Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 21 June 2004

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 03-01

Terima Kasih dari Mas
Mas mengucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk melepaskan rindunya terhadap anak-anaknya dan ibubapanya. Itulah kali pertama Mas dicanangkan sebagai seorang ibu tunggal di dalam Akademi Fantasia.

Mereka berkesempatan untuk bertemu dengan Penasihat Pelajar iaitu Puan Fatimah Abu Bakar. Anding berpuas hati dengan persembahan beliau. Puas kerana dapat menampilkan satu persembahan yang bertenaga. Nurul turut berpuas hati kerana dapat memberikan persembahan yang baik kerana ibu bapanya ada bersama malam tersebut. Walaupun ada kesilapan beliau tetap berbangga. Pengalaman Mas merupakan pengalaman paling bermakna dalam hidupnya. Selesai persembahan beliau diberi peluang untuk bertemu dengan anak-anaknya. Farah menerima kejutan apabila mendapat dua ekor ikan emas. Beliau menamakan ikan emas tersebut Lulu dan Brip-Brip. Linda tetap tenang walaupun dapat menerima SMS dari keluarganya. Bob merasakan persembahannya baik walaupun tekaknya agak kering pada masa itu. Adam dapat menyanyi dengan baik. Kaer mengaku ada kesilapan pada counting sehingga tersilap masuk. Fitri memang sukar membawakan lagu tersebut dan mendapatkan tunjuak ajar dari Corrie tentang cara memegang pembesar suara. Zarina tidak sangka yang rakan-rakannya akan mengiringi persembahannya. Edlin menerima komen pengkritik kedua tentang lagu tersebut yang tidak sesuai dengan vokalnya.

Proses pembelajaran masih diteruskan walaupun ada kesalahan tetapi tidak takut untuk melakukan kesilapan.

Main Masak-Masak
Ada yang potong tembikai, ada yang potong timun. Ada yang buat Milo Shake. Mereka kelihatan amat seronok. Mereka pertama kali dibenarkan untuk keluar ke padang dan beriadah. Selain daripada itu ada sessi BBQ. Ada yang main bola. Mas seperti biasa rindukan kerja hariannya iaitu mengipas sate mengambil peluang itu untuk mengipas sate. Sejak Tingkatan Satu sudah memegang arang, komen dari Mas.

Adam mengambil peluang untuk makan dan bermain bola. Kelihatan Anding dan Edlin tetap bersama. Fitri memberanikan diri untuk bermain bola namun tendangan tersasar dan terkena Kaer. Linda mengambil peluang untuk belajar percakapan orang utara. Nurul pula berbaring di riba Puan Fatimah. Linda, Kaer, Zahid dan Fitri menyanyi sambil Zahid bermain gitar. Mereka menyanyi beramai-ramai lagu Awallah Dondang.

Mereka turut menyanyi lagu Jambatan Tamparuli. Mas dan Bob menjadi tenaga pengajar menari lagu tersebut. Hampir kesemua pelajar termasuk Cikgu Fatimah dan Dr Sher Kawi menari bersama-sama. Secara tidak langsung semangat integrasi nasional tercapai melalui Akademi Fantasia. Akhir sekali mereka menyanyi lagu Puteri Santubong.

Antara komen yang dapat dari pembaca blog ini. Saya suka yang ini. Sungguh kritis dan bermakna kepada penonton dan pengundi Akademi Fantasia. Inilah realiti pengundi Malaysia. Mereka tidak boleh diubah.

pautan ke komen tersebut.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger