Akademi Fantasia Hari Keempat Minggu Kelima
Bakat Lakonan Rosma
Rosma mempunyai bakal yang luar biasa dalam bidang lakonan. Beliau bijak bermain dengan matanya. Kita dapat lihat sendiri bagaimana Burn agak gugup bila berdepan dengan Rosma sewaktu melakonkan adegan Astana Idaman tersebut. Seandainya Rosma mendapat peluang berlakon, adalah dinasihatkan tidak terlalu meminta watak-watak sedemikian kerana ini secara tidak langsung telah membataskan bakat lakonan yang anda ada. Jadi stereotype nanti.
Kelas Lakonan
Pelajar didedahkan dengan mencipta sesuatu benda yang biasa menjadi satu yang berlainan. Kadang-kadang kita terlalu bosan dengan benda yang biasa. Itulah realiti filem Melayu sekarang. Kita sudah terlalu biasa dihidangkan dengan cerita biasa. Adakalanya kita sudah menjadi terbiasa dengan cerita-cerita sebegitu. Walaupun adegan lakonan Khai dan Rosma nampak tidak begitu berkesan mewujudkan kelainan namun ia merupakan satu percubaan yang baik. Begitu juga dengan adegan lakonan Vince dan Nana. Tiada unsur-unsur yang mengkagumkan. Biasa sahaja. Sebetulnya saya tidak dapat menangkap apakah yang dilakonkan oleh Burn dan Sahri kerana tidak mendengar dengan teliti arahan Fatimah Abu Bakar. Mereka diberi peluang untuk berlakon dengan Nemo, kucing cerdik dan comel di Akademi Fantasia. Saya hanya mengambil perhatian sewaktu Sahri selesai melakonkan lakonannya. Tepukan untuknya tidak kuat dan Rosma sendiri tidak memberikan tepukan untuknya. Apakah Sahri orang yang dimaksudkan oleh Rosma ?
Nemo: Apa relevennya ?
Nemo memang seekor kucing yang cerdik dan comel. Saya sendiri sudah hampir menyukai Nemo. Kehadirannya memang membawa seri di Akademi Fantasia. Tetapi apa relevennya ? Jika kehadiran Nemo seakan-akan sudah mengganggu konsentrasi para pelajar. Saya mengaku saya juga menyukai Nemo yang cerdik dan comel itu. Kucing bersih yang saya boleh sayang. Adalah lebih baik sewaktu sessi kelas diadakan, Nemo dikurung di dalam sangkarnya dan apabila waktu bebas pelajar, Nemo dikeluarkan. Adalah tidak adil kepada Nija kerana sedikit sebanyak konsentrasinya telah diganggu oleh Nemo. Khai selaku tuan kepada Nemo nampaknya sudah mengabaikan tanggungjawabnya untuk menjaga Nemo dengan baik. Akademi Fantasia memerlukan fokus dan fokus tersebut mestilah dibahagi secara adil kepada semua pelajar.
Layar Lara di Akademi Fantasia
Layar Lara merupakan antara filem terbaik yang pernah dihasilkan oleh Malaysia. Filem tersebut dipertontonkan kepada pelajar Akademi Fantasia. Agak mengejutkan ada di antara mereka yang tidak mengenali apa itu filem Layar Lara. Mungkin kerana mereka lebih terdedah kepada filem-filem ringan arahan Yusof Haslam dan Aziz M.Osman. Mungkin juga sewaktu filem tersebut ditayangkan, mereka masih budak-budak lepasan SPM. Mereka didedahkan dengan lakonan over Ida Nerina dan Maman kerana sebelum itu mereka didedahkan dengan lakonan luar dari kebiasaan. Yang menarik mereka duduk berpasangan sambil menonton filem tersebut. Nana dan Burn, Liza dan Vince, Rosma dan Khai. Hanya Nija, Sahri dan Azizi membawa diri masing-masing.
Cinta Di Akhir Garisan dan Tiada Lagi Cinta
Minggu ini kita akan digegarkan dengan persembahan gabungan mereka. Mereka akan mendendangkan lagu Cinta Di Akhir Garisan dan Tiada Lagi Cinta. Pemerhatian dari sessi latihan sudah menampakan sedikit kekaguman. Persembahan gabungan ini jika dibuat dengan semangat kekitaan yang kuat sudah pasti akan meninggalkan kenangan yang begitu manis untuk dilupakan. Kita tunggu Konsert V Akademi Fantasia.
Nota Nana
Nana sememangnya sudah mengetahui yang menulis nota-nota rahsia sesama pelajar adalah dilarang sewaktu sessi Akademi Fantasia, tetapi beliau berdegil. Saya sendiri sedar yang peraturan itu digubal memang untuk dilanggar. Tetapi itu juga satu strategi untuk popular, jangan kita lupa. Memang ada di kalangan pengundi yang gemarkan sifat manja-manja sebegini. Itu selera mereka. Sewajarnya, setiap pelajar mengetahui setiap peraturan yang telah dikenakan ke atas mereka kerana peluang yang ada di depan mereka janganlah dipersiakan. Itu nasihat saya.
0 komen