Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 12 June 2004

Akademi Fantasia IIKonsert I Akademi Fantasia: Benchmark Yang Tinggi

Rekaan Set dan Tatacahaya
Sebuah set yang nampak penuh di bahagian belakang. Layar skrin masih dikekalkan. Sofa hitam untuk Pengacara dan pelajar sebelum memulakan persembahan juga nampak tidak ceria. Rekaan pentas banyak menggunakan warna jingga iaitu warna asas untuk Akademi Fantasia II. Rekaan tatacahaya juga amat mengkagumkan. Saya suka dengan kesan tatacahaya untuk pentas kali ini. Penggunaan pyrotechnique juga sesuai pada masanya.

Pengkritik
Pengkritik tetap masih mengekalkan Kudsia Kahar yang tidak keluar carta sejak Akademi Fantasia I. Juri-juri profesional yang lain terdiri daripada Awie dan Rashid Sibir. Meletakkan Kudsia Kahar di penghujung merupakan idea yang bagus kerana pengkritik pertama dan kedua boleh memberikan keutamaan dari segi vokal yang mana merupakan aspek penting di Akademi Fantasia. Kudsia boleh memberikan pendapat beliau mengenai persembahan dan imej.

Kedudukan Sebelum Konsert
Linda 17%
Adam 13%
Kaer 13%
Mas 9%
Zarina 8%
Anding 7%
Zahid 7%
Zahid 7%
Fitri 6%
Nurul 6%
Farah 5%
Edlin 5%
Bob 5%

Akademi Fantasia IIFarah – Seandainya Masih Ada Cinta 7/10
Persembahan pembukaan dari Akademi Fantasia II benar-benar memukau. Di awal-awal minggu saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada beliau. Perubahan yang dibawa oleh beliau setiap hari terdapat peningkatan yang membanggakan. Beliau menyanyi ada stail tersendiri. Membawakan lagu tersebut dengan lenggoknya yang tersendiri. Sebutan beliau agak jelas. Kegugupan menyebabkan interaksi dengan kamera agak kurang dan penghayatan terhadap lagu tidak begitu sampai. Hanya sekadar melontarkan vokal yang mantap dan penghayatan serta mesej lagu tidak sampai kepada penonton. Sebagai peserta pertama di Konsert I, beliau agak meyakinkan Awie turut menasihatkan beliau agar tidak terlalu bongkok serta tidak terlalu yakin.

Akademi Fantasia IIZahid – Percayakan Siti 6/10
Ada kejutan untuk Zaid malam itu. Kejutan tersebut secara tidak langsung telah melonjakkan keyakinan beliau ke tahap paling maksima. Beliau menerima sehelai jersey Belanda EURO2004 yang disampaikan sendiri kepadanya oleh Shebby. Jersey tersebut tertulis nama beliau Zahid dan bernombor 10.

Persembahan beliau agak meyakinkan. Showmanship beliau superb ! Tetapi saya rasa, vokal beliau agak mendatar. Beliau kelihatan persis seorang penyanyi profesional di pentas. Interaksi dengan kamera benar-benar mengkagumkan. Beliau agak selamba di pentas. Ekspresi wajah beliau dalam lakonan benar-benar dapat menarik perhatian penonton. Untuk Konsert akan datang Zahid perlu memperbaiki mutu vokalnya.

Akademi Fantasia IIZarina – Mencintaimu 7.5/10
Klip sebelum persembahan dipertonton sewaktu kelas seni persembahan. Beliau menangis membaca lirik lagu tersebut. Aznil seperti biasa dengan mengikut arahan yang telah diberikan pasti akan menggunakan modal tersebut untuk membangkitkan nostalgia gossip percintaan Zarina dan Khai. Zarina jelas nampak malu-malu. Tajuk-tajuk lagu seperti Tingting, Tragedi Buah Epal, Bukan Cinta Biasa juga dijadikan modal untuk mengenakan Zarina. Tetapi Zarina tetap maintain.

Beliau berdiri di atas pentas keseorangan. Memberikan lirikan mata yang seksi dan pos menarik sebelum memulakan persembahan. Permainan mata beliau mengingatkan saya kepada Rosma. Vokal Zarina tidak wajar saya pertikaikan. Sememangnya hebat. Vokal beliau ada stail tersendiri. Interaksi dengan kamera juga masih kurang kesan kegugupan mungkin dan boleh kita lihat melalui body languagenya yang agak kaku. Beliau perlu lagi mempelajari teknik pernafasan yang baik kerana pada beberapa baris beliau kedengaran mencuri nafas.

Akademi Fantasia IIBob – Wajah Kesayangan Hamba 7/10
Beliau benar-benar memukau di Konsert I. Di hari-hari awal, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada beliau. Setelah menonton persembahan beliau, saya mampu menukar persepsi saya terhadapnya. Showmanship beliau mantap dan vokal beliau juga merdu. Lagu Wajah Kesayangan Hamba kedengaran amat menarik sekali. Saya kagum dengan beliau.

Akademi Fantasia IIEdlin – Bintang Hati 5/10
Di wajahnya ada kerisauan yang amat sangat sewaktu menyanyikan lagu ini. Vokal beliau agak jelas. Lagu Bintang Hati memerlukan keceriaan yang lebih untuk menghidupkan lagu tersebut. Beliau masih kelihatan kaku di pentas. Pada beberapa baris, agak mendatar. Penguasaan pentasnya agak kurang. Lontaran vokal beliau agak baik berbanding di hari-hari awal di Akademi Fantasia. Saingan beliau telah menonjolkan persembahan yang lebih hebat. Oleh itu, beliau perlu berusaha lebih keras untuk menyaingi mereka. Beliau perlu berani untuk berinteraksi dengan rakan-rakan penyanyi latar yang membantu. Secara tidak langsung, interaksi tersebut boleh mengubat perasaan gugup beliau.

Akademi Fantasia IIFitri – Jerat 3/10
Ramai yang mengharapkan beliau memberikan persembahan terbaik di Konsert I, lebih-lebih lagi dengan wajah beliau yang terpampang paling besar di poster promo Akademi Fantasia. Di awal-awal minggu saya memberikan gelaran Atie-In-The-Making kepada beliau. Beliau tidak memberikan persembahan yang baik. Vokal beliau tenggelam pada muziknya. Kawalan vokal beliau hancur. Pergerakan mekanikal beliau jelas tidak asli dan tidak kena dengan lagu. Lagu tersebut merupakan lagu yang memerlukan seorang penyanyi yang mempunyai vokal yang mantap. Beliau perlu banyak latihan vokal. Ketidakselesaan beliau menyanyikan lagu tersebut mungkin kerana tidak minat dengan lagu tersebut.

Akademi Fantasia IINurul – Sejakku Bertemu Padamu 6.5/10
Pelajar yang tidak saya harapkan memberikan persembahan yang baik telah membuatkan saya sedar semalam. Nurul telah membuka mata saya yang beliau sememangnya berbakat besar. Showmanship beliau superb. Koreografi tarian beliau dengan penari latar amat perfect. Beliau selamba di atas pentas. Menari juga selamba. Vokal beliau juga mantap. Beliau kelihatan amat seronok di pentas walaupun tanpa kehadiran ibu dan bapanya. Kata Kudsia, agak sukar untuk mencari cacat celanya persembahan Nurul. Cuma Nurul perlu mengurangkan tangisannya di dalam Diari untuk terus berada di Akademi Fantasia. Mempunyai vokal yang bagus belum tentu menjamin tempat untuk terus berada di Akademi sekiranya perwatakan beliau menjelekkan penonton.

Akademi Fantasia IIAnding – Jika Kau Bercinta Lagi 4/10
Klip “Bunga Bunga Cinta” Anding dan Edlin dipertontonkan kepada umum semalam. Saya kira ini dilakukan atas arahan sebagai damage control terhadap isu keperibadian Anding. Sekurang-kurangnya bibit tersebut akan dapat mengaburkan perhatian penonton. Menilai aspek nyanyian, Anding tidak memberikan persembahan yang baik. Masalah pitching merupakan antara masalah yang utama. Step koreografnya tidak kena dengan lagu tersebut. Beliau kelihatan sungguh tidak asli di pentas. Adlib yang dibuat kedengaran tidak kena pada bahagiannya. Pada beberapa bahagian, vibrato perlu dikurangkan. Lagu tersebut adalah lagu sedih tetapi Anding menyanyikannya dengan begitu gembira sekali.

Akademi Fantasia IIMas – Permata Biru 7.5/10
Mas akan ditonjolkan dengan imej selamba dan nakal sehingga penghujung Akademi Fantasia. Beliau akan disayangi kerana mempunyai imej seperti Vince dan Nija. Gabungan imej dua senior Akademi Fantasia itu akan dapat mengumpan perhatian penonton. Satu Malaysia dapat melihat Mas jatuh sewaktu berlatih menari. Beliau masih selamba.

Permulaan lagu beliau sedikit terlewat kesan gangguan emosi. Showmanship beliau juga baik. Sebagai seorang penyanyi yang bersuara serak-serak basah, beliau perlu memperbaiki mutu vokal beliau dan cara nyanyiannya. Beliau telah memberikan persembahan yang mantap tetapi bukan persembahan vokal yang hebat. Persembahan beliau telah berjaya menutup segala kelemahan beliau dalam vokal. Beliau menyanyi dengan agak konfiden tetapi pada beberapa bahagian beliau kelihatan hilang keyakinan. Interaksi beliau dengan kamera amat meyakinkan.

Akademi Fantasia IIAdam – Jangan Lafazkan 5/10
Bakal anak didik KRU. Beliau ada kredibiliti bila berada di atas pentas. Kelihatan amat yakin di pentas. Interaksi beliau dengan kamera juga menarik. Beliau perlu membuang imej Yusry KRU dalam diri beliau. Beliau perlu mempelajari teknik pernafasan yang betul. Kawalan vokal beliau ada stail yang tersendiri. Beliau perlu berlatih lebih lagi kerana saingan-saingannya kuat. Showmanship beliau walaupun kelihatan menarik tetapi tidak mengikut tempo lagu.

Akademi Fantasia IILinda – Tak Tahan Lagi 7.5/10
Antara persembahan yang ditunggu-tunggu. Lagu Tak Tahan Lagi amat hebat. Showmanship beliau superb. Gerak tari kena dengan lagu terutamanya apabila melibatkan formasi bersama penari latar. Tempo nyanyiannya masih tidak kena dengan tempo lagu tersebut. Lagu ini belum benar-benar menyerlahkan vokal beliau. Diharapkan pada minggu akan datang beliau menerima lagu yang sesuai dengan vokal beliau dan dapat menyerlahkan keupayaan sebenar vokal Linda.

Akademi Fantasia IIKaer – Januari 7.5/10
Kaer bernasib baik kerana mendapat lagu yang amat sesuai dengan vokal beliau. Sebuah persembahan yang bersahaja. Beliau melontarkan vokal beliau dengan yakin dan mencipta gaya-gaya tersendiri. Adlib pada lagu tersebut dibuat dengan baik dan dirancang agar tidak berlebihan. Posisi beliau sebelum mula menyanyi juga amat menarik. Beliau telah memberikan persembahan yang luar biasa dan amat yakin dengan lagu ini. Cabaran sebenar ialah di minggu-minggu akan datang apabila beliau diuji dengan lagu-lagu yang bukan pilihan beliau.

Menuju Puncak
Saya suka dengan koreograf Menuju Puncak kali ini. Agak sukar tetapi sharp. Jika dilatih lebih lama, pergerakan mereka akan lebih cantik dan perfect. Lebih-lebih lagi jika dibuat di tempat yang lebih besar. Nampak lebih menarik. Saya tabik pada Corrie !

Semangat Akademi Fantasia
Pelajar Akademi Fantasia diberikan beg seorang satu di penghujung lagu Menuju Puncak. Melihat beg tersebut kegusaran timbul. Adakah ada pelajar yang akan tersingkir malam ini. Beg itulah semangat Akademi Fantasia. Mereka datang membawa impian dan pulang membawa realiti. Fitri ditanya tentang persediaan sekiranya tersingkir. Adakah beliau sudah bersedia ? Aznil kemudiannya mengumumkan kemunculan istimewa sebagai kejutan pada malam itu, apabila melihat 9 graduan Akademi Fantasia masuk untuk memberikan kata-kata semangat kepada junior-junior mereka. Walaupun tanpa kehadiran Vince, Rosma dan Burn, mereka tampil berkeyakinan. Beberapa ketika, sewaktu Khai memberikan ucapannya, kamera memberikan fokus kepada Zarina.

Walaupun tanpa penyingkiran pelajar pada minggu ini, pelajar tidak seharusnya berasa terlalu yakin. Apa-apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Sehingga saya sendiri meramalkan malam itu bakal ada kejutan dengan penyingkiran pelajar. Sebenarnya para penonton juga merasa begitu selesa dengan tiadanya penyingkiran pada minggu ini dan tidak membuat undian. Sekiranya ada penyingkiran abnormal semalam tentulah kesalahan tersebut diletakkan di bahu penonton yang tidak mengundi.

Benchmark yang terlalu tinggi telah ditetapkan pada Konsert I. Terlalu tinggi. Saya merasakan ini seperti bukan Konsert I. Tentunya kita berharap, konsert-konsert yang akan datang sehebat malam tadi atau tidak lebih hebat daripadanya.

Ranking Persembahan Terbaik SM
Untuk Akademi Fantasia II, saya akan menggunakan ranking per 10 untuk menilai persembahan terbaik pelajar. Menggunakan ranking per 5 tidak banyak penilaian yang boleh dibuat serta agak sukar untuk membezakan di antara pelajar. Di penghujung Akademi Fantasia II, jumlah mata ini akan dikumpulkan dan purata akan dikira.

Kaer 7.5/10
Linda 7.5/10
Mas 7.5/10
Zarina 7.5/10
Bob 7/10
Farah 7/10
Nurul 6.5/10
Zahid 6/10
Edlin 5/10
Adam 5/10
Anding 4/10
Fitri 3/10

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger