Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 31 July 2004 0 komen
Konsert VIII Akademi Fantasia : Bukan Salah Mas ! Dejavu Konsert VII Akademi Fantasia I berulang kembali. Penonton tidak dapat menerima keputusan yang Mas masih berada di atas dan menyaksikan Linda meninggalkan Akademi Fantasia pada Konsert VIII. Kelalaian penonton mengundi pelajar lain sehingga melupai pelajar yang berada di kedudukan teratas merupakan kesilapan lama yang diulang-ulang kembali sejarahnya. Tidak ada satu pengajaran pun...
Entri oleh sultanmuzaffar 30 July 2004 0 komen
Diari Akademi Fantasia 08-09-10 Fikiran terlalu tepu setelah menonton Teater Demi Zaitun sebentar tadi sehingga tidak mampu untuk mencernakan minda sekali lagi untuk Diari Akademi Fantasia. Demi Zaitun distrukturkan dengan paduan (fusion) antara bahasa yang dilafazkan bersama apa yang tersirat, dan ‘bahasa’ yang digerakkan bersama sub-teksnya. Terlalu tinggi untuk saya dari pemikiran Sasterawan Negara Noordin Hassan. Saya sempat menelah...
Entri oleh sultanmuzaffar 29 July 2004 0 komen
Diari Akademi Fantasia 08-07-08 I Love You Saya menyukai improvisasi yang dilakukan oleh Adam dan Linda. Nampak seperti orang yang sudah matang bercinta. Berbeza dengan Farah dan Kaer yang nampak seperti budak darjah enam bercinta. Ada unsur-unsur childish yang keterlaluan walaupun mutu lakonan mereka menjadi. Zahid dan Linda berunsur penuh komedi. Linda sememangnya tidak tahan dengan keletah Zahid yang agak nakal tentunya mengganggu...
Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 35 Jumairi mendapat tahu bahawa dia akan dibawa dengan sebuah ambulans yang telah ditempah khas untuk memindahkannya ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada malam semalam. Dia juga telah mendapat tahu bahawa Salina telah menguruskan segala-galanya agar perkara ini dapat dilakukan dengan lancar. Jumairi banyak kali memerhatikan hubungan di antara Salina dan Rahmat. Sebelum ini,...
Entri oleh sultanmuzaffar 28 July 2004 0 komen
Diari Akademi Fantasia 08-05-06 Kelas Seni Persembahan Bukan senang untuk meniru gaya artis yang telah tiada. Seniwati Mak Enon perlu ditiru oleh mereka. Kebanyakan pelajar Akademi Fantasia adalah pelajar yang lahir era 80an. Ada yang mengenali Mak Enon, ada juga yang tidak mengenalinya. Bukan sesuatu yang mustahil jika mereka tidak mengenalinya. Seperti Kaer, mungkin gemar menonton filem-filem Melayu lama tentunya beliau lebih mengenali...
Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 34 “Eh tak kuasa hem tengok Akaq Azmil bukak step silat!” Ujar Linus kepada Gundutz sewaktu Azmil sakan bercerita tentang lagu Mentera Semerah Padi yang bakal dinyanyikan oleh Khir. “Hem tengok pon takut, sundels! Ye lah, dengan rambut blond bagai dia tuh bukak pencak silat!” Balas Gundutz. “Macam srikandi handalan gituh kan?” “Macam Tun Fatimah der blond, bley?” Gundutz cepat-cepat berpaling...
Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen
Pertandingan SMS Haram Petikan akhbar: Utusan Malaysia Berita Harian New Straits Times Akademi Fantasi Indosiar III AFI Lovers Peringatan: Bahasa Indonesia Terkini: TV3 to stop SMS contests, others unsure Mufti: SMS sent in the hope of winning is haram Pada hari ini, fatwa telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu Peraduan SMS. Ini secara tidak langsung berkait rapat dengan Akademi Fantasia. Saya juga ingin mengetahui pendirian ASTRO tentang hal ini. Penggunaan SMS sebagai juri pertandingan Akademi Fantasia...
Entri oleh sultanmuzaffar 27 July 2004 0 komen
Diari Akademi Fantasia 08-03-04 Kaer dan Masalahnya Saya sendiri tidak faham apa punca masalah yang dihadapi oleh Kaer. Katanya beliau tidak menghadapi masalah dengan lagu. Beliau suka dengan lagu-lagunya. Masalah utamanya ialah apabila berada di pentas. Yang menghairankan sewaktu Konsert I beliau mampu melawan segala perasaan yang hadir tetapi tidak pada minggu-minggu terahhir ini. Telahan saya merasakan yang Kaer sebenarnya agak terganggu...
Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 33 31.Si gadis terus memandu keretanya pada malam itu. Dia dapat melihat wajah si jejaka yang sugul. Si jejaka hanya mendiamkan dirinya. Hanya sesekali dia bersuara meminta si gadis agar jangan membawa keretanya terlalu laju. Si gadis kemudian cuba menenangkan fikiran si jejaka dengan memainkan kompilasi lagu-lagu lama tahun awal 80-an yang terdapat dalam koleksi cekera padatnya. 32.Lagu demi...
Entri oleh sultanmuzaffar 26 July 2004 0 komen
Diari Akademi Fantasia 08-01-02 Surat Wasiat Nurul Nurul sememangnya amat risau apabila berada di kelas kerana perlu menumpukan perhatian di dalam kelas dan ini amat berbeza apabila pulang ke bilik beliau dapat bergerak bebas dan fikirannya bebas. Untuk lebih terperinci, boleh baca di blog Yati. Kerusi Muzik Untuk meredakan sedikit ketegangan mereka serta kesedihan mereka, telah diberi peluang untuk bermain Kerusi Muzik. Jarang dapat...
Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 32 Abang Besar: You tahu tak Ramlee OS popularity rate is at all time low? Kakak Besar: I tahu... Sampai masuk paper komplen cara dia mengajar. Ye lah, orang kita mana boleh nampak cikgu yang tegas. Abang Besar: So what do they want, actually? Kakak Besar: Like what they've always wanted in school. Teachers that kiss their asses. Abang Besar: You nak tahu apa... Cikgu-cikgu yang I ingat sampai...