Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 12 July 2003

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Kelima Minggu Kelima

Lukisan Tangan Kidal
Tidak ramai orang yang kidal di dunia ini. Kelebihan tersebut memang unik. Pelajar telah diberi tugasan untuk melukiskan potret rakan pelajar dengan menggunakan tangan kiri. Memang hasilnya tidak seperti wajah sebenar tetapi mereka telah berjaya menghasilkan sesuatu karya seni yang agak baik. Dalam gelak ketawa menyiapkan lukisan masing-masing, hari tersebut merupakan hari terakhir mereka bersama sebagai sembilan (9) orang. Esok di Konsert V salah seorang daripada mereka akan disingkirkan.

Kata Semangat
Nija memberi kata-kata perangsang buat rakannya Sahri. Beliau banyak meminta Sahri agar menguruskan badan dan menjaga diet permakanannya. Vince memuji Liza seorang yang begitu special, anggun tetapi masih kurang keyakinan diri. Azizi menganggap Vince seorang yang very nice dan berharap beliau melupakan setiap perkara negatif yang orang sebut tentang dia. Sahri menganggap Burn seorang yang baik dan tidak menyangka Burn yang dulunya kelihatan agak hip-hop rupanya mudah untuk didekati. Burn pula mengatakan Nija seorang yang kecoh. Namun demikian, Nija tetap seorang yang happening dan berperangai gila-gila. Nana mengucapkan terima kasih kepada Azizi yang banyak memberikan beliau nasihat agar tetap berkeyakinan tinggi walau apa juga keadaan. Liza berharap agar Nana tetap bersemangat untuk membawakan lagu Melayu kerana seperti dia yang tidak sukakan lagu Inggeris tetapi tetap tenang menghadapinya. Rosma menganggap Khai memang seorang yang baik dan kerana itu mereka berkawan amat rapat semasa di Akademi dan begitu juga Khai yang memuji Rosma mempunyai suara yang bagus. Semuanya memuji, mereka tidak menggunakan peluang ini untuk meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati. Rosma contohnya, boleh menggunakan sessi ini untuk mengkhabarkan siapakah pelajar yang dimaksudkan olehnya di awal minggu dahulu. Sifat Melayu memang pemaaf orangnya.

Diari Akademi
Persembahan
Nana masih kurang bersemangat untuk membawakan lagu Halaman Cinta. Burn bakal memberikan satu persembahan yang menarik dengan lagu Sephia. Khai mendendangkan lagu Terima Kasih dengan gayanya tersendiri dan memegang pembesar suara di tangan kiri untuk membataskan showmanship yang serupa dengan minggu lepas. Rosma perlu melakukan sesuatu untuk lagu ini. Attitude perlu lebih lagi dan apa yang dipelajari di Kelas Lakonan boleh diterapkan di sini. Azizi tidak perlu malu, beliau perlu all out untuk lagu ini kerana ini lagu ujian untuk beliau. Sahri masih mempunyai masalah untuk mendendangkan lagu Keabadian Cinta dengan baik. Ada beberapa verse yang kedengaran agak sumbang. Beliau tidak seharusnya berasa selesa dengan kedudukannya. Dengar nasihat Pak Ngah ! Vince bakal meletup dengan Bunyi Gitarnya, dengan bantuan rakan-rakan sudah pasti lagu ini akan menjadi antara yang terbaik esok. Liza juga perlu lebihkan attitude untuk lagu nyanyian Britney Spears. Beliau perlu tampak lebih nakal dan sexy. Nija bakal menjadi Ella esok dan lagu nyanyian penyanyi tersebut nampak begitu selesa dengan beliau. Jika main rambut akan menyerlahkan identiti Ella, beliau perlu memikirkan identiti lain. Yang pasti saya tidak sabar untuk melihat mereka mendendangkan lagu Tiada Lagi Cinta dan Cinta Di Akhir Garisan. Lagu gabungan ini pasti menggegar kerana kepelbagaian vokal pelajar dapat dilihat dalam lagu ini.

Diari Akademi
Nasihat Pengetua
Setiap minggu bilangan pelajar semakin berkurangan dan menyebabkan beban kerja akan semakin bertambah. Lagu yang akan diterima juga makin sukar begitu juga dengan koreografer tarian akan menjadi lebih sukar. Sebagai pelajar, mereka harus melakukan dengan yang terbaik dan lebih bersemangat. Sekiranya terkeluar pun, mereka tidak berasa menyesal kerana telah memberikan yang terbaik. Kata Rosyam, keluar dengan bermaruah.

Diari Akademi
Makan malam terakhir
Mereka dihidangkan dengan satu set makan yang agak kelas. Mereka juga dibiasakan dengan cara makan yang betul dan beradab. Mereka perlu belajar apa itu table etiquettes. Membaca doa sebelum makan adalah dipuji. Namun demikian, para pelajar sepatutnya mengamalkan cara pembacaan doa mengikut ajaran agama masing-masing.

Diari Akademi
Siapa yang akan tersingkir ?
Agak sukar untuk saya meramalkan siapakah yang akan tersingkir pada Konsert V esok. Saya perlu menonton persembahan setiap pelajar kerana dari situ kita boleh mengagak siapakah yang bakal tersingkir. Jika kebolehan membuat persembahan di ambil kira, saya merasakan nasib bakal tidak menyebelahi Nana. Itu pun sekiranya pelajar lain berjaya menyaingi persembahan Nana. Jika faktor emosi diambil kira, Nana mungkinjuga bakal pulang ke Muar, Johor. Jika berdasarkan faktor undian terkini yang ada, nasib tidak menentu di antara Burn dan Nija. Tetapi seperti kebiasaan, undian terkini selalunya akan berubah dengan drastik berdasarkan persembahan. Apa pun kita tunggukan keputusannya malam ini. Jangan lupa melekat di televisyen jam 8.30 malam di ASTRO Ria.