Diari Akademi Fantasia 04-07-08
Aku Nak Makan Nasi Dengan Sambal Belacan
Menggunakan 10 cara dan emosi untuk menyampaikan mesej tersebut dalam bentuk lakonan. Apabila Cikgu Fauziah Nawi menyebut 10, jelas terpancar kerisauan di wajah Adam dan Bob.
Anding bermula garang, takut, berbisik, keliru dan sedih dalam intonasi yang berbeza tetapi jiwanya tidak sampai. Lebih sayang setelah melihat lakonan streotype Linda yang tidak banyak berubah sejak minggu pertama. Kaer agak kreatif tetapi perlu membuang imej budak terencat dalam setiap lakonannya. Improvisasinya terhadap intonasi gembira, pondan, mentera dan ballet memang baik dan kreatif. Adam saya ingati sewaktu melakukan improvisasi gagap. Zarina menggunakan ruang yang ada untuk menjadi manja, menggoda, garang dan beberapa aksi yang agak gatal. Zarina telah beraksi begitu cemerlang dan kelihatan menonjol dalam kelas tersebut. Zahid juga agak kreatif apabila menyelitkan unsur perang dan gerak perlahan dalam lakonannya. Fitri membuat aksi penyanyi opera dan menggayakan watak seorang fashion designer. Mas membawa imej garang, merajuk dan orang gila.
Apabila dipasangkan Farah dan Fitri menjadi gamat akademi. Sebuah improvisasi intonasi yang baik tetapi kelihatan berlebihan. Farah seperti tidak pandai mengawal keadaan dan beberapa lagi lupa diri sehingga membantutkan sedikit tumpuan Fitri.
Linda dan Anding nampak ada perubahan yang agak besar dalam lakonan perseorangan mereka. Saya merasakan mereka jenis yang lebih suka dipasangkan dan tahu bagaimana untuk berinteraksi sesama pelakon lain dengan baik. Watak yang dibawakan oleh Anding dan Linda berjaya dikeluarkan dan mesejnya sampai kepada penonton. Mereka mampu menjadi pelakon yang baik tetapi bukan seorang monolog yang baik.
Sekali lagi aksi Kaer sebagai budak terencat yang sedikit mencacatkan lakonan itu. Agak berlebihan dan terlalu stereotype. Beliau harus lebih berani untuk cuba membawakan watak-watak lain. Mas kelihatan tenggelam dalam lakonan mereka. Zarina beberapa kali cuba untuk menjiwai wataknya tetapi nampak gagal. Dalam sebuah lakonan, interaksi dan kerjasama sesama pelakon amat penting untuk menyeimbangkan mutu lakonan. Mereka harus diingatkan agar tidak mementingkan diri sendiri. Kaer mementingkan diri sendiri lalu overshadow pelakon lain.
Bukan sekadar bahan untuk ketawa. Apakah yang boleh dipelajari melalui aktiviti sebegini. Saya melihatnya dengan mendalam lalu membuat kesimpulan yang kerjasama amat penting dalam menjayakan sesebuah lakonan. Emosi memang senang untuk berubah lebih-lebih lagi jika melakonkan watak-watak tersebut berpasangan. Ia berlaku secara spontan dan tidak dirancang. Aktiviti sebegini juga mampu untuk mewujudkan hubungan rapat sesama pelajar lalu timbul kerjasama yang saya inginkan.
Perubahan dalam satu suasana ke satu suasana boleh berlaku dalam sekelip mata. Ia sama seperti menyanyi mengikut lirik yang telah diberikan. Setiap pelajar mampu untuk menghayati setiap lagu dengan baik dan memberikan emosi yang sesuai dengan lagu tersebut.
Koreografi Bayangan Tarimu dan Dancing Queen
Sebuah koreografi yang menarik Memerlukan step yang sharp agar imej tarian muncul dengan lebih cantik. Begitu juga dengan lagu Dancing Queen. Lebih-lebih lagi ia dilakukan beramai-ramai sesama rakan pelajar.
Happy 32nd Birthday Linda Jasmine
Cuba anda bayangkan, sudah berapa kali anda meraikan Hari Lahir guru anda ? Pernah ? Atau tidak ? Atau sekadar meraikan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun. Minggu ini sahaja, sudah dua kali mereka meraikan hari lahir guru-guru mereka. Seorang 51 tahun dan seorang lagi 32 tahun.
Mas
Sudah minggu keempat saya mendengar vokal Mas. Beliau masih belum dapat mengeluarkan vokalnya yang sebenar-benarnya. Masalah yang sama dihadapi oleh Nija dan Khai pada minggu-minggu awal di Akademi Fantasia I. Perubahan yang ketara dapat kita lihat pada mereka di Kemuncak Konsert Akademi Fantasia. Itulah yang saya harapkan dari Mas. Timba ilmu yang diperolehi secara percuma sekarang. Seringkali kita melihat beliau agak perlahan dalam menyerap ilmu yang beliau perolehi. Ada sikap hentam sajalah dalam diri beliau. Tetapi beliau serius sekali berusaha mendapatkan ilmu-ilmu tersebut. Beliau mempunyai vokal yang unik dan perlu lebih latihan untuk tone rendah dan tone tinggi. Satu yang saya lihat tentang Mas, beliau tidak sungguh-sungguh menghabiskan satu-satu baris lagu tersebut sehingga penghujung baris lagu tersebut kedengaran tiba-tiba sumbang.
Zahid : Karismanya Besar
Beliau mempunyai karisma besar sebagai penghibur dan mampu memaku saya untuk mendengar latihan lagu Teratai beliau tanpa menoleh ke mana-mana. Setiap sebutannya penuh dengan jiwa lagu tersebut. Penghayatan beliau bersungguh-sungguh. Jiwanya besar dalam lagu tersebut. Lagu tersebut dibawa dinamiknya ke tahap paling maksima oleh Zahid dengan cemerlang. Sedikit sahaja pesanan Cikgu Siti Hajar, agar beliau menjaga sebutannya agar lebih jelas dan mesej lirik sampai kepada penonton.
Adam : Go All Out
Persembahan beliau masih terlalu dikawal. Beliau masih menjaga penampilan beliau sewaktu menyanyikan lagu ini. Beliau nampak tidak bersungguh-sungguh. Tenaga beliau lesu. Sebuah lagu seperti Gerhana perlu punya tenaga besar yang mampu membuatkan penonton turut sama bergoyang ikut rentak lagu tersebut. Beliau harus membuka segala tenaga besarnya untuk merealisasikan lagu Gerhana. Beliau masih control cantik.
Zarina : Superb !
Tiada terselit imej Siti Nurhaliza pada lagu ini. Saya suka persembahan beliau. Staccato yang diajar oleh Cikgu Adnan nampaknya menjadi cuma perlu lebih jelas. Lagu ini perlu attitude. Zarina boleh mengadaptasi ilmu kelas seni persembahan apabila aksi menggodanya mendapat tepukan pelajar lain. Vokal beliau superb.
Linda : Sengsara
Persembahan beliau antara persembahan yang menggusarkan saya pada minggu ini. Bukan sahaja beliau sengsara membawakan lagu ini, bahkan penyanyi asalnya juga memang sengsara membawakan lagu tersebut. Beliau kelihatan terlalu gopoh mahu menghabiskan lagu tersebut. Sewajibnya beliau menjelaskan sebutannya terutama di bahagian-bahagian yang lembut. Walaupun lembut tetapi masih didengari pendengar.
Farah Terjatuh ?
Setelah menyiapkan persiapan untuk menyambut Hari Lahir Cikgu Linda Jasmine, mereka merancang kejutan untuk Cikgu Linda Jasmine. Beliau diminta untuk membuka balutan di kaki Farah. Ada satu nota untuk beliau. Beliau memang agak terkejut walaupun pada awalnya sudah mula mengesyaki ia merupakan satu yang dirancang. Memang seronok melihat telatah mereka meraikan guru-guru mereka minggu ini.
Koreografi
Nurul cuba untuk mencipta idea koreografi lagunya. Walaupun ideanya agak lapuk tetapi ia merupakan inisiatif yang baik dan memohon agar Cikgu Linda Jasmine memberi sedikit idea. Adam perlu sama-sama menari dengannya.
Tan Sri SM Salim
Seorang tokoh seni yang datang melawat mereka di Akademi Fantasia hari ini. Tentunya satu yang amat membanggakan bagi diri mereka. Pengalaman-pengalaman yang ada pada Tan Sri dicurahkan kepada para pelajar walaupun masih tidak berapa sihat. Itu semangat seorang anak seni yang begitu tebal ada dalam diri beliau. Beliau banyak menyelusuri jalur-jalur zamannya yang tidak mewah seperti sekarang. Beliau pelawak, beliau penyanyi, beliau juga bekerja dengan kerajaan pada waktu yang sama hanya untuk mencari rezeki.
Sikap pentingkan masa perlu ada dalam diri seseorang artis. Untuk menjadi penyanyi yang baik, beliau menasihatkan pelajar agar menjaga koreografi dan menghafal lirik. Tumpuan yang sepenuhnya kepada persembahan akan menghasilkan persembahan yang bagus. Anggap seluruh dewan itu kosong. Satu nasihat yang penting buat saya juga. Dulu-dulu masa berlakon dalam Rumah Kedai Jalan Seladang, saya mengharapkan lampu sorot tepat ke arah saya. Silau lampu sorot menyebabkan saya tidak nampak penonton di bawah.
Di penghujung, Tan Sri SM Salim memberikan sebuah CD Sekarang Dah Jadi kepada semua pelajar. Beliau sempat mengucapkan pujian untuk Kaer dan bertanya daerah asal Linda. Beliau sempat mendendangkan lagu Pantun Budi bersama-sama Bob.
Beliau itu ialah lagu yang dicipta dari cerita benar. Beliau harus bijak menyanyikan lagu tersebut lebih-lebih di bahagian coda lagu tersebut. Vokal, tempo, lirik dan step perlu dijaga untuk lagu tersebut.
coda
\Co"da\ (k[=o]"d[.a]), n. [It., tail, fr. L. cauda.] (Mus.) A few measures added beyond the natural termination of a composition.
Single Single Double Double
Mereka sama-sama menyanyikan lagu yang direka khas untuk Linda Jasmine.
0 komen