Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 14 June 2004

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 02-01-02

Fitri dan Linda
Seingat saya, sepanjang Akademi Fantasia I, tidak ada pelajar yang berbincang tentang kedudukan mereka di minggu-minggu awal di Akademi. Berbeza dengan Akademi Fantasia II. Fitri kelihatan berbincang tentang kedudukan. Sekadar gurauan. Linda pun tidak banyak membalas, hanya sekadar senyum.

Motivasi
Dr Sher Kawi menasihatkan para pelajar agar mengekalkan originaliti mereka. Mungkin idea ini datang setelah perbincangan di Imbasan Akademi semalam. Hal originaliti dibawa ke pengetahuan oleh Kudsia Kahar. Beliau juga turut disoal oleh Aznil tentang keaslian para pelajar.

Pelajar dinasihatkan agar tidak lupa diri mereka sebenarnya. Tidak terlalu berpura-pura. Apabila berpura-pura, mereka seakan-akan memaksa diri. Ia tidak kekal, lupa diri dan bongkak.

Beliau seboleh-boleh mengingatkan para pelajar agar tidak berpura-pura sewaktu menunjukkan persona yang bukan diri masing-masing.

Tentang bagaimana hendak menyerlahkan diri adalah datang dari hati yang bersih, jujur dan ikhlas.

Mereka lagi-lagi diingatkan tentang semangat bersatu-padu, kerjasama. Mereka akan hidup bersama-sama selepas ini. Merekalah kawan, abang, kakak, adik sesama mereka sendiri.

Bob kelihatan menitiskan airmata, begitu juga Kaer. Zarina juga turut menitiskan airmata. Sesama pelajar perempuan mereka mententeramkan rakan masing-masing.

Happy Fathers Day !
Ini kali pertama kita melihat Zahid menitiskan air mata. Bersungguh-sungguh beliau. Saya melihat ianya datang dari hati yang ikhlas. Begitu juga dengan Zarina. Mas menangis bersungguh-sungguh sehingga perlu ditenteramkan oleh Cikgu Fatimah agar tidak terlalu menangis sehingga akan merisaukan keluarganya di Sabah. Bob juga menangis terisak-isak. Edlin juga. Anding pun walaupun cuba mengawal di bahagian awal. Yang pelik, Nurul pula boleh kawal. Selamba sahaja beliau mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapanya. Mata Kaer merah apabila teringatkan bapanya, beliau turut mengucapkan agar bapanya dapat pulang ke rumah selalu bukan kerana dia tetapi kerana adiknya yang kecil. Farah yang tidak pernah berjauhan turut menitiskan airmata.

Linda yang bapanya akan menjalani pembedahan pada bulan Julai ini kerana sakit jantung tentunya lebih terharu apabila mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapanya. Kerana impiannya, beliau sanggup untuk meninggalkan Sabah untuk mengejar impiannya. Beliau tahu, bapanya seorang yang kuat. Fitri turut menitiskan airmata. Begitu juga Adam dan beliau menggunakan vokalnya untuk meluahkan perasaannya.

Observation
Kaer matanya ditutup dan kemudian diarahkan untuk meneka siapa di hadapannya. Tidak sukar untuk menelah siapa Adam. Pegang rambut, pegang tangan sudah boleh tahu. Latihan ini untuk melatih kita agak sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kita. Lebih-lebih lagi rakan kita. Mas yang tidak faham apa makna observation bertanyakan maknanya.

Mas tidak berjaya meneka Zahid berada di hadapannya. Agak mustahil untuk Mas meneka lebih-lebih lagi yang dipegang oleh Mas hanya tangan Zahid. Mas tidak mempunyai maklumat yang cukup untuk membuat tekaan. Sehinggalah beliau mendengar suara Zahid, barulah Mas dapat meneka dengan betul.

Lilin
Aktiviti ini adalah untuk menguji konsentrasi pelajar terhadap persekitaran. Penglihatan pelajar terhadap sekeliling. Mereka perlu menjadi lilin yang terbakar. Semua pelajar sudah terbaring kecairan melainkan Nurul. Kaer walaupun telah rebah masih sempat membuka mata.

Bersama Tenaga Pengajar
Semua ternanti-nanti apakah komen Ramli MS dan tenaga pengajar tentang persembahan hebat mereka di Konsert I. Persembahan mereka boleh dikatakan bagus untuk persembahan pembukaan. Terhibur menonton Konsert tersebut.

Farah mempunyai kreativiti yang bagus. Beliau telah menyimpan sedikit daripada persembahan latihannya untuk malam konsert. Saya melihat ini sebagai satu strategi yang bagus. Apa yang dilatihkan sewaktu latihan tidak sama dengan persembahan malam tersebut. Persembahan beliau dipersembahkan dengan lancar. Beliau sewajarnya dapat mengumpan perhatian penonton dengan persembahan tersebut. Beliau telah diarahkan oleh Ramli MS agar memperbaiki ad-libnya. Berusaha untuk menerima nasihat dari Adnan Abu Hassan kerana beliau yang lebih berpengalaman tahu di bahagian mana yang lebih sesuai untuk dibuat ad-lib.

Zahid membuat sebuah persembahan yang spontan kata Cikgu Fauziah Nawi. Sayangnya tiada kawalan kepada persembahan beliau. Zahid hanya melepaskan segala-galanya. Sehingga kelihatan agak kelam-kabut. Oleh kerana beliau terlalu bersahaja, banyak aspek lakonan yang tergantung dan penonton terpinga-pinga.

Zarina telah memberikan yang terbaik. Fokus telah diberikan walaupun tidak menjadi. Beliau perlu mempraktikkan ilmu teknik pernafasan dengan betul dan lontaran vokal dengan baik.

Kesilapan utama Bob menurut Ramli MS ialah beliau terlalu menghafal step-by-step persembahannya. Beliau tidak tahu apa yang akan datang selepasnya. Itulah salah satu sebab kenapa banyak kesilapan yang dilakukan oleh Bob. Cara orang yang terlalu menghafal ini, apabila blank beliau sukar untuk meneruskan persembahan.

Edlin seorang yang comel, mempunyai senyum yang menarik dan beliau harus mempergunakan kelebihan itu sebaik-baiknya. Fitri mempunyai masalah pitching yang ketara. Hilang tumpuan beliau sewaktu membuat persembahan. Lagu tersebut, beliau harus tekun dengan nyanyian dan tidak terlalu banyak bergerak. Vokal perlu diutamakan.

Cikgu Linda Jasmine begitu berbangga dengan persembahan Nurul. Namun demikian masih tidak cukup ekspresi wajah. Persembahan beliau masih belum menonjolkan senyuman dan permainan mata. Beliau masih belum mengeluarkan sepenuh karektor sewaktu menyanyikan lagu tersebut.

Anding perlu mengawal emosinya agar tidak terlalu ghairah. Keghairahan menyebabkan beliau banyak tersasar sewaktu membuat persembahan. Lagu yang sepatutnya simple telah menjadi rumit dengan tambahan gerak persembahan yang tidak perlu.

Cikgu Adnan amat berbangga dengan Mas setelah melihat persembahan Mas yang agak berkeyakinan. Walaupun menghadapi kesukaran untuk menghafal lirik dan melodi, beliau telah berjaya mengatasinya. Masalah pitching memang ada pada persembahan Mas, tetapi masalah tersebut dapat dilindungi dengan showmanship yang mantap. Ini secara tidak langsung telah menaikkan semangat Mas untuk memberikan persembahan terbaik di Konsert II.

Adam menghadapi masalah rahang yang tidak fleksibel. Beliau tidak membuka mulutnya sewaktu menyanyi. Linda telah mengambil tenaga orang lain dan berjaya mengawal tenaga tersebut dengan baik. Saya sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Cikgu Fauziah Nawi.

Ratio vokal asal Kaer dengan vokal paling rendahnya agak rendah. Beliau perlu memperbaiki semi falsettonya dan mencampuradukkannya dengan nyanyiannya. Berusaha lebih gigih untuk memperbaiki falsettonya.

Lagu Baru Konsert II
Bob Jangan Bersedih Lagi – Anuar Zain
Saya menantikan sebuah persembahan yang tidak terlalu meniru Anuar Zain. Lagu ini merupakan lagu killer dan juga lagu kegemaran saya. Beliau hanya perlu berdiri tegak dan membuat persembahan.

Kaer Ikhlas Tapi Jauh – Zainal Abidin
Lagu Zainal Abidin banyak bermain dengan ad-lib. Beliau harus menggunakan nasihat Ramli MS kepada Farah untuk lagu ini. Ad-lib lagu Zainal Abidin kalau berlebihan rosak lagu tersebut.

Fitri Kasih Latifah – Spider
Timbul rasa simpati saya buat Fitri. Beliau harus melontarkan seluruh vokalnya, jangan kepit-kepit. Bukan saya yang cakap, Ramli MS yang cakap.

Adam Kerana Dia – Yasin
Adam mahu menari. Silalah ! Lagu ini merupakan lagu yang terbaik untuk Adam menonjolkan keupayaan vokal beliau tanpa perlu terikat dengan gaya Yusry.

Zahid Istana Menanti – Rahim Maarof
Tanpa perlu membuat aksi lakonan yang tidak perlu, Zahid hanya perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap vokal beliau.

Anding Melompat Lebih Tinggi – Sheila on 7
Sebuah lagu yang rancak dan sesuai dengan Anding. Anding boleh menggunakan lagu ini untuk beraksi cergas di pentas.

Mas Kaulah Segalanya - Ruth Sahanaya
Sebuah lagu yang sukar untuk Mas. Beliau perlu memberikan keutamaan kepada vokal untuk lagu ini. Lagu ini tanpa showmanship yang cergas, hanya keupayaan vokal sahaja yang dapat ditonjolkan dengan lagu ini.

Zarina Awallah Dondang – Noraniza Idris
Sebagai seorang yang sudah biasa menyanyi lagu ghazal, sewajarnya lagu ini tidak menjadi satu masalah yang besar untuk Zarina.

Edlin Can’t Fight The Moonlight – Leann Rimes
Beliau harus menggunakan segala kegatalannya untuk lagu ini. Beliau perlu cheeky untuk lagu ini. Beliau telah pun mempraktikkannya sewaktu kelas Ular Lari Lurus. Praktikkan untuk lagu ini. Gerak bebas.

Linda Semoga Abadi – Misha Omar
Seperti pertama kali saya mendengar lagu Halaman Cinta oleh Nana, sama juga untuk lagu Semoga Abadi ini. Saya tidak dapat menilai keupayaan pelajar tanpa mengetahui jenis lagu yang Linda dapat.

Nurul Ke Hujung Dunia – Sarah Raisuddin
Saya ingat-ingat lupa lagu ini, oleh itu tidak dapat menilai keupayaan Nurul untuk lagu ini.

Farah Tua Mengejar Kita – Fauziah Latiff
Begitu juga dengan lagu Tua Mengejar Kita nyanyian Fauziah Latiff.

Turun 1kg
Bob telah turun 1kg setelah seminggu timbangan terakhir di ambil sewaktu berada di Akademi Fantasia.

Johnny dan Jenny
Mereka menerima nama baru untuk confession camera yang berada di Dewan Makan dan Split Level Area. Nama yang diberikan untuk kamera di Split Level Area ialah Jenny dan di Dewan Makan ialah Johnny.

Terima Kasih dari Zahid
Zahid mengucapkan terima kasih kerana telah menerima kejutan di Konsert I.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger