Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 20 July 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 28



Gundutz cukup-cukup tidak berpuas hati dengan Sia. Bila diajar menyanyi, suaranya tidak pernah boleh dikeluarkan dengan betul. Yang dikeluarkannya adalah suara yang menyerupai kambing mengembek. Dia tidak pernah mahu mencuba untuk memperbaiki dirinya. Yang dia tahu hanya menangis, menangis dan menangis lagi untuk menagih undi penonton. Lagipun, itu yang dimahukan, agar dirinya terus kekal dan pelajar-pelajar yang lebih baik dikeluarkan.

Rasa marah Gundutz yang semakin membuak-buak marah itu tenang seketika apabila dia memerhatikan Sia dimarahi oleh Puan Siti Hawa.

Puan Siti Hawa cukup tidak berpuas hati dengan Sia kerana Sia tidak melakukan latihan vokal sehingga tidak menampakkan sebarang kemajuan di dalam dirinya. Kata Puan Siti Hawa:

“Kenapa tak buat? Suara dah bagus? Awak berlatih tak malam-malam?”

“Tak,” jawab Sia terkebil-kebil. Terus Puan Siti Hawa menjeling dan menumpukan perhatiannya untuk mengajar pelajar lain. Ternyata, Puan Siti Hawa cukup benci melihatkan perangai pelajar yang malas sepertinya.

“Koser nok! Vencis hem dengan perangai si Sia ni!” getus Gundutz marah-marah kepada Linus.

“Alah, salah cikgu vokal lah. Cikgu vokal langsung tak hormat murid!” sampuk Timah.

“Haiyohhhhhh! Sejak bila pula cikgu kena melayan kerenah murid yang malas?” balas Gundutz dengan nada marah. “Sesuatuh sangat statement minah sorang ni.”

“Tu lah... Perlu ke cikgu sembah kat si Sia tu suruh dia belajar?” sokong Linus. “Perlu ke sebab dia lembab, cikgu kena bagi tumpuan lebih ala-ala mengajar pelajar istimewa.”

“Dia memang insan istimewa nok... Ala-ala kena masuk kelas khas gituh!”

"Sia tu seorang yang jujur, kejujuran penting... Dia tidak berpura pura!" Timah memberi alasan.

“Perlu ke nak propa si Sia tu lagi?” marah Gundutz. Hidungnya kembang kempis.

“Dia berbakat okay! Kalau tak macam mana dia boleh jadi finalis Akademi Impiana?” Timah berani melawan.

“Itu hem pun tak paham... Ala-ala Misteri Nusantara gituh. Macam mana ntah penyanyi macam dia boleh masuk final 12. Seswatuh sangat!”

“Alah, taktik Gastro letak underdog tak perlu nyah--”

“Tapi ramai yang undi dia nok! Penyokong dia ramai!”

“Ko kena paham nok. Yang undi dia semua macam dia jugak. Ye lah, ala-ala boleh relate dengan dia gituh – jenis lembab dah tu malas nak belajar. Ye lah, you are who you vote, kan?”

“Itu lah nok. Hem setuju dengan pendapat kau. Yang jadi pengikut fanatik Sia tu sebenarnya perangai dua kali lima macam dia nok.” Ujar Gundutz dengan bersungguh-sungguh. “Perlu ke kita anggap dia antara yang terbaik kat Malaysia ni? Buat malu Malaysia je. Bayangkanlah kalau dia disuruh buat konsert dengan budak-budak Akademi Impiana Indonesia 2 yang meletop tu!”

“Korang ni kalau dibiarkan makin menjadi-jadi pulak!” Timah merenung tajam ke dalam mata Gundutz.

“Terasa lah tu!” Gundutz tersenyum puas. Dia memandang ke arah Timah buat beberapa detik sebelum dia kembali memberi tumpuan ke kaca TV.

**


Si Khir cukup benci membawa lagu-lagu yang tidak dikenalinya. Yang dia mahu hanya menyanyikan lagu-lagu R&B, R&B dan lagi lagu R&B yang berjiwa BB*. Pada minggu ini, dia telah menerima lagu Bunga Pujaan oleh Jamal Abdillah untuk dinyanyikan di dalam konsert Akademi Impiana nanti. Sebuah lagu yang dikatakan tidak pernah didengarinya sebelum ini (seperti lagu Epilog Cinta Dari Bromley oleh Suhaimi Meor Hassan, sebuah lagu popular yang sudah mencapai tahap klasik tetapi dia masih tidak mengenali lagu ini).

Jadi, jika dia tidak meminati sesebuah lagu (lebih-lebih lagu yang tidak dikenalinya), dirasakannya dia perlu mengubah lagu tersebut agar mengikut citarasanya (baca: lagu R&B yang berjiwa BB*).

Di dalam kelas Puan Siti Hawa, Khir telah diminta untuk menyanyikan lagunya. Apabila dia menyanyi, melodinya sumbang. Seboleh-bolehnya si Khir ini mahu mengubah lagu Bunga Pujaan kepada acuan irama R&B.

“Awak kena paham melodi lagu tu dulu sebelum nak tukar-tukar lagu tu!” tegur Puan Siti Hajar. Dia cuba mengawal marahnya. Dia sudah merasa cukup muak dan mual dengan tabiat degil Khir yang suka merosakkan melodi lagu yang sudah cukup baik disusun oleh komposer asalnya.

“Bila saya nyanyi saya tak boleh ikut melodi!” bantah Khir dengan nada degil.

“That's not an excuse!” balas Puan Siti Hawa dengan selamba kerana malas hendak melayan kerenah seorang pelajar yang belum apa-apa sudah mahu menunjukkan belang seorang diva...

**


Baru-baru ini, Guru Penasihat Perundingan Imej Puan Rohani telah dibawa masuk untuk mengajar para pelajar Akademi Impiana tentang cara-cara ketrampilan imej yang baik sebagai seorang artis. Berikut pula merupakan beberapa senarai Guru Penasihat yang telah dicadangkan oleh Gastro tetapi masih dalam pertimbangan.

(Cadangan): Guru Kaunseling Bercinta Sesama Pelajar
(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Pelajar dah arif sangat tentang hal ini, malah pandai menggunakan situasi bercinta sesama pelajar untuk menagih undi dari penonton yang berjiwa sentimental (baca: mentel).

(Cadangan): Guru Penasihat Imbasan Wajah Sedih
(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Para pelajar didapati sudah cukup arif menggunakan wajah sedih dan tangisan untuk meraih undi simpati dari peminat-peminat mereka.

(Cadangan): Guru Penasihat Interframe
(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Terdapat beberapa pelajar yang sudah cukup arif dalam bidang ini untuk memastikan agar aksi-aksi mereka dapat disaksikan oleh penonton. Lagipun, ratu segala enterframe, Azmil (ketika pelajar sedang menyanyi dan juri mahu memberi pendapat dia memang suka enterframe), telah menurunkan ilmunya kepada para pelajar secara tak langsung.

(Cadangan): Guru Penasihat Ubahsuai Ketrampilan Agar Lebih 'Woman'
(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Guru Penasihat ini pada mulanya dianggap penting untuk memastikan pelajar-pelajar wanita kelihatan lebih ayu dan feminin. Tetapi ditolak ketepi idea ini memandangkan pelajar-pelajar wanita yang nampak “gagah”, “perkasa” dan “kasar” boleh belajar untuk menjadi lebih lembut dari pelajar-pelajar lelaki yang lembut (baca: jantayu atau jantan ayu).

(Cadangan): Guru Penasihat Lakonan Iklan
(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Pada mulanya, para penaja mahu guru penasihat ini diperkenalkan agar para pelajar tahu bagaimana untuk mengiklankan produk mereka dengan lebih berkesan, tetapi akhirnya dianggap tidak relevan memandangkan para pelajar sudah cukup arif dalam bidang lakonan spontan untuk memperkenalkan produk jenama mereka (contoh, tangkai cawan dipecahkan secara misteri agar jenama penaja cawan dan pinggan mangkuk dapat disebutkan secara langsung).

(Cadangan): Guru Penasihat Agar Pelajar Tidak Pecah Lobang
(Mengapa ianya masih di dalam pertimbangan): Pada mulanya, guru penasihat dalam bidang ini dianggap penting, memandangkan hosnya sendiri, Azmil dah pecah lubang sejak azali dengan aksi lembut, bermake-up tebal dan berbaju ketat – tetapi akhirnya diketepikan, kerana jika terdapat pelajar Akademi Impiana yang pecah lobang dengan memakai kimono dan bertocang sekalipun, peminat-peminat fanatiknya tetap akan menganggapnya “macho”. Bak kata Pak Abu: Kalau Pak Abu nak ajar pelajar tu agar tak pecah lobang, Pak Abu kena tengok baju pengantin dulu sebelum Pak Abu boleh design pelamin... Eh sorry, mak... Errk, Pak Abu salah konsep lagi!

* Blue Bar