Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 22 June 2004

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 03-03-04

Kamera Belakang Cermin
Mas semacam sedar ada kamera di belakang cermin. Beliau memandang tepat ke arah kamera. Memang ada kamera di belakang cermin tersebut. Jika anda perhatikan pada cermin-cermin yang ada di Dewan Tarian, pasti akan ternampak ada pintu pada cermin tersebut. Kamera tersebut bukannya Johnny ataupun Jenny yang kesemua pelajar sedar kewujudan. Tetapi Mas semacam sedar kewujudan kamera tersebut. Yang Mas ini pun satu, lepas terasa macam diintip, boleh pula tutup muka dengan kertas. So funny !

Kelas Adnan Abu Hassan
Farah saya lihat memang tiada masalah pada bahagian tinggi lagu Janji Manismu. Beliau perlu mencantikkan lagu tersebut dengan vibrato dan lenggok-lenggoknya yang tersendiri.

Zarina diperkenalkan dengan elemen theaterical pada sesebuah persembahan. Lagu My Immortal memang sebuah lagu yang memerlukan permainan emosi yang mendalam. Cikgu Adnan menggunakan Josh Groban sebagai contoh. Saya jika boleh ingin melihat Zarina menyanyikan lagu ini hanya dengan berdiri sahaja dan satu pembesar suara. Satu lampu sorot terpancar ke arahnya untuk mewujudkan kesan sunyi dan keseorangan dalam diri beliau. Sebuah lagu yang sukar, lebih-lebih lagi dalam bahasa Inggeris. Lagu ini mengisahkan tentang pemergian kekasihnya. Mereka tidak dapat berhubung tetapi si kekasih dapat melihatnya. Lebih menderitakan apabila kekasihnya itu muncul dalam mimpinya. Macam kisah benar sahaja.

Saya mula dapat apakah jenis lagu yang sesuai untuk Edlin. Setelah mendengar lagu Kau dan Aku nyanyian asal Ning Baizura, lontaran vokal beliau seakan-akan penuh berkeyakinan. Beliau lebih sesuai dengan lagu yang ada unsur-unsur soprano. Vokal yang keluar dari hidung.

You Are My Soldier
Kagum saya apabila mendengar Ramli MS memberi kenyataan “You Are My Soldier” dalam pertemuannya dengan Linda. Beliau menasihati Linda agar menerima sahaja komen dari pengkritik. Apa yang tidak difahami oleh beliau dan yang beliau tidak puas hati harus bertanya kepada tenaga pengajar. Ada komen yang membina, ada yang tidak kena langsung dengan persembahan pelajar. Sebagai tenaga pengajar, mereka tahu mana komen yang boleh diterima, mana komen yang tidak boleh dipakai. Beliau sebagai General sudah pasti akan mempertahankan askar-askarnya.

Komen seperti “Mahu berlakon ?” adalah komen yang wajar dilupakan. Tumpukan kepada nyanyian. Kita perlu master dalam bidang yang kita tahu dan ada ilmu, bukan hanya sekadar semua boleh. Lalu orang akan melihat kita sebagai tiada keunikan yang boleh ditonjolkan. Seperti sesetengah pemuzik, hanya tahu bermain piano, tetapi beliau amat dikenali hanya kerana boleh bermain alat itu. Master your area !

Jangan terlalu fikirkan tentang wang ringgit. Ia akan datang dengan sendiri. Bukan sekadar nasihat itu penting untuk Linda, malah ia turut penting buat saya dan semua.

Jangan bazirkan diri sendiri. Setiap lagu itu ada keunikannya. Kita perlu cekal di dalam.

Kelas Bubbling Lagi
Saya kira, jika kelas ini disiarkan secara penuh tanpa edit, sudah pasti penonton dirumah juga boleh pandai. Rupanya penting bubbling ini. Jangan ditolak, tetapi dibawa ke atas. Jangan ingat apabila menyanyi sudah bagus, bubbling tidak perlu. Pelajar perlu memperbaiki teknik pernafasan.

Kelelal kereler, Kelelal kereler
Sebutannya memang melucukan tetapi tujuannya yang penting. Saya melihat latihan ini penting sebagai tumpuan kepada setiap dialog yang kita lontarkan. Dalam masa yang sama, selain melafazkan dialog, perlu juga menggerakkan mata. Memang sukar tetapi tumpuan harus diberikan. Makna perkataan Jawa itu ialah lembab.

Saya melihat Zahid seorang yang suka ketawa. Sehingga berair matanya gelakkan pelajar lain.

Edlin dan Kaer perlu melakonkan watak mereka sebagai seorang kekasih yang ingin mencari alasan lain untuk pergi ke temujanji lain. Satu kelebihan Kaer adalah kebolehan beliau melakonkan wataknya dengan baik. Setelah dua minggu berada di Akademi, saya melihat ada perubahan dan kepelbagaian watak yang beliau bawakan. Sesekala Kaer kelihatan over-acting dan terlupa kepada wataknya. Edlin juga berjaya membawakan wataknya dengan cemerlang. Seperti Kaer, ada perubahan dan kepelbagaian watak yang dibawa oleh beliau.

Adam dan Nurul juga berjaya membawakan watak mereka dengan baik. Walaupun pelat dan berbelit-belit lidah menyebut frasa yang diajar oleh Cikgu Fauziah sebentar tadi. Amat melucukan.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger