Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 13 June 2004

Akademi Fantasia IIImbasan Akademi Fantasia 01

Aznil muncul dalam setiap Diari Akademi, Konsert Akademi dan Imbasan Akademi. Sama macam saya. Aznil berbayar. Saya free ! :) (mahu kredit juga ke ?)

Pakar Motivasi
Dr Sher Kawi merupakan pakar motivasi yang terlibat secara langsung dengan Akademi Fantasia. Sebagai muka baru di Akademi Fantasia, kewujudan beliau melihat adanya pembaharuan di Akademi Fantasia. Sebagai muka baru beliau agak terkejut dengan senario tersebut. Lebih-lebih lagi apabila bekerja dengan pelajar-pelajar yang rata-ratanya remaja.

Mas menghadapi masalah kerana tidak faham bahasa percakapan sesama pelajar. Dalam keadaan Mas yang jarang keluar dari Tawau, satu kejutan budaya berlaku kepadanya. Secara tidak langsung perwatakan beliau yang kita lihat adalah semulajadi dan asli.

Mas menghadapi masalah untuk mendapatkan melodi lagu tersebut. Masalah utama beliau ialah penghafalan lagu. Pertemuan di Akademi Fantasia, merupakan satu perbezaan budaya terutamanya setelah bergaul dengan para pelajar yang datang dari latarbelakang yang berbeza. Sikap yang ditonjolkan oleh beliau juga ada sense of humour. Namun demikian masih natural. Hasilnya, malam tadi kita telah melihat persembahan Mas yang begitu hebat. Penampilan Mas begitu senang dengan kamera. Beliau seorang yang camera innocent, juga mempunyai sense of humour yang tinggi. Pihak Akademi tidak akan dapat mengubah Mas tetapi hanya sekadar membentuk beliau untuk menjadi seorang penghibur.

Airmata: Strategi
Nurul menangis ! Bukan sekadar Nurul sahaja yang menangis, Adam juga menangis ! Sebagai seorang motivator beliau tidak menggalakkan para pelajar menangis. Beliau lebih suka sekiranya tenaga itu disalurkan kepada yang lebih positif. Tangisan boleh juga dijadikan strategi untuk menarik emosi penonton.

Fauziah Nawi: Garang Atau Penyayang ?
Pada minggu ini beliau sering disalahanggap sebagai seorang yang garang. Cara beliau bercakap sememangnya penuh emosi kerana beliau telah dilatih untuk melontarkan vokal beliau. Adat orang teater ! Tanggungjawab beliau amat besar tetapi malangnya pemahaman para pelajar berbeza-beza. Ramai yang menganggap Akademi Fantasia ini adalah tempat untuk berkhayal. Sebenarnya tidak. Di sini tempat kita melatih dan tunjukajar secara tegas amat diperlukan untuk melahirkan bakat akan datang. Sebenarnya dalam ketegasan beliau, ada juga sifat keibuan dalam diri beliau.

Untuk menjadi seorang pelakon yang baik, seharusnya kita mesti kena tahu dan faham dialog yang ingin dilontarkan dan kemudian barulah diberitahu kepada orang iaitu penonton. Sekiranya seorang pelakon itu sendiri tidak faham apa yang ada dalam dialog tersebut, mana mungkin mesej yang ingin disampaikan dapat diterima oleh penonton.

Pengalaman di Akademi Fantasia merupakan satu pengalaman yang berharga. Beliau berpeluang untuk mendidik 12 orang pelajar dan cara mendidik mereka agak unik satu persatu. Secara tidak langsung, beliau memperoleh pengalaman yang begitu berharga. Bukan sekadar pengalaman bertambah, bilangan saudara dan rakan-rakan baru turut bertambah.

Corrie: Terkejut Menonton Klip
Pengalaman mengajar tarian kepada para pelajar Akademi Fantasia II tidak begitu sukar kerana masing-masing berbakat besar dalam tarian. Pelajar yang paling lambat dapat menyerap ilmu tarian yang diajar ialah Mas. Pelajar yang paling mudah untuk menari ialah Anding, Adam dan Fitri.

Persembahan semalam sememangnya bagus tetapi semangat setiakawan, tiada teamwork. Mereka hanya menari tanpa menghiraukan keadaan sekeliling terutamanya orang di kiri dan kanan mereka. Corrie telah meletakkan tanggungjawab kepada Fitri untuk menjadi ketua dalam bahagian tarian.

Kebanyakan mereka hanya pentingkan diri sendiri dan cuba untuk menonjolkan diri mereka sahaja. Koreografi Menuju Puncak sememangnya sukar tetapi kerana lagu itu adalah lagu tema dan koreografinya tidak akan diubah.

Corrie tetap sedih dengan persembahan tersebut walaupun tarian yang dipersembahkan agak cantik tetapi tiada kawalan dilakukan untuk menyeimbangkan penonjolan sesama pelajar. Berkenaan dengan formasi, banyak yang perlu diubah agar dapat diseimbangkan.

Kudsia Kahar: Palsu Kecuali Seorang !
Pelajar pada tahun ini lebih berbakat dan lebih sofistikated. Tetapi sayangnya tiada sifat merendah diri dalam diri mereka berbanding pelajar Akademi Fantasia I. Kata Kudsia juga, hanya seorang pelajar sahaja yang beliau nampak agak jujur dan ikhlas dengan dirinya sendiri.

Andaian saya, pelajar yang dimaksudkan ialah Mas. Mas kelihatan jujur dan ikhlas dengan dirinya sendiri. Kebanyakan mereka menganggap diri mereka sudah pun menjadi bintang. Persembahan mereka tidak menonjolkan yang mereka ingin menang. Mereka nampak berpura-pura.

Ramli MS: Cool !
Beliau berpuashati dengan persembahan pelajar Akademi Fantasia II. Banyak yang perlu diperbaiki. Setelah melihat perubahan mereka selama dua bulan, beliau mengandaikan pelajar Akademi Fantasia II berada di tahap yang intelligent. Walaupun persembahan nampak bagus tetapi banyak yang boleh dibaiki. Di dalam bidang hiburan, tidak boleh berlakon dan sembunyi.

Kejutan yang datang setiap minggu adalah untuk melihat sama ada jujur atau tidak seorang pelajar tersebut. Banyak yang akan menyusul. Dengan gurauan yang dibuat ke atas Zarina dan Khai tentunya akan menjadi Akademi Fantasia II lebih menghiburkan.

Di penghujung rancangan dipertontonkan klip adegan sewaktu rehearsal. Aznil bermain dengan emosi menggunakan dialog-dialog biasa sewaktu penyingkiran pelajar. Mas yang kita kenali sebagai seorang yang mudah mengalirkan airmata menangis. Walaupun sewaktu rehearsal. Jujur !

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger