikit pun tidak malu untuk mengaku Jawa. Bagi beliau kenapa mesti malu dan tiada halangan sekiranya beliau Jawa. Katanya semua sama. Adi bukannya artis pertama dari Tanjung Karang. Herman Tino juga berasal dari Tanjung Karang yang terkenal di zaman 80an dengan lagu dangdut dan lagu berdialek Jawa. Kenapa tidak diteruskan cita-cita Herman Tino. Setiap manusia punya keinginan masing-masing. Beliau ada citarasa tersendiri. Dangdut bukan irama murahan. Namun demikian, beliau lebih gemar muzik yang ada pengaruh Indonesia seperti Dewa, Gigi dan Padi.

Beliau seorang yang happy-go-lucky. Adakalanya beliau akan membantah sekiranya perlu. Pada waktu tersebut, penonton dapat melihat bagaimana beliau seakan-akan membantah Cikgu Adnan. Insiden inilah yang menyebabkan kebanyakan penonton melihat Adi seakan-akan berlagak. Beliau semacam mempertikaikan Cikgu Adnan. Kata Adi beliau tidak bermaksud sedemikian. Beliau hanya sekadar bertanya soalan. Beliau cuba memberi cadangan untuk memperbaiki sesuatu.

Lagu Dan oleh Sheila On 7. Beliau sebenarnya tidak berapa suka dengan lagu itu walaupun lagu itu punya pengaruh Indonesia yang kuat. Lagu tersebut bernada agak rendah.

Kedudukan undian yang diperoleh Vince dan Nana agak tinggi. Mungkinkah kaum kerabat mereka yang mengundi ? Kalau keluarga mereka yang mengundi apa salahnya ? Sewaktu Akademi Fantasia disiarkan, rumah Adi tidak memasang ASTRO. Rumah tersebut dipasang ASTRO setelah Akademi Fantasia.

Bercerita tentang latihan yang diterima memang bagus terutamanya kelas tarian yang dikendalikan oleh Cikgu Linda dan kelas lakonan yang dikendalikan oleh Cikgu Fatimah. Cikgu Linda telah mengajar dengan baik dan ada prestasi yang ditunjukkan oleh beliau dalam kelas lakonan.

Kebanyakan dari mereka berlatih adalah atas inisiatif diri sendiri. Semangat untuk berlatih itu terdorong apabila mendengar suara pelajar lain yang lebih hebat. Adi turut merasa terancam dengan bakat dan suara pelajar lain yang ada. Semangat pertandingan itu tetap ada tetapi bersaing dengan cara yang positif. Mempunyai rasa terancam juga bagus sekurang-kurangnya dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri. Cemburu pun biarlah cemburu yang membina.

Adi merasakan semua pelajar merupakan saingannya yang paling rapat. Satu jawapan yang saya rasakan tidak begitu jujur. Sewaktu di dalam kelas vokal, adakah merasa rendah diri apabila melihat kehebatan Vince dan pelajar-pelajar lain yang bagus ? Adi sendiri agak kagum apabila mendengar mutu vokal Vince dan Burn terutama apabila menyanyi duet. Suara mereka cukup harmoni dan indah.

Adi di dalam kelas kelihatan agak serius. Beliau begitu tekun belajar. Atie dan Nija pernah berkata, Adi memang seorang yang amat tekun di dalam kelas tetapi tersingkir awal. Beliau juga seboleh-bolehnya tidak mahu kelihatan seperti bermegah dengan dirinya. Pelajar yang mempunyai pengalaman yang lebih seperti Vince dan Burn akan membantu rakan-rakannya yang lain.

Sewaktu menyediakan hadiah untuk Hari Bapa, beliau berkebolehan untuk melukis karikatur. Beliau menyiapkan lukisan tersebut sebelum tidur. Di akhir rancangan beliau melukis karikatur Aznil.

Entri oleh sultanmuzaffar 23 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 04-01 oleh sultanmuzaffar

Tetamu: Adifashla

Imbasan Akademi FantasiaMinggu ini kita akan melihat bagaimana Adifashla mengambil tempat di kerusi bintang sebagai tetamu kepada Aznil Nawawi untuk rancangan Imbasan Akademi Fantasia. Perkembangan terbaru dari Adi tentunya beliau sedang berusaha untuk mengembangkan kariernya dalam bidang nyanyian, menerima tawaran berlakon dan jika ada sebagai pengacara.

Sebelum menyertai Akademi Fantasia, beliau tergerak untuk menyertai ujibakat terutama selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia. Beliau melayari website ASTRO dan ternampak iklan di situ tentang Akademi Fantasia. Beliau pergi ke ujibakat di ASTRO hanya memakai selipar dan pada waktu tersebut tidak berapa sihat dan tidak membawa apa-apa.

Beliau singgah di rumah kawannya di Subang(macam kenal aje) dan melihatkan keadaannya yang tidak begitu bersedia telah menawarkan kasut ibunya kepada Adi serta gitar. Sewaktu ujibakat, beliau menyanyikan lagu ciptaan sendiri dengan petikan gitar tersebut.

Lagu pertama yang beliau terima sewaktu di Akademi Fantasia ialah lagu Kau Ilhamku. Beliau agak suka apabila mendapat lagu tersebut. Lagu ini agak mudah kerana asasnya adalah gitar. Namun demikian sewaktu persembahan masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Dari situ beliau mengenali apa itu flat, energy, pitching dan sumbang Sebelum Akademi Fantasia, beliau menyanyi tanpa ilmu dan selepas Akademi Fantasia beliau menyanyi dengan sedikit ilmu yang diperolehi dari Akademi Fantasia. Beliau turut "bersumpah" tidak tahu apa itu pitching, sumbang dan flat sebelum menyertai Akademi Fantasia. Beliau menyanyi ikut suka sahaja. Sejak akhir-akhir ini ramai pula orang bersumpah ya !

Sewaktu Konsert II, Azza tersingkir beliau turut terasa yang beliau akan tersingkir pada minggu tersebut memandangkan pada malam itu beliau mempersembahkan lagu Dan dengan agak buruk. Kejutan tersebut tiba-tiba datang oleh yang demikian, segala perancangan untuk persembahan pada malam itu terpaksa berubah. Key lagu tersebut agak rendah. Beliau tidak menafikan beliau agak lega kerana tidak tersingkir. Satu pengakuan yang agak berani. Adi juga turut mengeluarkan kenyataan bahawa tidak semestinya yang terkeluar itu tidak bagus. Adi maksudkan Azza tetapi Aznil pantas menjalankan jarumnya. Nampak jelas Adi agak tersipu-sipu.

Azza dan Adi juga agak rapat sewaktu di Akademi Fantasia. Azza memanggil Adi dengan gelaran “Otong”. Pada Konsert III, beliau menerima lagu Biru. Beliau tidak suka dengan lagu tersebut dan tidak pernah mendengar lagu tersebut. Ekspresi wajah beliau tatkala menerima lagu Biru jugak agak terkejut dan tidak berapa suka. Menurut Adi, kebanyakan pelajar tidak berapa suka dengan lagu yang diterima pada minggu tersebut. Sewaktu pulang ke Asrama untuk sembahyang Zuhur, semua orang menjerit kerana tidak suka dengan lagu tersebut.

Minat beliau dalam lakonan rasanya dicungkil sewaktu Rumah Terbuka Akademi Fantasia. Berlakon memang menyeronokan, namun demikian beliau tidak berapa suka menghafal skrip. Apabila ditanya oleh Aznil apakah beliau seorang yang suka hafal skrip, suka tambah skrip, suka lupa skrip, beliau jawab kesemua di atas.

Dalam Kelas Seni Lakon juga menyaksikan Adi, Khai dan Rosma melakonkan satu adegan temuramah. Adegan tersebut datangnya adalah dari idea beliau sendiri. Apakah yang menyebabkan Adi melakonkan watak sebagai Ferhad. Adi menjawab mungkin kerana suaranya ada sikit-sikit macam Ferhad dan itulah menyebabkan beliau membawakan watak Ferhad. Aznil kemudian meminta Adi untuk meniru suara dan gaya Ferhad. Memang menjadi !

Dalam ramai-ramai pelajar, selepas Burn, anda ialah pelajar yang tidak pandai menari ? Setuju kata Adi. Burn menari memang cantik. Itu kebolehan beliau dengan bentuk badan dan postur tubuh beliau. Itulah hasilnya. Dalam kelas tarian, beliau turut mengangkat pelajar wanita yang lain.

Kemunculan Adi di layar agak serius. Memang sewaktu mengikuti sessi pengajian Adi perlu serius dan bukannya control macho. Saya merasakan beliau agak reserved. Tetapi sebenarnya beliau seorang yang suka kacau orang. Kerana agak reserved beliau agak kurang mendapat perhatian dan mendapat undian yang agak rendah.

Episod kali ini menampilkan satu yang agak menarik. Antara Adi dan Aznil seakan-akan tiada jarak perhubungan. Hubungan yang mesra inilah yang menceriakan rancangan ini. Dalam mesra beliau masih berkeyakinan untuk menjawab setiap persoalan dengan pantas tetapi berhati-hati. Seharusnya, Liza dan Azza dapat mempelajari sesuatu dari episod ini.

Jika saya ingin hantar SMS, saya lebih tersentuh untuk menghantar SMS ke 36600 dari 32999.
Tabung Harapan Ihsan Pelajar ANSARA
SMS TABUNGHIP ke 36600
Phone 600861077
TABUNGHIP
ANSARA
PO Box 10761
50724 Kuala Lumpur

Entri oleh sultanmuzaffar 21 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Mini Konsert Akademi Fantasia 02 oleh sultanmuzaffar

Imbasan Akademi FantasiaAzza mengucapkan selamat tinggal kepada Akademi Fantasia apabila tersingkir pada minggu ini. Setelah memberikan persembahan yang tidak begitu cemerlang dengan lagu Siapalah Aku.

Burn 3.5/5 bintang
Burn menyanyikan lagu Kasih Berubah dengan gayanya yang tersendiri. Lagu asal Ferhad ini agak mudah dibawakan oleh beliau dan beliau selesa dengan lagu ini. Beliau telah memberikan persembahan yang terbaik. Burn telah menghasilkan persembahan yang lebih baik dari Konsert I. Lagu jenis R&B sesuai dengan vokal beliau.

Liza 2/5 bintang
Sha Na Na merupakan sebuah lagu yang memerlukan tarian yang menarik. Liza telah sedaya upaya melakukan yang terbaik. Beliau telah berjaya mengaburi mata penonton dengan langkah tariannya walaupun mutu vokal beliau agak hancur. Pergerakan beliau walaupun tidak berapa sempurna telah berjaya menutup kelemahan vokal beliau.

Sahri 4/5 bintang
Sebuah lagu Inggeris bertajuk When You Say Nothing At All. Sebutan beliau jelas dan penghayatan beliau untuk lagu ini amat baik sekali. Beliau mampu untuk menyanyikan lagu Inggeris dengan cemerlang.

Azza 2/5 bintang
Azza kurang bernasib baik kerana lagu tersebut tidak sesuai dengan vokal beliau. Walaupun menduduki tangga kelapan sebelum Konsert II bermula, tetapi oleh kerana empat peserta yang terakhir berjaya menghiburkan penonton maka mereka telah berjaya memintas kedudukan Azza.

Rosma 4/5 bintang
Rosma, Siti Akademi Fantasia perlu mencari imej lain untuk terus berjaya. Lagu Bukan Cinta Biasa merupakan lagu kesukaan beliau dan beliau amat selesa mendendangkan lagu Siti Nurhaliza.

Khai 3/5 bintang
Khai kurang bernasib baik kerana mendapat lagu yang tidak berapa sesuai dengan keupayaan vokalnya. Lagu Syair Si Pari-Pari ialah lagu slow rock. Khai lebih gemarkan lagu berentak rock. Namun begitu beliau telah memberikan persembahan yang terbaik. Persembahan Khai juga baik dan mutu vokal beliau lebih teruji dengan lagu tersebut.

Adi 3.5/5 bintang
Vokal Adi pada permulaan lagu agak tidak kedengaran dan lagu bernada rendah agak sukar dibawakan oleh beliau. Persembahan Adi mendapat khidmat Along Exist dan menyebabkan persembahan tersebut nampak menarik dan live. Muzik live dan muzik minus-one memang benar-benar akan mengubah visual persembahan seseorang peserta. Muzik live boleh dieksploitasi untuk mengikut gaya persembahan peserta dan ini berbeza dengan persembahan menggunakan muzik minus-one. Peserta terikat dengan muzik tersebut. Namun demikian, kerana kehadiran Along adalah mengejutkan dan tanpa melalui sessi latihan, oleh yang demikian cara Adi memberhentikan petikan gitar Along bukan dengan cara yang nampak elok. Nampak poyo sangat !

Nija 3/5 bintang
Nija juga kurang bernasib baik kerana mendapat lagu yang tidak berapa sesuai dengan peupayaan vokal beliau. Namun begitu Nija telah memberikan persembahan yang agak baik. Nija misalnya, telah menjadikan lagu Menaruh Harapan seperti lagu rock. Vokal yang serak sepatutnya dipergunakan olehnya untuk mencantikkan lagi lagu tersebut

Atie 1.5/5 bintang
Lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia memerlukan vokal yang power. Lagu yang mudah tetapi kawalan suara mesti hebat. Atie perlu melakukan sesuatu dengan mutu vokal beliau. Pitching nada rendah beliau agak kelam-kabut serta penjiwaan lirik lagu tidak berlaku seperti yang diajar oleh Guru Nada Suara dalam satu episod yang disiarkan. Air mata belum tentu dapat memenangi hati penonton.

Vince 4/5 bintang
Flying Without Wings sememangnya mudah bagi Vince. Kawalan vokal Vince berjaya dipergunakan sepenuhnya. Beliau bernasib baik kerana mendapat lagu yang sesuai dengan vokalnya. Kebolehan Vince akan teruji kelak apabila mendapat lagu yang beliau tidak suka pada minggu akan datang. Vince berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik sehingga mendapat A dari Khairil Johari Johar.

Azizi 4/5 bintang
Showmanship beliau dengan lagu Terasing amat cemerlang. Persembahan Azizi menghiburkan serta tahap konfidennya yang tinggi. Beliau tidak pressure dan tidak nervous. Itu kelebihan Azizi.

Nana 3/5 bintang
Lagu Camelia, Rindu Padamu dibawakan Nana dengan biasa sahaja. Saya sendiri tidak tahu apa yang ingin ditonjolkan oleh Nana dalam persembahannya. Agak mendatar persembahan Nana. Suaranya biasa sahaja. Apakah package yang dijual oleh Nana untuk mengaut banyak undi saya sendiri pun tidak dapat meneka. Yang pasti air mata Nana terlalu murah.

Entri oleh sultanmuzaffar 20 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 03-05 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Azza (baju dia makin ketat). Bukankah bagus kalau ada lagi dua atau tiga episod !

Penyediaan diri yang dilakukan oleh Azza untuk melengkapkan dirinya sekiranya tersingkir ialah beliau perlu menerima apa sahaja keputusan penonton. Lagi satu kita harus fikir yang kita bukannya kalah. KITA MESTI YAKIN DAN KITA PERLU REALISTIK

Selalunya pada pagi hari Jumaat sebelum mereka ke Dewan Percubaan UPM, mereka akan berkumpul untuk meluahkan perasaan masing-masing. Selain daripada itu mereka akan memberi kata-kata semangat kepada setiap rakan-rakan yang lain.

Azza antara pelajar yang jarang kita lihat beliau menangis. Walaupun ketika tersingkir. Pertandingan ini seperti pertandingan adik-beradik, kata Azza. Walupun bertanding tetapi semangat mereka seperti tidak bertanding.

Tangisan mereka tangisan yang tidak dibuat-buat untuk mengumpan perhatian penonton. Terutamanya Nana. Nana menang seorang yang cepat tersentuh.

Seperti sewaktu Khai meluahkan perasaannya dan menyebut Rosma antara pelajar yang rapat dengan beliau dan pelajar lain seakan-akan tidak mengendahkan beliau.

Rosma diserang migrain juga betul-betul kerana keadaan di Akademi yang agak sejuk. Sejuk pun boleh kena migrain ya ? Satu info baru.

Aznil berkali-kali cuba mewujudkan suasana provokasi tetapi ini rancangan di Malaysia yang rata-rata akan cuba mengambil jalan selamat. Lagipun industri hiburan di Malaysia bukanlah besar mana. Pusing-pusing orang itu juga yang kita lihat. Daripada mencari musuh, lebih baik mencari kawan.

Setiap kali sebelum konsert, peratus undian terkini akan dipaparkan. Azza bukan antara pelajar yang mendapat undian terendah sebelum konsert. Kesilapan paling besar Azza kononnya apabila menerima Pie dalam hidup beliau dan melupakan Pooh yang menjadi kepunyaan sebelum Konsert. Azza telah diberi pilihan untuk memilih hanya satu. Azza sendiri tidak tahu yang Pooh itu kepunyaannya dan jika beliau tahu, Poohlah yang akan menjadi pilihannya.

Setelah tersingkir, Pooh tersebut Azza hadiahkan kepada pelajar yang masih tinggal di Akademi. Atie menjahit Pooh Azza. Sekadar mencari publisiti. Juga bukan jawab Azza.

Namakan seseorang yang gembira apabila Azza tiada ?
Azza menjawab Cik Baha. :)

Komen Azza tentang pelajar lain :
Vince – Vokal
Burn – Julur
Adi – Kelakar
Khai – Pemdiam
Sahri – Manja
Azizi – Pemberi Nasihat
Nana – Ceria
Atie – Ceria
Rosma – Pendiam
Liza – Pemalu
Nija – Rock

Yahoogroups Azza :
AF_Azza

Entri oleh sultanmuzaffar 19 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 03-04 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Azza (tukar baju lagi !)

Penyanyi kesukaan Azza Siti Nurhaliza. Beliau mempunyai paras rupa yang cantik. Suaranya juga sedap. Penampilan beliau juga agak sopan (yeah right !) dan tidak pernah kita lihat beliau memakai pakaian yang seksi.

Sekarang, Azza sudah berpeluang untuk bergesel bahu dengan artis-artis seperti Siti Nurhaliza. Beberapa kejutan yang diterima sewaktu di Akademi ialah kemunculan Rosyam Noor. Pada beliau, Rosyam Noor sememangnya amat berbakat, pandai berlakon dan handsome.

Azza masih ingat lagi kata-kata Rosyam Noor, keluarlah dengan rasa bermaruah. Kalau sudah buat yang terbaik, maka kalau terkeluar pun kita telah keluar dengan bermaruah. Kita semua adalah pemenang, tiada pengalah, macam kata Vince.

Sewaktu Rosyam Noor di Akademi, Atie, Nija dan Liza berpeluang untuk berlakon dengan Rosyam Noor. Kata Aznil, salah satu sebab kenapa Azza terkeluar lebih awal kerana Azza tidak pandai menonjolkan diri. Antara bakat yang paling menonjol pada Azza ialah mengemas rumah. Itu antara sebab undian beliau agak rendah.

Nando’s dan Shakey’s Pizza merupakan antara penaja makanan. Makanan kegemaran Azza tentu sekali pizza. Namun demikian, sekali-sekala mereka berpeluang untuk merasa makanan yang jarang mereka rasa. Seperti makanan Cina dan Kek Coklat.

Azza merupakan seorang yang simple dan tidak cerewet. Tidak banyak complaint dan tidak suka meminta-minta terutamanya apabila di rumah.

Azza merasa Rosma merupakan pelajar yang sepatutnya berada sehingga ke Konsert Akhir Akademi Fantasia. Beliau mempunyai mutu vokal yang power. Pada diri Azza sendiri, beliau tidak pernah terasa akan masuk ke Konsert Akhir lebih-lebih lagi Akademi Fantasia memandangkan kualiti vokal yang ada pada beliau.

Pada saat Liza diserap kembali ke Akademi, Azza tidak terasa yang apabila beliau tersingkir, pihak pengurusan akan menyerap beliau kembali ke Akademi Fantasia memandangkan segala perancangan telah diatur.

Pertemuan
Melihat persembahan Azza yang dibuat secara miming menyebabkan timbul pertanyaan, mengapa Liza pegang pembesar suara minggu lepas sewaktu menyanyikan Kaulah Segalanya. Oleh kerana miming, saya tidak mahu bercerita tentang mutu vokal kerana sudah tentu rakaman telah dibuat dan diulang beratus-ratus kali. Saya akan melihat persembahan beliau secara keseluruhannya. Showmanship beliau untuk lagu ini agak kurang menjadi berbanding sewaktu Konsert AF di UiTM dengan lagu yang sama. Beliau bijak menggunakan props yang ada dan adakalanya saya melihat beliau seakan-akan menyanyi di kelab malam. Tetapi sayang, saya tidak dapat menikmati persembahan beliau dengan puas kerana pergerakan kamera yang kacau bilau tanpa tahu apa yang ingin dirakamkan. Penerbit dan Pengarah Fotografi tidak merancang shot sebelum memulakan penggambaran. Hasilnya beberapa adegan kosong tersiar di televisyen. Sangat memalukan ! Namun demikian, Azza cepat bertindak balas dengan kamera yang kacau itu. Baju yang dipakai oleh Azza juga agak cantik walaupun beberapa kali beliau cuba membetulkan bahu bajunya agar tidak jatuh.

Kenapa Azza menyanyi hari ini ? Liza menyanyi pada hari kelima Imbasan.

Produksi
Shot untuk close up agak terang dan kadar cahayanya bersesuaian, tetapi apabila shot berdua (long shot) lampu agak gelap. Set tidak cukup cahaya ? Tak bayar bil ? Duit dah banyak habis untuk Puteri Gunung Ledang ?

Ralat: Rupanya ada pembesar suara kecil di baju. Pembesar cordless lebih sesuai untuk lagu yang memerlukan Azza menari. Mutu vokal beliau saya ingat beliau miming. Memandangkan ini lagu yang memerlukan Azza menari, mata saya lebih tertumpu kepada gerak badan daripada telinga mendengar mutu vokalnya. Saya lebih menyukai Pertemuan versi Konsert UiTM. Teruskan dengan Sari Rasa sajalah !

Entri oleh sultanmuzaffar 18 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 03-03 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Azza

Imbasan kali ini juga menyaksikan Azza menukar pakaiannya. Apabila di tanya adakah Azza seorang yang suka shopping, Azza menjawab ya. Beliau tidak kisah tentang apa yang perlu dipakai, asalkan simple dan nampak cantik. Tidak semestinya mahal. Secara tidak langsung ini membuktikan bahawa pakaian bintang Akademi Fantasia ditentukan atas inisiatif sendiri dan bukannya pihak penerbit rancangan. Mungkin juga kerana pernah menjadi model menjadikan Azza sentiasa peka akan penampilan dirinya di khalayak ramai atau pun di televisyen.

Aznil turut bertanya tentang pilihan Azza: suka yang berwang atau pun yang tidak berwang. Azza kata biarlah orang itu baik dan tak semestinya perlu berwang yang banyak. Cukuplah sekadar memadai.

Bercerita tentang ayah, apakah ciri-ciri ayah yang ada pada Azza. Ibu bapanya iaitu neneknya merupakan seorang berketurunan Cina. Oleh sebab itu, iras-iras wajah Cina itu ada pada Azza dan seluruh ahli keluarganya. :)

Turut dipaparkan klip sempena Hari Bapa. Saya agak tersentuh apabila adegan Atie mengucapkan Selamat Hari Bapa memandangkan beliau baru sahaja kehilangan bapanya beberapa minggu lepas.

Dalam keluarga Akademi Fantasia, Vince digelar sebagai Daddy. Vince bukan sahaja mempunyai tokoh untuk menjadi Daddy malah Sugardaddy, kata Aznil.

Azza juga merupakan seorang yang sukakan kucing. Ya, rumah Azza banyak kucing. Nemo mendapat namanya setelah mereka menonton wayang Finding Nemo di Mines. Kalau comel, nama Nemo, kalau buruk, nama Aznil. Jenaka spontan ini juga berjaya mencuit Aznil. Aznil begitu sporting dengan jenaka sedemikian.

Di mana Nemo ?
Cerita penderaan ke atas Nemo memang telah kita ketahui. Semua itu angkara Vince. Semua pelajar telah didenda kerana Nemo. Hari-hari begini tentu kita teringat tentang kucing comel yang terkenal satu Malaysia iaitu Nemo. Tetapi di mana Nemo sekarang ? Adakah Nemo bersama Khai ? Atau bersama Penjaganya ? Semakin membesarkah Nemo ? Semakin lebatkah bulu Nemo ? Adakah Nemo sekarang takutkan orang atau sebaliknya ? Kali terakhir saya melihat Nemo sewaktu menghadiri Gathering Hari Raya Grup Adi, Sahri, Atie dan Nija tahun lepas.

Kerana kerinduan terhadap Nemo, Azza menghantar barang permainan untuk Nemo.

Aznil juga semakin mula mendapat rentaknya. Beliau bertanya sejauh mana Azza boleh menari. Soalan wajib untuk penari adakah pernah pergi clubbing. Azza menjawab beliau tidak pernah pergi clubbing. Beliau dijaga dengan baik oleh ibunya. Baik anak ini. Jenis tarian yang paling disukai oleh Azza, apakah zapin, inang atau asli ? Soalan ini sepatutnya ditanyakan kepada Liza memandangkan beliau telah keliling dunia sewaktu menyertai Badan Kebudayaan Negeri Kedah dahulu.

Terpinggir bukan disebabkan tidak mahu menonjolkan diri. Ketinggiannya menyebabkan banyak kali beliau terpaksa berdiri di bahagian belakang. Berdasarkan ketinggian, Azza yang paling tinggi.

Bergegas ke Stor Teater Dewan Bahasa Pustaka untuk satu persembahan Student Showcase.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

SMWawancara bersama
sultanmuzaffar
oleh
http://ayon.blogspot.com

Nama sultanmuzafar kini sentiasa bermain di bibir para pembaca dan pembikin blog terutamanya kepada para peminat Akademi Fantasia. Ianya begitu sinonim dengan beliau. Tulisan dan ulasan yang beliau hidangkan adalah amat menarik sehingga mendapat liputan meluas dari pihak media, namun kadangkala ianya mencetuskan sedikit kontroversi di kalangan segelintir para peminat fanatik akademi fantasia yang tidak berpuas hati dengan pandangan yang beliau berikan, namun saya sebagai salah seorang pembikin blog dan juga peminat blog beliau, merasakan bahawa usaha yang telah beliau lakukan adalah amatlah membanggakan dan sesuatu yang berani.

Kegigihan yang beliau tonjolkan akhirnya berbaloi apabila blog yang beliau hasilkan telah memenangi anugerah sebagai "Best Malaysian Blog" dalam "The Asia Blog Awards 2003". Tahniah diucapkan.

Secara peribadi, saya mengenali sultanmuzaffar setelah tercetusnya fenomena besar industri hiburan tempatan iaitu Akademi Fantasia, sehingga kini beliau telah banyak mengajar saya selok belok dalam membikin sebuah blog yang hebat dan beliau juga merupakan rakan "virtual" saya yang begitu banyak memberi pandangan tentang hidup secara keseluruhannya.

Dikesempatan ini saya telah berpeluang untuk mewawancara beliau. Topik perbualan saya dengan beliau lebih berkisar tentang akademi fantasia, industri hiburan juga sedikit menyentuh berkenaan peribadi beliau. Sama-sama kita amati wawancara saya bersama sultanmuzaffar.

Wawancara penuh boleh didapati di http://ayon.blogspot.com.

3) Ceritakan rutin kehidupan harian anda serba ringkas, dan apakah pekerjaan yang anda lakukan sepenuh masa?

SM: Bangun pagi terus online sebentar dan kemudian bergegas ke pejabat. Seharian di pejabat, petang saya pulang. Waktu malam saya akan menonton televisyen sekiranya ada rancangan yang menarik perhatian saya. Buat masa ini saya menonton CSI:Crime Scene Investigation, Survivor All-Stars, American Idol dan Imbasan Akademi Fantasia. Sekiranya ada, saya akan pergi menonton wayang atau teater. Hujung minggu saya akan banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Saya bertugas sebagai Jurutera Multimedia Kanan di salah sebuah syarikat multimedia tempatan. Tugas saya banyak melibatkan diri dengan komputer. Buat rekabentuk laman internet serta membuat penyelidikan tentang teknologi terkini dalam e-pendidikan.

4) Untuk menjadi penghibur yang hebat apakah ciri-ciri yang perlu ada, dan adakah rancangan seperti akademi fantasia merupakan platform terbaik untuk mengenengahkan bakat-bakat baru? Di mana hilangnya taring Bintang RTM?

SM: Untuk melabel seorang penyanyi dan penghibur merupakan satu tugas yang agak berat. Pada pandangan saya, ciri-ciri seorang penghibur yang hebat ialah mereka yang mampu mengumpan perhatian penonton untuk menonton persembahan mereka dari minit pertama sehingga minit terakhir. Mereka juga harus mempunyai skil berkomunikasi yang terbaik dan mampu merapatkan jurang perbezaan antara beliau dan penonton atau peminat beliau.

Saya tidak bersetuju dengan soalan yang menyatakan Bintang RTM telah hilang taringnya. Bintang RTM tidak pernah hilang taringnya, cuma minat orang ramai untuk menyertai pertandingan tersebut semakin berkurangan. Apabila minat semakin berkurangan, secara tidak langsung peserta yang bertanding dalam pertandingan tersebut tidak berkualiti kerana tidak banyak pilihan yang ada. Perkara yang sama berlaku kepada Akademi Fantasia musim pertama. Adakah peserta yang terpilih untuk AF musim pertama benar-benar berkualiti ? Pada pendapat saya tidak berkualiti kerana tidak ramai yang sedar wujudnya pertandingan tersebut pada waktu itu menyebabkan peserta yang terpilih hanya di kalangan yang biasa-biasa sahaja. Untuk musim kedua saya mengharapkan persaingan lebih terbuka dan agak sengit kerana bilangan yang menyertai ujibakat agak ramai. Bertaring atau tidak saya letakkan pada kualiti peserta dan kualiti pertandingan itu sendiri. Bintang RTM masih mampu menyediakan platform untuk menghasilkan seorang penyanyi yang baik dan yang kekal sehingga kini. Akademi Fantasia belum cukup matang untuk membuktikan hal ini kerana hasilnya masih belum cukup masak.

5) Siapakah peserta kegemaran anda dalam akademi fantasia musim yang pertama dan kenapa anda memilih beliau?

SM: Saya meminati semua. Pada pandangan saya setiap seorang daripada mereka mempunyai keterampilan masing-masing. Mereka mempunyai identiti masing-masing. Selain daripada bakat saya lebih suka melihat seorang artis itu mempunyai asas yang kukuh dalam ilmu muzik serta taraf pendidikan yang tinggi. Itulah keunikan Akademi Fantasia, pelajar dari pelbagai latarbelakang digabungkan menjadi satu keluarga dan penonton dihidangkan dengan segala keunikan masing-masing. Keunikan pelajarlah yang memaku penonton dari awal sehingga akhir untuk menikmati rancangan ini. Vince dengan vokal beliau, Azizi dengan suara jantannya, Burn dan Nana dengan sensasi percintaan mereka, Azza dengan kemanjaannya, Liza dengan baju pinknya, Rosma dan Khai juga sensasi percintaan mereka, Sahri kerana kemontelan serta suaranya baik, Adi kerana sifat poyonya, Nija kerana kenakalannya dan Atie kerana air matanya.

6) Jika di lihat dari pencapaian para graduan akademi musim pertama, siapakah yang anda rasakan mampu pergi lebih jauh dalam bidang seni, dan kenapa anda berpandangan begitu?

SM: Vince mempunyai kelebihan dari segi mutu vokal dan pakej yang mampu menarik perhatian penonton dan pembeli kaset. Saya akan beli kaset beliau kerana terpegun dengan penguasaan Bahasa Melayunya. Amat baik sekali. Beliau mempunyai impian yang jauh dalam bidang muzik dan memberikan komitmen yang tinggi kepada perkembangan kerjayanya. Selain daripada itu beliau dibantu rapat oleh kakaknya dan ini secara tidak langsung kerjayanya dirancang dengan baik.

9) Siapakah artis malaysia yang paling anda sanjungi dan kenapa?

SM: Sheila Majid. Saya membesar dengan lagu beliau. Dari Pengemis Muda hinggalah Ku Mohon. Dari zaman beliau bersih dari sebarang gossip sehinggalah kepada zaman keruntuhan rumahtangga beliau bersama Roslan Aziz. Saya tetap meminati beliau. Saya tidak akan ketinggalan menyaksikan persembahan konsert beliau jika ada kesempatan. Walau sehebat mana pun Siti Nurhaliza mengumpul anugerah, saya tetap meminati Sheila Majid.

11) Peristiwa yang tidak pernah anda lupakan ketika berada bersama kelompok insan seni?

SM: Pengalaman berlakon sebagai Leman dalam teater Rumah Kedai Jalan Seladang dengan Akar Gita Estetika. Ia merupakan teater yang pertama saya terlibat secara langsung. Memegang peranan utama agak mencuakkan saya. Saya tidak pandai berlakon lebih-lebih lagi dalam waktu yang sama saya perlu mempelajari asas bermain teater. Teknik-teknik seperti kaedah melontarkan suara, tindakbalas terhadap pelakon lain serta menjaga stamina di atas pentas perlu saya pelajari dalam waktu yang singkat. Saya sebenarnya tidak gemar menghafal dialog. Mujur dialog untuk Leman tidak banyak dan watak beliau hanya sebagai seorang pendengar yang baik dan tidak banyak bercakap. Berlakon bukan merupakan perkara yang paling saya suka tetapi kerana ingin membantu rakan saya lakukan juga. Kadang-kadang bila sudah panik macam-macam boleh berlaku seperti bilamana dalam satu adegan saya keluar dari pentas lakon melalui dinding rumah. Memang melucukan.

14) 5 perkara yang paling anda gemari dan 5 perkara yang anda benci?

SM: Suka: Main SMS, surf internet, menonton teater, menonton wayang, mengambil gambar
Benci : Traffic jam, pemandu Malaysia yang berlagak, busy-body, network down, lalat

15) Kejayaan besar yang telah anda capai sepanjang kehidupan anda dan kesilapan paling besar yang anda telah lakukan?

SM: Setelah 30 hari mencari cinta, saya menjumpainya.

16) Adakah minat seseorang itu sebagai contohnya seni dan hiburan, mencerminkan keperibadian seseorang itu yang sukakan kehalusan dan kelembutan?

SM: Sensitif lebih tepat. Orang seni ini jiwanya agak sensitif. Mereka mudah terasa.

21) Hidup adalah suatu perjalanan yang amat sukar dan berliku, bagaimanakah anda mengemudi hidup anda, sekiranya anda berada dalam situasi yang kacau?

SM: Go with the flow !

22) Anda mempunyai wajah yang kacak dan menarik, tidakkah anda merasakan bahawa dengan kelebihan yang ada pada anda membolehkan anda terjun kedalam dunia seni dengan lebih serius dan sepenuh masa bukan hanya sebagai pengkritik sahaja?

SM: Saya lebih cenderung untuk berada di belakang tabir. Lebih privacy.

23) Dalam lima patah perkataan, perjelaskan personaliti anda?

SM: I donno what to say !

Terimakasih Muzz kerana telah memberikan kerjasama yang amat baik. Di harap blog anda akan terus menjadi perhatian ramai. Sama-samalah kita layari sultanmuzaffar dan terus memberi sokongan kepada beliau.

Entri oleh sultanmuzaffar 17 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 03-02 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Azza
Alasan: Hanya sempat 15 minit terakhir

Gila Power ! Beliau berada di Akademi Fantasia hanya selama dua minggu. Selama dua minggu itu jugalah beliau belajar berlakon dengan Cikgu Fatimah. Dalam masa dua minggu beliau menyatakan sudah boleh berlakon dengan agak yakin.

Saya mencadangkan agar beliau mempelajari teknik-teknik menjawab soalan dengan betul daripada Liza. Beliau perlu menjawab soalan dengan berhati-hati. Jangan terburu-buru kerana setiap jawapan mampu memberi tafsiran yang berbeza.

Pakaian Azza bertukar pada episod kedua. Dalam rancangan minggu lepas, pakaian Liza tidak bertukar kecuali pada hari kelima. Kenapa ? Apa perbezaan antara Azza dan Liza ?

Entri oleh sultanmuzaffar 16 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 03-01 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Azza

Saya pernah beberapa kali bertemu beliau. Mudah mesra. Gemar bergurau dan agak manja. Itu persepsi pertama saya tentang beliau. Minggu ini beliau akan berhadapan dengan Aznil menjawab segala pertanyaan tentang pengalamannya di Akademi Fantasia. Pengalaman selama 2 minggu (yang dirakamkan dan disiarkan) di Akademi Fantasia tentulah tidak banyak untuk dikongsi bersama. Penampilan beliau di rancangan ini agak cantik dan ini akan dapat kita lihat sepanjang empat hari tayangan memandangkan Liza iaitu pelajar pertama yang ditemuramah kelihatan tidak menukar pakaiannya dan makeup sepanjang rancangan tersebut.

Gaya komunikasi Azza agak manja dan keanak-anakan. Manja selalunya melibatkan perwatakan dan bukannya suara. Suara hanya pelengkap kepada sifat manja. Lenggok kepalanya mengingatkan saya tentang gaya Ella cuma rambut Azza lebih pendek. Anak bongsu dari empat adik-beradik ini berasal dari Kuala Lumpur.

Apabila terpilih untuk menyertai Akademi Fantasia, inilah kali pertama beliau terpisah dengan keluarganya. Agak sedih dan adakalanya rindu juga dan teringat suasana di rumah. Jika terpilih masuh Program Khidmat Negara sudah tentu beliau akan sentiasa teringat pada rumah dan ingin cepat pulang.

Dengan ketinggian 5 kaki 6 inci, Azza amat bersesuaian untuk menjadi model. Beliau pernah menjadi model untuk majalah. Di antara model, pelakon, penyanyi dan pengacara, yang manakah pilihan Azza. Azza menjawab “Mana-mana pun boleh. Semua boleh !” Satu semangat yang baik dan positif. Cuma bila melakukan sesuatu pekerjaan itu bukanlah hanya asal boleh sahaja. Lakukan sehabis baik.

Seksi
Sewaktu menyanyikan lagu Memori Azza kelihatan seksi. Katanya imej itu perlu dilakukan atas tunjuk ajar Cikgu Linda Jasmine.

Beberapa pelajar pada minggu pertama telah lupa lirik lagu. Azza, Burn dan Liza merupakan antara pelajar yang terlupa lirik lagu. Apakah yang dilakukan apabila tidak mengingati lirik lagu. Mudah sahaja. Main bantai saja lirik yang ada. Ini merupakan konsert yang pertama dan tidak pernah mengetahui akan ada konsert pada penghujung setiap minggu. Oleh yang demikian, perasaan gemuruh itu tetap ada. Ini juga merupakan kali pertama Azza menyanyi di atas pentas di hadapan orang ramai.

Apabila mendengar nama Liza diumumkan tersingkir apakah perasaan Azza ketika itu ? Azza sangat sedih kerana Liza merupakan antara yang rapat dengan beliau. Setelah diumumkan Liza diserap semula ke Akademi tentulah beliau merasa sangat gembira. Keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan merupakan keputusan yang dibuat pada saat-saat akhir dan bukannya dirancang oleh Aznil sendiri.

Sewaktu masa lapang, Azza gemar bermain game. Pada minggu-minggu awal Play Station masih ada di ruang tamu Akademi. Itu sahaja permainan yang boleh dibuat memandangkan para pelajar tidak boleh keluar. Pada satu ketika di minggu-minggu awal, mereka dibenarkan untuk keluar. Tidaklah jauh hanya sekadar bermain di luar rumah. Azza ingatkan dapat tengok wayang.

Di Konsert I tidak ramai kawan yang datang walaupun Azza berasal dari Kuala Lumpur kerana Azza tidak dapat menghubungi mereka kerana segala jenis perhubungan terputus sewaktu beliau berada di Akademi.

Azza pada keseluruhannya merupakan seorang yang manja tetapi tidak terlalu pemalu. Oleh yang demikian beliau senang untuk berkomunikasi dengan baik mengikut caranya yang tersendiri. Jawapan darinya agak selamba dan cuba diselitkan unsur-unsur jenaka. Beliau tidak terlalu serius dan terlalu berhati-hati apabila menjawab soalan. Di masa akan datang diharapkan beliau lebih berhati-hati apabila menjawap soalan. Tersilap kata, para wartawan tepuk tangan.

Teknikal
Kesan cahaya pada set Imbasan Akademi Fantasia agak gelap. Sesekali, Aznil tidak berada di dalam cahaya yang terang. Mungkin juga kesan daripada backdrop serta lampu dari mentol-mentol di belakang.

Teknik suntingan yang kelam-kabut merosakkan rancangan ini. Penonton baru khususnya sukar untuk mendapatkan apakah motif utama rancangan ini disiarkan. Ini berbeza dengan penonton fanatik yang pernah menyaksikan rancangan ini di ASTRO Ria. Mereka sudah memahami jalan cerita rancangan tersebut, sudah mengenali watak-watak yang ada dan sudah mengetahui penghujungnya. Tanpa teknik suntingan yang baik, penonton baru akan hilang tumpuan dan minat mereka untuk menonton akan hilang.

Adakah rancangan Imbasan Akademi Fantasia di NTV7 hanya sekadar untuk mengekalkan hype dan ingatan penonton terhadap kesan Akademi Fantasia dan pada waktu yang sama memberi kesan positif kepada Akademi Fantasia musim kedua ?

Entri oleh sultanmuzaffar 14 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Mini Konsert Akademi Fantasia 01-02 oleh sultanmuzaffar

Imbasan Akademi FantasiaKonsert Akademi Fantasia ini merupakan konsert yang pertama kali berlangsung di Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia. Pada Konsert Akademi Fantasia 01, Liza telah telah tersingkir apabila mendapat undian paling rendah. Namun demikian, dalam suasana yang menyedihkan dan agak mendebarkan Rosma mengumumkan bahawa Pihak Pengurusan merasakan bahawa penyingkiran pelajar hanya akan dibuat pada Konsert Akademi Fantasia 02. Dengan itu, Liza diserap kembali ke Akademi Fantasia untuk meneruskan pengajiannya dan terus kekal sehingga Kemuncak Konsert Akademi Fantasia.

Persembahan
Nija
Nija menyanyikan lagu Siti Nurhaliza bertajuk Kau Bagaikan Permata. Memandangkan ini merupakan minggu pertama di Akademi Fantasia, banyak yang belum dipelajari oleh beliau. Showmanship beliau agak kaku. Pergerakannya terbatas hanya pada satu-satu stail. Terdapat masalah apabila menyanyikan lagu pada nada rendah. Penguasaan pentasnya agak kurang. Interaksi beliau dengan kamera dan penonton masih boleh diperbaiki dengan meninggikan keyakinan diri di masa hadapan.

Khai
Lagu Perpisahan di tangan Khai masih mendatar kesan pergerakan stereotypenya pada keseluruhan lagu. Seperti Nija, Khai juga mempunyai masalah untuk mempelbagaikan gayanya mengikut kesesuaian lagu yang dinyanyikan. Pergerakan dan penguasaan pentasnya masih terbatas. Vokal beliau sesuai untuk lagu-lagu balada walaupun beliau lebih suka dengan lagu berentak rock. Di antara kesemua pelajar, beliau mempunyai kelebihan kerana mempunyai mutu vokal yang agak berbeza dengan pelajar-pelajar lain.

Azza
Lagu Memori dendangan asal Sheila Majid seperti tidak sampai dinyanyikan oleh beliau. Walaupun mempunyai pakej yang menarik dan lengkap, belum cukup untuk mengumpan undi penonton. Vokal perlu dimantapkan dengan mempelajari teknik-teknik nyanyian yang betul. Seorang yang mudah untuk diasuh. Keyakinan diri beliau perlu ditingkatkan dengan melengkapkan ilmu-ilmu mizik ke dalam diri beliau. Kata Halim Othman, beliau ada rupa, ada ketinggian yang perlu digilap hanyalah mutu vokal.

Sahri
Selingkar Kasih nyanyian Rem ada bunyi-bunyi menekan yang sememangnya menjadi identiti penyanyi asal lagu tersebut. Pertama kali Sahri membuka mulut dengan note pertama, saya sudah terpukau dengan suaranya. Suara beliau bercakap dengan suara beliau menyanyi jauh berbeza. Suara nyanyian beliau banyak angin. Beliau bijak melenggokkan vokalnya dengan kesesuaikan pada lagu yang dinyanyikan. Pergerakan beliau di pentas dirancangan dengan baik terutama pada gaya tangannya. Beliau perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki imej beliau. Vokal beliau amat baik terutamanya apabila note tinggi.

Nana
Kini Kau Tiada jika dilihat pada nyanyian penyanyi asalnya Sarimah jauh lebih attitude. Vokal serak-serak basah Nana agak baik jika boleh digilap di dalam kelas-kelas akan datang. Namun demikian beliau perlu memperbaiki teknik pernafasan beliau. Nyanyian pada nada rendah tidak kedengaran. Penyanyi latar yang dibantu oleh rakan-rakan beliau banyak menyelamatkan keadaan. Keyakinan beliau agak rendah sewaktu menyanyikan lagu ini. Showmanship beliau agak mekanikal iaitu tidak licin dan nampak keras di pentas.

Vince
Konfiden ! Beliau selesa dengan lagu ini walaupun tidak pernah mendengar lagu ini sebelum ini. Interaksi dengan kamera juga cukup baik. Penguasaan Bahasa Malaysia beliau juga amat baik. Beliau mempunyai mutu vokal yang setanding dengan Sahri. Lebih menarik, beliau bijak menggayakan vokal beliau dengan rentak lagu tersebut. Beliau menyanyi dengan bebas tanpa terikat dengan gaya penyanyi asal. Kekuatan utama beliau ialah falsetto dan menyelitkan unsur-unsur R&B pada lagu tersebut.

Entri oleh sultanmuzaffar 13 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 02-05 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Liza

Buat pertama kali kita dapat melihat Liza menukar baju. Baju warna hitam dan stail rambut yang lebih saya suka agak memikat. Semangat yang ditunjukkan oleh Liza diperolehi dari semangat tenaga pengajar dan pelajar-pelajar lain yang bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab mereka. Semangat itulah yang membuatkan mereka semakin berani.

Walaupun Akademi Fantasia merupakan satu pertandingan tetapi sifat saling kerjasama dan tolong-menolong dapat dilihat sewaktu sessi pengajian mereka. Aznil sedaya upaya cuba mengorek jawapan daripada Liza dengan soalan-soalan yang bersifat agak provokatif. Adakah ada di antara pelajar yang merasakan Akademi Fantasia merupakan satu pertandingan, oleh itu perjuangan mesti diteruskan secara berseorangan, wujud perasaan cemburu dan tidak mahu bekerjasama dengan pelajar lain. Jika dikatakan ada di antara pelajar yang semangat juangnya tinggi tetapi mengabaikan semangat pertandingan bila mana tidak mahu mengajar pelajar lain. Semangat setiakawanlah yang menyebabkan mereka terus bekerjasama tanpa wujud perasaan dengki-mendengki.

Menuju Puncak merupakan lagu wajib yang akan dinyanyikan pada setiap minggu. Mereka tidak muak mendendangkan lagu tersebut beserta koreografi tarian yang baru setiap minggu. Semangat Menuju Puncak hasil dari sebuah lirik yang benar-benar memberi semangat kepada para pelajar.

Berpisah dari keluarga ?
Liza agak rapat dengan adik-beradiknya. Namun demikian mereka dibenarkan untuk berhubungan dengan keluarga masing-masing seminggu sekali walaupun untuk beberapa minit sahaja. Handphone mesti ditinggalkan bersama keluarga.

Pengetua
Pengetua bukan merupakan seorang yang agak garang. Beliau mudah untuk kita berkongsi masalah terutamanya yang melibatkan persembahan. Kata-kata semangat dari Pengetua amat penting dan kata-kata itulah yang memberi perangsang kepadanya setiap minggu. Beliau akan bertemu dengan Pengetua sebelum Konsert dan selepas mendapat lagu baru setiap minggu.

Wujud perasaan ingin melihat rakan lain jatuh ?
Rancangan ini benar-benar berbeza kata Liza. Tetapi bukankah Sidang Meja Makan telah membuktikan wujudnya perasaan ingin melihat pelajar lain jatuh ?

Liza pada setiap minggu akan membuat segala persiapan yang rapi untuk persembahan. Begitu juga persiapan diri sekiranya beliau tersingkir. Yang pastinya beliau akan melakukan yang terbaik setiap kali persembahan. Apa yang terjadi terpulang kepada nasib. Itu rezeki masing-masing.

Diserap kembali
Setelah diserap kembali, saban minggu Liza menjadi antara pelajar yang bangun setiap minggu apabila mendapat undian terendah setiap minggu. Beliau akan cuba memperbaiki persembahannya dan melakukan yang terbaik terutamanya untuk meningkatkan mutu vokal. Tidak dapat tidak di dalam fikiran sering merasakan yang beliau akan tersingkir di minggu berikutnya.

Beliau amat menghargai persahabatan yang ada dengan pelajar-pelajar lain. Banyak kelemahan yang perlu diatasi dan diperbaiki. Rakan-rakan banyak menguatkan keyakinan beliau serta memberi sokongan padu kepadanya untuk memberikan yang terbaik. Tiada sifat untuk jatuh menjatuhkan. Setiap dari seorang mempunyai keistimewaan masing-masing. Mereka ada matlamat sebelum datang ke Akademi Fantasia dan berharap persahabatan diteruskan sampai bila-bila.

Saya agak terkejut apabila adegan-adegan cinta tak jadi beliau dengan Vince yang sering dipaparkan sewaktu Diari Akademi Fantasia tidak disiarkan untuk rancangan kali ini. Salah satu punca populariti Liza adalah kerana kisah sensasi ini. Peminat suka melihat beliau bersama Vince seperti mana peminat suka melihat Erra dan Yusry dalam Kuliah Cinta. Kisah cinta telenovela ini tidak diteruskan di dalam Imbasan mungkin kerana perbezaan agama, bangsa, status dan taraf sosio. Terlalu banyak halangan rupanya cinta layar mereka. Kini, Memorial LV hanya dibuka untuk lawatan. Bolehlah melawat, jika nak pergi letak bunga.

Kaulah Segalanya
Secara keseluruhan saya agak berpuas hati apabila mendengar Liza menyanyikan lagu tersebut. Not bad ! Liza perlu all-out untuk lagu tersebut. Lagu balada ini merupakan lagu cinta oleh itu pergunakan dan persembahkan segala perasaan Liza dengan penuh perasaan kepada penonton. Namun demikian, masalah nada flat dan beberapa masalah pitching terdapat pada beberapa bahagian lagu. Sewaktu Liza menyanyikan lagu tersebut adegan-adegan di Akademi Fantasia dipertontonkan. Saya tidak menggemari cara yang dilakukan oleh pihak penerbitan NTV7. Saya hanya mahu melihat ekspresi Liza ketika menyanyikan lagu tersebut. Klip-klip tersebut sepatutnya ditayangkan sewaktu sessi temuramah dijalankan. Saya tidak gemar berfantasi tentang kisah cinta terhalang itu. Jika dinilai secara keseluruhan pelajar perempuan, Liza mempunyai mutu vokal yang jauh lebih baik daripada Atie dan Azza.

Komen Keseluruhan
Liza mempunyai pakej yang baik. Cantik. Kecantikan beliau ialah kecantikan Melayu bukan cantik Pan-Asian. Jika kena pada gaya rambutnya akan menyerlahkan lagi kecantikannya. Bakat menari yang ada pada beliau memang tidak dinafikan. Beliau telah pusing satu dunia dengan bakat tarian tersebut. Kalau boleh tarian Melayu Asli, tarian Barat memang mudah hanya perlu bergerak dengan lebih pantas sahaja. Otak berlu cepat bertindak. Mutu vokal perlu ditingkatkan. Kata Ramli MS seorang player dalam industri muzik tempatan tanpa perlu menunjukkan sijil-sijil beliau, satu Malaysia tahu beliau player, Liza mempunyai vokal yang gemersik. Beliau hanya perlu mempelajari teknik-teknik nyanyian dan kemudian dipergunakan sebaik mungkin. Jika ada ilmu, ada sijil berfail-fail, duduk di luar negera bertahun-tahun tetapi ilmu yang diperolehi itu tidak dipergunakan pun tidak berfaedah juga. Oleh itu mereka yang ada ilmu dan pengalaman walaupun sedikit masih boleh dikongsi bersama untuk melengkapkan diri masing-masing. Sifat Liza yang agak pemalu dan adakalanya teragak-agak perlu membuatkan beliau lebih berhati-hati di masa akan datang. Sifat tersebut sering boleh dieksploitasi oleh pihak lain untuk kepentingan diri mereka. Banyakkan berbincang dan tanya pendapat rakan-rakan yang lain agar tidak tersalah langkah. Oleh yang demikian berhati-hatilah, dunia hiburan belum tentu sesuatu yang sentiasa indah. Liza sudah berada setapak di hadapan daripada rakan-rakannya yang lain dengan terpilih untuk menjadi Pembantu Roda Impian. Teruskan segala impian anda, peminat anda pasti menyokong anda. Cuma biarlah sokongan itu ke arah yang lebih positif dan bersifat jujur bukan hanya pemanis mulut di hadapan anda.

Nota: Jika anda ingin terus berhubungan dengan Liza dan mengetahui perkembangan terkini beliau bolehlah melayari Yahoogroups Liza.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

TV3 Explorace 01-04, Airdate: 11 Feb 2004 by Nick

ExploracePreviously on Explorace, team Ayaz and Ahsan (Team DoubleA) competed against the team of Choon Heng and Phillip (Team Uncle) in last week’s race that started at the grounds surrounding Sultan Ibrahim Building, Johor Bahru. Route 1 took half of the two teams clue hunting at several houses of worship near and around Harmony Street while the other half of the team had to cycle across town to the Hutan Bandar Recreational Park to solve their task of finding the scientific name for a particular orchid plant for Route 2. At the end of their task, Route 1 competitors ended up at a Sikh temple where they were served a very difficult breakfast to finish before proceeding to the next task. To get the golden key, Route 1 team had to travel to Kota Tinggi Waterfall Resort to participate in an obstacle course before diving into the cold waters of the waterfall to find it. Route 2 team had to travel to Pekan Nenas Pineapple Research Center and perform the easier task of harvesting 20 pineapples to get their gold boxes. Both teams were directed to their rendezvous point at Senai TC Arapaima and Tropical Fish Sdn. Bhd. Mini Zoo where there race really got exciting. After completing a task that involved gulping raw ostrich eggs among other things, both teams were directed to make their assigned VW Bug road-worthy before racing to the finish line at Dataran Bandaraya Johor Bahru. Team DoubleA crossed the finish line first but not before barreling their car into the other cars that were parked at the finish line. For a time, their win was still up in the air as they were previously warned that they could be disqualified from the race for their reckless driving. In the end the race marshals, in a controversial move, decided to declare Team DoubleA as the winners of this leg of the race and move forward to the second round on the condition that they had to pay for all damages that they caused.

Race 4 of Explorace Round 1 this week started at the grounds in front of the historic site of the Portuguese fort of A’Famosa in Bandar Melaka, Malacca. As it was with previous races, the two teams that were competing this week were the team of Yoges and Simon against the team of Shaiful and Keat. They showed some of the pre race chatter between the two teams this week which was a bit odd as I don’t recall they did at previous races. The pre race conversations focused more on how they were friends even if they had to compete against each other in the race which I thought was refreshing considering we only saw pre race trash talking between the contestants in previous installments at this point. There was also a notable absence of a local official to flag the racers off this time so Daphne had to start the race herself. I noticed that Yoges seemed to flinch visibly when Daphne started the race with the air horn which caused me to wonder if he was a bit nervous at the start of the race and was taken by surprise with the loud horn or if it was Daphne who blew the horn too close to Yoges’s ears.

In a refreshing change this week because the first clues did not involve visiting a place of worship for once, Route 1 contestants of Simon and Shaiful were directed to take a trishaw ride to the bus station and take a bus to get to Bukit Serindit where their first trivial question waited for them at a local terompah (wooden foot clogs) factory. From the very beginning both contestants decided that to think of a strategy of trying to get a lead over the other this early in the race was pointless and that it would be to both their advantage to cooperate to figure out how to get to their first clue. I have to say the decision of not working on a strategy to screw the other contestant over was quite noble of them but in the end didn’t really make for an exciting race. Both contestants arrived at the bus stop at 7:45 and found the correct bus to take to get to their next destination.

In the meantime, Route 2 contestants of Yoges and Keat were also directed to go on a trishaw ride to the taxi stand where they were to take a taxi to Bukit Katil where they had to find the Soon Hee Honey Bee Farm. Both teams were exceptionally friendly and chatty with the trishaw rider which further solidify my assumption that both teams were taking things easy for this part of the race. They were not too consumed by the race like the other racers that we saw before and I actually found this to be a bit refreshing for a change. After the short trishaw ride, both contestants arrived at the taxi stand at 7:55 and each got a taxi easily enough to get to the next destination. Yoges, who seemed to be savvy and familiar enough with the other more famous racing reality show, immediately asked the taxi driver if he knew where exactly was the place that he had to go to. After receiving a non-committal answer, he offered to use his mobile to find out but it was declined. Once the journey started it was clear to both contestants that the taxi driver could get them to Bukit Katil but was not familiar with the area enough to find the exact destination. Keat had to stop and ask the direction from a local shop while Yoges used his mobile to call the operator to get the number for the shop so he could call them to ask for directions. This turned out to be the better strategy as he was able to get the correct directions quickly and reach the bee farm first at 8:28.

While the contestants in Route 1 were waiting for their bus, they were told that their teammates in Route 2 failed to pay for their trishaw ride and now they had to pay for them. I’m sure that it was an honest mistake on their part but this incident made me wonder if the race officials didn’t have any sort of pre race briefing for the contestants to tell them that they were responsible for all the expenses incurred during the race. Simon called Yoges, who was on his way to the bee farm at this point to confirm about the non-payment and reminded him that he should ask the driver next time if he was suppose to pay for the trip. I would think that this is a good strategy because the last thing you want to happen to you in a race of this nature is to build up bad karma from not paying the person who was giving you the ride so that you can win the prize money. Just before getting on the bus, Simon went around to ask what a “terompah” was which I found to be quite funny as I would think that most Malaysians would be familiar with what it was. From what I could tell, Simon was genuinely in the dark about what it was and had to take a few minutes before figuring what it was after having it described to him by a local. This unintentional humorous moment was only the first of many for this hilarious installment of Explorace.

More at Nick weblog.

Next week, Explorace moves on to Georgetown, Penang where two more teams will compete against each other to secure their place in the second round.

Entri oleh sultanmuzaffar 12 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 02-04 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Liza

Rancangan ini masih mengekalkan Liza dan Aznil dengan pakaian yang serupa. Saya tidak salahkan Liza. Diulangi, saya tidak salahkan Liza. Walaupun rakaman dilakukan pada hari yang sama, imej artis perlu juga dijaga. Jangan nanti orang kata Liza tidak ada baju lain. Eksekutif penajaan NTV7 perlu mengambil berat perkara-perkara sedemikian. Liza merupakan pelajar yang kekal sehingga Kemuncak Konsert walaupun sepatutnya tersingkir pada Konsert 1. Perasaannya sedih apabila setiap seorang daripadanya tersingkir setiap minggu. Saat yang paling tidak dapat dilupakan oleh Liza sepanjang berada di Akademi Fantasia sewaktu beliau dipusing oleh Vince pada Konsert 5(Liza yang cakap, dia kata rasa-rasanya).

Lagu yang memberikan kenangan paling manis pada Liza tentulah Bunga Bunga Cinta. Lagu tersebut telah menguji vokal Liza dengan baik. Persembahan Liza dengan lagu Bunga Bunga Cinta juga mendapat pujian yang baik dari saya sendiri. Lagu ini juga terpilih untuk dimasukkan ke dalam folder The Best Of untuk CD MP3 Akademi Fantasia PFS seperti lagu Gerimis Mengundang, Aku Cinta Kau dan Dia, Kenangan Pahit, Tragedi Buah Epal dan Khayalan. Liza cemerlang membawakan lagu tersebut setelah mendapat semangat dari kawan-kawannya dan juga cikgu-cikgunya.

Kita turut melihat bagaimana baiknya Liza menyanyikan lagu Bagaikan Puteri sewaktu sessi latihan bersama Cikgu Adnan Abu Hassan. Lebih-lebih lagi berbaju pink keramat itu. Siapa kata saya hanya minat JLo. Baju pink Liza membuktikan Liza lebih hebat dari JLo. Bila di hadapan Cikgu Adnan semuanya baik. Tetapi apabila persembahan sebenar di Konsert, bila menari, habis lari semua suara. Aznil yang cakap. Saya tulis balik. Ulang sekali lagi. Aznil yang cakap. Liza menjawab sewaktu sesi latihan memang semuanya baik tetapi bila perasaan gemuruh (nervous) di atas pentas menguasai diri menyebabkan apa yang dipelajari tidak berlaku di atas pentas. Perasaan gemuruh itu adalah perkara normal pada setiap artis. Ada sesetengah artis, ambil dadah untuk mengurangkan perasaan gemuruh. Latihan yang cukup serta pengalaman yang luas akan sedikit sebanyak mengurangkan perasaan gemuruh. Ia ambil masa. Tapi lama-lama nanti akan OK. Nasihat saya hanya cukupkan latihan dan kuatkan keyakinan diri.

Aznil turut bertanya pendapat Liza tentang siapakah di antara pelajar Akademi Fantasia yang mempunyai ciri-ciri sebagai seorang ketua. Burn, Vince dan Azizi memiliki ciri-ciri tersebut kerana pengetahuan tentang muzik mereka agak baik.

Apabila tenaga pengajar tiada di dalam kelas, Vince mengambil inisiatif bertindak sebagai ketua untuk memberi ajaran kepada pelajar lain. Cikgu Adnan Abu Hassan amat menggalakkan sikap seperti ini. Vince menunjukkan ciri-ciri yang baik untuk menjadi ketua serta mempunyai inisiatif untuk kecemerlangan pelajar lain.

Masa lapang ?
Banyak masa digunakan untuk menghafal lagu. Oleh yang demikian tiada masa untuk bersaja-saja dan berbual-bual. Masa banyak tertumpu kepada lagu kerana hanya mempunyai lima hari sahaja untuk bersedia.

Selain aktiviti grooming terdapat juga sessi kreativiti untuk melihat kepakaran pelajar mendandan rambut. Rambut Liza didandan oleh Sahri yang diperlukan untuk membina imej elegant. Gaya yang digayakan oleh Sahri agak bersesuaian dengan imej Liza. Benar ia nampak elegant dan terserlah wajah ayunya. :) Imej sedemikian pada pendapat saya lebih sesuai dengan Liza daripada imej rebondingnya. Nampak agak fake.

Pelajar lupa tanggungjawab ?
Liza menekankan bahawa setiap pelajar tidak lupa akan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada setiap minggu. Perkara tersingkir adalah rezeki masing-masing. Setiap pelajar mempunyai rutin yang sama setiap minggu iaitu mengadap lagu tiap-tiap hari.

Selalunya pada hari Jumaat sebelum ke Dewan Percubaan UPM, akan ada briefing dan rehearsal di hadapan tenaga pengajar. Liza sendiri mengakui agak sukar untuk menyanyi, menari dan senyum pada masa yang sama. Banyak benda perlu dilakukan pada satu masa. Ditambah lagi apabila berada di hadapan penonton. Oleh yang demikian beliau akan cuba menggunakan segala pengalaman yang ada untuk mengawal keadaan dan memberikan yang terbaik.

Masih tiada soalan dari Aznil tentang cinta tak jadi Liza dengan Vince. Macam kata Atie, “Save The Best For Last”. Mungkin ada soalan berkenaan itu untuk episod yang kelima ini. Pada pendapat saya, daripada membincangkan kisah cinta tak jadi ini adalah lebih berfaedah sekiranya Aznil bertanya tentang perkembangan terkini karier Liza sebagai artis. Ke manakah hala tuju Liza di dalam bidang seni ? Cukupkah sekadar Pembantu Roda Impian atau ada impian-impian lain yang belum terlaksana ? Atau pun mereka boleh bercerita tentang pelan tindakan Liza untuk terus mengekalkan nama beliau dalam peta hiburan Malaysia. Perbincangan tentang itu lebih berfaedah dan positif.

Email Saya untuk Pembaca :
Salam,

Terima kasih di atas komen-komen anda baik yang hampas mahu pun yang bernas, baik dari yang jujur mahupun dari yang hipokrit, baik dari yang bacul mahupun dari yang dayus, baik dari yang berani mahupun dari yang pengecut. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK! Anda sumber inspirasi saya untuk terus menulis dan memberi komen-komen tentang pemerhatian saya di DAF, KAF dan IAF untuk bintang-bintang AF. Itu pemerhatian saya, tentu juga orang lain ada mata untuk melihat, ada telinga untuk mendengar, ada mulut untuk bercakap, ada tangan untuk menulis dan ada hati untuk terasa. Oleh yang demikian, marilah kita berkongsi apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita tulis dan apa yang kita rasa untuk kemajuan bintang AF yang kita sayangi.

Bertanggungjawab dengan apa yang kita rasa kerana kita telah diberi akal. Jangan takut untuk bertanggungjawab. Tanggungjawab saya menjadi lebih berat kerana 12 bintang yang telah kita hasilkan kini telah menjadi sahabat-sahabat saya sendiri. Adakah satu tugas mudah untuk anda mengkritik sahabat anda sendiri ? Tentu sukar bukan ? Tetapi saya perlu lakukan juga. Saya bukan jenis yang bermulut manis di hadapan dan akhirnya membawa kesan kepada perkembangan karier mereka. Saya berani mengambil tanggungjawab itu kerana mahu melihat perkembangan diri mereka ke arah yang lebih positif. Sifat boikot, ban, tulis dengan nama anonymous lebih berciri negatif.
Bertanggungjawablah !

Terima Kasih.

Nota: Minggu hadapan adalah minggu Azza. Saya dapat rasa tanggungjawab yang harus saya pikul lebih berat daripada minggu ini.

Entri oleh sultanmuzaffar 11 February 2004 0 komen

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 02-03 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Liza
Alasan : Esok ada training di MMU !

Kelas grooming merupakan salah satu kelas yang telah diikuti oleh Liza. Grooming penting terutamanya apabila melibatkan penampilan seseorang pelajar. Lihat apa perubahan yang ada pada Liza sekarang. Imej beliau telah banyak berubah. Rambut hasil teknik rebonding kalau dulu saya sebut sebagai straightening sedikit sebanyak memberi imej baru kepada beliau.

Katanya beliau suka makeup yang simple. Di rumah tak perlu makeup. Memanglah dik. Kalau dah makeup kat rumah tuh dah kes berat dah. Penampilan diri mesti sentiasa dijaga agar kelihatan seperti seorang bintang.

Soalan-soalan dari Aznil adakalanya merimaskan pemikiran. Soalan seperti masa yang diambil untuk bersolek pun ditanya. Pada satu adegan beliau turut bertanya kepada Liza kenapa tidak panggil Cik Baha dengan gelaran ibu ? Harap-harap Cik Baha tidak saman Aznil.

Beliau banyak mempelajari pelajaran baru dalam kelas drama kendalian Cikgu Fatimah yang digelar ibu oleh mereka di kalangan pelajar. Dari seorang yang tidak tahu apa itu lakonan, kini beliau banyak tahu tentang lakonan. Liza mengakui lakonan merupakan satu yang susah baginya. Tetapi ia penting untuk nyanyian selain membina watak dalam nyanyian untuk mendapatkan perasaan dalam lagu.

Liza turut ditanya tentang penguasaan Bahasa Inggerisnya. Beliau faham tentang apa yang diajar oleh Cikgu Fatimah dan Cikgu Linda bila ia dilakukan dalam Bahasa Inggeris tetapi beliau tidak tahu untuk membalasnya. Beliau mengaku. Bila ada yang beliau tidak tahu, beliau akan tanya pada rakan-rakannya yang lain.

Penyanyi atau Pelakon ?
Berlakon adalah sesuatu yang sukar katanya. Pada pendapat saya, menyanyi lebih sukar dari berlakon. Lakonan boleh dibentuk dan diarah, tetapi kalau suara tak sedap menyanyilah macam mana pun tentu tak sedap juga hasilnya. Banyak penyanyi yang jadi pelakon kayu, tetapi tidak banyak pelakon yang jadi penyanyi. Oleh itu, saya buat andaian, jika Liza kata nyanyian mudah. Kalau mudah kenapa tak sedap ?

Siapa yang garang ? Cikgu Linda, Cikgu Adnan, Cikgu Siti Hajar ? Cikgu Fatimah ?
Antara yang paling tegas sewaktu pengajian ialah Cikgu Linda. Cikgu Adnan, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Fatimah agak lembut dalam kelas mereka. Walaupun kelihatan Cikgu Siti Hajar agak garang pada beberapa kelas namun sifat garang itu timbul apabila beliau ingin melihat yang terbaik dari anak muridnya.

Dalam kelas tarian, selain Liza, Azizi juga agak menonjol. Azizi mudah untuk menari. Kata Liza, Azizi suka menari dan tubuhnya mudah dibentuk untuk menari.

Kenapa Cikgu Siti Hajar mengamuk ?
Sewaktu Nana menyanyi lagu Halaman Cinta, beliau kelihatan tidak cukup keyakinan. Beliau dimarahi Cikgu bukan kerana Cikgu tidak suka sebaliknya kerana Cikgu merasakan beliau boleh menyanyikan lagu tersebut. Tetapi Nana terus dengan sikapnya yang seakan-akan berputus asa dengan lagu tersebut. Maka sikap tersebut telah menyebabkan Cikgu Siti Hajar angin. Lebih mengejutkan setelah insiden tersebut, Liza terpilih untuk latihan seterusnya. Beliau agak terkejut juga. Tetapi tetap cuba untuk memberikan yang terbaik dan cuba mendapatkan ekspresi gatal dengan sebaik-baiknya.

Ada komplot lelaki dan perempuan ?
Dalam kelas, pelajar mana yang tidak nakal. Nama pun pelajar. Pelajar lelaki suka datang lambat. Perangai-perangai sedemikian merupakan biasa di kalangan pelajar. Oleh itu kena tahan sahaja.

Untuk NTV7:
Memang nampak kecil, tetapi ia tetap cacat. Aznil telah merakamkan perkataan "empat" untuk menggantikan "enam" kategori yang disebutkan oleh beliau untuk merujuk kepada anugerah yang dipertandingkan tetapi jari-jari Aznil masih menunjukkan "enam".

Undi Free Anugerah Sebenar IAF Sekarang !!

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger