Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 24 June 2004

Akademi Fantasia IIDiari Akademi Fantasia 03-07

Wawancara Mas dan Nurul
Buat gempak sahaja. Ingatkan wartawan betul masuk Akademi. Ada wartawan yang sebenar ingin tahu wartawan mana yang dapat peluang dan keistimewaan untuk masuk menemui pelajar dalam Akademi Fantasia. Sebenarnya hanya lakonan antara pelajar. Nurul mula mendapat rentak untuk mencuri sedikit perhatian kamera. Menggunakan Mas adalah satu strategi yang baik. Setidak-tidaknya penonton sedar akan kewujudannya. Bukan sekadar penonton, Aznil juga mengalami kesukaran mengingat nama Nurul sewaktu memperkenalkan mereka kepada Vince dan Khai sebelum ikan emas dihadiahkan kepada salah seorang dari pelajar perempuan.

Awal-awal lagi Mas sudah membuat lawak dengan mengatakan tempias daripada Nurul. Nurul bertanyakan beberapa soalan secara terbuka kepada Mas. Soal Mas seorang ibu tidak lagi menjadi rahsia sekarang. Ia diceritakan secara terbuka.

Nurul menampilkan imej yang agak tidak saya sukai. Terlalu dibuat-buat. Yang pasti Mas tahu tentang pembakaran terbuka.

Bahan Eksperimen
Mas, Linda dan Nurul membuat eksperimen di dapur. Mereka membuat Milo Shake. Tidak mengapa manis, asalkan jangan tawar, kata Mas. Mereka memberikan Milo Shake itu kepada Fitri. Memang manis.

Sheila on 7
Kejutan ini menjadi tidak seperti kejutan kepada penonton yang menonton Diari Akademi. Ini kerana ia telah tersiar di ERA, sehingga di Forum Akademi Fantasia juga telah bercerita tentangnya. Penyebaran berita dalam teknologi terpantas menjadikan satu-satu kejutan bukan sekadar kejutan yang mengkagumkan. Memang sukar untuk menyekat berita.

Mereka dapat peluang untuk menonton video klip Sheila on 7. Selesai menonton, mereka masuk kelas Cikgu Fauziah Nawi. Untuk menjadi bagus, yang penting ialah kreativiti, idea, bakat dan yang paling penting ialah perancangan.

Perancangan penting dalam satu-satu persembahan. Bukan sekadar sudah terantuk, baru terngadah. Sampai bila kita perlu hidup dalam dunia trial and error. Nasihat penting buat OPs OPHELIA.

Seketika kemudian, seorang ahli Sheila on 7 masuk ke Akademi membawa masuk satu gitar yang konon-kononnya dipesan untuk Akademi Fantasia. Mungkin kerana beberapa pelajar tidak mengenalinya, dan yang mengenali pembawa gitar itu mereka hanya sekadar berbisik-bisik.

Beliau bermain gitar tersebut lagu Melompat Lebih Tinggi nyanyian Anding di Konsert II. Waktu itu, kesemua ahli Sheila on 7 masuk ke Akademi. Persembahan Duta dengan lagu Melompat Lebih Tinggi amat hebat walaupun sekadar unplugged.

Mereka berpeluang untuk bertanya apa-apa soalan kepada Sheila on 7. Mas bertanya siapakah yang telah berkahwin. Jawapan Duta, secara jujur menjawab beliau telah berkahwin, yang lainnya masih mencari.

Eros mengatakan mereka perlu berlaku jujur dengan diri sendiri.

Farah bertanya tentang bagaimana Duta menjaga staminanya sedangkan persembahannya nampak begitu bertenaga. Setiap penghibur pembawaannya berbeza. Ia mengikut kemampuan diri sendiri. Beliau sering mengingatkan dirinya yang pentas itu adalah milik beliau termasuklah penonton yang menonton persembahannya. Beliau lebih suka berpesta untuk menghiburkan audiens. Sebagai sampingan beliau perlu mengambil vitamin tambahan dan tidur awal.

Edlin bertanya tentang gugup. Bagaimana untuk mengawal perasaan gugup. Kegugupan itu merupakan sifat manusiawi yang ada pada setiap manusia. Itu lumrah. Setiap manusia akan melaluinya lebih-lebih lagi seorang penghibur seperti mereka. Itulah keistimewaan seorang penghibur yang tidak ada pada orang lain. Ada seninya di situ, kata Duta.

Mereka diberikan CD Sheila on 7. Sewaktu membahagi-bahagikan CD, Mas bersuara. Jika tidak cukup CD, bagi orangnya sahaja. Mas malu-malu.

Duta memberi nasihat tentang teknik pernafasan. Cara mengatur pernafasan dengan nyaman untuk mendapatkan nada, pitch dan tone yang betul. Setiap manusia berbeza diafragma mereka.

Tentang lagu yang mereka terima tetapi tidak mereka gemari, beliau menasihatkan pelajar agar menunjukkan kehebatan dan bakat mereka. Mereka perlu membuktikannya dengan mempersembahkan sesuatu yang bagus berdasarkan keupayaan kita. Pengalaman itulah nanti yang akan mencemerlangkan kita. Ia merupakan langkah awal untuk persediaan mental.

Puan Fauziah Nawi pula yang bertanya tentang menghadapi tekanan sebelum dan sesudah persembahan. Menurut Duta, saat menunggu itulah yang paling mendebarkan. Mereka mengatasinya dengan bergurau, memberi kata-kata semangat kepada teman-teman.

Di penghujung sebelum meninggalkan Akademi Fantasia, mereka telah meninggalkan gitar mereka untuk Linda. Sudah pasti Linda akan menggunakan gitar tersebut untuk persembahannya di Konsert III. Ini secara tidak langsung telah menaikkan lagi semangat Linda sebagai lonjakan moral untuk beliau.

Kaer dan Kenanganku
Saya menyifatkan sebuah koreograf yang menarik lantas menarik minat saya untuk sama-sama menyaksikan persembahan mereka secara langsung di Petaling Jaya walaupun pada malam itu ada Party OPs OPHELIA.

Cuma Kaer perlu lebih hati-hati agar tumpuannya tidak terlalu kepada tarian sehingga terlupa lirik lagi. Bantuan rakan-rakannya memang satu semangat yang harus dipuji. Lakonan mereka nampak menjadi diharapkan. Biar simple tetapi memberi kesan, bukan seperti persembahan Farah di Konsert II.

Kalau saya jadi M.Nasir, saya tidak mahu melihat persembahan Bob. Tarian Bob perlu lebih menampakkan kelakian bukan lenggok-lenggok yang tidak perlu itu. M.Nasir memang particular tentang persembahan, lebih-lebih lagi lagu nyanyiannya.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger