Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 14 June 2004

Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 6



“Haiyoh, kenapa bila Azmil pakai snow cap terus macam mak cik Leha jual nasi lemak kat depan pondok guard, nok?” Ujar Gundutz sambil mengunyah keropok kegemarannya yang digorengnya sendiri.

“Alah, dah fesyen lah. Kau ni banyak soal lah!” sambut Timah sambil berpeluk tubuh.

“Nok, sejak bila pulak Malaysia Malaysia ni ada musim sejuk sampai nak pakai snow cap bagai ni?” Gundutz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Hello... Dulu kau sibuk pakai baju turtle neck tengahari buta tu apa? Aku tengok ko pon aku dah panas, okay!” Timah mengambil alat kawalan jauh, lantas menguatkan lagi volum TV.

“Alah, masa tu hem tak pandai dressing sangat. Ye lah, baru berhijrah dari kampung. Segala-gala jenis baju hem nak terai.”

“Tahu pon! Dah tu lain kali jangan dok komplen pasal cara orang lain nak berpakaian!” Timah menjeling. Tumpuannya kini kembali ke kaca TV.

**


Kakak Besar: Well, Kamsiah Bahar told Azmil that our students are faking it!

Abang Besar: Where?

Kakak Besar: Dalam rancangan Akademi Rewind semalam. I thought I've sent you a memo about this?

Abang Besar: Sorry, I tak baca. I busy kira berapa kutipan keuntungan SMS yang kita dapat... But how could she do this! Ini rahsia kita. Don't we have anything stipulated in the contract that says she cannot blurt out any of our trade secret?

Kakak Besar: Well... What's done is done.

Abang Besar: We can still fix this. We can get the help of Dr. Cher. Dr. Cher can fix anything. He even fixed your addiction dengan kasut Manolo Blahnik... You have stopped buying expensive shoes, just to look good in front of Kamsiah Bahar, kan?

Kakak Besar: Yes, I'm totally cured, thank you for asking!

Abang Besar: ...

Kakak Besar: Okay macam ni... Kita suruh Dr. Cher motivate pelajar untuk menangis. Ye lah, tambahkan drama sikit. Tell them to be real and convince the audience that the next time they see them, they will be their real self. No more acting.

Abang Besar: No more acting... Hahaha!

Kakak Besar: Eh, I forgot semalam father's day lah!

Abang Besar: So you lupa belikan sugar daddy you hadiah ke?

Kakak Besar: Eh, you ni... Sejak-sejak selalu keluar lunch dengan Azmil, makin over pulak ya? Eh, back to father's day... Don't you think we can leverage this?

Abang Besar: Boleh... In fact, this is a good chance for us untuk tambah drama. We can ask the students to act sad. As if kita orang Melayu perlu ada hari khas untuk menyambut hari bapa ni.

Kakak Besar: Zaman I remaja dulu, I can't remember celebrating Father's day. Wah... the glory of globalisasi!

Abang Besar: Itulah! Anyway, kita akan suruh mereka melalak-lalak depan kamera. The more they cry, the more votes they will get. They know this is a competition... And some of them will stop at nothing to win!

**


Dr Cher Nawi telah diarahkan oleh Kakak Besar dan Abang Besar agar menambahkan lagi unsur drama dalam Akademi Impiana. Inilah tugasannya sekarang. Sebelum kelasnya bermula, Abang Besar telah menemui Dr Cher, lantas menunjukkan kepadanya sesuatu yang telah ditemuinya di dalam sebuah laman di Internet.

DR. SEX JADI MOTIVATOR???

Assalamualaikum

Saudara dan saudari sekian, baru-baru ini ada seorang Dr. yang kononnya seorang motivator tapi perangainya sungguh ganjil. Kata-katanya sungguh lucah seperti katanya "Sex Maniac", “have you ever have sex a woman?" dan “You raped a women" dan lain-lain terhadap penonton dan di hadapan orang ramai semasa di acara pameran produk sebuah syarikat minyak yang terkenal di Malaysia.

Nama Dr tersebut ialah Dr Cher Nawi Yaakob. Mungkin webmaster kenal orang ini. Masa tu pulak hari Jumaat. Semasa dia muncul keluar untuk persembahan dia terloncat-loncat macam monyet serta berteriak dan memanggil semua penonton mengikut rentak beliau...

Semasa persembahan tersebut dia langsung tidak menghormati perasaan orang Islam dengan kata-kata lucahnya... Menyanyi, mengajak orang ramai melakukan maksiat seperti berpegang tangan antara isteri orang dengan suami orang... Itu saja yang dapat saya ceritakan untuk saudara-saudari. Sekian.

Pemerhati bebas


Dr. Cher merenung nota yang diberikan kepadanya itu. Dia nampak sedih. “I didn't know that there are people who hate me so much.”

“Alah, biasa lah tu... Internet.” Ujar Abang Besar. “There are many sickos out there over the Internet.”

“I feel bad lah.” Kata Dr. Cher. “I feel so depressed!”

Abang Besar hanya mampu tersenyum. Kelas akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Dia menepuk bahu Dr. Cher. Itu sahaja yang mampu dibuatnya kepada pakar motivasi yang sedang dalam kesedihan ini, yang kerjanya kini adalah untuk membuat para pelajar menangis.

**


“Haiyoh Dr. Pecah Lobangs dah mulakan kelas motivasi!” Gundutz terkekek-kekek ketawa. Timah langsung tidak mengendahkan kata-kata Gundutz tadi. Dia sedang mengambil nota. Timah merasakan banyak yang boleh dipelajari dari Dr. Cher.

Timah merasakan bahawa dia perlukan motivasi. Dia perlukan semangat untuk bekerja di kilangnya, di mana kerjanya adalah untuk membuat komponen semikonduktor yang digunakan di dalam perkakasan komputer.

“You rrasssa rendah dirriiii. Sebab tu lah you tak berani untuk tonjolkan dirri you yang sebenarrre!” Kata Dr. Cher bersungguh-sungguh sambil duduk bersimpuh di atas sebuah kusyen putih. “You have to be yourself. Tak payah nak tirru orreng lain!”

Para pelajar Akademi Impiana terkebil-kebil tatkala kata-kata ini disebutkan oleh Dr. Cher. Kemudian Dr. Cher meminta agar semua pelajar berdiri dan memegang tangan masing-masing dalam sebuah bulatan.

“Kita punya beauty dalam jiwa kita!” sebut Dr. Cher. Kata-katanya itu sengaja dilontarkan kepada Boboy. “Apa yang kita buat... Mesti ikhlessss!” katanya kemudian.

“Mak chanteks, mak chanteks, mak tetap chanteks!” Gundutz mengajuk-ajuk si Boboy, seolah-olah kata-kata ini terpacul dari mulut Boboy sendiri.

Boboy nampaknya kelihatan sedih. Bila-bila masa sahaja air matanya akan berderai jatuh.

“Haiyoh, boboy pon dah pandai jual air mata ke nok? Tak kosernyer! Mentang-mentang lah dah ramai orang mula vote dia!” kata Gundutz seperti tidak puas hati.

Gundutz nampak geram. Dia cukup benci melihat para pelajar Akademi Impiana menangis hampir setiap hari. Dia mula tertanya-tanya jika pelajar dipilih mengikut bakat yang mereka ada ataupun bakat untuk mereka menangis?

Gundutz kemudian teringatkan kepada majlis pengebumian Taukeh Teo di kampungnya dahulu. Ketika itu, dia dapat melihat beberapa orang tukang menangis profesional yang telah dibayar untuk menangis. Mungkin para pelajar Akademi Impiana boleh mengadakan perkhidmatan yang sama satu hari nanti, selain dari menyanyi dan menghiburkan mereka yang masih hidup, fikir Gundutz.

“Sentapsnya... Semua adik-adik menangis hari ni! Perlu ke? So der fake, one!”

“Alah, Father's day lah! Diorang sedihlah sebab tak jumpa bapak diorang untuk menyambut hari istimewa ini.”

“Sejak bila kau celebrate hari bapa ni, Timah? Kira-kiranya, orang Tapah semuanya celebrate father's day lah ni?”

“Aku orang kampung... Mana lah tahu benda ni semua. Lain lah diorang ni semua!”

“Eh, baru seminggu dua tak jumpa. Tak kan lah over!” Gungutz rasa semakin meluat. Dia menjeling benci ke kaca TV. “Sejak bila pulak budak-budak Melayu kita ni dah pandai nak sambut Father's day? Bukan budaya kita ke untuk mengingati mak bapak kita tak kira hari?”

“Isk... Suka hari diorang ler!” Kata Timah dengan wajah yang monyok. Beberapa detik kemudian, Gundutz dapat melihat mata Timah berair setelah dia melihat Khir mengucapkan selamat hari bapa kepada bapanya.

“Eh kesiannya baby comel kita ni.” Ucap Timah sambil tersedu-sedu. “Kenapalah bapak dia tak nak balik. Kesian tau!”

Timah menoleh ke arah Gundutz. Dia mendapati Gundutz terdiam seketika. Terukir raut sedih di wajahnya itu.

“Kenapa nok? Kenapa kau diam ni? Takutlah aku kalau kau diam macam ni!” Ujar Timah kepada Gundutz. Dia mendapati air mata Gundutz mengalir bercucuran. Timah memberikan sekotak tisu Prime kepada Gundutz agar menyapu air matanya itu.

“Entah nok... Hem sedih.”

“Kenapa kau sedih, nyah?”

“Ye lah, kalau hem jadi pelajar Akademi Impiana... Apa yang hem nak cakap kepada bapak hem?”

Timah menarik nafasnya panjang-panjang. Dia mendekatkan dirinya kepada Gundutz. Dia tahu akan kisah Gundutz yang tidak mempunyai hubungan rapat dengan bapanya itu. Sekali sekala dia akan mengerling ke kaca TV. Sekali sekala dia dapat melihat interaksi di antara para pelajar dengan tenaga pengajar yang lucu - seperti ketika Ramlee OS menegur Fyrul agar jangan menggunakan suara kepitnya untuk menyanyikan lagu barunya, atau apabila Boboy kelihatan tergedik-gedik tatkala diberikan peluang untuk menyanyikan lagu dari idolanya, Anuar Zain.

Di dalam masa-masa seperti ini, pasti Gundutz akan memberikan komen-komen yang pedas, tetapi nampaknya, Gundutz terus mendiamkan dirinya. Dia terus diam, walaupun ketika dalam sesi mengambil berat badan Fyrul, beliau telah meluahkan kalimah: “Hah, Miss World!” Fyrul nampaknya senang dengan tahap berat badannya yang dapat “maintain ayu” kekal di tahap 51 kilogram.

“Bapak hem tak pernah sayang hem.” Gundutz akhirnya bersuara setelah tamat rancangan Diari Akademi Impiana. “Dulu bapak hem selalu kata yang dia malu dengan hem sebab hem gemuk... Hem lembut. Dia panggil hem pondan depan adik-adik hem. Dia pernah pukul hem sebab hem nak masuk kelab kebudayaan di sekolah hem. Dia kata, hem anak jantan... Anak jantan tak boleh menari, tak boleh menyanyi. Kalau hem buat salah sikit, teruk hem dipukulnya. Sebab tu lah, lepas dapat sijil dari Pusat Kemahiran Mara, hem terus datang ke KL. Hem benci dengan dia.”

“Sabar nok... Sejahat-jahat dia. Dia tetap bapak kau.” Timah menasihati. Timah nampak serba salah. Dia tahu dia tidak mungkin dapat benar-benar memahami perasaan Gundutz terhadap bapanya. Timah sendiri sedar dia tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan bapanya yang mempunyai tiga orang isteri dengan dua puluh empat orang anak kesemuanya di kampungnya di Tapah...

Gundutz terus diam. Dia terus menyapu air matanya yang turun semakin deras membasahi pipinya yang tembam itu.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger