Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 15 June 2004

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 02-03-04

Baru selesai Malam Media untuk OPs OPHELIA. Bertemu beberapa orang rakan dari ntv7. Mendapat peluang untuk ditemuramah untuk The Edge atau The Sun. Mereka mahu tahu bagaimana saya menguruskan blog sendiri, laman OPs OPHELIA dan laman Sivarasa.com. Mata hampir kuyu, lebih-lebih lagi tiada yang menarik di Diari hari ini. Sesekali terlena.

Mengumpul Pengalaman
Pengalaman-pengalaman yang saya lalui sepanjang masa bersama meminati Akademi Fantasia serta juga pengalaman orang-orang lain saya kumpul untuk menjadikan diri saya lebih baik di masa akan datang. Adakalanya saya akan mengutip komen-komen pembaca kerana ada betulnya juga komen-komen mereka. Apa yang mereka lihat mungkin tidak dapat saya lihat. Lalu saya kumpul pengalaman saya dan penglihatan mereka untuk saya jadikan tulisan saya lebih baik di masa akan datang. Tentunya bersiap-sedia untuk memperbaiki diri sendiri. Sebagai manusia, tentunya perubahan itu biarlah datang dari sumber yang positif yang mampu membina diri. Apabila kita berfikiran terbuka, maka kita akan mendapat kelapangan.

Saya turut belajar dari Cikgu Siti Hajar agar melakukan sesuatu perkara itu dengan betul dan bersungguh-sungguh. Saya sebolehnya mahu melakukan semua perkara dalam masa singkat yang saya ada. Untuk OPs OPHELIA, saya akan melakukan yang terbaik daripada apa yang telah saya lakukan hari ini.

Mas gembira mendapat lagu tersebut. Begitu juga Edlin walaupun menghadapi sedikit kesukaran untuk menghafal. Nurul juga gembira. Linda yang belum pernah mendengar lagu itu sebelum ini merasakan lagu tersebut best. Manakala Zarina berjanji akan membuat persembahan yang terbaik dan perlu mempelajari step tarian zapin. Farah juga gembira. Rata-rata pelajar perempuan gembira dengan lagu yang mereka perolehi.

Fitri tidak sukakan lagu Kasih Latifah namun berjanji akan melakukan yang terbaik. Zahid menerima lagu yang agak tinggi dan akan mempersembahkan yang terbaik. Bob yang gemar dengan lagu Anuar Zain akan memberikan sebuah persembahan yang hebat. Anding perlu meningkatkan staminanya kerana lagu Sheila on 7 itu agak fast-beat. Kaer perlu melakukan sesuatu untuk memberikan persembahan yang baik dengan mencampurkan sedikit tarian dan lagu yang agak traditional jazz itu. Lebih ke arah world music. Adam akan memberikan persembahan yang terbaik kerana tidak terfikir akan membawakan lagu tersebut.

Interpretasi Lirik
Untuk mendalami makna lagu, setiap penyanyi perlu tahu makna setiap patah perkataan dalam lirik lagu tersebut. Macam persembahan tadi, ada beberapa pelakon sekadar melontarkan dialog mereka tanpa mengetahui isi dan makna dialog mereka. Jika seseorang penyanyi tidak tahu makna lagu yang hendak mereka nyanyikan, bagaimana mereka mampu untuk menyampaikannya kepada pendengar. Ekspresi penyanyi tidak akan sampai dan berjaya dihayati oleh pendengar.

Makna lirik diperincikan setiap patah agar seseorang penyanyi akan dapat mencipta ekspresi kepada nyanyiannya. Lalu, pendengar yang mendengar nyanyian mereka akan dihidangkan dengan sebuah persembahan yang bernyawa dari penyanyi tersebut.

Masalah yang sama turut dikongsi oleh Cikgu Corrie, guru tarian mereka. Pelajar hanya sekadar suka kepada lagu Menuju Puncak dan kkoreografi yang telah direka oleh beliau. Mengapa Cikgu Corrie masih tidak berpuashati dengan persembahan mereka ? Mungkinkah para pelajar Akademi Fantasia tidak tahu apa makna setiap patah lirik lagu Menuju Puncak. Mereka sebenarnya tidak menjiwai lirik lagu Menuju Puncak. Nyanyian mereka hanya sekadar melontarkan lirik. Persembahan mereka sekadar menyudahkan koreografi yang diajar. Persembahan mereka tidak bernyawa dan tiada jiwa. Menari perlu datang dari dalam, begitu juga menyanyi. Asas untuk menari dan menyanyi yang datang dari dalam adalah tahu setiap makna lagu tersebut. Selain Cikgu Fauziah Nawi mengajar tentang interpretasi lirik lagu Konsert, beliau WAJIB mengajar mereka menghayati lirik lagu Menuju Puncak.

Jelas terbayang wajah Corrie yang kecewa dengan persembahan mereka. Selesai ditegur, Kaer masih tidak menari dengan bersungguh-sungguh.

Masalah Utama Mas
Mas sebenarnya tidak tahu apa itu asas muzik. Sesi yang dibuat sebenarnya untuk menguji tahap pelajar menangkap nota muzik yang perlu mereka nyanyikan. Pelajar lain tidak banyak menghadapi masalah. Mungkin juga mereka menghafal nota muzik nyanyian tersebut.

Ikhlas Tapi Jauh merupakan sebuah lagu yang ada banyak bar. Bar bar kosong yang perlu buat counting. Silap counting akan silap masuk. Mereka dapat ilmu baru tentang muzik. Kasih Latifah merupakan permulaan yang baik untuk Fitri. Ia memberi sedikit harapan kepada beliau.

Mas Tukang Urut

Linda yang tidak berpuas hati dengan koreografi telah melakukan sesi bebas kepada para pelajar. Saya dapat melihat ada keunikan kepada pelajar lelaki. Mereka lebih fleksibel dalam tarian. Pergerakan tubuh mereka mudah dibentuk, ini berbeza dengan pelajar perempuan yang nampak agak kaku kecuali Linda.

Mas Belajar Key
Mas belajar dengan Cikgu Siti Hajar untuk beliau senang mendapat nada satu-satu lagu hanya berdasarkan pendengaran melalui petikan piano. Jika tahu asas muzik, ini merupakan satu yang paling mudah dalam muzik. Mas perlu mengutip pengalaman-pengalaman pelajar lain, lalu dikumpulkan dan dijadikan panduan untuknya untuk menjadi lebih baik. Mas perlu lebih bergaul dengan pelajar lain untuk mendapatkan ilmu dan bukan sekadar menjadi bahan gelak ketawa mereka.

Saya mahu tidur kerana esok Malam Perdana OPs OPHELIA, saya mahu mengemaskinikan foto-foto Malam Media ke laman web Ophelia.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger