Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 31 July 2003 0 komen

Tanda-tanda anda diserang DEMAM AKADEMI FANTASIA

(1) Kalau dulu nak hantar SMS yang 0.15 sen satu tu pun berkira, kali ni tak, sanggup hantar berkoyan-koyan SMS AFUNDI tu walaupun harganya 0.65 sen seunit!

(2) Ada rancangan nak buat proposal kat Kabinet nak gantikan lagu ‘NegaraKu’ dengan ‘Menuju Puncak’ sebagai lagu kebangsaan.

(3) Barulah tahu sekarang UPM tu sebenarnya kat Serdang, kalau tak tu asyik aje tersilap antara UPM, UTM, UKM, UUM dan lain-lain.

(4) Sanggup panggil kawan-kawan datang rumah tengok Konsert AF pada malam Sabtu tu, kerana nak ‘menghidupkan’ suasana konsert.

(5) Dan masa tengok Konsert AF di rumah siap tepuk tangan kuat-kuat dan buat ‘standing-ovation’ bila seseorang peserta tu perform sebagus-bagusnya.

(6) Kalau dulu menyanyi dalam kereta sumbang macam mana pun, still tak kesah, malahan siap ketawa berdekah-dekah lagi. Tapi kali ni, bila off-key atau sumbang aje, terus rasa nak menangis, murung dan rasa sedih, dan ulang phrase yang sama sampai key dia betul.

(7) Dengan penuh emosi, ‘tuduh’ Astro dapat tukar logo baru hasil duit SMS Akademi Fantasia.

(8) Bagi pelajar UPM, rasa bangga semacam semenjak dua menjak ni.

(9) Ada antara pelajar UPM sanggup menyelinap masuk ke Dewan Percubaan UPM , dan mula berangan jadi antara 5 peserta terakhir untuk Konsert Final AF.

(10) Sanggup buka Microsoft Excel dan mula buat kira-kira berapa juta untung duit SMS yang Astro kaut melalui AF.

(11) Ada rancangan nak cadangkan kepada Astro apa yang patut diperbaiki di AF Musim ke-II nanti.

(12) Apabila ternampak ‘banner/buntings’ AF di Shah Alam, terus buat kesimpulan Konsert Final AF akan diadakan di Shah Alam.

(13) Dah mula berangan nak pasang cermin-cermin besar disegenap dinding yg ada dalam rumah tu untuk kemudahan semasa menyanyi dan menari nanti.

(14) Tatkala memanggil rakan atau menjerit kepada seseorang, tanpa disedari, 3 jari dimasukkan ke mulut untuk memastikan rongga mulut dibuka sewajarnya untuk mengeluarkan suara dalaman.

(15) Ada yang dah mula merancang nak cari mana-mana guru vokal, nak belajar teknik-teknik nyanyian yang betul.

(16) Bila pergi ke Pusat Karaoke di Yow Chuan Plaza sekarang ni, tetiba aje waiting-list jadi panjang walaupun anda pergi pukul 2.00 petang hari Ahad.

(17) Anda lebih ingat nama-nama Vince, Nija, Sahri, Rosma berbanding dengan anak-anak sedara sendiri.

(18) Bercerita dengan khusyuk kepada teman anda tentang AFUNDI, Aznil, Nana, Liza, Azizi, Encik Baha, Siti Hajar, Linda Jasmine, Mines, Dewan Percubaan UPM, Undian SMS, walaupun anda sedia maklum teman anda tu tak pernah ada Astro sejak azali lagi.

(19) Dah mula ikat perut nak beli decoder Astro gaji akan datang ni sebab tak tahan ketinggalan apabila rakan-taulan di pejabat tak habis-habis cerita fasal Akademi Fantasia.

(20) Tiba-tiba aje terliur (mengidam) nak makan ‘Pulut Kuning’!

(21) Anda rasakan acara terbesar paling utama bulan Ogos ni bukan lagi Hari Kemerdekaan yang ke-46, tapi ‘Konsert Final Akademi Fantasia’.

(22) Bila nak isi borang nak ke Universiti, anda tertulis, ‘Pilihan Pertama adalah Akademi Fantasia’.

(23) Untuk pertama kalinya anda ‘bersyukur dan gembira’ tengok rancangan TV yang diulang-ulang yakni konsert AF di saluran AF@17. Dulu, rasa nak pecahkan aje TV kalau rancangan diulang-ulang.

::terima kasih Zulkefli, ada sesuatu yang menarik tentang Akademi Fantasia bukan::

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Ketiga Minggu Kelapan

Terima kasih ERA
Terima kasih ERA yang telah menyiarkan alamat weblog ini ke udara di siarannya pada jam 8.40 malam. ERA mengucapkan terima kasih kerana telah mewar-warkan Pelancaran Album Akademi Fantasia Sabtu ini jam 1 petang di Tower Records, KL Plaza. Seorang kawan menelefon saya memberitahu perkara tersebut sedang saya leka mencatat untuk ulasan Diari Akademi Fantasia. Harap maaf jika ada perkara yang tertinggal.

Pagi ini di ERA, berpeluang untuk berbual dengan Halim Othman berkenaan Akademi Fantasia. Masih bercakap perkara yang sama seperti apa yang ada di weblog ini. Penonton Malaysia masih belum bersedia tetapi mereka boleh dididik. Kedengaran agar nervous. Suara macam baru bangun tidur.

Nija dan Nemo Part 1
Nija memberanikan diri untuk mendukung Nemo setelah menerima cabaran dari Puan Fatimah. Kelihatan beliau bersungguh-sungguh untuk melakukannya. Nemo tiba-tiba saja berdiam diri apabila berada di dalam pelukan Nija. Semalam juga merupakan Hari Lahir Dr. Hasnul, doktor yang merawat Nemo.

Saturday Night Fever
Saya suka filem ini. Sebuah filem yang menarik. Puan Fatimah mengajar tentang establishment shot. Bagaimana pelajar perlu establish mood untuk sesebuah lagu yang akan dinyanyikan. Mereka perlu establish movement untuk sesebuah lagu agar mood tersebut sampai kepada penonton. Ini juga akan dapat meningkatkan attitude untuk lagu tersebut. Kelas semalam amat penting untuk Liza mendapatkan penghayatan untuk membawakan lagu Cinta Gila. Mereka perlu mencipta cara jalan yang tersendiri dan tidak malu. Sahri, Liza dan Nija saya rasa kelihatan agak berja mencipta cara berjalan yang menarik. Berbeza dengan Khai, Azizi dan Vince yang pengaruh watak sebenar mereka masih menebal.

Strawberry & No Manners
Liza mempunyai masalah untuk menyebut perkataan strawberry dan menjadi bahan lawak di antara Nija dan Vince. Bila Nija sebut No Manners, memang melucukan.

Kelas Tarian
Cikgu Linda Jasmine mencipta koreograf yang menarik untuk lagu Sahri. Bila pelajar semakin sedikit, koreografi nampak lebih menonjol untuk seseorang pelajar. Beliau perlu mencipta langkah untuk setiap pelajar agar dapat mencipta keunikan.

Lagu Bonus
Lagu bonus mereka kali ini berentak agak rancak iaitu Keliru dan Khayalan. Saya puji arrangement untuk lagu tersebut. Ianya telah dibuat dengan begitu teliti dan menarik. Bahagian rap yang didendangkan oleh Khai juga amat baik. Keharmonian vokal mereka terserlah.

Persedian
Vince berjaya mendendangkan lagu Rindu Bayangan dengan caranya tersendiri. Lagu ini juga lagu klasik. Lagu yang pernah menduduki carta paling lama untuk Lagu Popular Minggu Ini sekitar tahun 70an.

Nija lebih banyak menggunakan masa untuk melatih pronunciation. Bagus. Anda cuba memperbaiki sebutan agar dapat memuaskan hati Kudsia Kahar. Kawalan suara saya kira sudah sampai Cuma Nija perlu membuat homework untuk sebutan sahaja.

Khai
Adnan Abu Hassan merasakan perlu dilakukan sesuatu dengan arrangement lagu tersebut. Suara Khai seakan-akan tidak kena dengan arrangement sekarang. Kedengaran Khai terjerit-jerit mendendangkan lagu tersebut. Beliau menghadapi kesukaran yang amat sangat.

Azizi
Agak menarik pembawaan beliau untuk lagu tersebut. Suara Azizi memang sesuai untuk lagu tersebut. Lagu ini bakal menyaksikan beliau menerima pujian sama seperti ketika beliau mendendangkan lagu Truly.

Sahri
Apa lagi yang perlu saya ulas tentang beliau. Suara beliau telah memiliki kelasnya yang tersendiri. Bakat tariannya juga terserlah. Saya tunggu persembahan beliau.

Nija dan Nemo Part 2
Comel Nija dan Nemo !

Entri oleh sultanmuzaffar 30 July 2003 0 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Kedua Minggu Kelapan

Azizi
Azizi kelihatan tidak berapa selesa dengan lagu Gerimis Mengundang yang diterima olehnya minggu ini. Pada pandangan saya tidak perlulah beliau ingin megambil tempat Nana pada minggu ini. Lagu yang diterima anggaplah sebagai cabaran. Tidak perlu menangis ! Lagipun fantasi anda ingin menjadi penyanyi, maka seharusnya apa sahaja lagu yang anda terima mesti dilakukan sehabis baik. Jangan buang masa dengan menangis. Masa yang digunakan untuk menangis itu boleh dimanafaatkan dengan banyak perkara yang lain. Anda telah berjaya kekal sehingga Minggu Kelapan, jangan persiakan harapan penonton yang ingin melihat anda beraksi di Konsert Akhir.

dari tontonan saya semalam azizi mmg agak tidak selesa. dan dia menangis bukan kerana tidak suak lagu tersebut, katanya dia suka lagu itu, tetapi tidak suka cerita sebalik lagu itu, itu lagu nostalgia, katanya, bila dengar lagu itu, dia teringatkan arwah abangnya. Jika tidak sudah tentu dia setuju apabila Freddie nak tukar arrangement or nak tukar lagu...
harap SM dapat betulkan kenyataan anda di weblog
P-nut | 07.30.03 - 1:38 pm | #

sorry i tak sure sama ada abangnya atau abahnya...tapi dia mention, bila dengar lagu ni i teringatkan arwah abang or abah i...
itu saya pasti...
dan saya rasa azizi bukan jenis org yang akan menangis kerana dapat lagu begitu, bagi saya dia matang..
Pnut again | 07.30.03 - 1:41 pm | #


::terima kasih P-Nut::

Kelas Tarian Linda Jasmine
Gelagat Vince adakalanya memeluatkan. Mereka berlatih koreograf yang baru memandangkan hanya tinggal 6 pelajar sahaj sekarang. Mereka perlu mereka gerak tarian sendiri. Liza nampaknya boleh membawa dirinya sendiri. Vince mengambil sikap lewa tanpa mempedulikan teguran Cikgu Linda. Khai berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik sehingga menerima pujian dari Linda.

Nija
Nija tidak berapa sihat hari ini. Kelihatan beliau menggunakan tisu dengan banyak. Yang memualkan ialah tindakan beliau membuang tisu tersebut di atas meja makan. Agak tidak sesuai. Vince pandai mencuri tumpuan kamera dan mengambil-berat akan Nija yang tidak berapa sihat.

Kelas Teknikal Vokal
Kali ini mereka belajar meletakkan huruf di tempat yang betul. Ada sesetengah penyanyi mempunyai stail yang menarik tetapi tiada pengisian. Apa yang dipersembahkan tiada jiwa. Biar penghayatan itu datang dengan rasa dan bukan yang dipaksa. Cikgu Siti Hajar berusaha keras untuk mengembalikan penghayatan untuk Liza. Beliau cuba membentuk penghayatan Liza agar dapat membawakan sebuah lagu funky bertajuk Cinta Gila.

Kelas Adnan Abu Hassan
Penonton dapat melihat bagaimana sukarnya Vince menyanyikan lagu ini. Serba tak kena. Vince cuba untuk melenggokkan suaranya dengan gaya tersendiri tetapi Cikgu Adnan Abu Hassan seakan-akan tidak bersetuju. Beliau menukar lenggok lagu tersebut ke versi lenggok Dayang Nurfaizah yang pernah membawakan lagu tersebut bersama abangnya. Mungkinkah kejutan bakal berlaku sewaktu Vince menyanyikan lagu ini ? Kita tunggu.

Lagu Bonus
Lagu bonus mereka pada minggu ini ialah lagu Khayalan nyanyian Ruffedge dan VE dan lagu Keliru dendangan asal Ajai & Nurul.

CD dan VCD Konsert 3
CD dan VCD Konsert 3 telah pun berada di pasaran sekarang. Anda boleh mendapatkannya di Tower Records KL Plaza. Pada hari Sabtu ini bertempat di tempat yang sama, kesemua 6 orang bekas pelajar Akademi Fantasia akan mengadakan sessi bergambar dan menadatangani autograph bersama peminat. Jumpa di sana !

Permintaan
Nija meminta untuk memakan pulut kuning dan air badak. Memang melucukan yang Nija minum air badak. Khai minta madu lebah asli. Namun demikian permintaan Nija ditunaikan petang itu.

SM’s SMS Blog
Pada hari ini juga saya melancarkan teknologi baru untuk weblog sultanmuzaffar iaitu phlog. Phlog merupakan singkatan untuk phone weblog. Saya akan menghantar SMS kepada penyedia bloggers dan secara automatik akan ada update terkini dari saya. Kelebihan phlog ialah boleh menggunakan teknologi MMS yang mampu mengupdate gambar ke dalam weblog ini. Jika handphone yang digunakan mempunyai kamera, maka kelebihan tersebut boleh dimanafaatkan.

Saya akan memberi ulasan terkini dari Konsert Akhir menerusi handphone sekiranya peluang ada untuk saya menonton Konsert Akhir tersebut. InsyaAllah. Jika ada kesempatan, Sabtu ini di Tower Records, KL Plaza saya akan meminta agar kesemua pelajar tersingkir, menghantar SMS dari mereka melalui handphone saya kepada pembaca-pembaca sultanmuzaffar. Anda boleh membaca SMS tersebut di weblog ini.

Terima kasih kepada Phlogger.

Entri oleh sultanmuzaffar 29 July 2003 0 komen

Komen ini di dapati dari pautan ke Komen
Terima kasih kerana memberikan satu senyuman petang ini kepada mdmee

ANDA MERUPAKAN SEORANG AF FANATIK JIKA.....

1. Mulakan semua SMS anda dengan AFUNDI

2. Mulakan percakapan anda dengan AFUNDI

3. Mimpi pun bermula dengan AFUNDI !!!!!

4. Cuba mencadangkan perkataan AFUNDI masuk dalam kamus kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Tiba-tiba aje terpaksa beli sampai 4 top-up prepaid untuk 1 bulan !!!!

6. Menjerit macam orang gila setiap malam sabtu .... SMS jam

7. Terlupa nak makan sebab kenyang tengok AF@17

8. Berborak dengan housemate dan tiba-tiba perasan macam ada kamera rakam gelagat anda

9. Dah tau apa tu pitching, falsetto, breathing technique

10. Takde kucing ...beli anak kucing

11. Kalau ada kucing ... nama kucing dari "kontot" dah ditukar kepada NEMO

12. Favourite phase ...."voteeee fooorrrr !!!!!"

13. Nyayian dalam bilik air anda bertukar kepada "MAAAMAAA MIIIIMMIIIII NNIIII NIIIIII OOOOO BRRRRRRRRRRRRRRRRR"

14. Bila menyanyi dalam bilik air .... tiba-tiba rasa macam David Arumugam ke ... RuffEdge ke ..akan muncul

15. Lepas mandi je .... rasa macam kena tunggu comment dari pengkritik.

16. Tiap-tiap pagi mesti berjoget depan cermin besar.

17. Kemudian berfikir "Hmmmmm .... belakang cermin tu ada kamera ke ?"

18. Kalau bersedih .....cari kaki orang untuk peluk sambil menangis

19. Tiap-tiap hari suruh mak suapkan cekodok ke mulut anda !!!

20. Setiap hari Isnin selepas Konsert, anda akan memburu SM/D-Dee/Tipi untuk mp3 Konsert yang terbaru

21. Anda sanggup beratur sejak jam 3 petang semata-mata untuk masuk menonton Konsert AF di Dewan Percubaan UPM.

22. Anda sanggup melupakan kerja pejabat semata-mata untuk update weblog tentang ulasan harian Akademi Fantasia dan buat website untuk Adifashla. :)

23. Bila dengar orang menjerit aje, automatik .... anda bercakap "lari pitching tuuu"

24. Tertekan no. "32999" pada ATM machine bila nak keluarkan duit

25. Masih bersedih sebab Rosma terkeluar .... walaupun pada AF season 2 !!!!!

26. Tengok konsert Siti Nurhaliza pun.... anda tekan AFUNDI CT

27. Menangis dengan tiba-tiba bila nama kawan anda disebut .... di klinik !!!!

28. Anda print out lirik lagu tugasan pelajar dan berlatih tiap2 hari di rumah, sambil berangan-angan Kudsia Kahar akan memberi komen beliau.

29. Anda rasa, semua lagu anda boleh nyanyikan, tetapi dengan style sendiri

30. Add weblog SM to 'Add to Favorite'

31. Set weblog SM sebagai Homepage

32. Refresh weblog SM setiap 5 minute untuk membaca sebarang update & membaca komen.

33. channel lain kat Astro tu haram la nak jenguk. stick kat Ria ngan AF@17 jer. Yang kaki bola tak penah miss football match kat supersport pon ikut layan sekali.

34. Hafal lagu tema Akademi Fantasia, Menuju Puncak. ringtone kat handphone pun dah set ke lagu AF.

35. Tiba-tiba menjadi peminat Kumpulan Dewa

36 Bila handphone dicuri orang ....tension !!!! kerana takut pelajar pilihan anda terkeluar sebab tak cukup undi dari anda

37 cuba sms AFUNDI dengan guna telefon rumah dari telekom malaysia

37 "Strategi Untuk Menyingkirkan Pelajar Akademi Fantasia" merupakan tajuk tesis tahun akhir anda

38 Minta kerja kat Astro sebagai jurukamera ... semata-mata nak tengok pelajar AF 24x7 jam seminggu

39 masih cuba mengundi pelajar favorite anda walaupun beliau telah terkeluar

40 masa lunch sanggup tapau, makan sambil mengadap website ini

41 hapal nama cina vince (aku la tu!!)

42 nerves yang melampau bila pelajar favorite anda dapat lagu susah. masa konsert AF, time dia nak kena perform, anda pun stress, ala2 nak kena amik exam

43 sanggup mendaftar dalam e-pass semata2 nak contribute dlm ruangan ni...!!!

44 Mandi dan sembahyang cepat2 lepas balik kejer nak tengok diari.

45 Tepon marah2 kat Astro Customer Service sebab tak dapat channel 17..heheh (aku le tuh) skang dah dapat.

46 Tido kol 3 pagi tengok konsert2 yang terlepas..Man, Atie tu memang tak leh nyanyi rupanya..

47 Sanggup balik rumah mentua bertolak lepas kol 10.30 pm ari Sabtu sbb nak tengok konsert. Kasi tau mak mentua, ader function.sampai minggu kedua Ogos.keke.

48 Masak cepat2 seblom diari atau lambat sket selepas diari.

49 sampai mengigau-ngigau nyanyi lagu menuju puncak.

50 sampai ofis terus bukak SM wsite and AF website.

51 Suruh tunde sbrg majlis perkahwinan, hari lahir & gathering pada hari sabtu malam sampai habis final.

52 masa mesyuarat tahunan kelab jabatan anda berkerja untuk mengundi AJK baru, anda sibuk menyebut AFUNDI Kak Leha, AFUNDI EN. AHMAD..(contoh, bukan nama sebenarnya yer..)

53 Masa kursus ISO jabatan anda masih lagi boleh berborak pasal perlunya Nana dikeluarkan.

54 Sanggup heret, termos air, air masak, susu, botol susu, pampers anak depan tv setiap jam 8.30 mlm.

55 Kasi anak-anak makan seawal jam 8 mlm supaya mereka tidak lapar pada jam 8.30 mlm.

56 Rela menolak pelawaan dinner dihotel 5 bintang

Teruskan beri saya idea untuk membuat penambahan......Idea anda amatlah dihargai.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Gossip
Mesej Moderator AF di Komuniti

Oleh kerana maklumbalas yang diterima dan komen-komen para pengguna mengenai rancangan ini amat menggalakkan sekali, garis panduan forum ini telah dikemaskini.

Para pengguna tidak dibenarkan sama sekali mengutarakan atau menulis atau membuat sebarang kenyataan yang berkaitan dengan isu-isu sensitif seperti isu perkauman, keagamaan, topik-topik lucah, fitnah, tuduhan menjatuhkan maruah dan martabat serta lain-lain lagi topik yang boleh membawa kemudaratan kepada peserta forum sendiri, pembaca mahupun pengurusan laman web ini.

Artikel yang berbau isu-isu sensitif akan dipadam serta-merta dan Moderator serta pengurusan laman web ini tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang akibat yang negatif hasil daripada penulisan topik-topik yang dinyatakan.

Pengguna forum yang telah melanggar tatatertib forum Akademi Fantasia akan diban oleh para Moderator dan tidak akan dibenarkan untuk mengirim topik atau maklumbalas. Jika anda merasa bahawa anda telah diban secara tidak adil oleh para Moderator, sila kirim e-mel kepada e-mail moderator untuk tinjauan selanjutnya.

Malangnya, kami tidak dapat menyediakan akaun-akaun Moderator bagi pengguna forum. Tetapi oleh kerana kami menerima komen-komen yang begitu banyak sekali, kami meminta agar pengguna forum membantu kami dengan menghantarkan e-mel ke e-mail moderator melaporkan topik forum, subjek atau mesej-mesej yang tidak mematuhi garis panduan kemaskini forum.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Pertama Minggu Kelapan

Aznil Nawawi
Tiada lagi Undi Dengan Bijak ?
Tiba-tiba sahaja pada hari pertama minggu ini tiada lagi Aznil Nawawi pengacara rancangan tersebut membebel tentang “Undi dengan bijak !”. Kenapa agaknya ? Seharusnya jika mereka mahu berlaku jujur dan adil dengan Nana, perkataan keramat “Undi dengan bijak !” harus terus digunakan sehingga selesai Akademi Fantasia. Adakah setelah selesai misi pengundi menyingkirkan Nana, pengundi telah mampu dilabel sebagai bijak ? Dan yang lebih meragukan episod semalam merupakan kali pertama juga beliau mengucapkan “Terima Kasih” kepada penonton yang telah mengundi. Kenapa ya ? Saya ingin melahirkan rasa terkilan kerana pada pandangan saya jelas ada motif disebaliknya.

Melukis pemandangan
Mereka dibenarkan untuk keluar dari Akademi untuk melukis gambar pemandangan. Masing-masing menampilkan lukisan yang baik. Pujian harus diberikan kepada Azizi yang telah melukiskan satu lukisan yang menarik. Nemo, kucing comel itu telah mendapat nama baru iaitu Rosnemo

Komen Konsert VII
Pengetua sewaktu mengumumkan pelajar yang mendapat kedudukan paling terakhir kelihatan seakan-akan seperti tidak bersetuju dan tidak percaya kerana para pelajar telah memberikan persembahan yang cemerlang. Beliau menasihatkan mereka agar tidak lemah semangat.

Azizi seharusnya lebih yakin dengan persembahan dan tidak membuka kelemahan dirinya sebelum persembahan. Kelemahan dari segi intonasi yang tidak tepat juga perlu diberi perhatian. Liza perlu membuang rasa gemuruh sewaktu persembahan. Untuk seorang Melayu membawakan lagu Samrah Mentari juga agak sukar dan di tangan Vince yang tahu apa itu muzik menjadi begitu mudah. Cikgu Linda menegur Nija yang selalu membelakangkan penonton. Di dalam teater, kita panggil blocking. Nija telah berjaya mencipta satu pesona untuk menarik perhatian penonton dan beliau telah berjaya. Jeritan “Don’t Cry Sahri” dari Rosma telah menyebabkan Sahri dapat mengawal emosinya dengan tidak menangis selepas berpeluang untuk bertemu dengan ibubapanya. Khai telah mempersembahkan satu persembahan yang bertenaga dan melakukannya sepenuh hati.

Lagu Baru

Azizi – Gerimis Mengundang (Slam)
Azizi memang selesa membawakan lagu yang agak perlahan. Suara beliau sesuai membawakan lagu jenis ini. Beliau perlu melakukan sesuatu untuk persembahannya minggu ini kerana sudah 2 minggu persembahannya hambar.

Vince – Rindu Bayangan (Carefree)
Lagu yang telah diberi sentuhan R&B ini terlalu “kacang” untuk Vince. Saya pasti Vince mampu membawakan lagu ini dengan cemerlang.

Sahri - Anugerah Dari Kegagalan (Dato’ Shake)
Saya pernah mendengar lagu ini. Lagu lama ini perlu diberi nafas baru oleh Sahri dan digayakan dengan gaya nyanyiannya yang tersendiri.

Khai - Vida (Phynne Ballersz)
Lagu romantik ini memang sesuai dengan imej Khai. Namun demikian, lagu balada ini agak sukar untuk Khai yang mempunyai suara yang lebih sesuai untuk menyanyikan lagu rock.

Nija - How Do I Live (LeeAn Rimes)
Seperti yang dijangka, Nija menerima sebuah lagu Inggeris pada minggu ini. Lagu ini sesuai dengan vokal Nija. Agak tinggi dan pastinya Nija tiada masalah membawakan lagu tersebut.

Liza - Cinta Gila (Juliana Banos)
Lagu ini agak funky dan Liza perlu menonjolkan attitude yang luar-biasa. Liza perlu all-out dan perlu melakukan sesuatu pada penghayatannya. Jika Liza masih selamba seperti persembahan-persembahannya yang terdahulu, sudah pasti beliau yang akan tersingkir.

Good Luck Nana
Klip yang dipertontonkan sebagai memperingati Nana juga seakan-akan tidak berlaku adil terhadap Nana. Nana digambarkan sebagai seorang yang sensitif. Tenaga produksi sepatutnya boleh menonjolkan sifat ceria Nana sebagai ganti. Ada banyak perkara yang menyebabkan penonton mengingati Nana. Penonton lebih mengingatinya sebagai seorang yang ceria, selalu mencuri tumpuan kamera dan cara berpakaiannya.

Email Pembaca
Email ini adalah dari rakan untuk semua pembaca. Saya merasakan adalah lebih baik email ini disiarkan di sini memandangkan khalayaknya lagi besar berbanding jika ianya hanya disiarkan di yahoogroup adifashla. Di sini email ini akan dibaca oleh hampir 2000 orang setiap hari berbanding 120 orang ahli yahoogroup. Mungkin penulis email ini akan berasa lebih bangga yang cabarannya dibaca oleh lebih 2000 orang setiap hari. Harap penulis email juga ber Puas Hati.

From: Faisal Mustaffa
Date: Mon Jul 28, 2003 11:51 pm
Subject: PUAS HATI?

Assalamualaikum Adi dan semuanya

Saya terpaksa memberhentikan kerja-kerja saya yang
banyak ini untuk bercerita mengenai Konsert AF yang
baru lalu.

Perkara yang saya bakal ceritakan ini juga ada
perkaitan dengan e-mel terakhir yang ditulis oleh Adi
sendiri iaitu sewaktu pengumuman Nana tersingkir.

Saya faham perasaan peminat-peminat Rosma dan Adi
sendiri apabila mereka ini tersingkir. Tak adillah,
tak patut, dan banyak lagi komen yang diterima. Bagi
mereka, ada pelajar-pelajar yang lebih teruk lagi
patut disingkirkan.

Namun, keputusan penghakiman mesti diakur.

Berkenaan dengan Nana, ramai yang mengkritiknya akibat
kekurangan dan ketidak sempurnaan yang beliau miliki.
Dan bagi yang tidak menyukai Nana, kemunculan Nana di
Diari AF sering diikuti dengan cebikan bibir.

Tidak cukup sekadar itu, apabila giliran Nana
dikeluarkan, bersoraklah mereka ini. Mungkin sorakan
ini telah dipendam lama dan apabila pengumuman dibuat
maka tanpa disangka-sangka kedengaran seluruh
panggung!

Kalau saya yang menonoton dari kaca TV rumah pun
perasan, apa tidak Nana sendiri. Panggung tu bukannya
besar sangat.

Jadi, puas lah hati mereka ini apabila Nana
dikeluarkan. Puas lah hati mereka ini bila Nana dengar
sorakan gembira mereka.

Adi dan rakan sekelian,
Bagi saya, Nana mempunyai niche. Vokalnya tidak dapat
dibandingkan dengan sesiapa.

Typical Malaysian tidak dapat menerima ini. Kalau
vokal lebih baik dari Ziana Zain barulah boleh
dikatakan bagus. Kalau langkah macam Anita Sarawak
baru pandai menari.

Malaysia boleh. Duduklah wahai peminat seni suara
dalam tempurung.

Akhir sekali, saya cabar webmaster ni siarkan tulisan
ini.

Sekian,

acaiFM

Entri oleh sultanmuzaffar 28 July 2003 0 komen

Mentaliti Penonton : Sejauh Mana Mereka Bersedia untuk Akademi Fantasia

Saya banyak menerima komen tentang gelagat penonton yang bersorak kegembiraan tatkala Aznil mengumumkan nama Nana tersingkir minggu ini. Di dalam email terbaru dari Adifashla juga turut melahirkan perasaan kecewa beliau melihatkan gelagat penonton yang bersorak kegembiraan. Ini turut dikongsi bersama dengan pelajar-pelajar yang telah tersingkir dan Tenaga Pengajar juga.

Keseronokan penonton di Dewan Percubaan adalah intepretasi hati mereka. Namun demikian mereka harus sedar yang menyokong Nana dan yang mengundi Nana adalah mereka juga. Bukan salah Nana yang menyebabkan beliau terus kekal di Akademi Fantasia, juga bukan salah Nana yang menyebabkan Rosma tersingkir dari Akademi. Anda pengundi Malaysia yang telah diletakkan kepercayaan 100% oleh ASTRO untuk mengundi.

“Adakah anda gembira dengan keputusan yang telah anda buat ?” kata Aznil.
Saya gembira. Kegembiraan saya menyebabkan ada rakan-rakan saya yang tersinggung. Begitu hebat pengaruh Nana sehingga mampu menyebabkan sebuah persahabatan jadi renggang. Saya gembira kerana pertandingan ini menuntut seorang peserta terkeluar setiap minggu. Saya tidak gembira kerana beliau telah tidak diberi peluang untuk terus mempelajari ilmu baru di Akademi. Saya gembira kerana saya harus memilih lima pelajar yang terbaik di kalangan yang terbaik. Saya gembira Nana tersingkir kerana Nana bukan pilihan saya. Saya tidak gembira sekiranya penonton terus menghina dan mencaci beliau. Saya gembira kerana semua peserta telah memberikan persembahan yang terbaik pernah mereka persembahkan. Saya gembira kerana persembahan peserta lain lebih hebat dari persembahan Nana. Saya gembira kerana 2 undian saya untuk Liza diterima oleh ASTRO. Saya tidak gembira kerana 3 undian saya untuk Liza, 4 undian saya untuk Sahri, 4 undian saya untuk Nija dan 4 undian saya untuk Khai tidak diterima oleh ASTRO untuk Konsert 7.

Saya akui rakyat Malaysia belum bersedia untuk Akademi Fantasia.

Undian Bonus sewaktu Persembahan Konsert
Penonton mempunyai 6 hari untuk membuat pilihan tetapi mengapa penonton seakan-akan tidak dibenarkan mengundi setelah menonton persembahan mereka ? Adalah tidak adil sekiranya saya tidak dibenarkan untuk memberi undi bonus kepada Sahri, Nija dan Khai yang telah mempersembahkan satu persembahan yang bertenaga. Pengundi harus diberi peluang untuk memberi undi bonus setelah menilai persembahan mereka.

Format Pertandingan dan Lesen Hak Penyiaran
Akademi Fantasia harus kekal dengan format undian SMS sehingga penonton Malaysia benar-benar faham bagaimana menilai bakat. Tambahan pula ASTRO terikat dengan syarat perlesenan program ini yang dibeli dari Mexico. Mereka tidak boleh menukar sewenang-wenangnya. Lihat sahaja Roda Impian. Segala formatnya terus kekal setelah berpuluh tahun rancangan itu ke udara.

SMS dan Bakat
Penonton di Malaysia masih belum dapat menilai bakat seseorang serta keunikan seseorang bakal penghibur tersebut. Mereka terlalu banyak disogokkan dengan cerita-cerita sensasi tentang mereka. Saya sendiri turut menyelitkan cerita-cerita sensasi tentang mereka kerana saya tahu apa yang suka dibaca oleh pembaca Malaysia. Pembaca Malaysia sukakan sesuatu yang sensasi dan bukannya bersifat ilmiah. Jadi secara tidak langsung weblog ini menjadi salah satu pilihan untuk pembaca kerana weblog ini lebih menjurus ke arah dunia hiburan. Kita lihat sahajalah internet, apakah keyword kegemaran rakyat Malaysia ? “Siti Nurhaliza bogel, artis terlampau, video Nasha Aziz” Terimalah hakikat itu yang anda suka search di internet.

AF@17
Saya mengucapkan tahniah kepada ASTRO kerana memulakan saluran 17 khas untuk Akademi Fantasia. Agak mengecewakan saluran ini saya anggap seperti saluran budak-budak sekolah rendah. Terlalu cetek pemikiran mereka yang menggunakan chat di saluran ini untuk mengutuk peserta-peserta di Akademi Fantasia. Chat di saluran 17 merupakan Komuniti AF versi TV.

Cadangan
Saya ingin mencadangkan sekiranya rancangan ini ada musim Kedua, saluran ini boleh dikekalkan dengan menyiarkan siaran langsung kelas-kelas yang mereka hadiri untuk beberapa jam. Aktiviti harian mereka juga boleh disiarkan secara langsung. ASTRO boleh juga menggunakan konsep 24/7 live feed video di Internet menggunakan laman web rasmi Akademi Fantasia sebagai perantara. Ini telah dilakukan oleh CBS di Amerika Syarikat untuk rancangan The Big Brother 4. Sumber kewangan boleh diperolehi daripada penyiaran iklan di bawah 24/7 live feed video tersebut. Saya akui bandwidth di Malaysia belum mampu untuk menampung “live feed video” tersebut tetapi sekurang-kurang mereka boleh mencuba.

Konsert Final
Ramai yang bertanyakan saya tentang perjalanan Konsert Akhir Akademi Fantasia. Terus terang saya katakan, saya sendiri tidak mengetahuinya kecuali yang tersiar di dada-dada akhbar. Khabarnya Konsert Akhir akan berlangsung di Dewan PGRM, Cheras pada 9 Ogos 2003. Format pertandingan masih belum difikirkan kerana perlu diingat rancangan ini ialah reality tv, oleh itu sepatutnya tiada satu skrip pun yang akan dijadikan panduan. Tetapi tentunya idea persembahan telah ada di dalam fikiran Penerbit. Khabarnya 8-10 Ogos 2003 akan berlangsung Karnival ASTRO di PWTC. Jadi adalah lebih baik sekiranya Konsert Akhir Akademi Fantasia dilangsungkan di Dewan Merdeka, PWTC. Tempat tersebut lebih eksklusif dan mampu menampung bilangan penonton yang agak besar. Khabarnya juga, para peserta perlu menyanyikan beberapa buah lagu di Konsert tersebut. Idea menjemput pelajar-pelajar yang telah tersingkir membuat persembahan agak baik.

Undian Terkini & Undian Selepas Konsert
Undian tersebut tiada bezanya. Sama sahaja. Undian dibuka 24 jam. Sistem komputer akan merakamkan keputusan undian terkini sepanjang hari dalam minggu tersebut dari hari Ahad jam 1 pagi sehingga Sabtu jam 8.30 malam. Undian tersebut adalah undian yang diterima oleh setiap pelajar. Semasa Konsert berlangsung, undian terkini tidak disiarkan. ASTRO tentu mempunyai sebab untuk tidak menyiarkannya. Apa yang tersiar di awal Konsert adalah kedudukan undian sebelum Konsert bermula. Keputusan undian selepas Konsert hanya tersiar sewaktu rancangan Imbasan Akademi. Keputusan itu merupakan kedudukan pelajar selepas menerima undian dari penonton yang menyaksikan persembahan mereka.

Entri oleh sultanmuzaffar 27 July 2003 0 komen

KEPUTUSAN WEB-POLL:- Siapakah peserta yang anda rasa paling memeluatkan ? [904 votes total]

Nana (457) 51%
Liza (131) 14%
Atie (102) 11%
Nija (49) 5%
Sahri (43) 5%
Azizi (26) 3%
Burn (25) 3%
Azza (20) 2%
Rosma (18) 2%
Khai (14) 2%
Vince (13) 1%
Adifashla (6) 1%


KEPUTUSAN WEB-POLL:- Wajarkah penggunaan muzik iringan live seperti orkestra untuk mengiringi persembahan peserta di Konsert Akhir Akademi Fantasia ? [265 votes total]

Ya, saya amat bersetuju (207) 78%
Tidak, saya tidak bersetuju (37) 14%
Tiada komen (21) 8%


Berikut adalah keputusan web-poll tersebut setelah satu minggu ia berada di weblog ini. Terima kasih kerana memberikan kerjasama.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Konsert Akademi
Konsert VII Akademi Fantasia: Superb ! Mengkagumkan !

Saya menyaksikan Konsert VII Akademi Fantasia bersama beberapa orang rakan rapat di rumah mereka kali ini.Antaranya ialah Nizam Zakaria dan beberapa orang lagi untuk mencukupkan kuota. Selain hasil dari pandangan saya sendiri, saya turut merakamkan pandangan mereka dalam ulasan saya kali ini.

Bole Chudiyan
Dalam sedar atau pun tidak sedar, sebenarnya segmen lagu bonus ini mengajar para pelajar apa itu miming. Sering kali kita mendengar penyanyi Malaysia miming apabila menjayakan sesuatu persembahan. Bukan hanya penyanyi Malaysia menggunakan teknik miming, penyanyi di Barat seperti Michael Jackson, Britney Spears juga khabarnya menggunakan cara yang sama dalam satu-satu persembahan. Miming perlu jika persediaan tidak cukup. Walaupun koreograf nampak menarik, tetapi dengan menggunakan teknik miming secara tidak langsung telah mematikan lagu tersebut. Lagu tersebut tidak diberi jiwa dengan seadilnya. Namun demikian, jika diberi latihan yang cukup saya pasti satu hari kelak mereka mampu menyanyikan lagu berbahasa Hindi tanpa miming. Saya sedar, apabila bilangan pelajar menjadi semakin sedikit dari satu minggu ke satu minggu, maka bilangan tugasan menjadi bertambah berat dan masa menjadi semakin sedikit. Tidak mengapa, di masa akan datang saya berharap agar anda mendapat peluang untuk membuktikan kebolehan masing-masing untuk menyanyikan lagu Hindi secara live.

Kedudukan Sebelum Konsert VII
Vince 18%
Khai 16%
Sahri 15%
Azizi 14%
Nija 13%
Nana 13%
Liza 13%

Pengkritik
Pada minggu ini Kudsia Kahar kekal sebagai pengkritik tetap dan dibantu oleh Hattan yang pernah mendendangkan lagu Sekuntum Mawar Merah dan penyanyi asal lagu Samba Apa Saja dan Pengarah Urusan Positive Tones Ahmad Izham Omar sebagai pengkritik jemputan.

Nana
Persembahan
Nana (3/5 bintang)
Nana telah memberikan persembahan yang terbaik beliau walaupun tidak sehebat persembahan beliau sewaktu mendendangkan lagu I Will Survive. Menjadi peserta pertama merupakan kelebihan kepada Nana yang membolehkan pengundi mempunyai masa yang panjang untuk mengundinya. Kelebihan vokal Nana tidak dipergunakan sepenuhnya pada malam itu. Adakalanya pitching suara beliau tidak sampai dan kedengaran mendatar. Sesekali kelihatan mukanya yang risau dan tidak senyum. Oleh kerana itu keluar statement dari Hattan, “anda perlu buat dan keluarkan secara sejujur-jujurnya”. Menyanyi sambil menari memang saya akui sukar ditambah pula jika lagu tersebut bukan favourite Nana. Jelas kelihatan stamina beliau yang agak menurun dan energy lagu tersebut tidak dapat dihayati oleh penonton. Gerak tarian Melayunya nampak keras dan dibuat-buat. Banyak yang perlu dipelajari oleh Nana dan Nana perlu menumpukan kepada bidang vokal. Beliau harus mempelbagaikan kelebihan vokal yang ada dalam diri beliau. Persembahan beliau agak baik tetapi sayangnya persembahan pelajar lain lebih baik.

Azizi
Azizi (3.5/5 bintang)
Saya agak kecewa dengan persembahan Azizi pada malam ini. Di minit awal persembahannya, beliau telah secara jujur mendedahkan kelemahannya sendiri di hadapan penonton. Harus diingat, sebagai seorang penghibur profesional, mereka harus cuba untuk menutup setiap kelemahan yang ada di dalam diri mereka dan jangan didedahkan. Secara tidak langsung akan menghilangkan keyakinan penonton. Satu ketika dahulu sewaktu belajar Public Speaking, saya diajar agar tidak memulakan ucapan dengan “Saya agak nervous hari ini dan topik yang akan….”. Ayat ini akan hanya menjatuhkan keyakinan pendengar terhadap isi ucapan kita. Azizi harus mencontohi Atie yang bijak menutup kelemahannya sewaktu mendendangkan lagu “Save The Best For Last”. Aziz mempunyai mutu vokal yang baik dan kelebihan beliau ialah mainan suara dengan cara tersendiri terutamanya di bahagian nada tinggi. Showmanship beliau pada malam ini tidak sehebat konsert-konsert sebelumnya. Vokal beliau tidak dilontarkan dan apa yang didengar oleh penonton tidak cukup jiwa(soul)nya. Penggunaan ruang pentas wajar dimanafaatkan kerana lagu ini berentak agak rancak dan memerlukan seseorang penyanyi menari ikut rentak lagu. Saya akui beliau mempunyai mutu vokal yang sedap untuk didengar.

Liza
Liza (3.5/5 bintang)
Pertama kali saya dapat mendengar mutu vokal Liza. Beliau telah melontarkan vokalnya di tahap yang paling tinggi. Namun begitu interaksi beliau dengan kamera masih gagal dipraktikkan. Beliau kelihatan masih takut-takut. Saya mengakui memang sukar untuk membawakan lagu Bunga-Bunga Cinta dendangan asal Misha Omar. Lagu ini bermula dengan rendah dah berakhir dengan key yang tinggi. Namun demikian Liza berjaya memukau dengan persembahan yang saya kira agak cemerlang. Peningkatan mutu vokal beliau amat jelas dari minggu pertama sehingga minggu ke tujuh. Beliau boleh menari dengan baik dan semalam beliau telah membuktikan yang beliau boleh menyanyi dengan cemerlang. Beliau mempunyai package untuk terus berjaya. Saya masih di dalam dilema sama ada untuk memilih beliau atau pun Nija mewakili salah satu pilihan saya ke Top 5.
Liza

Vince
Vince (4/5 bintang)
Persembahan Samrah Mentari versi Vince amat perfect. Beliau bijak mengawal suaranya. Setiap patah perkataan dilontarkan dan penonton menerima setiap butir perkataan dengan jelas dan memahami maksud lagu tersebut. Namun begitu beliau mengambil langkah selamat dengan tidak mempelbagaikan showmanshipnya. Beliau tidak beraksi sehebat lagu Bunyi Gitar. Showmanshipnya seakan dikawal kerana takut melakukan kesilapan. Tarian samrah memang agak sukar untuk seorang yang bukan berbangsa Melayu. Namun demikian saya puji persembahan beliau. Mesej lagu tersebut sampai kepada penonton. Persembahan Vince agak cemerlang kali ini kerana lontaran vokal beliau dan keunikan suaranya mendendangkan lagu Samrah Mentari tanpa meniru stail penyanyi asal lagu tersebut iaitu Jamal Abdillah.
Vince

Nija
Nija (4.5/5 bintang)
Jelingan Manja versi Nija berjaya dipersembahkan dengan cemerlang. Melihatkan sessi latihan beliau saya merasa risau kerana attitude beliau masih tidak kelihatan untuk mendendangkan lagu tersebut. Malam tadi, beliau telah membuktikan yang beliau mampu menyanyikan lagu berentak jazz. Showmanship beliau ternyata berjaya memukau. Ekspresi mata beliau dengan penonton berjaya dilakukan dan interaksi dengan kamera sungguh cemerlang. Lontaran vokal beliau ternyata seksi dan kelebihan tersebut harus digunakan untuk masa akan datang. Beliau beraksi dengan gayanya tersendiri malam tadi dan persembahan beliau ternyata hebat.

Sahri
Sahri (5/5 bintang)
Saya puji kawalan emosi beliau. Beliau diasak dengan permainan emosi sejak awal kemunculannya lagi. Sahri dipertontonkan dengan klip yang melihatkan beliau kesedihan setelah menerima ucapan semangat dari pelajar-pelajar yang telah tersingkir. Kemudian, hampir separuh lagu didendangkan, ibubapanya dibenarkan untuk bertemu dengan Sahri untuk Sahri menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada bapanya dan di akhir lagu dewan dikejutkan dengan kemunculan penyanyi asal lagu tersebut iaitu David Arumugam dari kumpulan Alleycats. Walaupun diasak dengan mainan emosi ini beliau ternyata profesional dalam mengawal emosi beliau dan terus mendendangkan lagu tersebut dengan cemerlang. Seluruh dewan kesedihan apabila menyaksikan ibubapanya dibenarkan untuk bertemu dengannya dan seluruh dewan menjadi gempita apabila melihatkan kemunculan David Arumugam mendendangkan lagu Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi bersama-sama Sahri. Sahri bijak menggunakan versatiliti suaranya untuk mencantikkan lagu lama ini. Saya benar-benar berbangga dengan beliau. Dari note pertama sehingga note terakhir beliau telah berjaya memukau seluruh hadirin dan penonton terutamanya Ahmad Idham Omar. Persembahan ini merupakan persembahan terbaik Sahri setakat ini.
Sahri

Khai
Khai (4/5 bintang)
Persembahan Khai sungguh bertenaga sesuai dengan lagu rancak iaitu Aladdin. Showmanship beliau sungguh baik beliau begitu selesa mendendangkan lagu tersebut. Beliau kelihatan begitu enjoy mendendangkan lagu Aladdin. Stamina beliau saya akui berada di tahap yang tertinggi dan beliau tidak kelihatan letih setelah selsai mendendangkan lagu tersebut. Beliau berjaya mengawal mutu vokal suaranya sambil mengekalkan showmanship bertenaga. Beliau bernasib baik kerana mendapat lagu yang benar-benar sesuai dengan jiwanya. Beliau benar-benar menjiwai lagu tersebut dan persembahan all-out ini mendapat tepukan gemuruh penonton. Sketsa yang dipersembahkan juga mampu memancing perhatian penonton. Oleh kerana terlampau enjoy mendendangkan lagu tersebut beliau telah mengajak Aznil untuk turut sama menari. Saya merasakan tindakan ini tidak sesuai dilakukan dan walaupun Aznil bersikap sporting, beliau harus bijak mengawal keseronokannya agar tidak terlalu over-act.

Hanya Memuji
Saya menyukai lagu ini dan keharmonian lagu ini menjadi apabila didendangkan oleh pelajar Akademi Fantasia. Showmanship mereka juga ternyata menarik. Namun demikian step koreografi yang sama untuk lagu-lagu yang sebelumnya agak membosankan. Cikgu Linda Jasmine perlu mereka satu koreografi baru agar menampilkan unsur kelainan dalam setiap Konsert.

Tenaga Pengajar
Asereje Les Ketchup
Persembahan pelajar untuk lagu ini juga menarik. Nana telah banyak menyelamatkan lagu ini dengan showmanship yang berjaya. Lagu ini tidak perlu koreograf baru kerana sememangnya lagu ini mempunyai koreografnya tersendiri. Di akhir lagu, para pelajar telah mengajak semua penonton untuk sama-sama menari dengan mereka. Satu persembahan yang menceriakan walaupun beberapa minit selepas itu salah seorang akan tersingkir dan air mata mula bercucuran.

Nana
Keputusan
Kesemua pelajar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan berjaya. Persembahan mereka di Konsert kali ini merupakan Konsert yang terbaik setakat ini. Pilihan menjadi semakin sukar kerana yang tinggal semakin berbakat dan terdapatnya peningkatan dalam ilmu dan persembahan mereka. Namun demikian keputusan harus dibuat. Teori kemeluatan penonton ternyata berjaya kali ini. Penonton sudah mula merasakan tertipu dengan Nana. Sebenarnya Nana telah “cheat death” sebanyak dua kali. Nana sememangnya sudah pulang sejak dua minggu yang lalu tetapi berjaya diselamatkan oleh Burn dan Rosma. Publisiti meluas yang diterima oleh Rosma di dada-dada akhbar juga menyebabkan pengundi mula sedar yang mereka silap strategi. Secara tiba-tiba Akademi Fantasia menjadi Mania ! Satu Malaysia tahu apa itu Akademi Fantasia. Ke mana perginya wartawan hiburan semasa berlabuhnya Tirai Akademi, Konsert 1 hingga ke Konsert 6 ? Mungkin mereka tidak pernah menjangka yang satu hari kelak Akademi Fantasia akan menjadi sepopular ini, atau mungkin ketika itu mereka terlalu sibuk menguruskan Perkahwinan Puteri Cinderella Melayu sehingga mengekori mereka terbang ke Sweden untuk mendapatkan skop yang lebih dibeli pembaca. Saya amat berharap agar para wartawan Malaysia ada sedikit rasa belas terhadap tulisan-tulisan yang telah disiarkan di dalam medium-medium yang berbeza ini. Mereka seharusnya tidak mencedok hasil tulisan yang telah disiarkan sekadar untuk kepentingan diri sendiri. Lakukan sedikit homework dan budaya cut & paste sewajarnya dihindarkan.

Siti Hajar
Banyak perkara yang cuba dibuktikan oleh ASTRO semalam menggunakan Aznil Haji Nawawi sebagai perantara. ASTRO cuba membuktikan tiada wujudnya konspirasi penggiliran penyingkiran pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dan akhirnya minggu ini Nana disingkirkan walaupun minggu lepas Rosma yang tersingkir. ASTRO juga ingin membuktikan bahawa peserta yang terakhir membuat persembahan masih kekal di Akademi walaupun kesesakan trafik ke server SMS belum tentu dapat menampung kesesakan yang terlampau. ASTRO juga ingin membuktikan peserta pertama yang membuat persembahan boleh disingkirkan walaupun masa untuk pengundi mengundi beliau agak panjang dan bilangan undi untuknya akan meningkat. Yang pastinya saya amat berharap agar ASTRO menjawab pertanyaan bagaimana undian untuk Khai tiba-tiba naik mendadak sehingga 26% pada awal pagi hari Ahad. Adakah ini undian untuk Khai yang diterima sebelum tamatnya Konsert 7 atau pun peratusan undi dari pengundi-pengundi fanatik Khai yang terus mengundinya setelah selesai Konsert 7 ? Awal juga pengundi Khai mengundi ! Saya yakin tiada wujudnya konspirasi dalam keputusan Akademi Fantasia ini. Kegemparan yang diwujudkan kononnya pelajar digilirkan mengikut jantina adalah satu yang palsu dan tidak boleh diterima akal kerana semuanya terletak di tangan anda. Penggiliran yang berlaku hanya secara kebetulan kerana itulah pilihan anda.


Imbasan Akademi

Nana
Kedudukan Selepas Konsert VII
Liza 17%
Azizi 16%
Vince 16%
Khai 14%
Sahri 14%
Nija 12%
Nana 11%

Dinilai dari segi persembahan, penonton masih memberikan undi simpati untuk Liza untuk menyingkirkan Nana. Tetapi malangnya Nana tidak berjaya untuk “cheat death” untuk kali ketiga. Persembahan Liza tidak sehebat persembahan Sahri dan Nija, jauh sekali buah hatinya Vince. Persoalan yang harus difikirkan, wajarkah Sahri mendapat hanya 14% undian ? Khai terselamat kali ini kerana beliau berada di tahap yang agak selesa sebelum Konsert 7 bermula.

Saya sendiri sukar untuk menjangkakan siapakah yang layak dinobatkan sebagai Juara kerana ini undian SMS. Saya sendiri tidak menjangkakan yang Liza akan merebut takhta kejuaraan di Konsert 7 minggu ini. Jangan terkejut bila di Konsert Final nanti bukan Vince yang akan membawa pulang Vitara tersebut. Sesiapa sahaja mempunyai peluang yang sama untuk mendapat undian SMS. Mungkin Sahri, mungkin Azizi, mungkin Khai, mungkin Nija dan mungkin Liza. Segalanya mungkin kerana undian terletak di tangan anda.

Entri oleh sultanmuzaffar 26 July 2003 0 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Kelima Minggu Ketujuh

Nemo
Nemo Seekor Kucing Yang Terlampau
Dari hari ke sehari kucing ini semakin comel dan semakin menghiburkan. Nemo tiada kawan lain selain para pelajar yang ada di Akademi. Apabila melihat bayang-bayangnya di cermin disangkanya ada kucing lain. Kasihan Nemo.

Khai
Kenali Diri ?
Kenapa baru sekarang ? Agak memelikkan bila sessi memperkenalkan diri ini dilakukan baru sekarang. Kenapa agaknya ? Masing-masing menceritakan apa yang telah mereka lakukan sebelum menyertai Akademi Fantasia. Dari biodata tidak banyak yang dapat pengundi ketahui selain daripada mereka sendiri memperkenalkan diri. Secara keseluruhan kebanyakan mereka tidak mempunyai taraf pendidikan yang boleh dibanggakan. Minat mereka lebih ke arah seni. Vince masih belum menyelesaikan pengajian ijazahnya. Yang telah selesai pengajiannya hanya Adi dan Atie yang masing-masing telah menamatkan pengajiannya dari UPM dan UITM. Khai telah 6 tahun bekerja sebagai Kerani di sebuah Bank dan ini menunjukkan yang beliau telah bekerja di situ setelah tamat SPM. Nana mengambil Diploma in Business IT dan secara sambilan menyanyi di sebuah private club di Muar. Azizi menyanyi bersama band di Kuantan. Liza menjawat jawatan Penari Pejabat Kebudayaan dan Perlancongan Negeri Kedah selama 2 tahun. Nija tidak pula buat apa melainkan duduk di rumah. Sudah mendaftar di Cosmopoint dalam bidang Graphics Designer tetapi masih tak masuk-masuk dan Sahri bekerja di sebuah Makmal Kimia.

Khai
Kenangan Manis
Kenangan manis bagi diri Vince ialah sewaktu melukis dengan tangan kiri. Mereka bergelak ketawa sehingga ketat perut kata Vince. Sahri pulah sewaktu mendendangkan lagu Tekad apabila pihak pengurusan ASTRO sudi untuk membawa dua anak saudara kembarnya ke atas pentas. Nana sewaktu didandan oleh Vince. Nija tentu tidak dapat melupakan konsert minggu lepas apabila ibu Nija dipelawa naik ke pentas untuk bertemu dengan Nija. Azizi tentu sekali sewaktu dapat bertemu idolanya Anita Sarawak dan sewaktu mendandan rambut Rosma. Liza tentunya tidak dapat melupakan penghujung Konsert 1 apabila namanya diumumkan untuk dikeluarkan dari Akademi. Tetapi diserap semula ke Akademi dan berasa sungguh bertuah dapat kekal sehingga sekarang dan terus belajar di sini. Khai tidak dapat melupakan kenangan bersama guru-guru dan rakan pelajar.

Vince
Komen Tenaga Pengajar
Nana
Jika dinilai dari persembahan Nana semalam, agak mengecewakan. Kawalan suara beliau masih tidak dapat dikawal dengan sempurna. Masih terdapat pitching yang tidak sampai. Suara serak-serak basah Nana kedengaran tidak sesuai membawakan lagu Desa Tercinta. Beliau harus bijak untuk menggunakan rakannya untuk berinteraksi dengan gembira sesuai dengan mood lagu tersebut. Nana perlu bijak menghidupkan suasana pentas seperti yang pernah dilakukan oleh Nora sewaktu menyanyikan lagu ini di Juara Lagu.

Azizi
Azizi sudah mendapat rentak untuk mendendangkan lagu Samba Apa Saja. Showmanship beliau kali ini agak mengejutkan terutama di bahagian akhir.

Liza
Liza
Saya puji vokal Liza untuk lagu ini. Liza dinasihatkan agar tidak terlalu banyak bergerak agar tumpuan penonton terfokus hanya kepada Liza. Saya akui lagu ini lagu killer untuk Liza tetapi Liza semacam telah membuktikan sesuatu semalam. Liza telah banyak berubah ke arah kebaikan. Beliau telah membuktikan yang beliau boleh menari dan malam ini beliau perlu membuktikan yang beliau mempunyai suara untuk menyanyi lagu ini. Penghayatan untuk lagu ini jika mampu menambat hati penonton tentu sekali Liza akan mendapat tepukan segemuruh tepukan yang diterima Sahri.

Liza
Vince
Saya wajar memuji versatiliti Vince membawakan lagu ini. Apa sahaja lagu yang diberikan kepada Vince, beliau akan membawakan dengan gayanya yang tersendiri. Kali ini lagu Samrah Mentari menjadi taruhan Vince. Seperti kata Puan Fatimah, setiap perkataan dalam lagu itu punya makna yang mendalam. Vince seharusnya memperbaiki diction dan pronunciation Bahasa Melayunya. Sewaktu sessi latihan semalam beliau masih belum menghafal lirik lagu tersebut. Masih ada kesilapan.

Sahri
Lagu Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi versi Sahri kedengaran agak menarik. Lagu tersebut di”R&B”kan oleh Sahri untuk persembahan malam ini. Saya pasti Sahri mampu melakukan kejutan malam ini.

Khai
Khai
Lagu Aladdin versi Khai menuntut beliau beraksi pantas dan tangkas di pentas. Kawalan vokal Khai masih tidak dikawal dengan baik. Adakalanya lirik lagu tersebut tidak kedengaran menyebabkan mesej lagu tersebut tidak sampai kepada penonton. Jika mesej lagu tersebut tidak sampai kepada penonton, mereka akan menganggap segmen lakonan di awal nyanyian sebagai bahan jenaka yang tidak melucukan kerana dari lirik lagulah mesej segmen tersebut baru jelas.

Nija
Nija sakit
Nija tidak berapa sihat semalam dan tidak melakukan latihannya oleh itu saya tidak dapat menilai persembahan yang bakal dipersembahkan oleh Nija untuk malam ini. Saya berharap agar beliau dapat kembali sihat dan memberikan satu persembahan yang terbaik. Beliau dan Liza harus memberikan satu persembahan yang terbaik untuk meyakinkan saya siapakah yang layak untuk satu lagi pilihan tempat ke Konsert Akhir Akademi Fantasia.

Lagu Hindustan
Penyanyi berbahasa Hindi datang untuk membantu mereka dalam koreografi dan lirik lagu untuk persembahan lagu Bole Chundiyan.

Who’s Next ?
Malam ini merupakan malam penentu kepada penonton. Adakah penonton masih memberi keutamaan kepada faktor rupa dari menilai bakat seseorang peserta. Adakah penonton akan tersilap strategi lagi. Jika dinilai dari teori “kemeluatan” penonton, Nana dan Liza bakal tersingkir malam ini. Kedudukan giliran persembahan juga memainkan peranan yang penting jika penonton masih menunggu sehingga menonton persembahan baru mahu mengundi. Perlu diingat, server SMS yang ada belum tentu dapat menampung trafik yang menggila pada saat-saat akhir. Rosma telah menjadi mangsa silap strategi ini. Jangan diulangi lagi. Teruskan mengundi dari sekarang ke talian 32999. Semuanya akan dinilai malam ini. Teruskan mengundi pilihan Top 5 anda. Sebelum itu wajar saya mengucapkan TAHNIAH kepada penonton yang mengundi kerana telah mewarnai Utusan Malaysia keluaran hari ini. Andalah yang telah memberi warna kepada 4 muka hadapan Utusan Malaysia. Tahniah !

Entri oleh sultanmuzaffar 25 July 2003 0 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Keempat Minggu Ketujuh

Makan Besar
Makan Besar
Untuk menunaikan permintaan Vince, mereka dihidangkan dengan makanan Cina. Vince dan Nana kelihatan amat gembira. Vince beria-ria menjamu rakan-rakannya. Sesekali kelihatan beliau mengajar Nija dan Liza cara memakai chopstick. Sahri cuba untuk mendapatkan sudu tetapi dihalang oleh Encik Baha. Mereka perlu belajar cara menggunakan chopstick. Ikut cara Cina, makan nasi pun kena guna chopstick. Memang melucukan bagi mereka yang tidak biasa. Vince yang sudah biasa, makan bersungguh-sungguh. Mungkin kerana sudah lama tidak dapat makan makanan Cina. Vince menuangkan mereka Chinese Tea. Nija terkejut apabila mendapat tahu yang dihidangkan pada tengahari itu ialah daging itik dan bukannya daging ayam. Cikgu Siti Hajar memberitahu daging itik dan daging ayam sama sahaja. Memang kelakar tengok muka Nija terkejut. Sebelum mereka mendaftar di Akademi, Adi dan Nija juga pernah menghadapi masalah yang sama apabila daging yang dihidangkan ialah daging itik. Hahahaha..cempera tak lalu makan daging itik ! Saya sendiri tidak tahu menggunakan chopstick dan saya pasti meminta sudu dan garfu. Daing itik…hmmmm boleh difikirkan. Adakalanya Liza akan menggunakan tangannya kerana kekok menggunakan chopstick. Macamana nak jadi Mrs. Chong ni Liza ! Nija masih menggunakan sudu sup untuk suap nasi dan chopstick dibuatnya macam garfu. Yang pastinya Vince ialah pelajar yang paling akhir bangun mungkin kerana terlalu puas dapat makan makanan Cina tengahari itu. Beliau boleh tidur lena selepas ini.

Makan Besar
Nija dan Chopstick

Kelas Vokal Siti Hajar
Cikgu Siti Hajar menasihatkan mereka yang gossip liar itu merbahaya. Tambahan pula perkara yang diucapkan tersebut tidak benar. Mereka belajar melenggokkan suara.

Khai
Saya tahu yang Khai ada sedikit masalah apabila menyanyi dan menari. Badannya agak kaku. Saya agak yakin beliau mampu membawakan lagu Aladdin dengan caranya yang tersendiri. Lagu ini lagu rancak dan memerlukannya beraksi pantas. Melompat-lompat di atas pentas mungkin. Enerygy kena all out dan nasihat Linda Jasmine agar mengikut cara Sahri mendendangkan lagu Raikan Cinta adalah perlu untuk Khai.

Nija
Nija dengan Jelingan Manja masih belajar cara sebutan dan lontaran suara. Nija perlu ada attitude. Lagu ini lagu sexy. Nija perlu bermain dengan mata dan beraksi manja sewaktu mendendangkan lagu ini.

Azizi
Azizi masih monotonous dan saya tidak berapa yakin beliau mampu membawakan lagu ini dengan baik. Beliau ada masalah tempo terutamanya apabila menyanyikan lagu rancak. Lagu ini lagu rancak dan adakalanya beliau kelihatan terkejar-kejar tempo lagu tersebut. Apabila menyanyikan lagu rancak selain fokus kepada step tarian, penyanyi perlu juga melontarkan suara untuk setiap baris lirik yang dinyanyikan.

Makan Besar
Terima Kasih dari Vince

Nakal
Para pelajar lelaki terutamanya sudah semakin nakal dan menunjukkan belang sebenar mereka. Suka saya melihat gelagat mereka mengusik Nija. Nija yang kelihatan tidak selesa mahu saja menukar pakaiannya yang dikatakan sexy oleh Vince. Nana menenangkan Nija dengan mengatakan pakaian tersebut tidaklah seseksi mana. Pandangan mata Vince kepada seluar Nana juga pandangan yang bermakna. Begitu juga dengan Khai. Sindrom sudah terlalu lama dikurung dalam Akademi mungkin.

Makan Besar
Hujan Ribut Lagikan Berhenti

VHS
Kehidupan Pelajar Akademi Yang Terlampau
Para pelajar menerima satu parcel berisi video tape bertajuk “Kehidupan Pelajar Akademi Yang Terlampau”. Apabila dimainkan terdapat videoclip Wassini nyanyian Waheeda. Vince dan Khai tercengang-cengang. Nana membuat kenyataan yang mereka inginkan mereka insaf. “Mereka nak kita insaf agaknya!” Kedengaran lucu di telinga tetapi tidak di hati. Tiba-tiba terhenti, muncul Azza, Rosma dan Burn di set Muzik@Ria. Wajah para pelajar menjadi ceria apabila rakan-rakan mereka yang telah tersingkir muncul di skrin TV. Azza mengucapkan mereka agar mencuba sehabis baik. Nana melepaskan rindunya kepada Burn. Khai tersenyum apabila melihat wajah Rosma. Jelas mereka seronok apabila menerima ucapan semangat dari rakan-rakan mereka. Walaupun Adi dan Atie tiada di skrin mereka jelas puas dan cemburu apabila Burn berkali-kali menceritakan keseronokan mereka berjalan-jalan di Kuala Lumpur.

VHS
Khai Confused !

Jelingan Manja versi Broadway Nija
Khai dan Liza membantu Nija untuk lagu Jelingan Manja nyanyian Nija. Lagu ini bakal membuka mata banyak pihak saya kira jika dapat disampaikan dengan attitude yang gatal. Suara Nija suara rock dan boleh dijadikan husky dan sexy sekiranya diberi tunjuk ajar yang betul. Sayangnya Nija masih malu-malu. Lagu ini lagu attitude. Dengan bulu ayam di bahu dan pakaian yang agak sexy pasti nampak menyerlah. Azizi turut menyarankan agar rambut Nija dikerintingkan untuk menyerlahkan kegatalannya. Saya mahu menggunakan Sofea Jane dalam filem Sayang Salmah sebagai contoh. Nija perlu beraksi ala penyanyi kabaret zaman 40an. Boleh pula Nija buat lawak mengatakan dia mahu menyanyi dengan feather duster.

VHS
Nana Happy Tengok Burn

Nemo: The Most Famous Cat in Malaysia
Saya percaya Nemo merupakan kucing paling popular di Malaysia. Di Malaysia, penonton lebih menganggap Nemo merupakan seekor kucing dan bukannya seekor ikan dalam filem Finding Nemo. Nemo yang menjadi penyeri dalam banyak adegan. Gelagat Nemo yang aktif benar-benar menghiburkan hati penonton.

VHS
Bincang Petang

Budaya Cut & Paste Pembaca Malaysia
Cut & Paste di Utusan Malaysia

REAKSI 4:
Kalah kerana giliran
HASIL daripada keputusan jadual di atas, saya mengatakan bahawa giliran persembahan telah menyebabkan Rosma tersingkir. Oleh kerana sistem SMS yang tidak dapat berfungsi dengan baik dan trafik yang masuk dengan menggila menyebabkan undian untuk Rosma tidak dapat dikira.
Penggunaan teknologi wajar dipuji tetapi perlaksanannya harus memberi kesan dan realiti sebenar. Saya berharap sesuatu dapat dilakukan bagi meningkatkan kecekapan sistem SMS. Sistem server terkini perlu digunakan kerana trafik yang diterima terlalu menggila.
Saya pernah mengemukakan perkara yang sama semasa konsert keempat apabila Sahri yang membawakan lagu Tekad dengan cemerlang tetapi menjadi peserta terakhir membuat persembahan. Akibatnya, dia hanya memperolehi 10% undi dan berada di tempat ketujuh.
Ada beberapa pengundi yang hanya menerima pengesahan undian selepas pukul tiga pagi. Pada waktu itu SMS air mata darah sekalipun sudah tiada gunanya. Rosma akan tetap meninggalkan Akademi Fantasia. Jadi, di mana adilnya sistem ini?
- PEMINAT ADIL/SETIA, Kuala Lumpur

Entri oleh sultanmuzaffar 24 July 2003 0 komen

Istana Budaya
TEATER KOMEDI ALANG RENTAK SERIBU

Panggung Sari Istana Budaya sekali lagi riuh dengan gelak ketawa apabila anda datang menonton teater komedi - Alang Rentak Seribu, sebuah karya bahasa Melayu pertama Dato' Syed Alwi yang telah berjaya memenangi Hadiah Karya Sastera pada tahun 1973.

Saksikanlah telatah lucu pertembungan adat resam desa dan kota ketika rombongan Filem Negara mengadakan penggambaran filem dokumentari di kampung Alang.

Barisan Pelakon
Adlin Aman Ramli, Khatijah Tan, Ismail Din, Zul Huzaimy Marzuki, Kartika Mohammad, Yalal Chin, Mohamed Ali Osman, Mislina Mustaffa, Rosdeen Suboh, Bohari Ibrahim, Faridah Yusop, Rasdi Daud dan M. Nasri Ayob.

TIKET :
RM21, RM31 & RM 51 (25-31 Julai 2003)
RM17, RM25, RM41, (27 Julai 2003- Matineee)

MASA :
8.30 pm : 25 - 31 JULAI 2003
3.00 pm : 27 JULAI 2003

SINOPSIS :

Sebuah drama komedi karya Syed Alwi – penerima Anugerah Seni Negara 2002. Drama ini pertama kali dipentaskan oleh Kumpulan Seni Teater Malaysia di Kuala Lumpur pada 1973 dan kemudian memenangi Hadiah Karya Sastera Malaysia. Kali ini ia dipersembahkan dengan gabungan artis-artis ternama tanah air

Apabila unit filem dari Filem Negara, di kebawah arahan Ahmad Yatim, Pengarah dan Pelakon yang mendapat pendidikan teater dari National Institute of Dramatic Arts (NIDA) Australia.
Kisah lucu ini berlaku disebuah kampung di Perak di awal 1970-an.

Diketuai oleh pengarahnya, AMN Nordin datang ke kampung tersebut untuk memulakan penggambaran, tidak sedikit pun terlintas difikiran mereka bahawa kedatangan mereka akan mencetuskan huru-hara yang lebih lucu dan dramatik dari kisah cerita yang hendak mereka filemkan. AMN Nordin dan orang-orangnya telah dikejar dan dibelasah oleh Pak Mokhtar dan Andak kerana menghina dan biadap pada tuan dan penunggu tanah sebab tidak minta izin sebelum memulakan kerja, tak tahu akan selawat dan jampi serapah bagi menolak bala kepada penduduk di situ, dan kerana menuduh orang kampung berbohong, kuno dan kolot.

Maka terletak pada bahu Alang Khalid, pendekar dan hero kampung serba boleh untuk mendamaikan salah faham antara AMN Nordin yang tidak fahan cara hidup dan adat resam orang kampung dengan Pak Mohktar dan Andak yang tidak faham cara hidup dan cara bekerja orang Bandar.



ALANG RENTAK SERIBU- Paparan hidup, budaya Melayu
Utusan Malaysia, 19 Feb 2003
Oleh : Luqman Hakim

Majoriti masyarakat penonton berpendapat komedi adalah lawak jenaka. Ini tanggapan konversional apabila ditonton di filem dan televisyen. Bagaimana jika ingin menyaksikan komedi di pentas teater? Apakah akan ada kelainan?

Teater Alang Rentak Seribu merupakan komedi yang dihasilkan dengan pengertiannya sendiri. Namun, teater ini bukan bicara komedi hanya untuk bergelak ketawa sebaliknya mengetengahkan nada dan bahasa berbicara Melayu dalam pengertian dan sudut yang berbeza.Lihatlah dunia dan kehidupan Melayu era pasca peristiwa 13 Mei pada lewat 1960-an dan awal 1970-an. Ia menzahirkan pertembungan antara dua manusia Melayu iaitu dari kampung dan Bandar yang mempunyai perbezaan sikap dan pemikiran.

Siapa kata orang kampung tidak cerdas dan ligat pemikirannya atau bersifat kekampungan? Watak Alang adalah seorang lelaki Melayu yang dibesarkan dalam suasana dekad-dekad awal selepas merdeka. Lelaki yang cukup sederhana penampilannya. Tetapi memiliki kebijaksanaan sendiri ketika berdepan dengan masyarakat sekeliling. Inilah watak transisi antara pengaruh kehidupan desa dan pengaruh moden Bandar.

Era awal 1970-an dilihat sebagai satu dimensi baru dalam pembentukan masyarakat Melayu selepas pengalaman pahit untuk merdeka sehingga membawa kepada peristiwa berdarah 13 Mei. Alang, Mokhtar, Mazni, Abdul Malik, Halim, Badariah adalah manusia Melayu kampung yang dibesarkan dalam suasana Melayu yang hampir bersedia menerima kemasukan pengaruh luar.

Lihat saja kostum Halim yang berbaju kot, pada masa yang sama berpakaian Melayu yang lengkap dengan kain sampinnya. Demikian juga halnya dengan Mokhtar. Mereka adalah wakil kepada orang Melayu kampung ketika berdepan dengan perubahan luar. Sebaliknya pula dengan watak-watak Zulkifly Iskandar, Cikgu Mahazan, AMN Nordin dan krew-krew filem dari Filem Negara yang mewakili kumpulan Melayu yang berfikiran moden. Malah signifikannya peranan guru (Cikgu Mahazan) dalam masyarakat yang mana dia dihormati.

Teater ini berbicara dalam komedi yang mengambil nada kehidupan dan pergaulan masyarakat Melayu sebenarnya. Lupakanlah dialog-dialog kasar jika ingin melihat komedi di dalam teater ini.

Pementasan ini memperlihatkan hidup dan Budaya Melayu sebenarnya. Ia memperkatakan mengenai sesuatu yang rutin dan sebahagian daripada hidup harian mereka. Tutur bicaranya adalah kehidupan santai dalam hidup orang Melayu. Lantaran itu komedinya tidak mengejek atau bersifat terlalu sinikal. Komedinya adalah tutur Melayu, tetapi ia disampaikan dengan hemah yang tinggi. Petah bicaranya adalah hakikat bahawa dalam masyarakat yang kampungan dan tertutup daripada pengaruh luar, ia memiliki kebijaksanaan kerana lafaz kata-kata bukan mainan.

Naskah ini juga mengajak khalayak untuk menyedari hakikat antara kehidupan susila di kampung dengan penerimaan idea moden di Bandar. Di kampung hidupnya dilingkungi dengan peraturan tersendiri. Ia barangkali tidak praktikal dan dilihat sebagai karut. Tetapi pada masa yang sama ia sebenarnya menuntut kesabaran dan pemahaman bahawa setiap nilai yang ditolak dan sesuatu idea baru tidak boleh dipaksa untuk dibuang dan diterima.

Sebab itu ada asasnya penduduk kampung yang didalangi Mokhtar begitu marah dengan perbuatan pengarah filem dan krewnya yang cuba mengambil gambar suasana kampung kerana ia dikatakan membawa masalah iaitu menggangu penunggu sesuatu kawasan.

Seorang yang bersifat modenis dan terbuka kepada dunia luar akan melihat perkara seumpama ini sebagai suatu yang tidak berasas dan tidak sewajarnya menjadi gangguan, namun ia bukan alas an untuk mengkritik secara melulu dan bermusuhan.

Teater Alang Rentak Seribu ini wajar ditonton oleh masyarakat Melayu yang suka bergaduh dan berkelahi sesama sendiri. Ia berbicara mengenai masalah demi masalah daripada soal enggan membenarkan anak berlakon filem hingga kepada soal ketayap. Setiap pertelingkahan biarpun sengir dan menimbulkan pergaduhan akhirnya dapat diselesaikan. Ia menunjukkan bahawa dalam masyarakat itu ia tidak berupaya untuk berdepan dengan sesuatu masalah secara berterusan.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Ketiga Minggu Ketujuh

Aziz Sattar
Tiru Macam Saya
Kelas Lakonan mereka ditugaskan untuk meniru gaya rakan sesama pelajar. Setelah hampir tujuh minggu bersama tentunya ada gelagat yang boleh mereka tiru. Inilah masanya untuk mereka bergelak-ketawa melihat gelagat masing-masing meniru perlakuan Nija, Vince. Sungguh melucukan.

Aziz Sattar
Kelas Tarian
Kelas Tarian kali ini agak meletihkan kerana mereka perlu mempelajari koreograf tarian untuk lagu Hindustan. Saya akui sukar untuk menyanyi sambil menari. Lebih sukar jika menyanyi lagu yang bahasanya asing dengan lidah kita dan perlu menari dalam masa yang sama. Untuk melatih koreograf sudah memerlukan ketekunan yang mendalam dan selepas ini perlu mempelajari lenggok bahasa pula. Cabaran ini benar-benar mencabar keupayaan pelajar Akademi.

Aziz Sattar
Khai Lemah Semangat
Khai kelihatan agak lemah semangat apabila rakan karibnya tersingkir minggu lepas. Mujur ada Nija yang cuba untuk memulihkan semangat Khai. Khai sewajarnya tidak lemah semangat kerana itu adat pertandingan. Khai mungkin terlalu yakin yang Rosma akan kekal sehingga Konsert Akhir tetapi itu tidak menjadi kenyataan. Sewajarnya ini boleh dijadikan pengajaran kerana populariti itu tidak berpanjangan. Ada ketika kita akan tidak disukai orang. Tetapi sebagai manusia, kita perlu meneruskan hidup,

Aziz Sattar
Kelas Vokal
Ini merupakan kali pertama mereka berlatih lagu bahasa asing yang akan didendangkan di Konsert minggu ini. Lagu Les Ketchup dan lagu Bole Chundiyan merupakan lagu yang asing dengan lidah para pelajar. Walaupun lagu tersebut popular di Malaysia tetapi untuk mempelajari dan menghafal lirik dalam masa yang singkat memang menyesakkan fikiran. Tetapi jika ingin menjadi penghibur itu lah yang perlu dihadapi oleh mereka. Takkan nak menyanyi lagu Melayu saja, sekali sekala mesti juga menyanyi lagu orang putih.

Aziz Sattar
Layar Lara dan Seniman Aziz Sattar
Layar Lara merupakan filem kesukaan saya. Saya menonton tujuh kali di pawagam dan merakamkan empat siri filem Layar Lara Director’s Cut yang disiarkan semasa musim Raya di ASTRO. Filem ini mesejnya agak berat dan terlalu menarik untuk dilupakan. Bujang Lapok. Perlukah saya bercerita tentang filem ini ? Semua orang tahu siapa Bujang Lapok. Filem ini ditayangkan lagi sebelum menerima kehadiran tetamu istimewa Seniman Aziz Sattar. Filem ini mengisahkan tentang artis-artis veteran yang dipinggirkan. Kita masih menonton filem mereka tetapi dalam masa yang sama kita tidak menghargai jasa mereka. Nasihat untuk pelajar Akademi yang populariti tidak akan kekal. Seni, sejauh mana masa depannya. Sejauh mana seni dapat menjamin kebahagiaan hidup ? Kehadiran Seniman Aziz Sattar memang menggembirakan pelajar Akademi. Bukan selalu peluang ini mereka perolehi. Adalah lebih baik sekiranya peluang sebegini juga diperolehi Azza, Adi, Atie, Burn dan Rosma agar mereka dapat berkongsi sama pengalaman seniman yang telah berkecimpung dalam dunia seni selama 52 tahun. Pada zaman dahulu mana ada Akademi. Semua penggemar seni tiada ilmu tetapi terus berjuang untuk meneruskan kerja seni. Pak Aziz turut menasihatkan pelajar agar jangan ada iri hati dengan orang lain. Jangan kita keji pendapat orang lain kerana mereka juga ada bakat mereka tersendiri. P.Ramlee contohnya tidak pernah pandang rendah pada orang lain kerana katanya Allah tidak beri kita segala-galanya. Setiap perjuangan itu akan ada penderitaan. Kelainan itu terlalu penting agar kita dapat capture perhatian penonton. Saya hampir tersentuh apabila Vince memohon kebenaran untuk memeluk Seniman Aziz Sattar. Terlalu banyak ilmu yang mereka peroleh semalam dan ilmu itu lebih bermanafaat sekiranya dapat dikongsi bersama-sama pelajar-pelajar yang tersingkir.

Vince dan Nija
Vince dengan Nija, jangan gaduh-gaduh. Tak baik. Nanti bila salah seorang tersingkir, kita akan rasa menyesal dengan apa yang telah kita lakukan.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

adifashla
sultanmuzaffar
Subject: [adifashla] ASSALAMUALAIKUM .....

Hai apa khabar semua...Hari ni Adi dan kawan2 AF yang terkeluar dari
AF buat rakaman roda impian edisi khas.so nantikan tayangannya
ok...malangnya adi hanya dapat mengumpulkan wang sebanyak RM 0 sahaja..
Semua abang Aznil yang bolot...hehehhe, nantikan album Akademi
Fantasia yang akan keluar dalam minggu depan...pelancarannya di Tower
Record..KL..ok....Beli lah yang original...Sekian

Salam Hormat

ADIFASHLA

p/s:- Sebagai menyokong usaha ASTRO untuk melancarkan album Akademi Fantasia yang akan diedarkan pada minggu hadapan, saya akan menghentikan sebarang usaha memuat-turun lagu mereka dalam bentuk mp3 dari weblog ini. Sebarang link mp3 dari weblog ini akan dihentikan. Harap maklum.

Entri oleh sultanmuzaffar 23 July 2003 0 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Kedua Minggu Ketujuh

Vince Lupa Diri ?
Vince datang dengan tidak memakai pakaian untuk Kelas Tarian. Cikgu Linda Jasmine mendenda beliau. Ada sebab mengapa cerita Vince didenda sengaja disensasikan. Adakah kerana Vince tidak memakai pakaian yang sesuai untuk Kelas Tarian anda menafikan hak Vince untuk mendapat undi ? Saya fikir ini merupakan tindakan yang tidak bijak. Vince layak untuk bergelar seorang penghibur dan ralat rasanya hanya kerana tidak memakai pakaian yang sesuai Vince tidak mendapat undian.
Saya cuba memberikan satu senario di sini, cuba bayangkan apabila Penyanyi No.1 negara iaitu Siti Nurhaliza gagal membawakan lagu berbahasa Inggeris. Apakah kerana kegagalan beliau itu beliau harus dihukum dan dijatuhkan dari terus menjadi Penyanyi No. 1 negara ? Tentu sekali tidak bukan.
Yang diuji sekarang ialah mentaliti pengundi untuk terus mengundi pelajar yang benar-benar layak untuk menjadi Penghibur. Ada suara, ada rupa, ada personaliti.
Vince diberi satu lagu yang membunuh pada minggu ini. Katakanlah, saya ulangi katakanlah Vince gagal membawakan lagu tersebut. Apa tindakan anda ? Terus mengundinya atau tidak mengundinya ? Anda harus mengundinya kerana kegagalan beliau membawakan lagu tersebut bukan bermakna beliau akan gagal membawakan lagu-lagu yang lain. Vince tidak seharusnya dihukum kerana gagal membawakan lagu tersebut.

Koreograf Les Ketchup
Saya tidak menggemari lagu ini dan melihat koreografnya semalam juga tidak menarik perhatian saya. Vince ada sedikit masalah dalam tarian dan boleh dibaiki. Tarian dari pelajar wanita agak menarik.

Kelas Vokal Siti Hajar
Desa Tercinta menuntut seseorang penyanyi itu bersifat ceria sepanjang masa sewaktu menyanyikan lagu tersebut. Lagu kisah tentang kampung halaman tentunya menimbulkan mood yang ceria. Lagu ini agak sesuai dengan vokal Nana. Nana ada attitude untuk membawakan lagu ini dengan caranya yang tersendiri. Keceriaan Nana penting untuk lagu ini.

Samrah Mentari merupakan lagu killer untuk Vince. Namun demikian setelah dinilai dari latihannya semalam, saya agak yakin Vince mampu membawakan lagu tersebut dengan cemerlang. Saya suka dengan stail Vince mengubah lenggok lagu tersebut mengikut lenggoknya. Vince tidak terlalu terikut-ikut dengan nyanyian penyanyi asal lagu tersebut dan mungkin beliau sendiri tidak mengenali penyanyi asal lagu tersebut.

Liza yang mendendangkan lagu Bunga Bunga Cinta sewaktu sessi latihan memang menjadi. Satu kelemahan Liza ialah kegugupannya di atas pentas. Apa yang dibuat sewaktu latihan tidak menjadi di atas pentas. Lagu ini juga lagu killer untuk Liza. Lagu ini merupakan lagu ujian untuk saya membuat pilihan sama ada mengekalkannya di Akademi atau memilih Nija untuk terus kekal bersama Akademi. Sekiranya Liza mampu membawakan lagu ini saya akan memasukkan beliau dalam Top 5 pilihan saya.

Jamuan Hari Jadi Untuk Bapa Sahri, Ibu dan Kakak Vince
Jamuan Hari Jadi ini ditaja oleh TGI Friday’s untuk meraikan hari lahir bapa Sahri, ibu dan kakak Vince. Amat menarik segmen ini selain melahirkan rasa kasih dan sayang buat insan yang tiada bersama mereka tetapi sambutan tetap dibuat untuk mengingati mereka. Selamat Hari Lahir Pamela. (hehheheheehe) She is babe !

Kelas Vokal Adnan Abu Hassan
Menyanyikan lagu Jelingan Manja versi jazz memang agak sukar terutamanya part ad-lib. Dalam pada itu attitude untuk lagu ini juga perlu nampak nakal dan sekiranya gagal, penghayatan untuk lagu ini akan tidak sampai kepada penonton. Kenakalan perlu di atas pentas agar mesej lagu ini diterima oleh penonton.

Sahri mendendangkan lagu Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi dengan gayanya yang tersendiri. Lagu lama ini perlu improvisasi yang kemas dari Sahri, sekiranya tidak akan merosakkan keunikan lagu tersebut. Adnan turut mengajar beliau cara melenggokkan lagu tersebut.

Khai jika silap langkah akan menghancurkan lagu Aladdin. Kawalan vokal beliau perlu dibuat dengan kemas dan teliti. Hasil dari latihan semalam nampak berterabur dan tidak kemas. Khai perlu ingat, belaiu kena menari dan menyanyi untuk lagu tersebut. Stamina kena ambil kira juga.


Rosma di Muzik@Ria
Rosma muncul untuk menjadi tetamu di Muzik@Ria. Rosma melahirkan rasa kecewa beliau yang amat sangat setelah tersingkir dari Akademi. Namun begitu beliau tetap kelihatan ceria.

Beliau menjawab beberapa persoalan tentang hubungannya dengan Khai yang disifatkan sebagai kawan sahaja. Yang paling menarik, Rosma mendedahkan siapa gerangan yang dimaksudkan untuk segmen Sidang Meja Makan. Beliau hanya memberitahu clue iaitu pelajar yang dimaksudkan ialah seorang lelaki. Saya sudah dapat mengagak siapa dan saya serahkan kepada penonton untuk menilai sendiri.

Saya puji bagaimana beliau mengawal emosinya sewaktu menerima panggilan dari seorang penonton iaitu Zulkefli dari Kota Damansara yang mencemuh Rosma kerana mengeluarkan statement “Pilihlah dengan bijak kerana mereka semua berbakat.” Emosi penonton yang membuat panggilan wajar saya puji kerana berani untuk mengutarakan pendapatnya. Dia merasakan telah menggunakan haknya sebaik mungkin untuk mengundi mana yang layak untuk dipilih menjadi Penghibur. Mungkin peserta yang menjadi pilihannya belum terkeluar lagi jadi emosi sebenarnya belum dapat kita saksikan lagi. Oleh itu kita sebagai penonton, perlu counter attack dengan mengundi pelajar yang KITA fikirkan layak menjadi Penghibur. Itu sahaja cara yang dapat menyelamatkan industri hiburan tanahair dari terus dilonggokkan dengan artis-artis majalah yang menjadi pilihan sesetengah pengundi.

Entri oleh sultanmuzaffar 22 July 2003 0 komen

Adifashla
Bertemu Azza, Adifashla, Atie dan Burn.

Setelah tamat Konsert VI yang mengejutkan, saya berkesempatan untuk bertemu dengan kesemua pelajar yang telah disingkirkan dari Akademi Fantasia. Saya perlu melepaskan mereka sekali-sekala kerana mereka perlu melayan peminat masing-masing. Tidak banyak soalan yang dapat ditanya, memandangkan kebanyakan mereka kelihatan agak muram kerana masih terkejut dengan keputusan penyingkiran Rosma.

SM: Encik Freddie, saya menulis di http://sultanmuzaffar.blogspot.com.
FF : So, you’re the one. J Saya ada baca your comment.
SM: Apa pendapat Encik Freddie tentang keputusan malam ini ?
FF: Agak mengejutkan. Saya sendiri tidak menyangka Rosma akan terkeluar malam ini. Saya ingin menasihatkan pengundi agar jangan undi keluar orang yang kita tidak suka sehingga menyebabkan pelajar yang layak mendapat undi ditinggalkan kerana merasakan pelajar tersebut sudah selesa dengan kedudukannya. Rosma tidak mendapat sokongan yang baik dari pengundinya.

SM: Apa perasaan Azza apabila menjadi peserta pertama tersingkir dari Akademi Fantasia ?
Azza: Azza agak terkejut dan merasa sedih kerana menjadi peserta pertama tersingkir dari Akademi Fantasia.

SM: Atie pernah berlakon teater bukan. Boleh ceritakan pengalaman berlakon teater tersebut ?
Atie: Atie merasa seronok apabila mendapat peluang untuk berlakon teater tersebut. Tambah-tambah bila ada orang yang percaya dengan kebolehan kita untuk berlakon di bawah arahannya. Pengalaman itu sesungguhnya yang baik untuk Atie dan Atie akan terus belajar.

SM: Anda tentunya tahu tentang kewujudan Komuniti di laman web Akademi Fantasia. Apakah anda berkesempatan untuk melihat komen-komen yang terpapar di dalam Komuniti tersebut ? Apa perasaan anda apabila membaca komen-komen dari peserta Forum ?
Atie: Pada mulanya Atie agak terkejut melihat komen-komen yang ada di dalam Komuniti. Mereka telah memberikan pandangan mereka dan kita harus terima. Apa yang diperkatakan mungkin benar dan mungkin tidak. Mungkin juga bukan niat mereka untuk mengutuk tetapi mungkin mereka mahu Atie menjadi seperti apa yang mereka inginkan. Iaitu lebih baik daripada apa yang Atie ada sekarang. Dan jika itu yang mereka harapkan, Atie akan berusaha untuk mencuba menjadi lebih baik daripada sekarang.
Burn : OK, quite productive. Banyak yang boleh kita ketahui tentang kelemahan kita di situ. Walaupun tidak sempat membaca semua.

SM: Bagaimana dengan percutian Burn di kampung Atie ?
Burn: Memang menyeronokan. Fun. Keluarga Atie merupakan sebuah keluarga yang mudah mesra dan saya merasa tidak kekok untuk mengenali keluarga Atie. Fun and exciting !
SM: OK, ini satu soalan yang agak kontroversi….
Burn: Nana ?
SM: No, not Nana. Pada awal minggu sebelum Burn tersingkir, penonton Akademi Fantasia ada melihat anda menggunakan plaster di leher kanan. Kenapa ? Adakah Burn sedar akan implikasi dari pemakaian plaster tersebut ?
Burn : Pada hari tersebut urat saya agak tegang kerana terlalu banyak latihan vokal. Dalam kelas tersebut penggunaan rahang terlalu kerap sehingga berasa tegang. Koyok tersebut diberikan oleh Khai. Ramai orang mengatakannya love-bite. Tetapi itu semua tidak benar.

SM: Adakah ilmu yang Burn peroleh cukup sebagai persediaan untuk menjadi seorang penghibur ?
Burn: Ilmu yang saya dapati memang masih tidak cukup. Setiap hari kita akan belajar perkara yang baru. Dan dari sehari ilmu kita akan bertambah. Dan saya akan terus belajar.

Adi: Firstly, Adi nak ucap terima kasih kerana buat website untuk Adi. Setiap hari Adi masuk dan baca. Jika ada masa Adi akan reply. Weblog itu juga Adi masuk dan baca. Dan komen yang ditulis memang menarik. Tahniah.
SM: Terima kasih. Bagaimana Adi sekarang ?
Adi: Adi akan check email Adi setiap hari melayari laman web untuk melihat perkembangan terkini berkenaan AF. Sebenarnya Adi masih seperti dahulu kerana belum ada hasil karya yang boleh dibanggakan. Hubungan Adi bersama peminat sekarang hanyalah seperti hubungan dengan kawan-kawan baru.
SM: Adakah AF berjaya membentuk seseorang pelajar menjadi seorang penghibur masa depan ?
Adi: AF boleh membentuk seseorang pelajar dari kosong ilmu seni persembahan untuk menjadi somebody satu hari kelak. Bagi Adi sendiri yang sudah satu tahun setengah tidak jammed dan tidak pernah tahu menari. Tetapi sebagai pelajar kita kena terima segala cabaran yang diberikan. Adi masuk AF kerana nama besar tenaga pengajar yang ada dan Adi merasa begitu bangga dapat membuat persembahan di hadapan mereka. Sebelum ini Adi tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan kecuali di peringkat Universiti Itu sebab utama.
SM: Bagaimana Adi menerima keputusan Konsert pada malam ini ?
Adi: Keputusan malam ini agak mengejutkan. Tak tahu di mana silapnya. Tetapi penonton perlu mengundi dengan bijak. Mungkin mereka terlupa tentang Rosma. Walaubagaimanapun, Rosma is still THE BEST.

Satu malam bersama mereka di Dewan Percubaan UPM.

Entri oleh sultanmuzaffar 1 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Pertama Minggu Ketujuh

Dualah tiga boleh kucari
Manakan sama abang seorang


Bait pantun yang disyairkan oleh Rosma sewaktu sessi ujibakat disiarkan semula malam tadi sebagai mengingati Rosma yang telah disingkirkan pada Konsert 6 Sabtu lalu. Begitu mendalam maksud syair itu sendiri. Tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan beliau. Sayangnya beliau tersingkir pada Konser 6 minggu lalu. Kini tiada lagi Rosma di Akademi. Yang tinggal hanya kenangan.

Mood Diari Akademi dibuka dengan peringatan tegas dari Aznil yang mengharapkan agar penonton mengundi pelajar yang patut dikekalkan di Akademi. Kenapa baru sekarang diperingatkan ? Bukankah sejak dahulu lagi peringatan sebegini wajar diingatkan selalu ? Kita kena sedar, rakyat Malaysia pentingkan rupa dan mengetepikan bakat. Bukahkah masyarakat kitalah yang telah meletakkan filem Sembilu arahan Yusof Haslam dan Mami Jarum arahan Razak Mohidin sebagai pengarah filem tersohor dan meminggirkan filem Paloh arahan Adman Salleh.

Hampir kesemua pelajar melahirkan rasa sedih kerana Rosma telah disingkirkan dari Akademi. Nana yang mengetahui kelebihan Rosma memuji kualiti vokal Rosma dalam keadaan yang cuba-cuba untuk mengalirkan air-mata tetapi tidak keluar. Liza kelihatan selamba memohon maaf jika ada perkara yang menyinggung perasaan Rosma selama ini. Mungkinkah Liza yang dimaksudkan oleh Rosma sewaktu Sidang Meja Makan satu ketika dahulu ? Nija agak biasa juga, mungkin sedih, mungkin ceria. Mungkin juga sudah sifat semulajadi Nija yang sebegitu. Mungkin mereka merasa sedikit lega dengan ketiadaan Rosma. Berbeza dengan pelajar lelaki yang rata-rata sedih dengan ketiadaan Rosma. Khai cuba untuk menyembunyikan kesedihannya dan cuba mengalihkan tumpuan kamera kepada Nemo. Vince nampak begitu sugul. Sahri bercakap sambil menahan sebak dan Azizi menasihatkan Rosma agar terus tabah dan menerima keputusan yang dibuat.

Sewaktu sessi menilai semula persembahan yang lepas, Cikgu Linda Jasmine menasihatkan pelajar agar mencontohi Sahri yang tahap energy dan keyakinannya begitu tinggi. Apabila keyakinan tinggi, maka seseorang pelajar itu akan kurang membuat kesilapan. Puan Fatimah menasihatkan pelajar agar menguatkan semangat dan tidak mudah terganggu dengan penonton. Gangguan sebegitu memang akan wujud kelak dan harus dielakkan.


Lagu Baru
Nija – Jelingan Manja (Saloma/Sheila Majid)
Saya membayangkan Rosma yang membawakan lagu ini. Bagaimana ya ? Namun begitu, saya yakin Nija mampu membawakan lagu ini dengan baik. Attitude apabila membawakan lagu ini kena benar-benar kelakar dan ceria. Lagu ini agak simple, tone suara lebih biasa dan tidak perlu menarik tinggi vokal. Nija boleh menjadikan Sheila Majid sebagai role-model untuk membawakan lagu ini tetapi jangan sampai meniru gaya penyanyinya. Nija merasakan lagu ini agak mencabar untuk dibawa olehnya kerana range vokal untuk lagu ini agak rendah dan Nija memang bermasalah membawakan nada rendah. Itu kerisauannya.

Vince – Samrah Mentari (Jamal Abdillah)
Saya begitu gembira apabila Vince terpilih untuk membawakan lagu ini. Gembira kerana lagu ini akan mempelbagaikan versatilitinya membawakan pelbagai ritma lagu. Saya amat berharap agar Vince dapat membawa lagu ini dengan stailnya sendiri. Lagu berentak samrah ini memang sukar untuk dibawakan kerana sambil menyanyi kena menari. Lagu ini bukan lagu keroncong, Vince. Lagu ini berentak samrah. Sekurang-kurangnya ada ilmu baru yang Vince perolehi hari ini. Saya merasakan Vince mampu membawakan lagu ini kerana melihatkan kebolehan Vince melakukan rap solo sewaktu menyanyikan lagu Tiada Lagi Cinta. Saya menasihatkan agar Vince tekun membuat latihan dan jaga diction dan pronunciation Melayu lagu ini dengan betul.

Liza – Bunga Bunga Cinta (Misha Omar)
Liza kelihatan agak gembira apabila menerima lagu ini. Gembira ? Dalam hati siapa yang tahu. Wajar saya puji sifat Liza, walaupun menerima lagu yang tidak disukai olehnya tetapi beliau menganggapnya sebagai cabaran yang perlu ditempuhi. Lagu ini terlalu tinggi untuk seorang penyanyi selamba seperti Liza. Namun begitu dalam masa satu minggu pelbagai kejutan boleh berlaku. Saya mengharapkan sesuatu yang outstanding dari Liza pada minggu ini.

Nana – Desa Tercinta (Nora)
Nana tidak pernah mendengar lagu ini. Agaknya muzik jenis apa yang diminati oleh Nana ? Ini merupakan kali pertama Nana terpilih untuk membawa lagu berirama Malaysia. Saya sungguh berpuas hati apabila Nana menerima lagu ini. Kelebihan vokal Nana boleh dipergunakan untuk lagu ini. Lagu ceria ini memang sesuai dengan sifatnya. Saya akui dari minggu ke minggu baru lagu semakin sukar.

Khai – Aladdin (Spider)
Khai amat suka apabila menerima lagu ini. Saya menasihatkan Khai agar menjaga staminanya. Khai perlu beraksi pantas dan rancak di atas pentas apabila membawakan lagu ini. Jika stamina Khai menurun, persembahan akan kelihatan tidak bertenaga. Lagu pop-rock ini memang sesuai dengan vokal Khai. Saya mengharapkan satu persembahan yang benar-benar bertenaga. Sila contohi Sahri yang telah memberikan energy kepada lagu Raikan Cinta.

Sahri – Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi (Alleycats)
Saya amat berpuas hati apabila Sahri menerima lagu ini. Lagu slow ini amat sesuai dengan vokal Sahri. Lagu lama ini memang lagu legenda yang diingati sehingga sekarang. Penghayatan lagu ini jika berjaya dibawa dengan baik akan memberikan kesan yang begitu mendalam kepada penonton.

Azizi – Samba Apa Saja (Hattan)
Lagu berirama Latin and blues ini amat sesuai dengan vokal Azizi. Showmanship Azizi juga akan diuji untuk lagu ini. Saya pasti Azizi mampu membawakan lagu ini. Stamina Azizi juga telah diuji sewaktu lagu She Bang dan beliau berjaya mengharungi ujian tersebut.

Lagu Bonus – Les Ketchup, Bole Chundiyan, Hanya Memuji
Lagu bonus pada minggu ini menggunakan bahasa asing yang jarang kita sendiri gunakan. Kedua-dua lagu memerlukan showmanship yang menarik. Sudahlah menyanyi menggunakan bahasa yang asing dari kebiasaan dan dalam masa yang sama perlu menari. Ini merupakan satu cabaran yang hebat untuk pelajar. Saya tabik dengan Akademi Fantasia yang mewujudkan segmen ini untuk mempelbagaikan kebolehan pelajar-pelajar di Akademi Fantasia. Tahniah.

Diari Akademi pada minggu ini ditutup dengan peringatan waras dari Aznil Nawawi. Jika minggu-minggu sebelumnya, peringatan Aznil hanya menjurus kepada meminta agar pengundi menggasak talian SMS tanpa berfikir(yang penting duit masuk !), kini nadanya begitu berbeza setelah tersingkirnya Rosma dari Akademi Fantasia. Beliau mengingatkan pengundi agar mengundi dengan BIJAK.

Entri oleh sultanmuzaffar 21 July 2003 0 komen

Salah Penonton Atau Salah Infrastruktur Sistem SMS ?

Kedudukan sebelum Konsert VI
Vince 14%
Nana 13%
Khai 12%
Rosma 12%
Nija 12%
Azizi 12%
Sahri 12%
Liza 11%

Giliran Persembahan
Liza (3/5 bintang)
Khai (3/5 bintang)
Nana (2.5/5 bintang)
Sahri (4/5 bintang)
Nija (3/5 bintang)
Vince (4.5/5 bintang)
Rosma (4/5 bintang)
Azizi (3.5/5 bintang)

Kedudukan selepas Konsert VI
Sahri 16%
Liza 14%
Vince 13%
Nija 12%
Khai 12%
Azizi 11%
Nana 11%
Rosma 11%

Hasil daripada keputusan di atas, saya boleh membuat kesimpulan bahawa giliran persembahan yang telah menyebabkan Rosma tersingkir. Oleh kerana sistem SMS yang tidak dapat berfungsi dengan baik dan juga trafik yang masuk dengan menggila telah menyebabkan undian untuk Rosma tidak dapat dikira. Penggunaan teknologi adalah baik dan wajar saya puji, tetapi perlaksaannya harus memberi kesan dan realiti yang sebenar.

Aznil Nawawi, mewakili ASTRO terang-terang menudingkan jarinya penonton Sabtu lalu sewaktu siaran langsung Konsert 6 di Dewan Percubaan UPM tanpa sedar empat lagi jari menuding ke arah dirinya sendiri. Penonton telah pun mengundi dengan baik untuk Rosma tetapi sistem SMS yang tidak cekap telah menyebabkan Rosma menjadi mangsa. Saya amat berharap sesuatu dapat dilakukan untuk meningkatkan kecekapan sistem SMS tersebut. Sistem server terkini perlu digunakan kerana trafik yang diterima terlalu menggila sama seperti barisan panjang yang telah bermula seawal jam 4 petang hanya untuk masuk menonton Siaran Langsung Konsert Akademi Fantasia.

Saya pernah mengemukakan perkara yang sama sewaktu Konsert IV bila mana Sahri yang membawakan lagu Tekad dengan begitu cemerlang tetapi menjadi peserta yang terakhir membuat persembahan telah menyebabkan undian untuk beliau hanya 10% dan berada di tempat ketujuh.

Ada beberapa pengundi yang hanya menerima pengesahan undian setelah jam 3 pagi. Pada waktu tersebut SMS air mata darah sekalipun sudah tiada gunanya. Rosma akan tetap meninggalkan Akademi. Jadi, di mana adilnya sistem ini ? Sistem ini sudah jelas ketidakadilannya, di tambah dengan ketidakcekapan sistem akan menyebabkan kredibiliti rancangan ini hilang tanpa dapat dikembalikan. Itukah yang pihak ASTRO inginkan ?

Saya bagi pihak penggemar Akademi Fantasia merayu agar kecekapan sistem SMS dinilai semula. Sistem tersebut memerlukan sedikit perbelanjaan untuk memperkukuhkan infrastrukturnya demi masa depan industri huburan tanahair.



AKADEMI FANTASIA – BIJAKKAH KITA DALAM MEMILIH?

Dalam kesibukan rakyat Malaysia diselubungi pelbagai isu semasa, tidak ketinggalan kita semua dihidangkan dengan menu hiburan terkini untuk minda kita bersantai. Antara rancangan hiburan yang begitu hangat dan riuh diperkatakan untuk beberapa minggu kebelakangan ini adalah rancangan Akademi Fantasia (AK) di saluran Astro.

AK memilih 12 peserta (lelaki dan perempuan), ‘dikurung’ untuk dibentuk menjadi bintang seni suara satu hari nanti. Semasa mereka di akademi tersebut, mereka diajar pelbagai teknik berkenaan vokal, drama, gerak-tari dan lain-lain. Setiap hujung minggu, mereka akan mengadakan konsert (setiap Sabtu, 8:30 malam), di mana ia akan menentukan masa hadapan seseorang peserta – untuk terus berada di AK atau disingkirkan. Kedudukan peserta ditentukan oleh undian melalui pesanan ringkas telefon bimbit (SMS) dari para penonton siaran itu. Vokal dan persembahan mereka diuji semasa konsert mingguan itu dan peserta yang mendapat undian terendah di akhir konsert, terpaksa meninggalkan akademi dan rakan-rakan peserta lain, dan ‘terkuburlah’ hasrat untuk menjadi 5 peserta terakhir (terbaik) yang bakal berentap untuk dinobatkan sebagai penghibur sebenar.

Apa yang menarik untuk dibicarakan ialah, sistem pengundian yang dilakukan melalui SMS. Lupakan sejenak tentang pulangan yang diperolehi oleh penganjur melalui setiap unit SMS yang dihantar, kerana ia sudah semestinya begitu lumayan. Apa yang patut kita teliti adalah, bagaimana peserta yang sepatutnya sudah terkeluar tetapi masih berada di dalam kumpulan itu untuk berminggu-minggu lamanya, dan ada pula peserta yang begitu berbakat besar menjadi ‘mangsa undian’ SMS, dan terpaksa meninggalkan AK.

Berbalik kepada peserta-peserta yang ada, antara kelompok peserta yang dianggap favorit (berdasarkan vokal, persembahan dan personaliti) untuk melangkah ke peringkat akhir adalah Rosma, Azizi, Sahri, Vince, Nija dan Khai. Apa yang berlaku Sabtu lepas (19 Julai 2003), amat memeranjatkan semua pihak di mana Rosma yang bersuara lunak, bagus dan hebat, berbakat serta berpersonaliti, telah tersingkir keluar. Lantas, ini memusnahkan harapannya untuk ke peringkat akhir dan mungkin bergelar juara. Sedangkan, tidak keterlaluan jika saya katakan, peserta yang kurang berbakat (vokal) seperti Liza dan Nana, masih terus di dalam kelompok ‘bertuah’ untuk mara ke minggu seterusnya. Di mana silapnya?

(Surat ini mahu disiarkan ke laman Forum Utusan, tetapi telah dihantar kepada saya agar diterbitkan ringkasannya di sini - SM)

Sila ke laman Nizam Zakaria untuk membaca seluruh kandungan surat tersebut sekiranya ia tidak disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger