Diari Akademi 07-07-08
Negaraku
Mereka diminta oleh Encik Julian untuk menyanyikan lagu Negaraku sambil tangan kanan diletakkan di dada kiri seperti menyanyikan lagu The Star-Spangled Banner. Selesai menyanyikan lagu Negaraku tersebut, mereka diberi habuan VCD filem Tan Sri P Ramlee. Adam yang paling seronok kerana dapat menonton filem-filem tersebut. Jarang dapat melihat Adam ketawa bersungguh-sungguh. Selalunya beliau agak mengawal pergerakannya, tetapi hari ini kita dapat menonton beliau gelak bersungguh-sungguh.
Latihan Nyanyian
Mereka diminta untuk membuat latihan sebelum menyanyi. Kita dapat melihat ketekunan Farah cuba menyanyikan bahagian tersebut. Sewaktu Linda diminta untuk membuat latihan tersebut, kita dapat melihat kerisauan wajah Mas yang duduk di sebelah Linda menantikan gilirannya seperti menanti hukuman mati. Farah memerlukan masa yang lama untuk memberi fokus kepada latihan tersebut. Mungkin kerana nada latihan tersebut agak rendah, beliau seakan tidak berkeyakinan.
Cikgu Siti Hajar menerangkan agak mudah untuk menghasilkan nada yang rendah. Setiap pelajar perlu berasa selesa, rasa chest tone ke bawah dan terus bernafas seperti biasa. Selesai membuat latihan legato, mereka perlu membuat stail staccato pula.
\Le*ga"to\ (l[asl]*g[aum]"t[-o]), a. [It., tied, joined, fr. legare to tie, bind, L. ligare.] (Mus.) Connected; tied; -- a term used when successive tones are to be produced in a closely connected, smoothly gliding manner. It is often indicated by a tie, thus ?, ?, or ?, ?, written over or under the notes to be so performed; -- opposed to staccato.
Latihan Bersama Cikgu Siti Hajar
Farah tiada masalah membawakan lagu Jangan Kau Mimpi. Namun demikian beliau harus mengurangkan tarikan pada vokalnya kerana teknik pernafasannya menjadi tidak betul. Mas perlu memperbetulkan hujung-hujung lirik lagunya kerana agak mendatar dan sedikit sumbang. Cikgu Siti Hajar menyarankan agar nadanya dinaikkan lagi untuk disesuaikan dengan range vokal Mas.
Penasihat Imej
Cara memberi dan menerima business card juga diajar di dalam Akademi Fantasia. Satu perkembangan yang baru di dalam Akademi. Dengan wujudnya seorang Penasihat Imej, mereka seharusnya didedahkan dengan lebih banyak aspek yang melibatkan penampilan diri cara pembawakan diri serta perawakan tubuh badan.
Pemilihan gaya perlu disesuaikan dengan warna. Melalui warna sahaja, ia boleh menyampaikan maklumat tentang penampilan seseorang pelajar. Pelajar didedahkan tentang warna dan bahagian-bahagian warna. Secara keseluruhan, matalah yang menterjemah warna.
Koreograf Smooth Criminal
Pergerakan serabut yang jika tidak dikawal dengan baik oleh Cikgu Corrie akan mencacatkan persembahan Adam. Sewaktu latihan, nampak kekabutan dalam latihan mereka. Gerak mereka kucar-kacir. Menariknya koreograf ini ialah ia bermula dari duduk sehinggalah pelajar semua bangun menari.
Farah turut berlatih untuk lagu Jangan Kau Mimpi dibawah kelolaan Cikgu Linda Jasmine begitu juga dengan Nurul untuk lagu Lucky. Keupayaan Farah dalam mutu vokal tidak wajar dipertikaikan lagi dan beliau harus memberi sedikit tumpuan kepada pergerakan tariannya. Beliau masih nampak kaku dan tidak bersahaja. Nurul perlu memberi tumpuan kepada dua aspek penting persembahannya. Nyanyiannya dan tariannya. Dua perkara penting yang saya merasakan beliau agak lemah. Menyanyikan lagu Inggeris dan perlu menari. Memang sukar. Beliau harus memperbetulkan sebutannya dahulu dan kemudian tariannya.
True Colours Farah
Farah mula menonjolkan sifat sebenar beliau di dalam Akademi. Beliau jenis yang agak goyah. Sekejap sedih, sekejap gembira. Beliau “let it go” tanpa perlu dibatasi dengan kekangan-kekangan yang ada. Beliau jenis yang selamba. Perbualannya dengan Encik Julian agak rapat dan selamba. Mereka boleh bergurau senda.
Mr. M&M
Zahid menerima hadiah Mr M&M. Dia makan coklat tersebut dengan Adam.
Dah Champion ?
Seperti biasa hari tersebut akan ada kelas bersama Ramli MS. Sewaktu mengajar Linda, Mas tertangkap kerana tidak memberikan tumpuan oleh Ramli MS. Kesemua pelajar tersenyap ketakutan. Masing-masing tunduk menikus. Mas menafikannya yang beliau tidak mengambil perhatian. Ramli MS yang mahu membuktikan apa yang diperkatakan oleh beliau benar telah meminta Mas membuat seperti apa yang beliau mahukan. Mas melakukannya selamba. Mas diminta duduk. Ramli MS nyata agak berang dan meminta Mas agar tidak masuk di dalam kelas tersebut lagi. Beliau turut mahu melihat buku rekod Mas dari semua Tenaga Pengajar. Nurul telah melakukan apa yang diingini oleh Ramli MS dengan betul dan memberitahu Mas inilah yang beliau mahukan.
Surat Wasiat
Pelajar perlu menulis apa yang akan mereka ingati sepanjang mereka berada di Akademi Fantasia. Pelajar perlu menulis tentang memori sewaktu di Akademi. Tidak banyak perubahan dalam pemilihan pembaca surat wasiat kecuali Linda yang masih belum berjumpa pengganti Zarina telah meminta agar Cikgu Siti Hajar yang membacakan surat wasiatnya.
Dua Insan
Pelajar lelaki boleh memberikan persembahan yang baik berbanding pelajar perempuan. Mas perlu memberikan tumpuannya untuk lagu tersebut terutamanya di bahagian hujung lirik lagu, masih ada tersasar pitch. Nurul perlu memberikan perhatian kepada tempo lagu tersebut.
Namun demikian, Cikgu Siti Hajar masih belum berpuas hati dengan latihan tersebut dan telah meminta setiap pelajar berdiri di lokasi yang jauh antara satu sama lain. Cara ini dapat melatih mereka agar lebih peka kepada setiap perubahan dalam lagu dan memberi tumpuan kepada tempo muzik tersebut. Latihan ini juga membuktikan yang mereka mampu untuk menyanyikan lagu tersebut dengan sepenuh tenaga.
Keliru atau Membodohkan Diri Sendiri ?
Adegan ini boleh dianggap sebagai satu adegan yang penuh dengan melodrama yang penuh dengan kejujuran mengikut tafsiran mereka dan ia juga boleh menjadi satu adegan yang memualkan dan juga boleh dianggap memperbodohkan diri sendiri. Kasihan pun ada, meluat pun ada.
“Aku mahu sebut yang bagus-bagus, tetapi terlupa terus…”
Kemahuan beliau ada, saya harus puji itu, tetapi kesungguhan beliau kurang. Tahap serius beliau kurang sekali. Beliau banyak main-main. Seperti yang saya sebut di awal perenggan. Setengah orang akan melihat ianya sebagai adegan penuh kejujuran yang datang dari dalam diri Mas dan di setengah pihak lagi akan melihatnya sebagai sesuatu yang membosankan dari diri Mas. Pandangan masing-masing berbeza.
Nota: Adifashla dan Sahri menyampaikan salam mereka buat pembaca blog ini.
0 komen