Tanda-tanda anda diserang DEMAM AKADEMI FANTASIA
(1) Kalau dulu nak hantar SMS yang 0.15 sen satu tu pun berkira, kali ni tak, sanggup hantar berkoyan-koyan SMS AFUNDI tu walaupun harganya 0.65 sen seunit!
(2) Ada rancangan nak buat proposal kat Kabinet nak gantikan lagu ‘NegaraKu’ dengan ‘Menuju Puncak’ sebagai lagu kebangsaan.
(3) Barulah tahu sekarang UPM tu sebenarnya kat Serdang, kalau tak tu asyik aje tersilap antara UPM, UTM, UKM, UUM dan lain-lain.
(4) Sanggup panggil kawan-kawan datang rumah tengok Konsert AF...

Akademi Fantasia Hari Ketiga Minggu Kelapan
Terima kasih ERA
Terima kasih ERA yang telah menyiarkan alamat weblog ini ke udara di siarannya pada jam 8.40 malam. ERA mengucapkan terima kasih kerana telah mewar-warkan Pelancaran Album Akademi Fantasia Sabtu ini jam 1 petang di Tower Records, KL Plaza. Seorang kawan menelefon saya memberitahu perkara tersebut sedang saya leka mencatat untuk ulasan Diari Akademi Fantasia. Harap maaf jika...

Akademi Fantasia Hari Kedua Minggu Kelapan
Azizi
Azizi kelihatan tidak berapa selesa dengan lagu Gerimis Mengundang yang diterima olehnya minggu ini. Pada pandangan saya tidak perlulah beliau ingin megambil tempat Nana pada minggu ini. Lagu yang diterima anggaplah sebagai cabaran. Tidak perlu menangis ! Lagipun fantasi anda ingin menjadi penyanyi, maka seharusnya apa sahaja lagu yang anda terima mesti dilakukan sehabis baik. Jangan buang...
Komen ini di dapati dari pautan ke Komen
Terima kasih kerana memberikan satu senyuman petang ini kepada mdmee
ANDA MERUPAKAN SEORANG AF FANATIK JIKA.....
1. Mulakan semua SMS anda dengan AFUNDI
2. Mulakan percakapan anda dengan AFUNDI
3. Mimpi pun bermula dengan AFUNDI !!!!!
4. Cuba mencadangkan perkataan AFUNDI masuk dalam kamus kepada Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Tiba-tiba aje terpaksa beli sampai 4 top-up prepaid untuk 1 bulan !!!!
6. Menjerit macam orang gila setiap malam sabtu .... SMS jam
7. Terlupa nak makan sebab...

Mesej Moderator AF di Komuniti
Oleh kerana maklumbalas yang diterima dan komen-komen para pengguna mengenai rancangan ini amat menggalakkan sekali, garis panduan forum ini telah dikemaskini.
Para pengguna tidak dibenarkan sama sekali mengutarakan atau menulis atau membuat sebarang kenyataan yang berkaitan dengan isu-isu sensitif seperti isu perkauman, keagamaan, topik-topik lucah, fitnah, tuduhan menjatuhkan maruah dan martabat serta...

Akademi Fantasia Hari Pertama Minggu Kelapan
Tiada lagi Undi Dengan Bijak ?
Tiba-tiba sahaja pada hari pertama minggu ini tiada lagi Aznil Nawawi pengacara rancangan tersebut membebel tentang “Undi dengan bijak !”. Kenapa agaknya ? Seharusnya jika mereka mahu berlaku jujur dan adil dengan Nana, perkataan keramat “Undi dengan bijak !” harus terus digunakan sehingga selesai Akademi Fantasia. Adakah setelah selesai misi pengundi menyingkirkan...
Mentaliti Penonton : Sejauh Mana Mereka Bersedia untuk Akademi Fantasia
Saya banyak menerima komen tentang gelagat penonton yang bersorak kegembiraan tatkala Aznil mengumumkan nama Nana tersingkir minggu ini. Di dalam email terbaru dari Adifashla juga turut melahirkan perasaan kecewa beliau melihatkan gelagat penonton yang bersorak kegembiraan. Ini turut dikongsi bersama dengan pelajar-pelajar yang telah tersingkir dan Tenaga Pengajar juga.
Keseronokan penonton di Dewan Percubaan adalah intepretasi hati mereka. Namun demikian...
KEPUTUSAN WEB-POLL:- Siapakah peserta yang anda rasa paling memeluatkan ? [904 votes total]
Nana (457) 51%
Liza (131) 14%
Atie (102) 11%
Nija (49) 5%
Sahri (43) 5%
Azizi (26) 3%
Burn (25) 3%
Azza (20) 2%
Rosma (18) 2%
Khai (14) 2%
Vince (13) 1%
Adifashla (6) 1%
KEPUTUSAN WEB-POLL:- Wajarkah penggunaan muzik iringan live seperti orkestra untuk mengiringi persembahan peserta di Konsert Akhir Akademi Fantasia ? [265 votes total]
Ya, saya amat bersetuju (207) 78%
Tidak, saya tidak bersetuju (37) 14%
Tiada...

Konsert VII Akademi Fantasia: Superb ! Mengkagumkan !
Saya menyaksikan Konsert VII Akademi Fantasia bersama beberapa orang rakan rapat di rumah mereka kali ini.Antaranya ialah Nizam Zakaria dan beberapa orang lagi untuk mencukupkan kuota. Selain hasil dari pandangan saya sendiri, saya turut merakamkan pandangan mereka dalam ulasan saya kali ini.
Bole Chudiyan
Dalam sedar atau pun tidak sedar, sebenarnya segmen lagu bonus ini mengajar...

Akademi Fantasia Hari Kelima Minggu Ketujuh
Nemo Seekor Kucing Yang Terlampau
Dari hari ke sehari kucing ini semakin comel dan semakin menghiburkan. Nemo tiada kawan lain selain para pelajar yang ada di Akademi. Apabila melihat bayang-bayangnya di cermin disangkanya ada kucing lain. Kasihan Nemo.
Kenali Diri ?
Kenapa baru sekarang ? Agak memelikkan bila sessi memperkenalkan diri ini dilakukan baru sekarang. Kenapa agaknya ? Masing-masing...

Akademi Fantasia Hari Keempat Minggu Ketujuh
Makan Besar
Untuk menunaikan permintaan Vince, mereka dihidangkan dengan makanan Cina. Vince dan Nana kelihatan amat gembira. Vince beria-ria menjamu rakan-rakannya. Sesekali kelihatan beliau mengajar Nija dan Liza cara memakai chopstick. Sahri cuba untuk mendapatkan sudu tetapi dihalang oleh Encik Baha. Mereka perlu belajar cara menggunakan chopstick. Ikut cara Cina, makan nasi pun kena guna...

TEATER KOMEDI ALANG RENTAK SERIBU
Panggung Sari Istana Budaya sekali lagi riuh dengan gelak ketawa apabila anda datang menonton teater komedi - Alang Rentak Seribu, sebuah karya bahasa Melayu pertama Dato' Syed Alwi yang telah berjaya memenangi Hadiah Karya Sastera pada tahun 1973.
Saksikanlah telatah lucu pertembungan adat resam desa dan kota ketika rombongan Filem Negara mengadakan penggambaran filem dokumentari di kampung Alang.
Barisan...

Akademi Fantasia Hari Ketiga Minggu Ketujuh
Tiru Macam Saya
Kelas Lakonan mereka ditugaskan untuk meniru gaya rakan sesama pelajar. Setelah hampir tujuh minggu bersama tentunya ada gelagat yang boleh mereka tiru. Inilah masanya untuk mereka bergelak-ketawa melihat gelagat masing-masing meniru perlakuan Nija, Vince. Sungguh melucukan.
Kelas Tarian
Kelas Tarian kali ini agak meletihkan kerana mereka perlu mempelajari koreograf tarian...
adifashla
sultanmuzaffar
Subject: [adifashla] ASSALAMUALAIKUM .....
Hai apa khabar semua...Hari ni Adi dan kawan2 AF yang terkeluar dari
AF buat rakaman roda impian edisi khas.so nantikan tayangannya
ok...malangnya adi hanya dapat mengumpulkan wang sebanyak RM 0 sahaja..
Semua abang Aznil yang bolot...hehehhe, nantikan album Akademi
Fantasia yang akan keluar dalam minggu depan...pelancarannya di Tower
Record..KL..ok....Beli lah yang original...Sekian
Salam Hormat
ADIFASHLA
p/s:- Sebagai menyokong usaha ASTRO untuk...

Akademi Fantasia Hari Kedua Minggu Ketujuh
Vince Lupa Diri ?
Vince datang dengan tidak memakai pakaian untuk Kelas Tarian. Cikgu Linda Jasmine mendenda beliau. Ada sebab mengapa cerita Vince didenda sengaja disensasikan. Adakah kerana Vince tidak memakai pakaian yang sesuai untuk Kelas Tarian anda menafikan hak Vince untuk mendapat undi ? Saya fikir ini merupakan tindakan yang tidak bijak. Vince layak untuk bergelar seorang penghibur...

Bertemu Azza, Adifashla, Atie dan Burn.
Setelah tamat Konsert VI yang mengejutkan, saya berkesempatan untuk bertemu dengan kesemua pelajar yang telah disingkirkan dari Akademi Fantasia. Saya perlu melepaskan mereka sekali-sekala kerana mereka perlu melayan peminat masing-masing. Tidak banyak soalan yang dapat ditanya, memandangkan kebanyakan mereka kelihatan agak muram kerana masih terkejut dengan keputusan penyingkiran Rosma.
SM: Encik...

Akademi Fantasia Hari Pertama Minggu Ketujuh
Dualah tiga boleh kucari
Manakan sama abang seorang
Bait pantun yang disyairkan oleh Rosma sewaktu sessi ujibakat disiarkan semula malam tadi sebagai mengingati Rosma yang telah disingkirkan pada Konsert 6 Sabtu lalu. Begitu mendalam maksud syair itu sendiri. Tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan beliau. Sayangnya beliau tersingkir pada Konser 6 minggu lalu. Kini tiada lagi Rosma di...
Salah Penonton Atau Salah Infrastruktur Sistem SMS ?
Kedudukan sebelum Konsert VI
Vince 14%
Nana 13%
Khai 12%
Rosma 12%
Nija 12%
Azizi 12%
Sahri 12%
Liza 11%
Giliran Persembahan
Liza (3/5 bintang)
Khai (3/5 bintang)
Nana (2.5/5 bintang)
Sahri (4/5 bintang)
Nija (3/5 bintang)
Vince (4.5/5 bintang)
Rosma (4/5 bintang)
Azizi (3.5/5 bintang)
Kedudukan selepas Konsert VI
Sahri 16%
Liza 14%
Vince 13%
Nija 12%
Khai 12%
Azizi 11%
Nana 11%
Rosma 11%
Hasil daripada keputusan di atas, saya boleh membuat kesimpulan bahawa giliran persembahan...