Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 28 May 2003 0 komen

Ulasan Ronggeng Rokiah

Menonton teater period macam satu nostalgia bagi saya kerana baru saja mementaskan Rumah Kedai Jalan Seladang. Karya period terasa terlalu dekat dengan saya. Kesengsaraan manusia zaman itu masih ada dalam fikiran saya. Selesai pementasan saya terfikirkan bahawa karya-karya sebegini masih releven walaupun dalam alaf baru ini. Sifat Melayu masih sama seperti dahulu walaupun keadaan sekeliling Melayu pada ketika ini telah banyak berubah. Dunia masih dilanda peperangan. Sifat manusia tidak banyak berubah.

Pelakon dalam Ronggeng Rokiah perlu menonjolkan imej noirnya. Saya ingin memetik kata-kata Hassan Mutalib tentang teknik arahan dan lakonan dalam teater noir.
Menggunakan pendekatan 'method acting:' Bersahaja, eksotik, menangkap, tapi berbeza dari yang sehari-hari. Cerita 'noir' semacam sebuah mimpi buruk dan gaya lakon 'noir' adalah berbau mimpi (somnambulistic). Muka seperti bertopeng. Raut wajah beku BUKAN di tengah-tengah lakon tetapi sebelum diekspresikan. Lakon terlalu emotif meruntuhkan gaya 'noir' yang ketat. Pelakon 'noir' membendung 'a type,' jelas dan 'sketchy.' Intensiti yang langsung secara sungguh-sungguh dan dinamik TIDAK digalakkan. Pelakon 'noir' lebih ketat dan kedekut emosi. TIDAK dikehendakki tukar-tukar 'pitch' dan temperamen. Muka sukar bergerak. Membimbangkan, menakuntukan (eeriness). Tegak lemah, menengelam, lumpuh, cepat lemah, mengalah, rasa runtuh (Sag, droop, limp, depress, sink). Lafaz dialognya mengantuk dan lalok (Somnolent delivery of dialogue). Kaedah tatacahaya 'noir' menyebabkan watak 'noir' kelihatan sakit dan jahat (ill-looking dan wicked). Menyendiri dan berbahaya (a dangerous loner). Enggan, segan, berat, anti-hero yang songsang (a reluctant, inverted anti-hero). Misteri melingkungi dirinya.

Yang terserlah gaya lakonan noir hanyalah Jalaluddin Hassan, Sahronizam, Safura dan Rashidah Jaafar. Gaya lakonan pelakon lain masih seperti gaya lakonan biasa. Saya suka dengan lakonan Sahronizam yang memberangsangkan. Gerak tari beliau menjadi dan ada makna dalam setiap gerakan tersebut. Babak beliau mengekspresikan kekecewaannya dapat dirasakan bagaimana kecewanya beliau. Sudah pasti adegan bermain di motosikal menjadi antara yang terbaik dari segi artistiknya.

Dialog dalam Ronggeng Rokiah kaya makna. Jika dikaji subteksnya, pasti macam-macam telahan yang boleh dibuat. Saya paling suka dialog ini:-
cina tipu melayu, kau dah tengok
melayu tipu cina, kita tak takut
cina tipu cina itu kau takut
melayu tipu melayu itu sudah teruk


Banyak yang boleh dipelajari dari dialog tersebut. Seperti yang telah diperingat oleh Dr Anuar Nor Arai semasa sidang Apresiasi Ronggeng Rokiah beberapa hari sebelum hari pementasan sebenar, "dalami teksnya, ada maksud tersirat dalam setiap dialog yang dilontarkan oleh para pelakon. Dalami subteksnya."

Penataan cahaya yang mengkagumkan bagi saya untuk pementasan ini dan rekaan set yang menarik dan kena pada zamannya. Untuk lebih melicinkan persembahan teater 3 jam ini adalah lebih baik jika rekaan set dapat menggunakan sepenuhnya pentas hidraulik Istana Budaya agar keadaan pentas tidak sesak dengan 3 set utama di atas pentas iaitu bilik hotel Rokiah, Happy World Cabaret dan gerai tepi North Bridge Road. Jika dipergunakan sepenuhnya pentas hidraulik pasti pentas tidak sesak dan masa pertukaran babak dapat diselamatkan dengan muzik iringan dan tidak kelam-kabut sehingga menampakkan pekerja pentas.

Jika diberi kesempatan dan peluang saya ingin sekali menonton naskhah A.Samad Said "Lantai T. Pinkie", A. Samad Ismail "Rumah Kedai Jalan Seladang" atau Siti Rohayah Atan "Mencari Juita" dimartabatkan di Istana Budaya. Karya-karya period ini masih releven pada masa kini walaupun cerita yang ingin disampaikan adalah sama sahaja iaitu kesengsaraan wanita dan malapetaka di zaman perang.

Sila kunjungi Nizam Zakaria untuk mengetahui ulasan lain berkenaan Ronggeng Rokiah serta interview bersama Hassan Abd Mutalib.

Entri oleh sultanmuzaffar 17 May 2003 0 komen

Bedah Siasat Festival Teater Kuala Lumpur
diulas teater Rumah Kedai Jalan Seladang

Saya berkesempatan untuk hadir pada sessi post-mortem (bedah-siasat) Festival Teater Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada sessi tersebut kesemua panel penilai bercerita secara terperinci kelebihan dan kekurang kumpulan yang bertanding. Antara komen-komen yang diterjemahkan oleh beliau untuk Rumah Kedai Jalan Seladang ialah :-

Kumpulan ini telah berjaya membuat penafsiran skrip dengan baik tetapi malangnya pertukaran babak yang kelam-kabut menyebabkan mood terganggu. Kata panel, 30 minit pertama pementasan ini bercelaru. Setelah mendapat konfiden barulah pementasan berjalan lancar, tetapi teknik pertukaran babak yang bercelaru dan bergaduh di atas pentas menjejaskan flow cerita ini. Apabila kumpulan telah bersetuju untuk membawa naskah realism ke pentas maka tanggungjawab pengarah dan produksi adalah terlalu berat kerana mereka perlu merealisasikan secara terperinci zaman tersebut ke pentas. Setiap perkara perlu di ambil kira sehingga fabrik kostum, warna kostum yang digunakan perlu disesuaikan. Kebaya yang dipakai oleh pelakon menggunakan fabrik yang bukan datang dari zamannya. Zaman 40an katanya panel penilai perlu menggunakan fabrik kasa rubiah atau kebaya pendek lubang berkain jarang. Untuk merealisasikan teater realism memang sukar. Setiap apa yang terjadi pada zaman itu perlu diambil kira. Penonton mahu melihat zaman itu di pentas. Berbeza dengan teater non-realism atau absurd, penonton tidak perlu menjangkakan apa-apa di pentas. Apa yang ada di pentas adalah jujur dan benar belaka. Tiada unsur tidak logik. Aku tergamam.

Pengarah masih terikat dengan skrip dan kreativitinya tidak berkembang. Dan yang lebih memeranjatkan ialah pendedahan panel penilai tentang 3 orang pelakon utama wanita iaitu Leha, Nani dan Tina. Kata pnael mereka monotonous. Watak mereka sama sahaja. Aku bersetuju. Tiada mannerism yang berbeza di antara mereka. Yang boleh dibanggakan hanyalah Kalsum. Watak Kalsum berbeza dengan yang lain-lain. Watak Mak Nah Bee masih tercari-cari identitinya. Lontaran vokalnya terlalu menjerit dan tidak disesuaikan dengan keadaan. Takahashi baik lakonannya tetapi kerana skrip wataknya tidak dapat berkembang dengan baik. Jika dikembangkan watak ini pasti beliau mampu membawakan wataknya dengan lebih baik dan berpeluang untuk lebih berjaya.

Teknik lampu yang digunakan untuk Leman Voice-Over tidak sesuai dengannya. Lampu spot bergel biru yang dipancarkan dari 90 darjah atas pemain mungkin mewujudkan teknik bayang yang cantik tetapi perlu dibantu dengan lampu spot bergel kuning yang dipancarkan dari 45 darjah di hadapan pemain untuk menyerlahkan warna kulit pemain dan miming pemain tersebut jelas dilihat. Itu asas kata panel penilai.

Props dan set di pentas ini telah dimanafaatkan dengan baik. Semuanya functional. Buku yang dipegang oleh Leman perlu diberi nyawa, tidak hanya dipegang tanpa dibuka. Set kabaret dan set rumah boleh dibaiki untuk lebih menampakkan realismnya.

Cara pengarah membangunkan klimaks cerita juga tidak berkesan. Klimaks cerita ini ialah sewaktu Gapar ditangkap Jepun. Tetapi apa yang diharap oleh penonton tidak terjadi di atas pentas. Gapar hanya ditarik keluar. Tiada unsur dramatik sewaktu adegan tersebut. Pengarah yang berjaya mampu untuk menghidangkan sesuatu yang dramatik dan yang diharap di atas pentas oleh penonton ke pentasnya.

Leman, watak utama dikatakan zombie oleh panel penilai. Leman secara zahir telah dibodohkan di atas pentas oleh pengarah. Intonasinya monotonous, flat dan no emotion. Namun begitu suaranya jelas didengar oleh penonton, suara yang baik sebagai pelakon yang pertama kali berlakon. Adakalanya Leman terpancing dengan intonasi pelakon lain. Berdasarkan skrip, wartawan ini hanya bodoh tentang wanita tetapi bagus tentang kerjanya. Pengarah telah membodohkan Leman keseluruhannya. Tidak diketahui punca Leman dibodohkan, adakah selepas bertemu wanita atau sebelum bertemu wanita. Leman ialah seorang wartawan yang bekerja dengan sebuah syarikat milik Jepun. Hanya orang yang benar-benar berkualiti yang mampu diterima bekerja dengan mereka. Oleh itu Leman seorang yang terbaik di sisi mereka. Mana mungkin Leman dibodohkan sedemikian rupa. Benar, Leman naive tentang wanita. Itu kenyataan dalam skrip tersebut tetapi Leman tidak naive tentang kerjanya.

Leman, orang risau, dia selamba, orang takut, dia selamba, orang cemas, dia selamba, orang sedih pun dia selamba. itulah pantun untuk Leman.

Itulah serba sedikit cerita bedah siasat Rumah Kedai Jalan Seladang. Banyak ilmu yang perlu ditimba, banyak maklumat yang telah diserap untuk panduan di masa akan datang. Bedah siasat sebegini baik untuk memajukan industri teater tanahair.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Istana Budaya

Pada 22-31 Mei 2003
8.30 malam
Istana Budaya

Happy World Cabaret di Old Singapore jadi tumpuan kepada Johan, Ajis, Raman Bedok, Usman Players, Tengku Hussin, Zulfakar, Sidek Bopeng dan Johnny kerana Rokiah – yang diberi gelar Rokiah ROnggeng, primadona Happy World Cabaret. Zaman perpindahan social dan meleset tahun 1940-1050an ini membawa kisah suka-duka yang disingkap dalam bentuk tari (dance) tango, mambo dan waltz yang mendedahkan akal-budi manusia sezamannya. Dengan latar politik penjajah Inggeris semua yang terlibat dalam dunia Happy World Cabaret adalah Melayu yang tercari-cari, kehilangan identiti. Rokiah Ronggeng jadi penyata yang hidup, membawa harapan siksa sahir-batin manusia Melayu, perkara kecil dan remeh-temeh mungkin, tetapi luka dan rindu manusia kepada keamanan diri sendiri jadi muslihat yang terbuka. Rokiah Ronggeng sudah benci pada hidupnya yang sudah masuk ke pinggit mpelacuran, dan cuba mencari asal-usul dirinya, tetapi dapat tau ia tidak “milik” asal-usul itu. Seluruh ahli keluarganya lapuk nyawa. Manusia sekitar mengambil kesempatan dari usaha gigih dan “kekayaan” Rokiah Ronggeng sehingga Johnny, pengurus Melayu yang pertama di Happy World Cabaret dapat menyelamatkan Rokiah ronggeng daripada Ajis, Johan dan Raman Bedok. Rokiah “dipaksa terlibat” dalam dunia perfileman di Studio Shaw Brothers, yang cukup ia takut: kerana Rokiah Ronggeng tak boleh baca dan tulis. Paksaan ini “menyebabkannya jatuh sakit dan alami kejutan yang dirahsiakan.” Ketika bertango dengan Johnny lempaiannya secara habis-habisan, Rokiah Ronggeng terkulai dalam pelukan Johnny, menutup sebuah kisah derita seorang perempuan jelita dan berbakat keturunan Melayu di Singapore.

Nota Penulis

Pada saat ini saya berfikir bahawa ragam Melayu itu macam sehelai kelambu tidur bewarna putih. Bercorak halus tidak bewarna, dan bersaiz ikut ukurannya – kadang-kadang terbesar dan terkecil – melempai sampai ke lantai, ada kalanya senteng seinci atau sekaki. Dipandang telus, dilihat tak nampak, ditinjau ternyata seluruhnya. Penjurunya bersih dan kemas. Jika diselak tinggi-tinggi barulah terasa seluruh Melayunya, nampak corak alas bantalnya, tali pencerut bantal peluknya, dan rapi cadarnya diselit pada empat penjuru tilam berisi kekabu. Saya tak tahu kenapa imej ini melintas di mata saya bila mengingatkan Rokiah Ronggeng yang saya cipta. Saya melihatnya terbaring mengiring, separuh mukanya terselindung oleh penjuru bantal, dan punggungnya ternaik sambil peha dan kakinya tertolak sedikit ke hadapan. Rasa saying saya kepada seornag gadis Melayu seperti Rokiah Ronggeng mengingatkan saya kepada kakak saya bernama Rahmah, sezaman dewasa dengan Rokiah Ronggeng. Imej perempuan Melayu yang sedemikianlah yang membawa saya mencipta Ronggeng Rokiah dalam bentuk drama muzikal.

Ketelusan melayu dari golongan bawahan ini, yang tidak punyai cukup pelajaran dan pendidikan sempurna pada zamannya memang jadi halus dan penuh simpati bagi diri saya. Saya semacam meletakkan perasaannya ke dalam milieu yang demikian sebagai “milieu yang hampa, tercicir, sebu” kerana itu barangkali muzik boleh melahirkan the ominous lyrical reality untuk Ronggeng Rokiah. Saya masih memikirkan corak speech rythmns pengunjung-pengunjung cabaret zaman Happy World Cabaret 1950-an Singapura. Zaman meleset ini belum lagi zaman sweaters, sneakers, blue jeans, T-Shirts, suara-suara pemudanya sudah dewasa, kenal perempuan-perempuan sundal di lorong-lorong belakang, cepat dewasa ikut ukuran mereka ketika itu – so many shadings of veracity. Ikut pertanyaan Melayunya: corak kebenarannya macam mana? Yang benar dalam Ronggeng Rokiah ialah pada kata-kata Rokiah dan hidup Rokiah. Rokiah dapat disentuh, dipegang dan dirasa.

Manusia zaman itu berdiri dan bergerak dengan system nilai zamannya. Ruang tidak terarah dan waktu tidak tersusun. Keadaan ada dengan kehendak yang tidak terpegang dan terangkul oleh keupayaan dan tuntutan yang berubah. Melayu pada perasaan saya ketika itu masih pasif dengan perkembangan sekitarnya. Walaupun politik sudah jauh ke depan melihat kedudukan Melayu di bawah penjajahan Inggeris, tetapi ada golongan Melayu yang masih terpinga-pinga mencari sesuatu. Harapan.

Dalam Ronggeng Rokiah saya cuba menampilkan tanggapan mengenai mencari harapan ini. Melayu sesame Melayu tercari-cari. Banyak yang boleh dilakukan dan banyak juga halangan dan hambatan yang tidak bertulis. Manusia saya dalam zaman ini adalah manusia yang suka kerana banyak yang baru, mereka juga manusia duka kerana terikat dengan yang lama.

Sekiranya Ronggeng Rokiah mati dalam pelukan Johnny setelah memberikan lempaian tangonya yang menakjubkan itu boleh dikira sebagai hadiah kepada kaum bangsanya – Melayu Singapura ketika itu – maka Rokiah Ronggeng memang patut menerima gelaran primadona dalam dunia cabaret Singapura. Bahawa alam Melayu yang begitu baru bangun dari Perang Dunia Pertama dan berdepan dengan pahitnya zaman jatuh ekonomi dunia, menggapai-gapai mencari tembuk perlindungan social, dan kerapuhan moral dan kebajikan sesame Melayu, Rokiah Ronggeng memang satu tenaga kekuatan Melayu yang feminine, lembut, menyerah, bertimbang-rasa, mudah menghiburkan dirinya, serta pantas murung dan masuk ke dalam diri, berair mata; tapi mata yang merasakan zaman itu tentulah Rokiah Ronggeng seorang perempuan yang berjaya. Ia berjaya hidup, berdiri tegak, bersuara menguasai dunia lelaki. Lelaki dalam Ronggeng Rokiah adalah lelaki yang hilang identity, pelupa, tidak berduit, dan berwajah buruk seperti Sidek Bopeng, bekas Raja Waltz Singapura. Buruk Sidek Bopeng buruk di luar, tapi buruk Raman Bedok dan Johan buruk dari ke semua sudut. Luar dan dalam.

Entri oleh sultanmuzaffar 06 May 2003 0 komen

Pedas sekali teguran aktivis teater tersohor Malaysia ini dalam ruangannya di Berita Harian pagi ini.

Bual Teater: Kenapa nilai karya kreatif jadi berkecamuk ?
Oleh Khalid Salleh

FESTIVAL Teater Malaysia masuk musim kedua tahun ini. Di beberapa negeri sudah diketahui kumpulan yang menjadi wakil ke peringkat kebangsaan pada awal Ogos ini. Kumpulan yang menjadi juara negeri mungkin boleh berbangga, setidak-tidaknya merangsang keinginan memperlihat keupayaannya di peringkat kebangsaan kelak. Namun keperibadian sebagai pasukan kerja yang menterjemah karya penulis (pengkarya) di mana tulisan adalah jiwa dan pemikiran yang ingin disampaikan penulisnya, tidak harus berlaku ‘ketidak sopanan’ dengan menterjemah mengikut ‘sesedap rasa’ saja. Asal ada potensi untuk buat khalayak ketawa ia adalah tips memancing ketawa seterusnya.

Itulah yang terkesan pada Fesitval Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 26 April-3 Mei lalu. Nilai karya sebenarnya sudah ditelanjangi keinginan memancing tawa penonton. Definisi karya kreatif yang membangun sahsiah ummah berasaskan nilai kemuliaan (Islamiah) berkecamuk menjadi longgokan sampah sarap pemikiran pengarah yang tidak kenal erti keperibadian sesebuah karya. Lebih kecewa apabila pemain (pelakon) secara ‘percuma’ memberi khidmat membumbui hilai tawa khalayak melalui aksi yang tidak bersangkutan watak dibawanya.

Perlu ditegaskan metodologi keberkesanan sesebuah pementasan berkait rapat dengan permainan. Pelakon tidak boleh membuat aksi tersendiri yang tidak digaris dalam kemungkinan perwatakannya. Belajar kenali watak dan perwatakan dalam karya teater tidak semudah melontar batu ke dalam sungai. Bermula pada tulisan, kemudian suara penyebutan (dialog). Bagaimana gaya penyebutan? Bagaimana tindak-tanduk menanggapi (interaksi) kata bual lawan? Bagaimana sikap terhadap persoalan sekeliling? Bagaimana gerak percakapan tubuh? Bagaimana sentuhan mekanisme kejiwaan yang dilontarkan bersama dialog? Bagaimana mudah atau sukarnya dialog perlu diucapkan?

Bibit yang dinyatakan itu adalah persoalan asas yang amat penting dalam kerja pementasan khususnya lakonan. Kemeriahan Festival Teater Malaysia tidak bermakna sesebuah naskhah boleh dibumbui mengikut sesedap mata pengarah yang menggunakan naskhah orang lain sebagai landasan kemasukan kumpulannya. Ia harus dimengerti bahawa idealisme pementasan adalah pembentangan pemikiran dan penganalisaan seseorang penulis (pengkarya) terhadap persoalan lingkungan hidup manusia. Sifat hormat dan fahami pemikiran penulis karya harus ada jika memilih karyanya untuk dipentaskan. Jika tidak ada etika, apakah makna mengangkat (memilih) karya orang lain untuk dipentaskan?

Berorientasikan kepada memartabatkan teater, Festival Teater Malaysia tidak harus membiarkan keadaan itu berlaku untuk masa akan datang. Asosiasi kedewasaan dan keterbukaan mengangkat karya harus berlandaskan nilai kesenimanan, di mana arus kemunasabahan boleh digunapakai untuk membezakan antara ratib (zikir) atau suara Bollywood ketika penduduk sebuah kampung cuba mengesan kehadiran makhluk halus (bunian) kerana kehilangan Tulus, salah seorang penduduk di situ. Jika persoalan munasabah pun tidak mampu diambil kira, apakah erti kemunasabahan menggerakkan kumpulan teater yang kononnya mengingkatkan daya kreatif dan meluaskan pemikiran terhadap persoalan kehidupan.

Entri oleh sultanmuzaffar 29 April 2003 0 komen

Saya akan cuba untuk memberikan komen sejujur mungkin berkenaan dengan teater ini kerana saya sendiri terlibat dengan pementasan tersebut. Mungkin ada unsur2 bias.

Dari aspek lakonan masih banyak yang boleh diperbaiki. Saya sendiri mengakui tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya kerana terlalu gugup. Ini appearance saya yang pertama. 15 minit yang pertama tangan saya seperti air batu. Ada di antara pelakon yang tidak all out. Saya dapat merasakan pemain watak Nani dan Tina tidak all out pada malam itu. Saya sendiri telah cuba untuk memberikan yang terbaik pada malam tersebut. Kegugupan menyebabkan saya lupa pintu keluar masuk, ada sekali keluar ikut dinding rumah. Apa yang saya belajar semasa sessi latihan ada yang tidak dilakukan semasa malam persembahan. Mujur tiada skrip yang saya lupa cuma ada babak di mana pelakon lain yang terlupa skrip dan saya harus mengimprovisasikan dialog agar tidak ketara walaupun sebenarnya telah menukar skrip asal.

Dari aspek muzik, memang menjadi identiti grup ini untuk mempersembahkan muzik mereka secara langsung, tanpa recording. Babak-babak tengah hingga akhir perlu digambarkan suasana kabaret yang muram. Oleh itu muzik live di kabaret tiada. Suasana lebih bermood muram. Suasana happy di kabaret hanya muncul pada babak awal.

Kerana penggunaan multi-purpose set, suasana kabaret dan rumah hanya boleh dibezakan dengan menggunakan teknik lampu. Idea asal frame gambar dan tingkap akan turun menggunakan railing bar dari atas, kekurangan di dewan Matics membataskan idea ini dari dilaksanakan.

Berkenaan dengan terjemahan beberapa perkataan Jepun adalah idea yang menarik. Jika ada peluang mementaskan lagi naskah ini, pihak kami akan menterjemah beberapa perkataan Jepun tersebut di dalam brochure.

Saya suka memetik ayat dari Volume Of Interactions :-

"The play's fulcrum was an examination of how war and occupation effects a society - the Japanese occupation of Malaya being the platform from which the discussion was launched.

What are the effects of occupation on society? How does it change people, to force them into things they normally would not do? The juxtaposition of those who would embrace the occupiers and those who would resist; the virgin and the perempuan cabaret (call girl), the businessman and the thief, the strong and the weak, the moral and the immoral, the religious and the irreligious. No one wants war, no one wants to be occupied by a foreign power - the story of "Rumah Kedai Jalan Seladang" is about the choices we make when the unwanted happens."

Apa kesan penjajahan kepada seluruh masyarakat ? Apa kesan perang ?

Entri oleh sultanmuzaffar 28 April 2003 0 komen

Selesai sudah teater "Rumah Kedai Di Jalan Seladang". Aku puas hati dengan apa yang aku persembahkan tambah pula aku bukannya nampak apa yang dipersembahkan. Aku tidak boleh review secara keseluruhan kerana aku tidak nampak apa yang berlaku di pentas.

First time aku jadi pelakon, memang seronok. Terutamanya bila malam show. Yang paling tak syok masa sessi latihan, kena marah dengan pengarah, kena angkat "barua" dari UKM, kena jadi orang lain. Itu yang memeritkan. Kena marah dengan pengarah sesuatu yang memilukan kerana kena marah oleh kawan sendiri. Pilu gila. Sampai merajuk tak nak join minum teh tarik.

Betul kata Aie, bila dah berlakon sekali, lepas ni akan gian. Aku dah mula rindukan herdik pengarah, tunjuk ajar penolong pengarah vokal mesti lontar, manja Juki, bebelan Mak Nak Bee, kegampangan Sarjan Yamazaki dan lain-lain lagi.

Tadi kawan aku bagi satu review teater yang aku pentaskan semalam.

Volume Of Interactions. Terima kasih kerana review yang baik dari anda.

Entri oleh sultanmuzaffar 25 April 2003 0 komen

"Dah 4 malam aku tegur, jangan terbang macam Superman ! Hanya kerana kesilapan sedikit itu nanti akan menjejaskan latihan yang dah dibuat selama sebulan. Kita dah penat selama sebulan. So, tolong buat betul-betul."


Terus hilang mood aku nak join diorang minum teh tarik. Aku terus balik rumah.

Babak ini memang sukar. Aku tahu. Aku tak perlu buka mulut atau berdialog. Hanya aksi. Bosan sungguh. Lama pulak tu aku atas pentas. Babak lain aku puas hati dengan harapan aku tak lupa dialog.

Poster, produksi letak gambar muka aku.

Entri oleh sultanmuzaffar 24 April 2003 0 komen

Secara keseluruhan, semua kerja Pengarah sudah selesai. Aku puas hati dengan kerja beliau. Berlakon tidak mudah rupanya. Tinggal beberapa hari lagi sebelum malam persembahan. Aku cukup bersedia untuk menjadi Leman. Melihatkan kepada komitment semua pelakon, aku menjadi lebih bersemangat untuk menonjolkan sesuatu yang luar biasa. Ini pengalaman pertama aku berlakon di hadapan orang ramai. Gementar perkara biasa. Aku jika boleh mahu orang ingat siapa Leman dan fungsi Leman dalam teater tesebut.

Aku sudah mencuba kostum yang perlu aku pakai pada malam itu. Sudah dapat menggunakan semua hands prop seperti buku, pen dan cermin mata. Sudah tahu bila waktunya untuk aku memegang buku, membuka buku, memegang kerusi dan lain-lain. Kumpulan ada sehingga hari Jumaat sebelum full run rehearsal. Malam ini, latihan akan diadakan di tempat terbuka. Ujian lontaran suara. Aku akan cuba sebaik mungkin. Hari Sabtu aku akan berehat dan menonton Anugerah Industri Muzik. Dan hari Ahad adalah malam untuk aku memberikan yang terbaik.

Ada kejutan pada malam itu....

Entri Terpilih : Seni

Entri oleh sultanmuzaffar 22 April 2003 0 komen

  1. Majlis Pelancaran Produksi Musim 2006 Istana Budaya
  2. Sidang Media Puteri Gunung Ledang The Musical Istana Budaya
  3. Ulasan Puteri Gunung Ledang The Musical
  4. Tirai Akhir Puteri Gunung Ledang The Musical
  5. Teater Muzikal Lantai T.Pinkie : Kasut-Kasut Bercerita
  6. Teater Alang Rentak Seribu Dipentaskan Kembali
  7. Ulasan Teater : Julius Caesar
  8. Ulasan Teater : Lembah Semantan & B'Badi
  9. Life Sdn. Bhd. III
  10. Salina
  11. Pusaka OPHELIA
  12. Malam Media OPs OPHELIA
  13. Reality Online vs Reality Theater
  14. Teater Hang Li Po Istana Budaya
  15. 18 ???: Dia Yang Sepi
  16. Teater Lorong Neraka
  17. Teater Kanak Kanak Sungai Bonda
  18. Ulasan Teater Dia Yang Sepi
  19. Wawancara Bersama Azlan Shan Ibrahim, Pengarah Dia Yang Sepi
  20. Technical Rehearsal Dia Yang Sepi
  21. Di Sebalik Pembikinan Dia Yang Sepi
  22. Brochure Dia Yang Sepi
  23. Cameronian Arts Awards 2003
  24. Anak Kerbau Mati Emak by Johan Jaafar
  25. Dejavu
  26. Anak Kerbau Mati Emak
  27. Kalendar 2004 Istana Budaya
  28. Project Suitcase 2003
  29. Di Mana Bulan Selalu Retak II
  30. Di Mana Bulan Selalu Retak I
  31. Muzikal Orang Kota Bahru
  32. Fragmen ANGKA
  33. Zikir Ratna
  34. Merdeka Anak Muda
  35. Mak Yong Raja Tangkai Hati
  36. Pejuang Gerila Force 136
  37. Tingginya Menyapu Awan
  38. Rumah Kedai Jalan Seladang 3
  39. Ronggeng Rokiah II
  40. Ronggeng Rokiah I
  41. Rumah Kedai Jalan Seladang 4
  42. Rumah Kedai Jalan Seladang 3
  43. Rumah Kedai Jalan Seladang 2
  44. Sajak Omar Khayyam

    Layar
  45. Siri Wawancara bersama Sutun II - 1
  46. Siri Wawancara bersama Sutun II - 2
  47. Siri Wawancara bersama Sutun II - 3
  48. Anugerah Seri Angkasa 2006
  49. Tanya Linda : Pelakon Teater vs Pelakon Filem
  50. Gubra : Up Close and Personal
  51. Jangan Gubra Dengan Gubra
  52. Ulasan Filem : Buli Balik, putaran filem yang lebih optimis
  53. Ulasan Filem : Baik Punya Cilok
  54. Ulasan Filem : King Kong
  55. 78th Annual Academy Awards
  56. Ulasan Anugerah Akademi ke 78
  57. Ulasan Filem : Castello sebuah filem aksi yang main-main
  58. Ulasan Filem : 9 Naga
  59. Ada Raya, Ada Astro
  60. Hijrah Remaja
  61. Bersamamu TV3 - Rumah Seri Kenangan Cheng Melaka
  62. Rock : Mengembalikan Zaman 80an
  63. Ulasan Filem : Pontianak Harum Sundal Malam 2
  64. Filem Gubra versi Rough Cut
  65. Panel Forum Khalayak Filem Satu Diskusi Awal & Salon
  66. Melihat Sinema Indonesia Berkarya Melalui Janji Joni
  67. Gol & Gincu : Kritis Tetapi Bersahaja
  68. Tentang Dia
  69. Sepet vs Sembilu 2005
  70. UNITAR Mini Film Festival
  71. Anugerah Bintang Popular 2004
  72. Si Sepet Yang Tidak Potong
  73. Sepet
  74. Malaysian Idol - Final 3
  75. Malaysian Idol - Final 5
  76. Buai Laju Laju
  77. Puteri Gunung Ledang
  78. Pontianak Harum Sundal Malam
  79. Pontianak Harum Sundal Malam oleh Nizam Zakaria
  80. Buli
  81. Telefilem Ronggeng Rokiah oleh Nizam Zakaria
  82. Bintang Hati: Filem Ringan untuk Penonton Tetapi Berat Untuk Artis
  83. Telefilem Ronggeng Rokiah: Kaya Makna Visual
  84. Mata Rabun Tapi Hati Celik oleh Hassan Muthalib
  85. Buli : Hidup Jangan Jadi Mangsa
  86. Buli oleh Nizam Zakaria
  87. Anugerah Bintang Popular 2003
  88. Kertas Kerja Idola oleh Hassan Mutalib
  89. Ramalan Anugerah Bintang Popular 2003
  90. Anugerah Akademi 79
  91. TV3 Explorace 01-04
  92. Filem Kuliah Cinta
  93. TV3 Explorace 01-03
  94. TV3 Explorace 01-02
  95. Filem Trauma
  96. Drama Rabun TV3
  97. Filem Malaysia 2003: Yang Best & Yang Hampeh
  98. TV3 Explorace 01-01
  99. Ah-Ha The New TV3 Comedy Show
  100. Telefilem Neon
  101. Filem Mr.Cinderella 2
  102. Paloh: Dilema Melayu Yang Keliru
  103. Kertas Kerja oleh Hassan Mutalib
  104. Filem Cinta Kolestrol
  105. Drama Multimedia Super Cintun

    Tari
  106. Drama Tari AWAS!

    Muzik
  107. Album Terbaik dari Bintang Realiti TV Nikki : Maharani
  108. Nikki, Bad's Birthday, Festival of Rights
  109. Projek Rumah Kaca Nikki : Bahagian I
  110. Projek Rumah Kaca Nikki : Bahagian 2
  111. Projek Rumah Kaca Nikki : Bahagian 3
  112. Projek Rumah Kaca Nikki : Bahagian 4
  113. Ramalan Anugerah Bintang Popular 2005
  114. Ulasan Anugerah Bintang Popular 2005
  115. Top 5 Anugerah Industri Muzik 13
  116. Nostradamus Anugerah Planet Muzik 06
  117. Ulasan Anugerah Planet Muzik 06
  118. Sinar “Bintang” di AIM 13
  119. Nostradamus Anugerah Industri Muzik 13
  120. Ulasan Anugerah Industri Muzik 13
  121. Salam Raya Akademi Fantasia 3
  122. Nostradamus Separuh Akhir Juara Lagu 20
  123. Nostradamus Juara Lagu 20
  124. Ulasan Anugerah Juara Lagu 20
  125. VCD Siti Nurhaliza In Concert
  126. Grand Finale Malaysian Idol
  127. Daniel & Nita ke Grand Finale Malaysian Idol
  128. "Good Man" Gone Wild & Anugerah ERA 05
  129. EVO '05 Akademi Fantasia
  130. Adibah Noor - Terlalu Istimewa
  131. Album Launching Adam - Tak Tahu
  132. Ulasan AIM 12
  133. Ramalan AIM 12
  134. Dari Studio Satu Sheila Majid
  135. Anugerah Hitz1
  136. Laskar Cinta Dewa
  137. Anugerah Bintang Popular 2004
  138. Wo!!! Zahid
  139. Ramalan ABP2004
  140. Konsert Force of Nature
  141. Anugerah Seri Angkasa
  142. An Evening with Sting Sacred Love Tour
  143. Anugerah Juara Lagu 19
  144. Ramalan Anugerah Juara Lagu 19
  145. Jaclyn Victor : Gemilang
  146. Ning Baizura : Erti Pertemuan
  147. Akademi Fantasia : EVO04
  148. Ramalan Anugerah ERA 04
  149. Anugerah ERA 04
  150. Malaysian Idol - Final 5
  151. Anugerah Industri Muzik 2004
  152. Nostradamus AIM2004
  153. Siti Nurhaliza : Prasasti Seni
  154. Zainal Abidin : Gaia
  155. Khai Dambaan Pilu
  156. Sheila Majid Cinta Kita
  157. Anugerah Bintang Popular 2003
  158. Album Vince
  159. Ramalan Anugerah Bintang Popular 2003
  160. Album Eiffel..I'm In Love
  161. Konsert Putera Puteri
  162. Anugerah Juara Lagu 18
  163. Pra Anugerah Juara Lagu 18
  164. Siti Sarah
  165. Penghargaan Oleh Afdlin Shauki
  166. FUUYO! Oleh Afdlin Shauki
  167. Separuh Akhir Irama Malaysia JL18
  168. Separuh Akhir Balada JL18
  169. Separuh Akhir Pop Rock JL18
  170. Anugerah ERA 2003
  171. Konsert Simfoni Ghazal Sharifah Aini
  172. Sekarang Dah Jadi Tan Sri SM Salim
  173. Konsert Poems For The World
  174. Konsert Geeta Gangsa
  175. Konsert Fete de la Musique & APuKe

    Peribadi
  176. Salam Takziah dari sultanmuzaffar
  177. Writ Saman
  178. KFC Setiap Minggu dan Pledge Your Donation
  179. Minggu Buka Puasa
  180. Kiriman Lukisan Tangan
  181. Jalan Jalan Studio
  182. Berhenti Berharap
  183. Buka Puasa Drop-Out dan Bakal Drop-Out UNITAR
  184. Reunion Buka Puasa
  185. DUREX Global Sex Survey 2005
  186. Dunia Blog Yang Padat
  187. Sorotan Seni seorang sultanmuzaffar
  188. Temubual dengan pemenang AWET 2004
  189. Gathering Geng Jurnal 05
  190. Tetamu Senja di Radio MMU
  191. Tumbang, MStar, Kabinet Baru, Pasca Puteri Gunung Ledang dan Akademi Fantasia 4
  192. MStar Online : Hati-Hati Memblog & NTSP Media Convergence
  193. Attention to all Firefox users !
  194. Artikel Tentang Blog di Sisipan Ikon
  195. Blogger di XFresh !
  196. Blog Sahabat Akademi Fantasia
  197. Reminiscence !
  198. Bagaimana Cara Kita Melihat Sesuatu
  199. Gathering Di Mana-Mana
  200. Ringan Kepala
  201. Tujuh Tahun Tiga Bulan Berlalu
  202. Gathering Gol & Gincu TGV KLCC
  203. Selepas 16 Tahun
  204. Gathering Gol & Gincu Ads
  205. Kawan Blogger Aku Sudah Gila
  206. Petaling Street Birthday Bash
  207. Semalam Bersama Saiful Razman
  208. Gathering Sepet
  209. Kebun Bowling Tourney
  210. Wawancara Email bersama tontonfilem
  211. Malam Elit di Dewan Filharmonik Petronas
  212. setahun seorang sultanmuzaffar (ii)
  213. setahun seorang sultanmuzaffar (i)
  214. Gathering gengjurnal.net 2004
  215. sultanmuzaffar Berehat Lagi
  216. Majlis Konvokesyen Yang Disaster
  217. Surat Untuk Bulan
  218. OPs OPHELIA II
  219. Mini Gathering PGL
  220. Peritnya Mencari Sesuap Nasi
  221. Biar Mereka Tahu
  222. Email Terbuka Kepada Saudara SM
  223. Wawancara bersama Mat Jan
  224. Letter from Sivarasa Rasiah
  225. Wawancara bersama Fajar
  226. Malaysia First Politikus Blogger by Danny Lim
  227. Album Vince
  228. Wawancara bersama Rudy Bluehikari
  229. Book Launch : Asian Cyberactivism
  230. Gathering Gengjurnal.net
  231. Teams/Teamworking
  232. Tiada Harapan
  233. Pemenang Asia Weblog Awards
  234. Azam dan Impian Tahun 2004
  235. IN/OUT 2003
  236. Rakaman Spontan Pelangi
  237. ASTRO: Di Mana Silapnya ?
  238. Rumah Terbuka sultanmuzaffar
  239. Miss World 2003
  240. SMS For Charity
  241. Eid Mubarak
  242. Sahabat Baru
  243. Pewaris Perjuangan
  244. Maka Bermulalah Era Pasca Mahathir
  245. Ramalan Anugerah ERA
  246. Artikel AGE - NGO Seni
  247. Wawancara Bersama SM

    Program Komputer
  248. Google Earth : Explore, Search & Discover
  249. CSI: Crime Scene Investigation
  250. Selamat Ulangtahun Blog Yang ke 4 !
  251. 32 Hanya 1 Angka
  252. Itu tandanya...
  253. Biarlah Rahsia
  254. Papa Rock, Raja Platinum dan Rupanya Kita Serupa
  255. Ulasan Anugerah Industri Muzik 13
  256. Ulasan Album Transkripsi Siti Nurhaliza
  257. Penat Tapi Puas;
  258. 70 Weblog Paling Popular di Malaysia
  259. Ejen 016
  260. Ramalan Festival Filem Malaysia 19
  261. Persembahan Pilihan AF4
  262. Mukhsin : Kembara Waktu Yang Paling Indah
  263. Ramalan Anugerah ERA 06
  264. Sepak !
  265. Ejen 016 : Cameo
  266. Kebenaran Kan Terbukti Jua
  267. Perang Stesen Televisyen
  268. Inikah Inovasi Mawi ?
  269. Selamat Hari Kebangsaan 49
  270. Mukhsin Dan Angkasawan Menjelajah Dunia
  271. Permulaan Masa Depan Yang Gemilang
  272. Anugerah ERA 06
  273. Malaysian Futures 01 : Fantasia Crossover
  274. Ziarah Menjelma, Puasa Kembali
  275. Monolog Seorang Penagih
  276. Sidang Media Pelancaran Ziarah
  277. Faizal : Satu Dalam Sejuta, Suki : Taiwan Menanti
  278. Ziarah Episod 1 (Afghanistan: Jalalabad)
  279. Ziarah Episod 2 (Afghanistan: Kabul)
  280. Ziarah Episod 3 (Afghanistan)
  281. Ziarah Episod 4 (Afghanistan)
  282. Ziarah Episod 5 (Afghanistan)
  283. Ziarah Episod 6 (Pakistan: Peshawar)
  284. Ziarah Episod 7 (Jordan)
  285. Ziarah Episod 8 (Syria: Homs)
  286. Ziarah Episod 9 ((Syria: Damsyik)
  287. Ziarah Episod 10 (Lebanon: Beirut)
  288. Ziarah Episod 11 (Lebanon: Hamra)
  289. Ziarah Episod 12 (Uzbekistan: Tashkent)
  290. Ziarah Episod 13 (Uzbekistan: Samarkand)
  291. Ziarah Episod 14 (Uzbekistan: Bukhara)
  292. Ziarah Episod 15 (Kazakhstan: Syhmkent)
  293. Robots (Ch 42) : 29 Oktober 2006
  294. Robots (Ch 42) : 29 Oktober 2006
  295. Ziarah Episod 16 (Kazakhstan: Syhmkent)
  296. Ziarah Episod 17 (Kazakhstan: Taraz)
  297. Ziarah Episod 18 (Kyrgyzstan: Bishkek)
  298. Ziarah Episod 19 (Indonesia: Yogyakarta)
  299. Datuk Siti Nurhaliza !
  300. Separuh Akhir Juara Lagu 21
  301. Selangkah Ke Juara Lagu 21
  302. The Red Kebaya : F16 Bukan F8
  303. Setengah Dekad
  304. Impian
  305. 50 Sebab Mengapa Saya Suka Cinta
  306. Maxis TV : Satu Kejayaan Peribadi
  307. 5 Projek, 1 Tenaga, 1 Minda, 5 Realiti
  308. Separuh Akhir Separuh Masak
  309. Dari Satu Lensa
  310. X-Tuned On-Air Promo
  311. Ina Naim Ke Top 5
  312. Fenomena Cicak Man
  313. BMW Malaysia launches BMW Shorties
  314. Muzikal Kanak Kanak Ali Baba
  315. Anugerah Skrin 8
  316. Ujibakat AF5 Kembali Lagi
  317. Filem Terbaik 2006 ?
  318. Dari Isi Hati Dan Pandangan Mata Seorang Best Man
  319. Hati Hati Memblog
  320. Anugerah Juara Lagu : Kunci Kebebasan
  321. Eureka
  322. Berangan-Angan
  323. Kes Qabil Khushry Qabil Igam
  324. Anugerah Bintang Popular Pilihan sultanmuzaffar
  325. Tun Dr. Mahathir Dicalonkan Untuk Hadiah Nobel
  326. IKON Pilihan Malaysia
  327. Jangan Gerun Dengan Bloggers
  328. Rezeki Mencurah Lagi
  329. Mukhsin Bermula Dengan Kejayaan
  330. Mi Maggi Tabik Anda !
  331. Kena Tag !
  332. sultanmuzaffar, Ulangtahun Ke Lima
  333. satu dua tiga
  334. Puteri Gunung Ledang Gegar Cameronian
  335. My Name Is Remy
  336. Kelam Kabut
  337. Penat IKON Malaysia dan dot.net
  338. Ramalan Anugerah Planet Muzik 2007
  339. SM Di Sini : Episod SMS Stalker Sasau
  340. Nothing In Singapore !
  341. LawaKing di Astro PRIMA
  342. AC Di Sini Live Dataran Merdeka
  343. Siapa IKON Malaysia Pilihan Anda?
  344. Memoir Untukmu Malaysia 1
  345. Memoir Untukmu Malaysia 2
  346. Jingjing : Kita Jumpa Rabu Depan
  347. Jingjing Dah Ada Kawan Baru
  348. Enam Hari Tanpa Internet
  349. Web Trend Map 2007
  350. The Borneo Rainforest Cafe, Sunway
  351. Kejutan Finalis Anugerah ERA 2007
  352. Festival Filem Malaysia 20
  353. Mukhsin Menang di NETPAC Jogyakarta
  354. Sorotan Festival Filem Malaysia 20
  355. Top 20 AllMalaysiaN Blog Project
  356. Anda Astro Technologenius!
  357. 50 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menyambut Ulang Tahun ke 50 Kemerdekaan Malaysia
  358. Terlalu Pilih Kerja? Allyhunt Bantu Anda !
  359. Madu II : Adaptasi Teknik Layar ke Pentas Yang Bijak!
  360. Terlalu Pilih Kerja? Allyhunt Bantu Anda !
  361. Raja Sehari : Tanty & Shah VE
  362. Sekitar Ulang Tahun Pertama Perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K
  363. Badak Sumbu Sumatra Kian Pupus
  364. Sekitar Sound Check Konsert Reunion AF5
  365. Konsert Reunion Akademi Fantasia 5
  366. Menuju Puncak
  367. Dua Yang Pertama Di Malaysia : Astro AWANI & Astro OASIS
  368. Anugerah ERA 2007 : Lelaki Ini
  369. Advertorial ITalk Buddy
  370. Beban Yang Puas
  371. Rumah Terbuka Akademi Fantasia 5
  372. Hari Yang Tenang
  373. Al-Fatihah Nurin Jazlin
  374. The Most Popular SM
  375. Bila Carta
  376. Teater Muzikal P.Ramlee
  377. Azizah
  378. Foto Promo P.Ramlee The Musical
  379. Kali Pertama Sebagai Output Editor
  380. Dr Sheikh Muszaphar & Mukhsin Lakar Sejarah
  381. Diddy Lahir Dari Hati
  382. Getaran Jiwa P.Ramlee Diterjemahkan ke Teater Muzikal
  383. Jom Fu-Yoh di DiGi Street Blast
  384. Sehati Berdansa Menari Untuk Kebajikan
  385. Kerana Karina di Gua.Com.My
  386. Kembali Pada Ku
  387. Demam P.Ramlee The Musical
  388. Teaser Eksklusif Sehati Berdansa
  389. Masa Cepat Menjadi Singkat
  390. Puteri Gunung Ledang The Spirit & The Journey
  391. Katakan Tak Nak
  392. 1 Juta Bakal Menjadi Milik Anda
  393. Gegaran DiGi Street Blast : Fu-Yoh!
  394. Dapatkan Tune Cards
  395. Hadiah Daripada Hati Siti Nurhaliza
  396. Majlis Pernikahan Ning & Omar
  397. Legenda Sheila Majid
  398. Kampung Nekmat Ning & Omar
  399. Cerah
  400. Jika Ada Spoiler
  401. American Idol Season 7 vs Akademi Fantasia Musim 6
  402. Bahang Kerusi Panas Hos Akademi Fantasia 6
  403. Fail Sulit : Hos AF6
  404. Ning Baizura - Age Of Pollution
  405. 80th Academy Awards Prediction
  406. Kejutan "Superstar" dalam Barisan Tenaga Pengajar
  407. The 6th Annual BOH Cameronian Arts Awards 2007 Nomination
  408. Enam Tahun Lalu
  409. Suara Alam Maya
  410. Video Promo Pilihan Raya Umum Malaysia
  411. Syabas Malaysia
  412. Akademi Fantasia 6 : 25 Calon Pelajar Diumumkan
  413. Cereka Fantasi Duyung
  414. Pengumuman 14 Pelajar Akademi Fantasia 6
  415. Diari Akademi Fantasia : Minggu 1 Hari 1
  416. Kejutan Barisan Kabinet Malaysia
  417. Konsert Minggu 1 Akademi Fantasia 6
  418. Lagu Tugasan Minggu 2
  419. Ramalam Anugerah Bintang Popular 07
  420. Konsert Minggu 2 Akademi Fantasia 6
  421. Lagu Tugasan Minggu 3
  422. Anugerah Industri Muzik 15
  423. Nubhan Curi Tumpuan Di The Pavillion
  424. Skala Kepercayaan Perbandingan TV
  425. Konsert Minggu 3 Akademi Fantasia 6
  426. Lagu Tugasan Minggu 4
  427. Mama Rina The Legend Katanya...Walaupun
  428. Berlakulah Magik Malam Ini
  429. Minggu Yang Agak Sibuk
  430. BlogMob : Samsung Mobile SGH i550
  431. Peningkatan Ketara Ditunjukkan Pelajar
  432. Ulasan Teknologi : Samsung Mobile SGH i550
  433. Lagu Tugasan Minggu 6
  434. Mahakarya Cinta Sampai Syurga
  435. Ramalan Anugerah Industri Muzik 15
  436. AF6 vs AIM15
  437. Lagu Tugasan Minggu 8
  438. Pelancaran SELAK : BERSIH's Journey Towards Clean & Fair Election
  439. AF6 vs AIM15
  440. Lagu Tugasan Minggu 8
  441. Ulasan Konsert AF6 Minggu 8
  442. Blog Fantasia & P.Ramlee The Musical Menang Besar
  443. Lagu Tugasan Minggu 9
  444. P.Ramlee The Musical di Singapura
  445. Siapa American Idol Season 7 ?
  446. Stacy Juara di Pentas Akhir Akademi Fantasia 6
  447. Escapism
  448. Benih Yang Disemai P.Ramlee Terus Subur
  449. Ada Dunia Yang Lebih Tenang
  450. Ada Dunia Yang Lebih Tenang II
  451. Jom Ke Old Trafford
  452. Escapism di Sipadan Kapalai Dive Resort 1
  453. Dasar Laut Pulau Sipadan-Kapalai
  454. Sepi Gabung Jalin Tiga Cerita Satu Destinasi
  455. Bak Kata Nabil - Lu Fikirlah Sendiri
  456. Cuti Cuti Sipadan Dive Resort 3
  457. Panasnya AIR CON
  458. Shaberi Cheek Bukan Lawan Anwar Ibrahim
  459. Levi's 501 Live Unbuttoned
  460. MTV Asia Awards 2008 X-Party
  461. Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia 21
  462. Susuk Cantik Luar Dan Dalam
  463. Surat Dari Pencinta Muzik
  464. Sean Ghazi Live at The Marquee Carcosa Seri Negara
  465. KL HopOnHopOff Tour
  466. Kenangan OREO Anda
  467. Teater 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun
  468. Demam Permatang Pauh
  469. Bila M.Nasir Main Golf

Entri oleh sultanmuzaffar 21 April 2003 0 komen

AIM 2003 Top 5 Nominees

ARTIS BARU TERBAIK - ARTIS
Best New Artiste - Artiste

Hazami - Tekad Redha Tabah
Jai - Biru
Misha Omar - Misha
Phyne Ballerz - Monte Carlo
Sarah - Sarah

Pilihan :- Saingan adalah di antara Siti Sarah dan Hazami. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Sarah dengan mutu dan kawalan suara yang benar-benar mengkagumkan manakala Hazami mempunyai kelebihan mencipta dan menulis lirik lagu. Berdasarkan populariti, pasti Siti Sarah mampu membawa pulang anugerah tersebut.

ARTIS HARAPAN - ARTIS
Most Promising Artiste - Artiste

M.O.B. - Foo’s
Phlowtron - Phlow-A-Tech
RuffEdge - Tiada Lagi Cinta
Sasi The Don - The Tide Is High
VE - Ayu

Pilihan :- RuffEdge - Tiada Lagi Cinta

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (LELAKI) - ARTIS
Best Vocal Performance in an Album (Male) - Artiste

Anuar Zain - Anuar Zain
Jamal Abdillah - Segala Cinta
Ramli Sarip - Kalam Kesturi
Rem - Setiap Waktu
Zamani - Zamani

Pilihan :- Sukar untuk membuat pilihan apabila melihat senarai akhir anugerah ini. Masing-masing punya kelebihan tersendiri. PIlihan utama tentunya di antara Anuar Zain dan Ramli Sarip. Jika kelebihan tidak pernah memenangi anugerah dikira, pasti Ramli Sarip mempunyai kelebihan. Saya menjangkakan Anuar Zain akan memenangi kategori ini.

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (WANITA) - ARTIS
Best Vocal Performance in an Album (Female) - Artiste

Dayang Nurfaizah - Hembusan Asmara
Misha Omar - Misha
Sarah - Sarah
Siti Nurhaliza - Konsert live Untuk Mu Sudir Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza - Sanggar Mustika

Pilihan :- Saya lebih menjangkakan yang Dayang Nurfaizah akan berjaya mengekang kedudukan Siti Nurhaliza untuk anugerah kali ini. Namun begitu, persaingan agak sengit di antara mereka berdua. Dua penyanyi baru yang tersenarai masih belum matang untuk menggugat kedua-dua artis pilihan ini. Kekuatan Siti adalah dalam pengawalan vokal sewaktu Konsert Live. Itu kelebihan beliau. Tetapi kehadiran album rakaman live di dalam senarai ini masih menjadi tertanya-tanya.

PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM ALBUM - ARTIS
Best Group Vocal Performance in an Album - Artiste

Ajai & Nurul - Ajai & Nurul
NowSeeHeart - Berjalan, Melihat dan Mentafsir
Phyne Ballerz - Monte Carlo
Teh Tarik Crew - How’s The Level?
Urban Xchange

Pilihan :- Saingan pasti sengit antara NowSeeHeart dan Urban Exchange. Saya lebih suka jika Urban Exchange memenangi anugerah ini.

KULIT ALBUM TERBAIK - PEREKA
Best Album Cover - Designer

Darius Yussof - Under The Influences (Dave Andrew)
Joe Leong - Anuar Zain (Anuar Zain)
Joe Leong - Mas Idayu 1001 (Mas Idayu)
Nizam Rahmat - Ajai & Nurul (Ajai & Nurul)
William Liew - Akan Datang (Amy Mastura)

Pilihan :- Joe Leong - Anuar Zain

RAKAMAN ALBUM TERBAIK - JURURAKAM
Best Engineered Album - Engineer

Illegal, Eka Shereen, Tham Wing Kwan, DJ Goldfish - Phat Family (Phat Family)
Illegal, Leonard Soosay, Jason Tan, Ned Davis, Chris Wood, Mary Ann Souza, C.L. Toh & Tern - Urban Xchange (Urban Xchange)
Jig, Omie, Bong, Dino, Alif - Mata Satu (Tribe)
Mujahid, Greg Henderson, Nafi, Che’ Mat -Berjalan, Melihat dan Mentafsir (NowSeeHeart)
Sunil Kumar - Under The Influences (Dave Andrew)

Pilihan :- Illegal, Leonard Soosay, Jason Tan, Ned Davis, Chris Wood, Mary Ann Souza, C.L. Toh & Tern - Urban Xchange (Urban Xchange)

VIDEO MUZIK TERBAIK - PENGARAH
Best Music Video - Director

Maurice Noon & Scott Brazil - Phat Family (Phat Family)
Paul Loosely - Kasih Suci (Amy Mastura)
Peter Chin - Slumber (OAG)
Virgina Kennedy - Impak Maksima (KRU)
Yusry Abdul Halim - Hasrat (Phyne Ballerz)

Pilihan :- Impak Maksima (KRU)

ALBUM POP ETNIK TERBAIK – ARTIS/ PRODUSER
Best Ethnic Pop Album – Artiste / Producer

Aura - Noraniza Idris / Fareez
Kalam Kesturi - Ramli Sarip / Ramli Sarip
Salsabila -Yasin / Yasin, Farihin Abdul Fatah & Mujahid Wahab
Sanggar Mustika -Siti Nurhaliza / Ramli MS & Pak Ngah
Senandung Melayu -Syura / Dato’ M. Daud Kilau / S. Atan

Pilihan :- Kalam Kesturi (Ramli Sarip)

ALBUM NASYID TERBAIK – ARTIS/ PRODUSER
Best Nasyid Album – Artiste / Producer

Berjalan, Melihat dan Mentafsir - NowSeeHeart / Mujahid Abdul Wahab
Di Syurga Menanti -Saff-One / S. Atan, Ali Hj, Yasin, -Mujahid Abdul Wahab, Bakar (Raihan)
Jalan Bahagia -Hijjaz / Munif Ahmad, Kamal Halim, S. Atan, Mujahid Abdul Wahab
Qiblat -Rabbani / Amaludin Syukri Nasution, Edry Abdul Halim & Ustaz Sohibul Fadil Hj. Sabikin
Rahsia - Saujana / Mujahid Abdul Wahab

Pilihan :- NowSeeHeart

ALBUM HARD ROCK TERBAIK – ARTIS/ PRODUSER
Best Hard Rock Album – Artiste / Producer

Hakikat - Amuk / DB Production
Mata Satu - Tribe / Dino J. Rasul
Naga Kramat - Wings & Awie / Joe Wings
Silantra… Bermulanya Sebuah Epik - Metalasia / King Shah
V6 - XPDC / Izo XPDC

Pilihan :- Hakikat - Amuk

ALBUM POP ROCK TERBAIK – ARTIS/ PRODUSER
Best Pop Rock Album – Artiste / Producer

Aladin - Spider / Spider
Asmara Nirmala -Iva Virginia / Boon Tan, Shah (Slam)
Flop Poppy - Flop Poppy / Andy
Hari Minggu Yang Bingung - Sunday / Stone, Shah (Slam)
Opera Radhi-O Friendly - OAG/ Paul Moss, Greg Henderson

Pilihan :- Flop Poppy

ALBUM POP TERBAIK – ARTIS/ PRODUSER
Best Pop Album – Artiste / Producer

Anuar Zain - Anuar Zain / Mac Chew, Jenny Chin, Azlan Abu Hassan, M. Syafiq
Hembusan Asmara - Dayang Nurfaizah / Boon Tan
Konsert live Untuk Mu Sudir Siti Nurhaliza - Siti Nurhaliza / Ramli MS & Pak Ngah
Sarah -Sarah / Aalva Jitab, Aidit Alfian, Ajai, Along Exist, Azmeer, Belle, Edrie Hashim, Helen Yap, Neves Pretty Ugly
Tekad Redha Tabah - Hazami / Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Firdaus Mahmud, Hazami

Pilihan:- Anuar Zain - Anuar Zain / Mac Chew, Jenny Chin, Azlan Abu Hassan, M. Syafiq

ARTIS INGGERIS TEMPATAN BARU TERBAIK - ARTIS
Best New Local English Artiste - Artiste

Gerhana Skacinta - Boss Sounds
Pop Shuvit - Take It & Shuvit
Urban Xchange - Urban Xchange

Pilihan :- Urban Xchange - Urban Xchange

ALBUM INGGERIS TEMPATAN TERBAIK – ARTIS/ PRODUSER
Best Local English Album – Artiste / Producer

Aquarius - Amir Yussof / Jamie Wilson, Amir Yussof, Sunil Kumar, Adrian Wade
How’s The Level? -Teh Tarik Crew / Teh Tarik Crew
Take It & Shuvit - Pop Shuvit / M. Syafiq
Under The Influences - Dave Andrew / Dave Andrew
Urban Xchange -Urban Xchange / Terry Lee, Cat ‘Farish’, Zaf, Brian Mcknight + Kathy Baylor

Pilihan :- Aquarius - Amir Yussof / Jamie Wilson, Amir Yussof, Sunil Kumar, Adrian Wade

ALBUM INDONESIA TERBAIK – ARTIS/ PRODUSER
Best Indonesian Album – Artiste / Producer

Cinta Rasul Orchestra - Haddad Alwi & Sulis / Dwiki Dharmawan
Kris Dayanti In Concert bersama Orchestra Erwin Gutawa -Kris Dayanti / Erwin Gutawa & Kris Dayanti
Min Plus - BIP / P.T. EMI Indonesia & BIP
Rasa Baru - Cokelat / Jan N. Djuhana
07 Des -Sheila on 7 / Jan N. Djuhana

Pilihan :- Rasa Baru - Cokelat / Jan N. Djuhana

SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU - PENGGUBAH
Best Musical Arrangement in a Song - Arranger

Azlan Abu Hassan - Erti Kasih (Rem)
Jamie Wilson, Amir Yussof - Miracles (Amir Yussof)
King Shah - Silantra (Metalasia)
Mac Chew - Hulurkan Tangan Mu (Nora)
Ramli M.S. - Merisik Khabar (Siti Nurhaliza)

Pilihan :- Ramli M.S. - Merisik Khabar (Siti Nurhaliza)

LAGU TERBAIK – KOMPOSER / PENULIS LIRIK
Song of the Year – Composer / Lyricist

Adnan Abu Hassan / Adnan Abu Hassan - Bunga Bunga Cinta (Misha Omar)
Aidit Alfian / Ad Samad -Syair Si Pari-Pari (Zamani)
Ajai / Musrad - Kesetiaan (Sarah)
Azlan Abu Hassan / Azalea - Keabadian Cinta (Anuar Zain)
Pak Ngah / Ce’ Kem - Nirmala (Siti Nurhaliza)

Pilihan :- Azlan Abu Hassan / Azalea - Keabadian Cinta (Anuar Zain)

ALBUM TERBAIK -- ARTIS/PRODUSER
Pilihan:- Anuar Zain - Anuar Zain / Mac Chew, Jenny Chin, Azlan Abu Hassan, M. Syafiq

Pilihan saya tidak semestinya menjadi pilihan panel juri. Ini merupakan pilihan saya sahaja tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.