Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 22 June 2004

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 03-04

Kelas Cikgu Siti Hajar: Kena Tahu Counting
Hampir kesemua pelajar yang dipaparkan malam ini bercerita tentang masalah. Zahid, Adam, Anding, Fitri dan Nurul. Kesemuanya bercerita tentang masalah. Adam ada masalah dengan tidak tahu melodi, Anding ada masalah dengan sebutan lirik lagu tersebut. Sama ada falsetto atau pun biasa. Sampai atau pun tidak. Sumbang atau betul. Yakin atau tidak. Zahid gerun dengan lagu Anuar Zain lebih-lebih lagi ada satu bahagian yang panjang perlu dibuat dalam satu nafas. Nurul mempunyai masalah counting. Sebagai orang muzik, counting amat perlu. Jika tidak, lagu kemana, melodi kemana.

Lukisan : Pertama Kali
Tiada lukisan yang berjaya menarik hati saya kecuali lukisan Fitri, Mas dan Kaer. Lukisan Fitri yang pernah diperlihatkan sewaktu Konsert II agak baik. Lukisan Kaer penuh makna yang dalam. Kaer meletakkan ibunya di tempat yang lebih tinggi dari bapanya sendiri. Beliau lebih menghormati ibunya. Beliau turut menganggap ibunya sebagai ketua yang akan memperbetulkan segala kesilapan yang berlaku dalam keluarganya. Lukisan Mas walaupun biasa tetapi itulah kali pertama beliau memberitahu tentang status beliau sebagai ibu tunggal.

Perubahan Drastik Mas
Lewat petang semalam, Mas kelihatan tertekan dengan lagu Seksis. Liriknya masih belum dihafal. Perlu pula belajar koreografi tarian dengan Cikgu Corrie. Beliau semakin tertekan. Beliau seakan-akan berputus asa. Beliau duduk walaupun Cikgu Corrie sedang mengajar tarian. Waktu ini saya semakin risau melihatkan keadaannya.

Kelas hari ini, kita dapat melihat perubahan dalam diri beliau. Koreografi tarian sudah beliau pelajari. Hanya perlu mencantikkan lagi geraknya sahaja. Agar lebih sharp. Kita sendiri nampak perubahan drastik Mas. Saya berani kata, semangatnya kuat. Dia sedar dirinya. Selepas melihat klip tersebut saya tersenyum. She is very good strategist juga.

Bila Farah bertemu Linda
Mereka ini pantang bertemu. Gemar bergurau. Farah mengusik Linda dengan Fitri. Linda mengusik Farah dengan Adam. Datang Zahid kaki pengacau paling terror di Akademi Fantasia. Lebih gamat jadinya. Berkejar-kejar mereka di dalam Akademi. Saya yang risau takut akuarium pecah dibaling bola tenis oleh Zahid.

Anding Tiada Mood
Bila berkata depan kamera, semuanya indah belaka. Tetapi itulah yang sebaliknya berlaku kepada Anding. Anding hilang mood untuk lagu Slumber. Beliau mengakui perkara itu kepada Edlin. Beliau tidak sukakan lagu tersebut.

Zahid Gian
Zahid yang gian kerana tidak dapat menonton EURO2004 telah bermain bola tenis didalam Akademi bersama Edlin.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger