Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 05 July 2005

Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 03
Penyampai ERA Pasti Datang
Bila setiap kali pelajar Akademi Fantasia diberikan tugasan sebegini, itu tandanya Penyampai ERA akan masuk Akademi. Sedang mereka berlatih-latih menjadi DJ Radio, Kieran dan Farah Fauzana muncul di Akademi Fantasia.

Ilmu-ilmu yang dibawa oleh Kieran dan Farah amat besar ertinya kepada para pelajar. Mawi contohnya lebih sesuai menjadi penyampai radio. Tone suara beliau ada nilai komersial untuk menghuni Konti Radio ERA. Kehadiran mereka ini lebih besar maknanya berbanding kehadiran Linda Onn, Halim Othman dan Khairil Rashid pada musim lepas. Kieran memberikan gambaran sebenar tentang bagaimana sesebuah konti radio. Bagaimana rutin harian yang perlu mereka lalui serta pemilihan lagu. Kesemua lagu telah pun siap dipilih dan mereka hanya perlu tekan butang sahaja dan berbicara di pembesar suara.

Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata. Mulai pada hari ini saya akan mengulas Diari 12.30 tengahari secara sambil lewa kerana tidak sanggup berjaga lewat malam untuk menulis. Saya hanya akan menulis isu yang saya fikirkan penting sahaja. Ulasan tengahari boleh diperolehi di Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jelata, kecuali jika beliau tidak menulis. Sama sahaja tidak banyak bezanya.

Diari Akademi Fantasia Minggu 06 Episod 04
Rupanya semalam punya Birthday Party belum habis lagi. Pengetua M.Nasir memotong kek dan kemudiannya makan beramai-ramai. Hidangan untuk mereka nampaknya enak iaitu set steamboat.

Merajuk Betul-Betul
Ini pertama kali rasanya ada merajuk betul-betul di Akademi Fantasia. Yazer sampai tidak boleh menumpukan perhatian dalam Kelas Cikgu Siti Hajar dan Kelas Tarian Cikgu Ee. Ada sahaja yang tidak betul terutama sewaktu bubbling. Kelas Tarian yang biasanya disukai oleh Yazer tetapi semacam tidak bermaya. Apakah sebabnya ?

Marsha menjadi Tenaga Pengajar membantu rakan-rakannya bubbling dengan lagu Twinkle Twinkle Little Stars.

Kelas Teknikal Vokal Cikgu Siti Hajar
Antara nasihat paling berguna yang diberikan oleh Cikgu pada hari ini ialah tentang mengawal perasaan dalam setiap persembahan. Membuat persembahan adalah menyampaikan mesej lagu melalui lirik-lirik lagu tersebut dan bukannya melalui perasaan yang keterlaluan seperti menangis. Sebagai seorang penghibur, mereka harus mengawal perasaan tersebut. Perasaan sedih itu boleh wujud dalam persembahan mereka tetapi untuk mengalirkan air mata yang keterlaluan perlu dikawal. Kawalan ini hanya boleh diperolehi melalui pengalaman sahaja.

Kris Dayanti
Kemunculan Kris Dayanti ke dalam Akademi Fantasia mengejutkan Amylea yang sedang berlatih lagu Hati Ini Telah Dilukai nyanyian Kris Dayanti. Antara tips yang diberikan oleh beliau ialah menyanyi untuk penonton paling belakang. Semangat dalaman perlu diberikan untuk memberikan perasaan kepada lagu tersebut. Sebagai seorang penyanyi, mereka harus membawakan lagu mereka dengan relaks sahaja.

Setiap penyanyi harus membuang sifat-sifat pesimis dan perlu bersifat optimis dalam kerjaya mereka. Menurut Kris Dayanti, persediaan dari segi mental juga harus disiapkan terutama untuk bekalan di masa hadapan apabila zaman popularitinya semakin menurun. Satu nasihat yang amat berguna untuk bakal bintang Akademi Fantasia yang mana populariti mereka hanya bertahan selama satu tahun atau kurang. Mereka harus dipekakan dengan keadaan bahawa populariti tidak semestinya berpanjangan.

Marsha mendapat satu bear yang amat besar dari keluarganya. Ia telah diserahkan kepadanya oleh Kris Dayanti. Sementara itu, AMylea telah membawa Kris Dayanti turun ke ruang Aktifkan dan melawat persekitaran banglo tersebut. Memandangkan banglo ini dihuni oleh pelajar yang rata-ratanya Melayu, apalah salahnya sekiranya Kris Dayanti membuka kasutnya apabila masuk ke dalam rumah tersebut. Tidak manis memakai kasut di dalam rumah. Ziana Zain pun buka kasut. Nak menari sempat pula buka kasut.

Kris dayanti diterangkan tentang rutin pelajar di Akademi Fantasia. Setiap minggu, pasti bertukar lagu baru dan tekanan yang dihadapi akan kembali pada setiap awal minggu. Lebih-lebih lagi tanpa perhubungan dengan dunia luar melalui telefon, televisyen, majalah, radio, internet dan surat khabar. Ini adalah asrama untuk mencipta penghibur.

Untuk menjadi seorang penghibur yang berstamina, Amylea telah dinasihatkan agar melakukan senaman. Ini merupakan peluang yang datang sekali seumur hidup dan tidak harus dilepaskan.

Sebelum pulang, Kris Dayanti telah menghadiahkan setiap pelajar sekeping CDnya dan mengucapkan sukses untuk semua pelajar.

Ekin Merajuk, Yazer Merajuk
Wah, dua-dua merajuk. Minta saling dipujuk. Ekin merajuk kerana Yazer telah menolak kepala Ekin. Mungkin niatnya hanya bergurau tetapi kerana Ekin waktu itu sedang tension kerana Discman tidak berfungsi, menjadi lebih marah. Encik Hasrul ini sekarang sudah menjadi matchmaker di dalam Akademi Fantasia pula. Itu agaknya kerja beliau. Dibantu Felix dan Kefli, Ekin akhirnya terpaksa mengaku.

Sebelum berpisah, Kris Dayanti menyanyikan lagu Hati Ini Telah Dilukai. Macam tidak sedap saja.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger