Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Entri Terpilih : 2004

Entri oleh sultanmuzaffar 22 April 2004 0 komen

  1. Pelajar Baru Akademi Fantasia II
  2. Tirai Akademi Fantasia I
  3. Trek Selebriti
  4. Tirai Akademi Fantasia II
  5. Diari Akademi Fantasia 01-01
  6. Diari Akademi Fantasia 01-02
  7. Diari Akademi Fantasia 01-03
  8. Diari Akademi Fantasia 01-04
  9. Diari Akademi Fantasia 01-05-06
  10. Diari Akademi Fantasia 01-07-08
  11. Diari Akademi Fantasia 01-09-10
  12. Konsert I Akademi Fantasia
  13. Imbasan I Akademi Fantasia
  14. Diari Akademi Fantasia 02-01-02
  15. Diari Akademi Fantasia 02-03-04
  16. Diari Akademi Fantasia 02-05-06
  17. Diari Akademi Fantasia 02-07-08
  18. Diari Akademi Fantasia 02-09-10
  19. Konsert II Akademi Fantasia
  20. Imbasan II Akademi Fantasia
  21. Diari Akademi Fantasia 03-01
  22. Diari Akademi Fantasia 03-02
  23. Diari Akademi Fantasia 03-03
  24. Diari Akademi Fantasia 03-04
  25. Diari Akademi Fantasia 03-05
  26. Diari Akademi Fantasia 03-06
  27. Diari Akademi Fantasia 03-07
  28. Diari Akademi Fantasia 03-08
  29. Diari Akademi Fantasia 03-09
  30. Diari Akademi Fantasia 03-10
  31. Konsert III Akademi Fantasia
  32. Imbasan III Akademi Fantasia
  33. Diari Akademi Fantasia 04-01-02
  34. Diari Akademi Fantasia 04-03-04
  35. Diari Akademi Fantasia 04-05-06
  36. Diari Akademi Fantasia 04-07-08
  37. Diari Akademi Fantasia 04-09-10
  38. Konsert IV Akademi Fantasia
  39. Imbasan IV Akademi Fantasia
  40. Diari Akademi Fantasia 05-01-02
  41. Diari Akademi Fantasia 05-03-04
  42. Diari Akademi Fantasia 05-05-06
  43. Diari Akademi Fantasia 05-07-08
  44. Diari Akademi Fantasia 05-08-10
  45. Konsert V Akademi Fantasia
  46. Imbasan V Akademi Fantasia
  47. Diari Akademi Fantasia 06-01-02
  48. Diari Akademi Fantasia 06-03-04
  49. Diari Akademi Fantasia 06-05-06
  50. Diari Akademi Fantasia 06-07-08
  51. Diari Akademi Fantasia 06-09-10
  52. Konsert VI Akademi Fantasia
  53. Imbasan VI Akademi Fantasia
  54. Diari Akademi Fantasia 07-01-02
  55. Diari Akademi Fantasia 07-03-04
  56. Diari Akademi Fantasia 07-05-06
  57. Diari Akademi Fantasia 07-07-08
  58. Diari Akademi Fantasia 07-09-10
  59. Konsert VII Akademi Fantasia
  60. Imbasan VII Akademi Fantasia
  61. Diari Akademi Fantasia 08-01-02
  62. Diari Akademi Fantasia 08-03-04
  63. Diari Akademi Fantasia 08-05-06
  64. Diari Akademi Fantasia 08-07-08
  65. Diari Akademi Fantasia 08-09-10
  66. Konsert VIII Akademi Fantasia
  67. Imbasan VIII Akademi Fantasia
  68. Diari Akademi Fantasia 09-01-02
  69. Diari Akademi Fantasia 09-03-04
  70. Diari Akademi Fantasia 09-05-06
  71. Diari Akademi Fantasia 09-07-08
  72. Diari Akademi Fantasia 09-09-10
  73. Konsert IX Akademi Fantasia
  74. Imbasan IX Akademi Fantasia
  75. Diari Akademi Fantasia 10-01-02
  76. Diari Akademi Fantasia 10-03-04
  77. Menilai Peningkatan Prestasi Enam Finalis Akademi Fantasia II
  78. Diari Akademi Fantasia 10-05-06
  79. Diari Akademi Fantasia 10-07-08
  80. Diari Akademi Fantasia 10-09-10
  81. Kemuncak Konsert Akademi Fantasia
  82. Tanda-Tanda Demam Akademi Fantasia Anda Belum Kebah II
  83. Coretan Khas Buat Pembaca Blog sultanmuzaffar
  84. Anugerah Akademi Fantasia
  85. Top 100 Persembahan Terbaik Akademi Fantasia sultanmuzaffar
  86. Konsert Siti Fantasia Tour Bukit Jalil
  87. Saya Dan Akademi Fantasia
  88. Akademi Fantasia Media Appreciation Nite
  89. Konsert Reunion Akademi Fantasia II
  90. Wawancara Email Tentang Akademi Fantasia
  91. Gathering Adam D'Greatest Fan Club
  92. Ramalan Anugerah ERA 04
  93. Anugerah ERA 04
  94. EVO Akademi Fantasia II
  95. Gathering Kaeratics Magical Moment
  96. Akademi Fantasia XTra
  97. Majlis Berbuka Puasa Adam
  98. Majlis Berbuka Puasa Farah
  99. Majlis Berbuka Puasa Maestro
  100. Majlis Hari Raya Bersama Kaer
  101. Akademi Fantasia : EVO04 01,02,03
  102. Sinar Syawal Bersama Anding
  103. Konsert Kemuncak AF Tour 05
  104. Fame : Konsert AF Tour 05

Entri oleh sultanmuzaffar 14 April 2004 0 komen


Prasasti Seni Siti Nurhaliza
Penerbit : Aidit Alfian, Zuriani, Iman Wan, Andy Flop Poppy, Ajai, Yasin, Mohar, Along Exist, Helen Yap, Pongky Jikustik dan Aubrey Suwito
Rating : 3/5 bintang

Saya tidak tunggu kehadiran album ini kerana setiap tahun pasti beliau akan muncul dengan album baru. Satu percubaan yang baik dari Siti untuk lari dari imej-imej biasa yang biasa kita dengar beberapa tahun ke belakang ini. Album ini menampilkan ramai muka baru serta pencipta-pencipta muda. Terus terang saya katakan, banyak lagu dalam album ini yang telah berjaya merubah imej Siti tetapi tentu mengambil masa yang agak lama untuk pendengar menghargai stail baru dari Siti ini. Antara perubahan berani yang diambil oleh Siti kali ini ialah dengan menampilkan irama world-music yang biasanya disampaikan oleh Yasin dan yang terkini oleh Waheeda.

Secara keseluruhan saya hanya meletakkan so-so untuk album ini. Hasilnya baik tetapi belum mampu untuk menawan hati saya. Beberapa kali saya mengulang siaran lagu-lagu dari album ini untuk cuba mendekatkan diri dengan lagu ini tetapi malangnya saya masih belum dapat merasai kehebatan album ini. Mungkin orang seperti saya agak sukar untuk dipuaskan hatinya. Atau mungkin terlalu cerewet memilih.

Saya bukan anti-Siti Nurhaliza atau pun penyokong fanatiknya tetapi apabila ada Konsert Mega Siti Nurhaliza saya akan pergi menonton untuk menikmati persembahan live beliau yang saya akui maha hebat.

Jika saya bandingkan album-album terdahulu beliau dengan album yang baru ini tentulah amat ketara perbezaannya. Baik dari segi lagu, lirik mahu pun imej Siti itu sendiri. Beliau telah menjadi lebih dewasa dalam industri muzik Malaysia khasnya. Secara peribadi saya lebih menggemari album Safa yang memuatkan lagu seperti Percayalah, Kudus Sinarmu, Kau Ku Sayang dan Lakaran Kehidupan mungkin kerana tajuk album tersebut merupakan gabungan nama kami berdua. hahahhahaha

Sempena kemunculan album terbaru ini juga, Siti Nurhaliza dijangka akan muncul menemui peminat-peminatnya dengan 20 siri konsert ke seluruh negara bermula 13 Jun hingga Ogos.

Kulit Album
Saya kagum dengan hasil kerja kreatif Rauna Jud dari UrbanAd dan kerja fotografi oleh Bustamam Mokhtar. Prasasti membawa maksud kewujudan dan menggunakan konsep alam sekitar yang hijau sebagai latar amat kena dengan hasil kulit album ini. Album sebelum ini pereka kulit album Siti banyak bermain dengan warna emas sesuai dengan tajuknya E.M.A.S. Jika anda ingin melihat satu hasil foto Siti Nurhaliza yang boleh saya sifatkan agak cute, bolehlah anda beli yang original dan lihat kulit albumnya. Ada satu foto yang agak cute umpama pari-pari dari kayangan.

CD Bonus
Satu usaha yang baik dengan menampilkan sebuah CD bonus yang berbentuk hati kepada pembeli original album ini. Adakalanya agak sukar untuk memainkan sebuah cakera padat berbentuk hati pada pemain DVD/VCD yang tiada CD tray.

Track
Introduksi Siti

Dialah Di Hati
Aidit Alfian/Habsah Hassan
Ini merupakan lagu yang sering kita dengar ia disiarkan di radio. Selalunya lagu yang terpilih untuk disiarkan di radio merupakan lagu yang bakal popular. Apa istimewa lagu ini. Lagu ini sebuah lagu biasa sahaja. Permulaannya agak baik tetapi apabila di bahagian korus saya agak sesak nafas dengan nada tinggi Siti. Tetapi saya suka susunan lagu ini yang agak menarik. Melodinya agak pelbagai dan ada dinamik pada tempo lagu ini.

Pendirianku
Zuriani/M.Zulkifli
Sebuah lagu yang berentak agak rancak. Modern pop ala Zuraini. Setiap album baru Siti, nama Zuriani tidak pernah ketinggalan. Elemen moden pada lagu ini amat terasa tetapi masih mengekalkan imej vokal Siti. Tidak banyak perubahan yang berlaku antara lagu ini dengan lagu Ku Milikmu. Sesuai dengan tajuk lagu ini, ia menampilkan mesej yang agak tegas. Seperti persembahan Siti Nurhaliza di Juara Lagu, ada rap pada lagu ini.

Cinta Tak Berganti
Iman Wan/Siti Nurhaliza
Sebuah lagu balada. Silap-silap dengar permulaan lagu ini ada mirip-mirip lagu Mengapa Harus Cinta nyanyian Vince. Melodi lagu ini agak berunsur balada. Untuk sebuah persembahan lagu balada, lagu ini sesuai dicalonkan untuk Juara Lagu. Tetapi sayangnya Siti tidak berhasrat meneruskan penguasaannya dalam Juara Lagu yang akan datang. Sebuah lagu balada biasa yang selalu kita dengar Siti nyanyikan dahulu.

Cahaya Seribu Liku
Andy Flop Poppy/Siti Nurhaliza/Tanty
Sebuah lagu yang unik. Permulaannya agak menarik. Seperti dimainkan pada radio lama, macam rekod rosak filem-filem lama. Kemudian bersambung dengan bunyi futuristik. Seperti analogi dari zaman dahulu ke zaman akan datang. Keunikan itulah yang mungkin menyebabkan lagu ini terpilih untuk album Siti kali ini. Drum n bass agak ketara pada lagu ini yang mana bunyi drum menjadi asas kepada tempo lagu ini. Lagu ini diambil kerana Siti inginkan sentuhan boy-band pada albumnya kali ini.

Hanya Dirimu
Ajai/Hani MJ
Lagu ini merupakan lagu yang bercerita tentang wanita, tentang keayuan wanita, imej wanita serta pengorbanan wanita. Entah mengapa saya kurang menggemari lagu ini. Mungkin kerana terlalu mendayu dan bersifat balada.

Lagu Rindu
Yasin
Pertama kali Siti Nurhaliza mencuba untuk menyanyikan lagu yang lebih berirama world-music. Setelah Yasin dan Waheeda berjaya dengan lagu Salsabila dan Wassini, kini giliran Siti untuk mengenengahkan kebolehannya menyanyikan lagu sebegini. Lagu ini pada pendapat saya masih belum kuat untuk menyaingi populariti lagu Wassini. Vokal Siti saya kira telah dikerah sehabis-habisnya untuk lagu ini.

Sakti
Mohar/Loloq
Dalam banyak-banyak lagu, lagu Sakti merupakan lagu yang paling saya suka. Lagu ini pada asalnya sebuah lagu instrumental yang pernah dimainkan oleh Mohram di Konsert Kembara Jiwa di Istana Budaya. Ya, lagu ini merupakan lagu yang paling panjang dan merupakan lagu yang paling perlahan. Senang cakap. Lembab. Tapi saya suka kerana keunikan lagu ini. Tiupan seruling bambu Mohar benar-benar memukau serta iringan gitar klasik.

Pejam Matamu
G Nola/Siti Nurhaliza
Lagu ini menenangkan fikiran sesuai dengan tajuknya. Pejamkan mata anda dan hayati liriknya. Buat malam-malam jangan masa pejabat, nanti rakan sepejabat anda ingat anda tidak betul pula. Ini merupakan antara lirik terbaik tulisan Siti. Lebih mudah difahami. Melodi lagu ini ada sedikit sentuhan rock pada second verse. Saya suka lagu ini.

Kembalilah Indah
Helen Yap/Siti Nurhaliza/Slen
Jarang kita mendengar lagu Helen Yap yang berentak lebih pop seperti lagu ini. Sebuah lagu yang lebih rhythm and blues. Tidak terlalu rancak tetapi masih sesuai. Melodi lagu ini agak terkebelakang. Ia membawa kita mengimbas tentang zaman-zaman awal kemunculan Siti.

Ku Menunggu
Aidit Alfian/Habsah Hassan
Sebuah lagu yang indah. Entah mengapa saya lebih gemarkan lagu yang minimalis tanpa penggunaan banyak instrumen. Lebih banyak masa dapat diluang untuk menghayati vokal Siti Nurhaliza. Vokal Siti hanya diiringi dengan petikan gitar. Hebat !

Seindah Biasa
Pongky Jikustik
Orang kata lagu ini sehebat Bukan Cinta Biasa. Siti sendiri menyukai lagu ini secara peribadi. Lagu ciptaan pencipta Indonesia ini masih belum dapat mengatasi kehebatan lagu Bukan Cinta Biasa.

Prasasti Seni : Siti
Cara saya menghargai kerja kreatif Siti Nurhaliza adalah dengan membeli yang original. Sama seperti album Khai. Saya beli yang original. Saya tak main lah download-download. Adakalanya ulasan saya mungkin tidak memuaskan hati anda tetapi tanggungjawab saya untuk membeli yang original telah selesai. Anda bagaimana pula ? Takkan dok nganga dan komen sahaja ? :)

Pilihan SM
Sakti
Ku Menunggu
Lagu Rindu
Cahaya Seribu Liku
Pejam Matamu
Kembalilah Indah
Dialah Di Hati
Seindah Biasa
Cinta Tak Berganti
Pendirianku
Hanya Dirimu


Pelancaran Prasasti Seni Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza Voice Of Asia
Ulasan Lain Prasasti Seni Siti Nurhaliza
Forum Peminat Siti Nurhaliza tentang Prasasti Seni
Ulasan Lain Prasasti Seni Siti Nurhaliza
Ulasan Fiqarash Prasasti Seni Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 06 April 2004 0 komen

Telefilem Ronggeng Rokiah: Kekaburan simbol dan cerita yang bakal membuatkan penonton keliru.
oleh Nizam Zakaria


Dr. Anuar Nor Arai selepas pratonton telefilem Ronggeng Rokiah

Tatkala dalam sesi soal jawab telefilem Ronggeng Rokiah di Finas, bersama Dr. Anuar Nor Arai, saya telah berkali-kali meminta rakan saya dari Utusan, Saharudin Mohd Musthafa agar banyak-banyak bersabar. Tatkala itu, Dr. Anuar Nor Arai telah memarahinya kerana beliau mendakwa akhbar-akhbar tempatan, terutamanya Utusan tidak banyak membantu untuk mempromosi karya-karyanya dan di dalam masa yang sama, memberi publisiti yang meluas terhadap filem-filem Melayu yang kurang bermutu. Kemudian giliran saya pula dimarahinya kerana saya telah memberitahunya bahawa saya ada menulis untuk Kakiseni. Dr Anuar Nor Arai cukup anti kepada Kakiseni, kerana pada satu ketika dahulu, pementasan Ronggeng Rokiah di Istana Budaya telah dikritik hebat oleh Faisal Tehrani di laman ini.

Apa-apa pun, saya tidak ambil hati. Malah, ketika beliau memaki hamun pembikin-pembikin filem di Malaysia (malah Mansor Puteh dan Nam Ron juga tidak terlepas dari tegurannya), saya tersenyum dan kadangkala tergelak sendiri. Saya kurang pasti jika saya tergelak kerana keadaan pada waktu itu terlalu tegang ataupun sememangnya Dr Anuar Nor Arai mampu mewujudkan suasana kelakar dalam seram. Entahlah...

Telefilem Ronggeng Rokiah dua episod keluaran Kuasatek Pictures telah dipertontonkan buat pertama kali untuk para penonton yang telah dijemput khas di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS pada 27 Mac yang lepas. Setiap satu episod telefilem ini saya rasa panjangnya lebih dua jam. Filem ini telah dibuat khas untuk siaran televisyen, tetapi tarikh untuk filem ini akan ditayangkan di kaca televisyen masih belum dapat dipastikan lagi.

Dalam perbualan saya dengan Nam Ron mengenai filem ini, beliau ada memberitahu kepada saya bahawa Dr. Anuar Nor Arai membuat filem untuk dirinya sendiri. Jelas di sini, setelah selesai menonton telefilem Ronggeng Rokiah, saya dapat merumuskan bahawa filem ini bukan dibuat untuk tontonan penonton kebanyakan di Malaysia. Mungkin Ronggeng Rokiah tidak dibikin dengan mereka sebagai penonton sasarnya.

Telefilem Ronggeng Rokiah telah dibuat dengan rentak yang sengaja dilambatkan. Penumpuan kepada mise-en-scène filem ini jelas dapat kita perhatikan. Watak-watak yang ada diberikan tekstur melalui tata cahaya juga arahan seni untuk filem ini. Telefilem ini adalah sebuah filem "noir", sebuah genre yang cukup popular di Hollywood pada tahun 40-an dan 50-an dahulu. Saya dapati, Dr. Anuar Nor Arai mempunyai kecenderungan untuk membikin filem-filem genre ini. Pada tahun 1995, beliau telah membikin filem noir pertamanya, Johnny Bikin Filem yang sehingga kini tidak ditayangkan kepada penonton umum.

Selain dari menggunakan tata cahaya noir yang agak teliti, mise-en-shot filem ini juga unik. Filem ini juga menggunakan teknik "handheld shot" di mana kamera bergerak mengikut pergerakan pelakon. Pergerakan kamera ini mengingatkan saya kepada teknik yang digunakan dalam filem Perancis arahan Gaspar Noe yang bertajuk Irreversible. Sedikit sebanyak, teknik ini dapat menimbulkan perasaan klaustrophobia dalam diri watak juga penonton. Sering kali juga, watak-watak seperti ditindih ke satu sudut dalam siri bingkai (frame) untuk menampakkan keadaan mereka yang tersisih yang mempunyai semacam "psychological angst" yang tidak terluah.

Sememangnya filem ini kaya dengan semiotik. Lambang-lambang yang sebelum ini terwujud dalam Ronggeng Rokiah versi teater dipindahkan ke dalam filem, seperti pili bomba, coretan-coretan di dinding dan juga tari tango di antara Usman Players dan Rokiah Ronggeng di dalam bilik sempitnya itu.

Terdapat satu adegan dalam filem ini yang panjangnya 17 minit. Hassan Muthalib telah memberitahu kepada saya bahawa inilah adegan terpanjang tanpa henti dalam sejarah filem Melayu.

Telefilem Ronggeng Rokiah melawan arus. Filem ini merupakan wahana unjuran paradigma perfileman Malaysia yang mula kita dapat cium bau perubahannya. Apa yang jelas, telefilem Ronggeng Rokiah ini jika kita dalami, mempunyai persoalan-persoalan besar melalui subteknya. Tetapi, adakah penonton kita mahu mendalami subteks yang dikemukakan kepada mereka nanti?

Adakah penonton (terutamanya khalayak penonton murba yang parokial) nanti dapat menangkap bahawa dalam kemuraman filem ini, Dr. Anuar Noor Arai cuba mendampak dialektik politik bangsa Melayu dekat 50-an? Atau setidak-tidaknya, filem ini sebenarnya merupakan satu sindiran Dr. Anuar Nor Arai tentang kemelut yang wujud dalam dunia perfileman Malaysia?

Dalam hal ini saya agak curiga. Walaupun filem Citizen Kane oleh Orson Welles dijulang tinggi oleh pengkritik-pengkritik filem, ia masih sukar diterima oleh penonton biasa. Pada hemat saya, telefilem Ronggeng Rokiah ini begitu juga keadaannya dan pastinya akan menerima nasib yang sama. Ia mungkin akan dijadikan filem contoh untuk pelajar-pelajar perfileman tanah air, tapi ia belum tentu dapat menarik perhatian penonton kebanyakan.

Adakah genre noir ini masih relevan buat penonton zaman sekarang? Adalah gerak lakonan para pelakon telefilem Ronggeng Rokiah yang begitu "stylistic" benar-benar mencerminkan keadaan sebenar masyarakat Melayu Singapura pada zaman 50-an dahulu? Inilah persoalan-persoalan lain yang mungkin timbul tatkala penonton menyaksikan filem ini nanti.

Ku Seman Ku Hussain pernah berkata: "Istilah ''filem bermutu'' bagi sesetengah orang adalah suatu yang cukup menakutkan. Filem yang bermutu pada definisi masyarakat perfileman tempatan adalah filem yang ''syok sendiri''." Tatkala selesai menonton telefilem Ronggeng Rokiah, saya tahu filem ini sebuah filem bermutu, tapi dalam masa yang sama, saya dapat merasakan filem ini akan dikatakan filem "syok sendiri" oleh sesetengah penonton.

Bagi saya, telefilem Ronggeng Rokiah bukan sebuah filem yang "serius" tapi sebuah filem yang telah dibuat dengan serius yang akan banyak menguji tahap kesabaran penonton yang menontonnya.