Diari Akademi Fantasia 05-07-08
Mata Ayah II
Hampir semua pelajar telah pun menghafal puisi Mata Ayah tersebut. Mereka perlu menghayati puisi tersebut. Melalui penghayatan tersebut mereka dikehendaki mencari watak yang ingin mereka bawakan. Anding, anak yang merantau pada usia 22 dan kembali semula ke kampungnya pada usia 25 tahun kerana bekerja. Begitu juga dengan Linda. Adam memberikan sedikit unsur melodrama pada wataknya dengan memasukkan cerita tentang beliau seorang anak tunggal yang terpaksa meninggalkan bapanya walaupun ibunya telah meninggal dunia. Beliau kembali semula ke kampungnya setelah merantau selama 10 tahun. Farah pergi kerana melanjutkan pelajaran, pada usia 18 tahun sehingga umur 25 tahun. Pulang ke tanahair hanya 3 kali. Beliau sangat rapat dengan bapanya. Zarina agak kreatif, membawakan watak seorang yang kecewa kerana cintanya terhalang. Beliau tetap berdegil meski pun hasratnya dihalang oleh ibu, abang dan kakaknya. Bob pergi kerana mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran.
Jangan Pisahkan
Sebuah nyanyian berkumpulan yang menarik jika dinyanyikan secara solo. Apabila tiba rangkap yang memerlukan mereka menyanyi beramai-ramai jelas nada suara mereka berbeza-beza dan kedengaran kucar-kacir. Mereka perlu mendapat nada suara yang sama untuk bahagian beramai-ramai. Rata-rata vokal setiap pelajar lebih enak didengar sekiranya menyanyi secara solo kecuali Nurul dan Mas yang perlu memperbaiki low tone nya.
Main Bermain-main
Anding bertindak selaku pengadil dan memulakan permainan badminton tersebut antara pasangan Kaer dan Linda serta pasangan Farah dan Zahid. Pada mulanya nampak macam main galah panjang pula. Cikgu Fauziah Nawi menasihatkan mereka agar bermain dengan bersungguh-sungguh. Mereka perlu memberikan perhatian kepada kedudukan bulu tangkis. Mereka harus merasa kedudukan bola tersebut. Teknik lakonan ini dipanggil miming. Hanya berdasarkan pergerakan dan mimik muka sesuatu mesej dialog tersebut tetap dapat disampaikan kepada penonton. Tetapi harus lebih menjadi agar penonton dapat merasainya.
Adam dan Bob turut bermain badminton. Secara fizikal, Bob telah melakukan aksi seorang pemain badminton tetapi emosi dan ekspresinya seperti tidak bermain. Beliau kelihatan selamba walaupun menerima hantaran pantas dari Adam.
Koreograf Tipah Tertipu
Sebuah koreograf yang menarik untuk Adam membolehkan beliau mengumpan lebih undian SMS dari penonton setelah melihatkan aksi tariannya yang sharp dan penuh berattitude serta cheecky. Para remaja wanita pasti mengundi beliau.
Koreograf Warna Kehidupan Zahid juga menarik tetapi sayangnya vokal beliau seakan semput. Beliau harus memperbaiki mutu vokal beliau.
Asas Bersama Pengetua
Penglibatan Pengetua turun pandang memberi tunjuk ajar kepada para pelajar wajar dipuji. Ini secara tidak langsung Pengetua dapat mencurahkan segala pengalamannya kepada para pelajarnya. Ini satu keunikan yang ada dalam Akademi Fantasia II bila mana Pengetuanya turut sama melibatkan diri secara langsung dengan pelajar secara lebih akrab. Lebih meyakinkan apabila beliau mengajar perkara-perkara asas dalam muzik kepada pelajar tersebut.
Pembedahan Bapa Linda
Linda menerima sepucuk surat dari bapanya yang akan menjalani pembedahan pada bulan ini. Beliau mengharapkan agar Linda tidak bersusah hati kerana pembedahan akan berjalan dengan lancar dan berdoa semoga semuanya berakhir dengan selamat.
Menjelang 12.00 tengah malam, mata semakin layu.
Tengok Gambar
Setelah ketiadaan Fitri, tempatnya diambil oleh Adam. Mereka sama-sama melihat koleksi gambar yang dirakam sewaktu Konsert. Mereka sama-sama memberikan komen kepada gambar-gambar tersebut.
Merisik Khabar
Sebuah lagu yang sukar untuk Anding. Nyanyiannya harus lebih meyakinkan untuk lagu ini. Jiwa lagu ini masih belum diperolehi oleh beliau. Penggunaan vokal yang keras agak mengejutkan dan bunyi yang terhasil tidaklah enak didengar. Kini tiba giliran Mas untuk membantu Anding, beliau banyak menasihatkan Anding agar melupakan segala-gala perasaan lain dan menumpukan perhatian kepada lagu tersebut. Beliau harus mengosongkan perasaannya.
Di Dapur Bersama Zahid
Sambil membasuh pinggan, Zahid menghiburkan rakan-rakannya dengan jenaka meniru aksi Awie, Jamal Abdillah dan Zamani menyanyikan lagu Habis Sudah Umpanku. Cuma nyanyian Amy Search sahaja yang tidak mampu ditiru oleh Zahid.
Menuju Puncak
Ketegasan Linda memang adakalanya menakutkan. Beberapa pelajar melakukan kesilapan dan kita dapat melihat riak muka pelajar yang memang betul-betul bersungguh-sungguh di dalam kelas Linda Jasmine. Takut benar mereka dengan Linda Jasmine. Linda, Mas, Zarina serta Nurul turut melakukan kesilapan. Begitu juga Kaer yang ditampar tangannya kerana kedudukannya salah.
Robotik Mas
Sebuah koreograf yang hebat untuk Mas. Cantik pergerakannya. Cuma perlu tenaga dan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan pergerakan yang lebih sharp agar nampak lebih bersih. Bantuan rakan banyak menutup kelemahan Mas yang masih tidak dapat menghafal step yang perlu dibuat. Memang sukar lebih-lebih lagi jika terpaksa menyanyi pada waktu yang sama.
Lenggok Linda
Lagu irama Malaysia yang pertama buat Linda serta koreografnya agak menarik walaupun unsur-unsur aslinya tidak begitu menjadi. Banyak diselitkan elemen moden.
Mas Mahu Menonton
Mas manhu menonton videoclip Kylie Minogue dan memohon kepada kamera. Permintaannya ditunaikan. Petang itu beliau menonton klip video tersebut bersama-sama Linda Jasmine dan rakan-rakan yang lain. Linda menasihatkan Mas agar lebih over dan seksi. All out sewaktu membuat persembahan.
Bayangan Tarimu
Mereka menyanyikan lagu Bayangan Tarimu yang pernah dinyanyikan oleh Fitri. Kelihatan Linda yang agak sugul dan tertunduk kesedihan.
Pengalaman Di Rakaman Imbasan Akademi Fantasia
Saya menerima satu pesanan dari Yahoo Messenger meminta alamat email. Saya agak terkejut kerana tidak menyangka yang beliau akan menghubungi saya. Cerita-cerita lama yang telah pun saya lupa. Saya memberikan nombor telefon saya untuk dihubungi.
Memang agak gusar dan tidak tenteram perasaan saya ketika itu. Fikiran mula terbang entah ke mana-mana. Pada beberapa rancangan yang saya terfikir.
Hari Khamis, saya menerima panggilan. Nombor yang tertera ialah nombor pejabat salah seorang sahabat saya. Saya menyangkakan beliau yang menelefon saya. Rupa-rupanya orang lain. Beliau memperkenalkan dirinya. Ringkas sahaja namanya. Beliau bertanya nama saya. Sultanmuzaffar atau mahu panggil apa ? Senang sahaja jawapan saya, panggil saja Muzaffar. Itu nama betul. Beliau bertanyakan sama ada saya sudi untuk menjadi tetamu Imbasan Akademi Fantasia pada minggu keempat. Saya agak keberatan pada mulanya kerana tidak biasa dengan kamera. Lagipun saya bukan seorang yang disenangi oleh semua orang.
Selepas beberapa perbincangan, saya akhirnya bersetuju.Saya dikehendaki hadir ke Rehearsal Konsert pada hari Jumaat. Diperkenalkan dengan Pihak Penerbitan, antaranya yang pernah saya kenal sejak Akademi Fantasia I.
Tidak ada seorang rakan pun yang tahu tentang kemunculan saya di Imbasan Akademi Fantasia kecuali dreamfinder dan nizamzakaria. Saya perlu mendapatkan nasihat mereka tentang PR dan juga mendapatkan idea tentang apa yang perlu dibicarakan. Saya akui memang seorang yang camera-shy. Bantuan rakan-rakan amat perlu mada masa tersebut.
Memang kami boleh berbincang tetapi apa yang bakal ditanya oleh Aznil saya sendiri tidak tahu dan tidak dapat mengagak.
11.00 malam - Konsert IV selesai
11.15 malam - Dipanggil untuk bersedia. Berada di Ruang Makan
Saya tidak sempat untuk bertemu dan berbual dengan Rosma dan Nana kerana telah dipanggil untuk bersedia.
11.45 malam - Menunggu di dalam Dewan. Bertemu Aznil berbincang tentang Akademi Fantasia. Aznil banyak bertanya tentang kejutan yang berlaku malam itu. Tentang pendapat saya mengenainya. Apakah lakonan atau pun realiti. Memang sukar untuk saya
menjawab. Lebih-lebih lagi berada di dewan tidak nampak ekspresi muka serta bahasa tubuh beliau.
12.00 pagi – Kembali ke Ruang Makan bersama-sama krew penerbitan. Sesi Soal-Siasat.
Saya bertemu salah seorang Penerbit Eksekutif Akademi Fantasia. Kata beliau gambar blur yang ada pada blog saya memberi makna saya membuat kerja dengan begitu pantas. Memang menyeronokkan apabila mendapat peluang untuk duduk di belakang pentas serta melepak dengan crew penerbitan di ruang makan. Boleh berbicara secara selesa kerana tiada kamera di sekeliling.
Rasa bangga pun ada apabila salah seorang Penerbit Eksekutif menyatakan yang blog saya banyak membantu program tersebut. Mereka juga hairan bagaimana saya boleh mendapat gambar terlalu pantas. Kebanyakan gambar diperoleh daripada laman rasmi Akademi Fantasia sendiri. Beberapa gambar diperoleh dari laman www.akademifantasia.net. Tentang gambar t-shirt, saya peroleh dari satu email fwd. Memang mengejutkan mereka kerana rekaan tshirt tersebut belum diluluskan dan
bagaimana saya boleh dapat gambar tersebut.
Satu perkara yang asing bagi saya ialah apabila mereka memperkenalkan saya sebagai sultanmuzaffar, kebanyakkan mereka agak terkejut. Ohhh..inilah dia...ooo, inilah orangnya.
Banyak yang bertanya tentang bagaimana saya mengurusnya seorang diri. Mudah sahaja, jika sudah minat, apa sahaja perkara mustahil pun akan dapat dilakukan. Yang penting kena tahu hargai masa diri sendiri dan membahagikannya sebaik-baiknya. Banyak hati yang perlu dijaga apabila difikirkan soal masa ini.
Seketika saya berbual dengan Freddie Fernandez tentang industri muzik Malaysia. Akademi Fantasia sebenarnya telah menghidupkan semula industri muzik tempatan.
12.40 pagi – Touch-up
12.45 pagi – Rakaman bermula
Saya berpeluang untuk melihat sesi rakaman Freddie Fernandez dahulu sebelum giliran saya. Saya melihat Freddie tidak memandang ke arah kamera dan merasakan saya sendiri tidak perlu memandang kamera. Lagipun saya bercakap dengan Aznil, rasa pelik pula bila pandang kamera.
Selesai Freddie, giliran saya pula. Memang tangan sudah sejuk. Saya hanya menjawab apa yang disoal. Tanpa skrip dan latihan, rakaman diteruskan. Saya tidak diberitahu soalan-soalan yang akan ditanya hanya diberitahu tentang skop soalan tanpa mengetahui soalan sebenar yang akan ditanya. Dalam fikiran saya hanya menantikan rakaman tersebut tamat secepat yang mungkin. Rakaman 15 minit itu terasa begitu panjang.
1.45 pagi – Rakaman tamat
2.00 pagi – Bertemu Fitri
Saya berkesempatan untuk bertemu beliau setelah selesai rakaman di Ruang Belakang Pentas. Beliau sedang mengemas barang-barangnya untuk pulang. Saya sempat meminta beliau menanda-tangani autograph untuk disampaikan kepada pembaca blog saya sendiri dan ahli yahoogroup beliau sendiri. Beliau agak terkejut apabila diberitahu yang beliau telah pun mempunyai fan club sendiri.
2.10 pagi – Pulang
0 komen